You are on page 1of 25

1

BAB 1

PENGENALAN RUKUN TASAWWUF

Rukun-rukun tasawwuf ini ialah mengandungi sepuluh peringkat mengikut pendapat Abu Al-
Hasan Muhamad Al farisi.Antara rukun-rukun tasawwuf ialah Tajrid at-tauhid yang bermaksud
umat manusia memurnikan tauhid.

Memurnikan tauhid juga terbahagi kepada beberapa kategori tauhid antaranya ialah Tauhid
Zat,Tauhid Sifat,Tauhid Af`al serta Tauhid Asma.Seterusnya,rukun-rukun ini juga ialah
memahami informasi.Maksud memahami informasi disini ialah masyarakat manusia bukan
hanya memahami informasi sahaja tetapi dari sudut lain juga ia perlulah mentelaah ilmu-ilmu
yang dipelajarinya itu(ABU AL HASAN 26:10).

Selain itu, rukun yang lain pula ialah baik dalam pergaulan sama ada secara dalam individu atau
pun berkumpulan.Menurut al quran dan al hadith dengan cara manusia bersikap secara baik
dalam pergaulan seseorang manusia itu dapat membentuk sebuah keperibadian yang sentiasa
menjadi ikutan oleh masyarakat islam.Mengutamakan kpentingan orang lain serta banyak
pertimbangkan kepentingan sendiri juga merupakan kandungan dalam rukun rukun tasawwuf
sebagaimana contoh,seseorang mukmin perlulah mengambil berat kepentingan manusia di
sekelilingnya dan pada masa yang sama muslim itu juga hendaklah mempertimbangkan
kepentinganya itu sendiri.(Syekh Abul Hasan asy-Syadzil 02:01)

Seterusnya,ia juga merangkumi kesinambungan antara pemenuhan kepentingan dari segi lahiriah
dan batiniah.Contoh yang boleh dibawa disini ialah dari segi kepentingan kedua-duanya ialah
sama sama memenuhi hak kepentinganya dari aspek yang dibincangkan iaitu lahiriah dan
batiniah.Sehubungan dengan itu,umat manusia perlulah banyak melakukan kajian untuk
menyaksikan keagungan alam ciptaan tuhan supaya manusia dapat membolehkan perkembangan
akal untuk berfikir tentang penciptaanya terhadap semua perkara sekaligus dapat mengambil
pelajaran tentang segala zat dan kuasanya.Meninggalkan iktisab supaya dapat mendatangkan
tawakkal terhadap sesuatu perkara juga merupakan antara rukun rukun tasawwuf yang perlu
ditititkberatkan oleh umat manusia pada masa kini.Seterusnya,meninggalkan simpanan iaitu
meninggalkan simpanan dari segi harta mengikut keadaan tertentu kecuali kita berkedudukan
atau berhajat mencari ilmu.(t.p)
2

Maksudnya:Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya,dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.

(Q.S.50.Qof,A.16).
3

Bab 2

NIAT YANG BENAR

Dalam islam tuntutan niat membawa pengertian bahasa kepada Maksud.Manakala menurut
syara pula niat dikategorikan kepada mengerjakan sesuatu perkara amal ibadah untuk
mendekatkan diri kepada allah swt dengan tujuanya amal ibadah tersebut hanya kepada ALLAH
sahaja dan tidak ada tujuan lain.Perkara ini juga disebut sebagai ikhlas.Tujuan ibadah ialah
permurniaan amal secara keseluuhanya hanya kepada Allah semata mata.(al nawawi,1980:352\1)

Rasulullah bersabda :

Sesungguhnya semua amal-amalan itu tergantung pada niat.
)(

Seterusnya,mengunakan niat dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan amal ibadah sangat
dituntut agar segala amal ibadah yang dilakukan tidak menjadi sia sia.Hal ini sangat penting
kerana makna niat sebenarnya bukan hanya mengutamakan bermaksud untuk melakukan suatu
amal ibadah sahaja,melainkan amal tersebut harus bersandar dengan ketentuan yang sudah
digariskan oleh islam.Berdasarkan Imam Ibnu Hajar Al-asqalani mengatakan: Sesungguhnya
niat itu kembali pada ikhlas, dan ikhlas adalah satu untuk Yang Satu tiada sekutu bagi-Nya.

Selain itu,niat juga adalah tujuan kepada sesuatu tujuan dan perbuatan terhadap semua manusia
bagi membolehkan segala amal ibadah diterima oleh allah.Bagi seseorang muslim yang akal
fikiranya waras,tidak ada sesuatu pung pekerjaan atau amal ibadah yang setiap pekerjaan tidak
dimulai dengan niat.Niat merupakan perkara yang wujud bagi tindakan setiap insan yang
disengajakan.Seperti bak kata tokoh ilmuwan terkenal Al-hafz ibn qayyim al-jauziyyah Niat
ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu.Tempatnya di hati dan tidak ada kaitan dengan lidah.

