You are on page 1of 5

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMOOD ISKANDAR 2

MINIT MESYUARAT KURIKULUM

BIL 2 / ( 2017 )

Tarikh : 2 MAR 2017

Masa : 1.30 Petang

Tempat : Makmal Komputer SKTMI 2

Pengerusi : En. Abdul Rahim bin Mohd Hussain (GB SKTMI 2)

Kehadiran(Bilangan) :

Tidak Hadir : -

Agenda 1.0 : Kata Alu-aluan

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke


mesyuarat pengurusan guru kali kedua bagi sesi persekolahan 2017.

1.2 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan umul kitab dan doa oleh Ustaz Dunya bin Dir.

Agenda 2.0 : Pengesahan minit mesyuarat lepas

Agenda 3.0 : SPSK 2017

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bagi spsk yang lama dikekalkan dan ditambah dengan
perubahan yang baru yang berkuatkuasa pada 1 Februari 2017
Tidakan : Pn Zailina

Agenda 4.0 : Laporan Aktiviti

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa setiap laporan aktiviti dan minit mesyuarat guru atau
panitia hendaklah dibuat dalam beberapa salinan untuk disimpan oleh :

i. Pejabat
ii. Pegawai berkaitan
iii. Individu

Tindakan : Semua Guru

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

Agenda 5.0 : Keceriaan Kelas Dan Bilik-Bilik Khas (PAK 21)

5.1 Pengerusi memaklumkan tentang keceriaan kelas dan bilik khas seperti berikut :

5.1.1 Beliau memaklumkan bahawa setiap bilik mesti ada buku penggunaan dan perlu
direkod.
5.1.2 Inventori biasanya ditampal dipintu belakang bilik darjah.
5.1.3 Susun atur bilik mestilah kemas dan buang yang tidak berkaitan.
5.1.4 Jadual penggunaan setiap bilik, carta organisasi dan plan kecemasan mesti ada
dan dipamerkan.
5.1.5 Setiap bilik dan kelas mesti ada visi, misi, objektif dan juga matlamat.

5.2 Pengerusi memaklumkan bahawa keadaan kelas dan bilik-bilik khas masih ditahap kurang
memuaskan yang mana beliau mencadangkan supaya mengadakan gotong royong
terutama bilik RBT.

Tindakan : Guru Kelas

Agenda 6.0 : MBIMBM

6.1 Pengerusi menyatakan tentang CD yang telah diterima oleh sekolah supaya diguna pakai

6.2 Beliau juga mengingatkan kepada guru yang berkaitan supaya menubuhkan jawatankuasa
bagi program MBIMBM yang mana jawatankuasa mestilah dari kalangan guru-guru
Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Tindakan : Ketua Panitia BM dan BI

Agenda 7.0 : Pusat Sumber

7.1 Pengerusi mengharapkan supaya guru merancang aktiviti dan program bagi
penambahbaikan pusat sumber sekolah (plan strategik) yang mana penggunaan pusat
sumber oleh murid dan guru kurang memuaskan.

7.2 Beliau juga mengharapkan supaya penggunaan pusat sumber dapat digunakan secara
maksimum dan jadikan pusat sumber sebagai tempat yang suka dihadiri oleh murid. Oleh
yang demikian pengerusi mengharapakan guru media menyediakan jadual penggunaan
Pusat Sumber sekolah bagi matapelajaran waktu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

7.3 Pengerusi menyatakan bahawa buku nilam akan ditukar kepada format baru tetapi tahun
ini murid boleh meneruskan format yang lama dan akan ditukar pada tahun hadapan.

Tindakan : Guru Media


Agenda 8.0 : Program Frog VLE

8.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua guru dan murid terlibat dengan program frog
VLE terutama selepas penerimaan telefon Pintar,Yes.

8.2 Pengerusi menyatakan bahawa kursus bagi penggunaan Frog VLE bakal diadakan dan
akan dimaklumkan awal.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

Tindakan : Semua guru

Agenda 9.0 : SKPMg2 Gelombang 2

9.1 Pengerusi menyatakan bahawa terdapat beberapa perubahan yang perlu diketahui dan
dilaksanakan oleh guru dalam SKPMg2, iaitu:

i. 4.1 Guru sebagai perancang


ii. 4.2 Guru sebagai pengawal
iii. 4.3 Guru sebagai pembimbing
iv. 4.4 Guru sebagai pendorong
v. 4.5 Guru sebagai penilai
vi. 4.6 Murid sebagai pelajar aktif

Tindakan : Semua Guru

Agenda 10.0 : Pemantauan dari Pegawai Daerah

10.1 Pengerusi mengharapkan semua guru bersedia dengan pemantauan dari PPD, terutama
setiap panitia hendaklah melengkapkan fail panitia dan memastikan kelas lengkap dengan
bahan-bahan yang berkaitan PAK ke21.

10.2 Beliau juga menyatakan bahawa masa bagi matapelajaran Bahasa Inggeris telah
dikurangkan dari 10 masa kepada 9 masa dan Pendidikan Agama islam dari 6 masa
kepada 5 masa manakala matematik telah ditambah dari 6 masa kepada 7 masa.