Seterusnya, Sebagai seorang Ahlus-sunnah Wal Jamaah dalam melakukan sebuah amal
ibadah kita hendaklah membersihkan tujuan yang lain kecuali hanya dengan Allah semata-mata
dan amal ibadah yang dilakukan harus sesuai dengan ketentuan Syariat, tidak boleh seseorang
muslim melaksanakan perbuatan dan amal ibadahnya itu hasil dari buah fikirannya sendiri yang
mereka beranggapan ianya baik.Tambahan pula, pada zaman sekarang ini mustahil semua umat
4

islam jujur pada dirinya sendiri dan tanpa disedari dan diketahui kebanyakan daripada mereka
yang melaksanakan ibadahnya sudah banyak menyalahi kaedah dan tuntutan yang dikehendaki
oleh rasululullah saw , hanya menjadi peliknya tatkala kebenaran sudah tertegak yang bersandar
kepada Rasul disampaikan kepada mereka,namun pada masa yang sama mereka seolah-olah
menolaknya begitu sahaja.Akan tetapi penolakan mereka terhadap apa yang disampaikan oleh
rasulullah itu masih boleh diperbaiki jika seseorang muslim itu melihat seseorang menolaknya
dengan cara mereka tidak tahu lagi agama islam yang sebenarnya mereka anuti ini.

Dengan demikian juga bahawa apabila seorang muslim itu berniat untuk melakukan ibadah
hanya menuju redha Allah tetapi tanpa mengikuti tata cara ibadah yang di ajarkan Rasulullah
saw maka dia tidak akan sampai amalnya kepada Allah swt kerana persyaratan mutlak untuk
tunduk mematuhi hukum Allah tidak terpenuhi.

Imam Fudlail bin Iyad dalam menafsirkan ayat 2 surat Al-Mulku

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih
baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun

siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya kalimat ini di tafsirkan bahwa yang dimaksud
dalam ayat tersebut adalah orang yang melakukan amalnya dengan ikhlas dan benar, selanjutnya
Imam Fudlail bin Iyad mengatakan.
5

2.1 Fungsi niat


Dalam konteks pembahagian fungsi niat pula ialah niat juga berfungsi sebagai pembeza
amalan.Niat juga berfungsi antara satu ibadah dengan ibadah yang lainya atau membezakan
ibadah dengan kebiasaanya seperti contohnya,Solat qabliyah subuh dengan solatt subuh. Kedua-
duanya berjumlah dua rakaat.Tata caranya pun sama, jumlah rukuk dan sujudnya juga
sama.Sama-sama diawali takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.Berdasarkan contoh berikut
perbezaan yang dapat dilihat antara solat tersebut adalah niat.(al sharbini,muhamad al khatib)
Seterusnya,niat juga menjadi rukun dan syarat sah semua amal ibadah. Fungsi niat yang kedua
ini pula yang seringkali kita dengar dan dimaksudkan dalam perkataan-perkataan ulama salaf.
Seperti perkataan seorang alim; Abdullah bin Mubarak Rahimanullah,

Boleh jadi amalan yang sedikit menjadi besar pahalanya disebabkan karena niat. Dan boleh
jadi amalan yang besar, menjadi kecil pahalanya kerana niat. Jadi dari fungsi niat yang kedua
ini kita dapat mengimplikasikan bahawa niat akan mempengaruhi kadar pahala yang diperoleh
seorang hamba. Semakin baik keikhlasannya, semakin besar pahala yang akan ia dapat.
Walaupun amalan yang dia lakukan itu ringan. Dan Semakin kecil kadar keikhlasan seorang
hamba walaupun amalan yang ia lakukan adalah amalan yang berpahala besar, namun bila
keikhlasan dalam hatinya kecil, maka semakin kecil pula pahala yang dia perolehi.
6

BAB 3

Takwa

Takwa didefinisikan menurut syara ialah menjauhkan dan memelihara sertamengadakan


penjagaan diri daripada mendapat kemurkaan Allah, iaitu dengan menjalankan segala
perintahnya yang menjadi kehendak serta mematuhi suruhannya lalu meningggalkan dan
menjauhi larangan-larangannya. (Muhammad sofwan, 1995, 4)

Banyak pendapat para ulama dalam mendefinisikan ketakwaan kepada Allah dalam beberapa
pengertian antaranya ialah;

1. Takwa ialah mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya agar terus hinder
daripada azab Allah.
2. Takwa ialah menjaga diri dari segala sesuatu yang berbentuk negetif sehingga tidak
terjerumus kepada perkara dosa.

Demikianlah antara lain makna dari takwa sehingga inilah yang harus menjadi dasar
segala amal perbuatan yang dilakukan oleh hamba Allah diatas muka bumi ini. Melalui takwa ini
pula, Allah melihat setiap amal perbuatan akan ditentukan nilainya dan pahalanya dengan
ketakwaan dalam hati. (Muhammad sofwan, 1995, 8)

3. Takwa adalah bersedia membersihkan diri dari pelbagai tindakan kerana takut hal-hal
yang haram.
4. Takwa ialah apabila hati dapat merasakan takut kepada Allah, sehingga mahu beramal
untuk mendapatkan pahala dari Allah dan sedia meninggalkan sesuatu yang dimurkai
Allah.
7

Oleh yang demikian, orang yang bertakwa merupakan orang yang berusaha agar terhindar
daripada seksaan Allah, dengan cara selalu menjalankan ajaran-ajaran daripada Allah dan
memalingkan setiap perkara yang mengakibatkan kemurkaan Allah. Setiap perkara yang
dilakukan semata-mata ikhlas untuk Allah kerana hnya redha Allah yang dijanjikan di akhirat
nanti. (Muhammad Sofwan, 1995, 10

Maka jelaslah didalam kehidupan seharian dapat dilihat siapakah yang bertakwa dan
yang tidak bertakwa setiap kegiatannya, lain tujuannya lain yang diharapkan. Kita dapat
membezakannya kerana gerak tubuh mereka itu sangat berbeza, yang satu digerakkan oleh hati
yang diwarnai oleh ketakwaan, yang lagi satu digerakkan oleh semangat ingin dipuji dan
berbangga diri. (Muhammad sofwan,1995, 10)

Para ulama telah memberitahu tentang tanda-tanda orang yang bertakwa. Ia dapat dilihat
dengan beberapa perkara, antaranya;

1. Berpendirian bahawa tiada tuhan melainkan Allah


2. Menghayati ajaran-ajaran islam
3. Memalingkan diri terhadap larangan Allah
4. Menjauhkan diri daripada perkara yang dimurkai Allah
5. Menghayati setiap perintah allah
6. Memelihara diri supaya dapat melakukan setiap perbuatan dan sunnah Rasulullah
7. Menghayati setiap ajaran baginda

Takwa adalah sumber segala kebaikan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. Ia juga
bersumberkan kekuatan iman dan keyakinan tinggi kepada perintah Allah. Semoga Allah
memasukkan kita kedalam golongan orang-orang yang bertakwa dan dijauhkan daripada
termasuk golongan orang-orang yang munafik. (Muhammad Sofwan, 1995, 10)
8

3.1 kenikmatan takwa

Takwa merupakan urusan hati. Setiap masalah yang tidak dapat dilihat dan dirasai tidak
mampu menembus kedalamnya. Maka yang tahu seseorang itu ditaburi benih-benih takwa
ataupun hati mereka masih gersan dengan keadaannya? Maka dapat memberi penilaian hanyalah
Allah sahaja dan kehendaknya dia mengalirkan terhadap insan-insan yang dikehendakinya diberi
dengan cara rahsia. Kenikmatan takwa akan terus menerus mengalir daripada sisi Allah dan
dialirkan terus ke telaga hati yang takwa. Allah menurunkan rahmat, dengan syarat yang
menerima harus lembah-lembah yang diwarnai oleh menghijaunya ketakwaan, seperti firman
Allah didalam surah Al-hijr, 45-47:

Maksudnya:

sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga dan dekat mata air
yang mengalir. Dikatakan kepada mereka masuklah dengan aman dan sejahtera. Dan kami
lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka sedangkan mereka berasa
bersaudara

Segala sesuatu yang dating dari Allah untuk orang yang bertakwa adalah perkara yang
kebaikan. Maka syurgalah balasannya, suatu tempat yang lebih baik, jauh lebih baik dari apa
yang pernah dilihat dibumi. Allah berfirman dalam surah Ar-rahman, 46-48:

dan bagi orang-orang yang takut akan saat menghadap tuhannya ada dua syurga. Maka
nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Kedua syurga itu mempunyai buah-
buah dan pohon-pohon.
9

Seterusnya, ayat Allah akan memberi pelbagai kenikmatan dalam syurga, didalamnya terdapat
sumber air, syurga yang tumbuh buah-buahan yang berpasang-pasangan. Tidaklah kita mampu
ketahui betapa besar kenikmatannya yang dilimpahkan untuk orang-orang bertakwa.Tidak
mampu kita menghuraikan dan memperpanjangkan penjelasan Allah yang terdapat dalam Al-
quran yang sangat indah bahasanya dan sangat tinggi perbicaraannya. Diakhirat mahupun ketika
menjalankan bahtera didunia ini. Tidak takut untuk menghadapi pelbagai ujian dan masalah.
Hati mereka sentiasa tenteram dan fikiran menjadi tenang sedikit pun tidak goyah. Firman Allah
S.W.T. dalam surah An-naba, ayat 31-35:

sesungguhnya orang-orang yang bertakwa mendapat kemenanagan, iaitu kebun-kebun dan


buah anggur dan gadis-gadis remaja yang sebaya dan gelas-gelas yang penuh. Didalamnya
mereka tidak mendengar perkara yang si-sia dan bercakap dusta.

Allah melihat semua kejadian yang dilakukan oleh manusia, tidak lepas dari pandangan Allah
setiap butir pasir dipantai, jatuhnya daun dihutan belantara, matinya seekor haiwan dilaut dan
kelipan bintang diangkasaraya, Allah tetap tahu setiap sesuatu secara tepat dan jelas. Orang yang
bertakwa hati tetap dan berpaut teguh dengan kepercayaannya serta ketaatannya kepada Allah,
hal ini kita perlu sama-sama melihat akan satu firman Allah dalam surah Al-imran ayat 112 :

dimana saja kamu berada pasti akan ditimpa kehinaan kecuali mereka yang berpegang teguh
dengan tali Allah dan tali sesama manusia

Itulah meupakan satu kenikmatan yang sangat besar yang datang dari Allah yang menciptakan
dunia dan seluruh alam kepada orang yang bertakwa.