Tindakan : Semua Guru

Agenda 11.0 : Perpaduan Dikalangan Murid

11.1 Pengerusi mengharapkan agar semua aktiviti murid mestilah melibatkan semua bangsa
iaitu melayu, cina, india dan lain-lain dan perlu didokumentasikan.

11.2 Beliau juga mengingatkan semua guru supaya menyatakan kepentingan perpaduan
dikalangan pelajar dan perlu didokumentasikan di dalam buku laporan perhimpunan dan
buku aktiviti ko-kurikulum.

11.3 Beliau juga mencadangkan supaya mengadakan aktiviti yang melibatkan orang luar yang
berbilang kaum dan bangsa.

11.4 Beliau juga mengharapkan agar tiada pertelingkahan atau pergaduhan yang berlaku
kalangan murid yang melibatkan perkauman.

Tindakan : Semua Guru

Agenda 12.0 : Hal-hal Lain

12.1 Pengerusi mengingatkan program yang perlu di ambil perhatian oleh guru-guru:

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

i. 11 MAR 2017 SKTMI2 tuan rumah bagi program tahun 6 (Revolusi 10), dimana
50 orang murid yang mewakili 10 buah sekolah. Bertempat di bilik peperiksaan.
ii. 11 MAR 2017 Guru guru SKTMI 2 perlu menghadiri kursus susulan taklimat
guru besar di SMK Dato Peggawa Barat berkaitan SKPMg2 dan bengkel PAK 21
oleh Pn.Noremy Bt Aznon.

12.2 Beliau juga mengingatkan guru terhadap kedatangan murid yang tidak hadir selama 3 hari
berturut-turut agar diberi surat amaran.

12.3 Pn Shuhada menyatakan waktu tasmik perlu dimasukkan ke dalam jadual.

12.4 Pn Zailina menyatakan waktu kesenian iaitu muzik dan seni perlu berturutan dalam jadual
dan mesti 2 guru yang berbeza.

12.5 Pn Hayati memaklumkan pada minggu hadapan bermula penggunaan jadual baru selepas
Pn Rosnani keluar bertugas di PPD.

Tindakan : Semua Guru

12.6 Pn. Jamilah mengedarkan jawatankuasa HEM, dan memberi sedikit penerangan tentang
perubahan jawatankuasa tersebut.

12.7 Beliau juga memberitahu tentang pendaftaran online bagi murid tahun 1 2018 bermula
March 2017.

12.8 Cik Zulaikha menyatakan tentang perjalanan Program Kelas Kehadiran Cemerlang Kelas
yang mencatat kehadiran 100 % dalam seminggu, 100 % dalam sebulan akan mendapat
ganjaran dalam bentuk duit atau barang.

12.9 Pn Nor Emy menerangkan tentang perjalanan program Kelas Idola PAK 21 guru akan
mengenalpasti kelas idola berdasarkan kriteria yang telah disediakan.

12.10 Beliau juga memaklumkan tentang pentaksiran pertama yang akan dilakukan pada 13, 14
dan 15 Mar 2017.Matapelajaran teras sahaja yang dimasukkan kedalam jadual manakala
matapelajaran bukan teras dilaksanakan oleh guru diwaktu PDP masing-masing. Soalan
perlu dibuat oleh guru mengikut panitia masing-masing kecuali tahun 6, guru perlu memilih
soalan di dalam one stop data centre.
Tindakan : Semua guru

12.11 En Azlee mengedarkan jawatankuasa kokurikulum 2017 dan menerangkan sedikit


perubahan selepas beberapa orang guru yang telah bertukar sekolah.

12.12 Beliau juga memaklumkan bahawa semua guru hendaklah memakai pakaian unit
beruniform yang lengkap setiap perhimpunan rasmi mingguan ko-kurikulum.

12.13 Pn. Nazifah telah memaklumkan tentang data LINUS yang perlu dilaksanakan, guru-guru
perlu peka dengan tarikh yang telah ditetapkan.

12.14 Pn Mazziana memaklumkan data bagi pemulihan telah berada didalam one stop data
centre.
12.15 Beliau juga menyatakan rumusan dari taklimat SPLKPM ialah

i. mengikuti prosedur PK 10 PK 17
ii. daftar dan kemaskini ahli serta memuatturun sijil kursu yang telah dihadiri

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

iii. guru menyerahakan surat panggilan kursus untuk di isi di dalam sistem.
iv. Memohon menjadikan email sebagai medium sebaran maklumat.

12.16 En Rahim mengingatkan guru-guru untuk melengkapkan papan kenyataan panitia yang
terlibat.

Agenda 13 .0 : Penutup

Jujur dan amanah dalam pekerjaan

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disedikan Oleh, Disemak Oleh,

................................................... ....................................................
(YASMIN BT MOHD SALLEH ) (EN. ABD RAHIM B. MOHD HUSSAIN)
Setiausaha Kurikulum Pengerusi
Tarikh : 2 MAR 2017 Tarikh : 2 MAR 2017

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like