3.2 Cara memelihara takwa

Takwa merupakan sesuatu yang tersirat didalam kalbu. Perkara hati seseorang itu perlulah
mengikatnya dengan sesuatu yang erat, sesuatu yang erat itu ialah ketauhidan terhadap Allah
S.W.T. Orang yang bertakwa sikapnya sanggup menilai amalan-amalan yang baik dan berusaha
10

untuk meningggalkan perkara-perkara yang mungkar. Perkara ini yang menyebabkan ketakwaan
mereka sentiasa segar tanpa rapuh dan juga usaha mereka memelihara dan memulihara jiwanya.

Rasulullah S.A.W. memberikan penjelasan tentang orang-orang yang bertakwa. Baginda


bersabda:

Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang bersungguh-sungguh mengharapkan redha


Allah dan memelihara diri mereka daripada setiap perbuatan maksiat yang akan menimbulkan
kemurkaan tuhannya.

(Hadis R.Ahmad)

Itulah merupakan tips untuk orang yang bertakwa, baik setiap amalan yang langsung
berhubung dengan Allah mahupun sesama manusia. Tidak kisah ketika mengerjakan solat, zakat
dan puasa hanya untuk mencari keredhaan Allah bukan kerana malu terhadap kejian manusia.
Mereka bekerja untuk mencari nafkah, belajar dan melakukan perkara yang tidak melanggar
ajaran islam. Orang ynag bertakwa juga selalu menjaga dirinya agar tidak terjerumus kedalam
perbuatan-perbuatan yang dimurkai Allah perkara ini merupakan tugas sebagai orang yang
memegang takwa. Hidup yang fana dan Cuma sebentar ini hanya mengharapkan rehda daripada
Allah dan memelihara dirinya dari perkara-perkara yang terjerumus kelembah maksiat.

Setiap perkara perlulah diletakkan harapannya kepada semata-mata Allah sahaja, sehingga
manusia terjaga dan terpelihara oleh Allah. Memelihara ketakwaan ini Allah menunjukkan
caranya didalam ayat 237, surat Al-baqarah :

dan memaafan kamu itu lebih mendekatkan kepada takwa.

Kita hendaklah jangan angkuh dan bersifat sombong, akan tetapi kita perlulah memaafkan orang
lain kerana hal ini dapat meningkatkan ketakwaan didalam hati kita dan menyebabkan
ketakwaan kita tidak luntur apa lagi mengundur.

Orang yang bertakwa haruslah mempelajari dan mendalami ayat-ayat yang berada dalam Al-
quran kerana Al-quran mepunyai pelbagai ayat yang tersirat dan tersurat. Hal ini dapat
dimaksudkan untuk memelihara agar tercapai penjagaan takwa tersebut. Allah berfirman dalam
ayat 48 surah Al-haqqah :
11


dan sesungguhnya Al-quran itu benar-benar suatu pelajaran bagi orang yang betakwa.

Melalui penjelasan ayat ini maka terlihat jelas bahawa orang yang bertakwa dan mendalami Al-
quran sangat kaut perhubungannya ini menunjukkan betapa pentingnya mendalami dan
memahami Al-quran, seperti sabdaan baginda:

yang terbaik diangtara kamu adalah orang yang belajar Al-quran dan mengamalkannya.

Itulah sesuatu jalan didalam untuk memelihara ketakwaan iaitu mempelajari Al-quran, bukan
sahaja membacanya lalu membaca tafsir, akan tetapi memahami dalam mentafsir ayat Al-quran
dan membincangkan tentang kehebatan ayat tersebut. Setelah mengetahui isi ayat tersebut
Rasulullah menjelaskan agar mengamalkan ayat tersebut, setiap petua dari Al-quran kita
laksanakannya dan meninggalkan larangannya. Segala hokum Allah kita taati dan apa jua
kehendaknya kita turuti, itu lah orang yang terbaik iaitu orang yang termasuk dalam golongan
orang yang bertakwa.

Orang yang bertakwa akan memperluaskan dan menyebarkan suruan Allah keseluruh
pelusuk muka bumi ini, sehingga yang terhindar dari seksaan neraka itu bukan hanya keluarga
mereka akan tetapi seluruh masyarakat dan umat islam yang berpegang teguh dengan keimanan
terhadap Allah S.W.T..

Pentingnya memelihara ketakwaan, sebab didalam kehidupan seharian kita akan banyak
menghadapi godaan yang sangat berat dan boleh menghancurkan ketakwaan yang kita bina
selama ini. Apabila ketakwaan yang berada dalam hati ini tidak terpelihara, semakin lama
semakin meluntur bahkan sinaran hilang dan tiada terkesan. Jadi peliharalah ketakwaan yang ada
didalam hati agar tetap meresap dengan teguh dan eratnya. (Muhammad sofwan, 1995, 130)

BAB 3

IKHLAS
12

Ikhlas, ertinya sifat yang terpuji yang dipuji oleh syarak dan tiada diterima oleh Allah S.W.T.
akan ibadah seseorang itu melainkan dengan ikhlas seseorang dalam memenuhi perintah Allah
dan mengharapkan redhanya. Ia melakukan itu tanpa mengharapkan keuntungan duniawi berupa
harta,pangkat,kedudukan atau pujian orang.Dan tidak pula kerana takut atau terpaksa oleh
sesuatu seprti firman Allah s.w.t:

Maksudnya : Tiada disuruh Allah S.W.T akan mereka itu kecuali berbuat ibadah akan Allah
S.W.T padahal ikhlas mereka itu di dalam hatinya. (Al-Baiyyinah 98:5)

Selain itu, amalan seseorang tidak dapat dianggap baik melainkan jika didorong oleh niat yang
baik yang murni ditujukan kerana Allah.Dengan demikian amal itu menjadi terkait dengan
sesuatu tujuan ideal, ialah redha Allah S.W.T. Dan Allah S.W.T. tidak memerintahkan melainkan
apa yang baik dan tidak mencintai kecuali barang dan amal yang baik pula. Maka hendaklah
menjadi tujuan manusia dalam kehidupan ini apa yang baik bagi dirinya dan bagi sesama
manusia.(Osman,1994,:27)

Sehubungan dengan itu keikhlasan dan niat yang murni dan bersih dapat menghantar orang ke
tingkat yang tinggi , tingkat hamba-hamba Allah yang salih dan tegolong kedalam golongan
AbraarBersabda Rasulah s.a.w.:

Bahagialah orang-orang yang ikhlas dalam amalnya, iaitu mereka yang bila nampak tidak
dikenal dan bila tiada, tidak cari orang. Mereka adalah pelita penunjuk yang menyapu bersih
segala fitnah yang gelap. (HR,Al Baihaqi dari Thauban).

Justeru itu, sifat tulus ikhlas dan jujur jika dimiliki oleh seseorang akan memberinya
keuntungan dunia dan akhirat. Dan jika satu kelompok atau masyarakat anggota-anggotanya
terdiri atas orang -orang dan peribadi-peribadi yang memiliki sifat tulus ikhlas,nescaya akan
diliputi oleh suasana kedamaian cinta,kasih saying dan aman tenteram.Dengan memiliki sifat-
sifat ikhlaslah para sahabat Rasullah berhasil membersihkan jiwa dan hati mereka dari sifat-sifat
riak, munafiq dan kebiasaan berdusta dan berhasilmencapai tujuan-tujuan mereka menegakkan
kebenaran dan keadilan,sehingga pada akhirnya dapatlah mereka menjadi khalifah Allah di atas
bumi,memimpin dunia dan umat manusia.(Osman bin Haji Khalid,1994)
13

Disamping itu, unsur-unsur yang kadang kala menghalangi seseorang untu melakukan
amal ibadah yang biasa ia lakukan,sekali-kali tidak akan mengurangi pahala dan kedudukanya di
sisi Allah selama ia berlaku jujur dan tulus ikhlas dalam niatnya,sebagaimana diriwayatkan oleh
Jabir bin Abdullah bahawa Rasullah s.a.w. bersabda pada waktu perang Tabuk:

Sesungguhnya ada beberapa lelaki tertinggal di Madinah (tidak dapat turut


berperang) kerana sakit.Mereka itu menyekutui kamu dalam pahala ke mana saja kamu pergi
dan lembah mana saja kamu pergi dan lembah mana saja kamu lalui. (HR ,Abu Daud dan
Attrmidzi)

Selain itu, bila seseorang telah melakukan amal dan ibadahnya dengan tulus ikhlas dan semata-
mata kerana Allah lalu tanpa diharap dan minta diketahui oleh orang lain dan dipujinya, maka ia
boleh bergembira dan merasa puas dengan pujian-pujian orang terhadap dirinya, kerana hal itu
sekali-kali tidak tidak membatalkan dan menghapus pahala amalnya dan sekali-kali tidak
bertentangan dengan keikhlasan yang dituntut oleh Allah S.W.T. Bahkan pujian orang
kepadanya itu dapat dianggap sebagai berita gembira yang mendahului berita gembira yang patut
ia peroleh dari Allah S.W.T. sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dzar bahawa beliau bertanya
kepada Rasullah s.a.w.: Bagaimana hukumnya seseorang yang melakukan amal kebajikan lalu
mendapat pujian dari orang banyak tanpa diminta atau diharap. Rasullah menjawab: itu
merupakan berita gembira (busyra) yang mendahului bagi seorang mukmin.

Amal seseorang tidak dapat dianggap baik melainkan jika didorong oleh niat yang baik yang
murni ditujukan kerana Allah. Dengan demikian amal itu menjadi terkait dengan sesuatu tujuan
yang ideal, ialah redha Allah S.W.T. Dan Allah S.W.T. tidak memerintahkan melainkan apa
yang baik dan tidak mencintai kecuali barang dan amal yang baik pula. Maka hendaklah tujuan
manusia dalam kehidupan ini apa yang baik bagi dirinya dan bagi sesame manusia.

Berkata Umar, r.a: Aku telah mendengar Rasullah s.a.w. bersabda:

Sesungguhnya segala amal itu segala amal itu tergantung dari niat yang mendorongnya, dan
bahawa tiap orang akan memperoleh ganjaran sesuai dengan niatnya. Maka barangsiapa
berhijrah kerana Allah dan Rasul-nYa maka hijrahnya tercatat sebagai Hijrah kerana Allah dan
RasulnYa. Dan barangsiapa berhijrah untuk memperoleh keuntungan duniawi atau untuk
menyunting seorang perempuan, maka hijrahnya tercatat sesuai dengan niat dan tujuanya.
(HR.Bukhari dan muslim).(Osman,1994,:137)
14

Sebenarnya ada berbagai dorongan yang membuatkan seseorang itu berusaha, tekun dalam
pekerjaanya, rela menanggung kesusahan dan berkorban segala untuknya. Di antaranya ada
dorongan tersebut tidak disedari oleh orang itu walaupun ia (dorongan itu ) sebenarnya
merupakan kunci yang menggesanya melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu
perbuatan.Naluri semulajadi manusia adalah merupakan asas budi pekerti umum dan adalah
mudah sekali dengan melihat kepada gerak geri seseorang di hadapan kita untuk mengetahui ia
seorang yang mementingkan dirinya, atau seseorang yang tidak suka adventure, atau seorang yan
kedekut atau seseorang yang suka berlagak.Seringkali perasaan terposona atau benci atau
perasaan meniru atau perasaan sombong menjadi punca bualan diantara manusia dan merupakan
asas tindak tanduk mereka.(Osman,194:137)

Akhir sekali, apabila seseorang itu telah menyerahkan dirinya kepada Allah dan berniat dengan
ikhlas, maka segala gerak lakunya, diamnya, tidurnya dan jaganya dikira sebagi langkah untuk
mendapat keredaan Allah. Mungkin ia tidak berupaya kesihatanya terganggu, tetapi Allah s.w.t.
yang dapat melihat segala yang tersirat di hati manusia mengankat kedudukan orang-orang yang
ingin melakukan kebaikan kepada kedudukan orang yang melakukan kebaikan, begitu juga orang
yang ingin berjihad kerana semangat mereka yang tinggi lebih ketara dan ketidak upayaan
mereka untuk melakukanya.Hati yang ketandusan perasaan ikhlas tidak akan membibitkan
penerimaan bagaikan batu yang diselaputi tanah tidak akan mengeluarkan tumbuhan.Kulit yang
cantik menawan tidak akan menyembunyikan isi yang busukAlangkah unggulnya perasaan
ikhlas dan alangkah besar berkatnya, biar pun yang disentuhnya itu sedikit tetapi ia ia tumbuh
subur membukit sebaliknya kalau sesuatu tidak disertainya, walaupun besar tetapi di sisi Allah
tidak seberat debu pun.Perasaan ikhlas terserlah cahanya dalam diri manusia, ia lebih bersinar
dalam saat kegentingan, manusia ketika itu dapat menanggalkan diri dari hawa nafsunya dan
membersihkan diri dari kesalahan yang dilakukan serta menghadirkan dirinya di hadapan Allah
untuk memohon rahmatNya dan berlindung dari azabNya.( Osman,1994:145)

BAB 4

MAKANAN HALAL
15

Secara etimologi makanan adalah memasukkan sesuatu melalui mulut. Dalam bahasa arab
makanan berasal dari kata at-taam ( ) dan jamaknya al-atimah ( ) yang bermaksud
makanan-makanan (Adib Bisri & munawwir 1990). Halal berasal dari bahasa arab ( ) yang
bermaksud membebaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan (Adib Bisri &
munawwir 1990). Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2005:502) menjelaskan halal ialah
hukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dalam Islam), diperbolehkan (tidak ditegah
oleh syarak), diizinkan, dibenarkan.

Oleh yang demikian makanan merupakan salah satu daripada keperluan manusia yang
mana makanan tersebut secara urufnya dapat memberikan tenaga untuk mengerjakan ibadat dan
ketaatan kepada Allah S.W.T. Oleh yang demkian, makanan merupakan sesuatu yang menjadi
santapan dan menjadi darah daging manusia. Manusia tidak boleh memakan makanan melainkan
yang telah dihalalkan oleh syarak. Firman Allah SWT:

Mereka menanyakan kepadamu: "Apakah yang dihalalkan bagi mereka?". Katakanlah:


"Dihalalkan bagimu yang baik-baik dan (buruan yang ditangkap) oleh binatang buas yang telah
kamu ajar dengan melatih nya untuk berburu; kamu mengajarnya menurut apa yang telah
diajarkan Allah kepadamu. Maka makanlah dari apa yang ditangkapnya untukmu, dan sebutlah
nama Allah atas binatang buas itu (waktu melepaskannya). Dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat cepat hisab-Nya.

(Surah al-Maidah, 5:4)

Makanan yang baik adalah makanan yang dianggap lazat mengikut citarasa manusia yang
normal. Manakala makanan yang buruk adalah makanan yang dianggap jijik oleh manusia yang
normal. Firman Allah SWT:
16

Menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka
segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada
pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan
mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-
orang yang beruntung

(Surah al-Araf, 7:157)

Selain itu, Makanan yang halal serta baik adalah merupakan makanan yangmengandungi banyak
khasiat serta baik untuk kesihatan. Allah SWT padadasarnya telah menciptakan segala apa yang
ada di bumi ini adalah halalmelainkan terdapat bahaya di dalamnya, maka Allah SWT
mengharamkannya.

Firman Allah SWT:

Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak
(menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu

(Surah al-Baqarah, 2:29)

Menurut imam Al Ghazali :

, , ,

17

Maksudnya : dan yang halal itu banyak dan tiada lazim atamu bahawa engkau yakin pada batin
sesuatu itu akan halalnya, tetapi lazim atasmu memeliharakan daripada barang yang engkau
ketahui bahasanya ia haram atau engkau sangka bahawa ia adalah ia haram dengan sangka ia
hasil ia daripada alamat yang nyata yang berserta dengan harta itu (syeikh ahmad fahmi bin
zamzam,2013:332).

Oleh yang demikian , islam melarang umatnya supaya menjauhi daripada makanan yang
diharamkan yang terdapat didalam Alquran dan Sunnah Rasulullah S.A.W:

Tiap tiap daging yang tumbuh daripda memakan yang haram maka api neraka yang terlebih
aula dengannya.

(Riwayat tarmizi )

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah
perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan

(Surah al Maidah:90)

Menurut Abdul QadirBin Abdul Muthalib menjaga perut daripada makanan yang haram dan
syubhat terdapat tiga perkara:

1. Kerana takut kepada siksaan api neraka yang mana terdapat dalam firman Allah s.w.t:




18

Bahawasanya sekalian mereka yang makan itu harta anak yatim secara zalim,
sebenarnya mereka itu menelan api dalam perutnya dan mereka akan masuk kedalam api
yang menyala-nyala(neraka).

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:



Maksudnya : Tiada masuk kedalam syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang
haram. (Abdul Qadir.2016:17)

2. Bahawasanya makana haram dan syubhat itu ttiada diberi petunjuk akan dia
kepada ibadat koma kerana tiada patut bagi mengerjakan ibadat itu melainkan dengan
suci segala kekotoran sama ada kekotoran yang dapat dilihat dengan mata, seperti
najis . atau kotoran yang tiada dapat dilihat, seperti hadas kecil dan hadas besar dan
makan yang haram dan yang syubhat.

3.Bahawasanya yang memekan akan maklanan yang haram dan yang syubhat itu
ditegahkan akan dia daripada mengerjakan kebajikan,dan jika mengerja kkan ia aka
dia nescaya tiada diterima padanya dan tiada ada biginya melainkan penat jua. Sabda
nabi S.A.W daripada ibnu abbas Radhiallahu anhu:

Maksudnya :tiada menerima Allah taal akan sembahyang seseorang yang ada di
dalam perutnya yang haram(Abdul Qadir.2016:17)

4.1 Terlampau kenyang mengikut tasawuf


1. Makan Banyak Menyebabkan Keras Hati

2. Kenyang Itu Membangkitkan Kejahatan Dan Sia-Sia Kepada Anggota

3. Makan Banyak Menyebakan Seseorang Itu Melakukan Ibadah Dengan Sedikit.


19

4. Berbanyak Makan Itu Dikuatiri Jatuh Kepada Haram Dan Syubhat.

5.Mengurangkan Pahala Akhirat

6. Akan Dihisab Pada Hari Akhirat

7.Membinasakan Kecerdikan

8.Hilang Nikmat Mengerjakan Ibadat

9.Memenatkan Badan Dan Menyusahkan Hati.

10.Makan Banyakm Itu Sekadar Nikmat Dunia. (Abdul Qadir.2016:19)

Ertinya: Bermula Orang Yang Sempurna Iman, Memakan Ia Pada Satu Perut Dan Orang Yang
Kafir, Makan Ia Pada Tujuh Perut, Memada Akan Anak Cucu Adam Beberapa Suap Yang
Membetulkan Akan Tulang Belakangnya. Jika Ada Ia Menuntut Tam Bah Dan Tak Dapat Tiada
Daripada Menambah, Maka Sepatutnya Sepertiga Bagi Mengeluarkan Nafas. (Diriwayatkan
Oleh Asy-Syaikhan, Dan Ibnu Umar Radhiyallahuanhu).

4.2 Makanan yang halal dimakan

Kehalalan sesuatu makanan adalah berdasarkan kepada zat dan sifat sesuatu makanan yang
dinyatakann secara terperinci melalui al-Quran dan al-Sunnah (Salmah ,2011). Allah SWT
menjelaskan bahawa yang dihalalkan adalah makanan yang baik melalui firmanNya:
20

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai
makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan
atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah
kepada Allah Yang kepada-Nya-lah kamu akan dikumpulkan

(Surah al-Maidah (5): 96)

Oleh hal yang demikian ,Al-quran menegaskan bahawa semua binatang laut halal, kecuali yang
beracun dan berbahaya kepada keselamatan jiwa. Rasulullah SAW turut menegaskan perkara
yang sama ketika menjawab pertanyaan seorang yang sedang belayar dan hendak berwuduk akan
tetapi dia berasa ragu. Rasulullah SAW menjawab bahawa air laut itu suci dan bangkainya halal
dimakan Makanan yang termasuk dalam kategori ayat di atas adalah seperti berikut:

4.2.1. Binatang laut

Binatang dalam kategori ini ialah haiwan yang tidak boleh hidup kecuali di dalam air sahaja.
Samada ianya diperolih secara diburu, ditangkap atau didapati dalam keadaan mati, tanpa
mengambilkira adakah haiwan tersebut ditangkap oleh orang Islam atau bukan Islam.Dalam hal
ini para ulama telah bersepakat menghalalkan haiwan laut yang tidak ada persamaan nama
dengan mana-mana haiwan darat yang diharamkan. Walaupun pada dasarnya semua binatang
laut hukumnya halal, namun terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama dalam perkara
tersebut (salmah ,2011:132).

4.22. BINATANG DARAT

Binatang darat ialah haiwan yang hanya hidup di darat. Binatang jenis ini boleh dikategorikan
kepada tiga bahagian iaitu:
21

i) Binatang yang tidak mempunyai darah langsung seperti belalang, semut, lebah, labah-labah,
kala dan binatang berbisa dan yang seumpamanya dengannya.

ii) Binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir (banyak) seperti ular, mengkarung dan
segala jenis serangga dan hidupan yang merayap seperti tikus, landak, kutu binatang, dhab,
yarbu dan sebagainya.

iii) Binatang yang mempunyai darah yang mengalir sama ada ia merupakan binatang yang jinak
atau liar (Muhammad,2014: 163).

Oleh yang demikian, untuk mementukan status hukum memakan binatang-binatang tersebut
Allah SWT telah menerangkannya melalui firmanNya:

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah aqad-aqad itu. Dihalalkan bagimu binatang ternak,
kecuali yang akan dibacakan kepadamu. (Yang demikian itu) dengan tidak menghalalkan
berburu ketika kamu sedang mengerjakan haji. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum-hukum
menurut yang dikehendaki-Nya.

(Surah al-Maidah (5): 1)

Ayat di atas menjelaskan kepada umat Islam bahawa tidak semua binatang darat itu boleh
dimakan. Ini kerana Allah SWT menghalalkan memakan sebahagian daripada jenis haiwan yang
telah dinyatakan dengan jelas tentang kehalalannya seperti unta, lembu dan kambing dan
mengharamkan sebahagian yang lain seperti binatang buas seperti singa, harimau, singa serigala
dan sebagainya. (Muhammad,2014:65)

PENUTUP

Konklusinya, rukun-rukun tasawwuf memainkan peranan yang penting dalam mendidik


manusia memahami tingkah laku yang betul secara jelas dan terang. Hal ini bermaksud tingkah
22

laku yang betul akan membawa diri seseorang diredhai oleh Allah dan diterima oleh masyarakat.
Seterusnya, sahsiah yang baik akan melatih manusia supaya setiap perbuatan dimulakan dengan
niat yang jelas. Oleh itu, niat yang betul akan menentukan perbuatan yang tidak melanggar
syariat islam. Selain itu, rukun-rukun tasawwuf dapat membezakan kita tentang perkara yang
halal dan haram dengan lebih terperinci. Akhirnya, ianya juga dapat mendidik manusia supaya
bertakwa mengikut landasan yang ditetapkan oleh Allah.

Faedah-faedah mempelajari rukun tasawuf:

1. Mempelajari rukun tasawuf dengan lebih mendalam serta dapat mengetahui tajrid iaitu
pengosongan diri kepada Allah.
2. Mendidik Hati supaya setiap pekerjaan yang baik bermula dengan niat yang betul.
3. Hanya orang yang bertaqwa sajalah yang dapat berjalan diatas landasan yang betul.
4. Jikalau taqwa sudah menguasai didalam hati maka, perbuatan pun baik.
5. Dapat mengetahui sejarah dan perkembangan ilmu tasawuf .
6. Dapat mendekatkan diri kita lebih dekat dalam mengenal Allah.
7. Mengenal pasti bahawa makanan yang yang haram akan menggangu penghayatan ibadah
kepada Allah.
8. Mengetahui bahawa makan makanan yang haram akan menyebakan ibadah tiada
diterima.
23

RUJUKAN

1) Al Kalabazi,Abu Al-Hasan Muhammad Bin Ahmad Al-Farisi, (2010) , Rukun Tasawuf.

2) Syekh Abul Hasan Asy-Syadzili, (M. 1258), Konsep Dan Pengenalan Ilmu Tasawuf, 2
January 2016.

3) Al Nawawi ,Abu Zakariyya Muhyi Al-Din Bin Sharaf(1980),Kitab Al Majmi Sharh-


Muhadhhab Li Al-Shinazi,Jil 1-23.

4) Al-Sharbini,Muhamad Al-Khatib(T.T),Al Iqma Fi Hilli Al Saja.Pulau Pinang,Maktabah Wa-


Matbaah Darul-Maarif.

5) Muhammad Sofwan, Cetakan Pertama (1995), Jalan Takwa Syarat Kemenangan Dan
Keagungan Muslimin Sejagat, Era Ilmu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

6) Muhammad Al-Ghazali Terjemahan Osman Bin Haji Khalid, Cetakan Pertama (1994),
Peribadi Muslim, Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd\, Kuala Terengganu.
24

7) Abdul Qadir Bin Abdul Muthalib Al-Indonesia Al Mandili. Penawar bagi Hati.Cetakan
Keempat. Perniagaan Jaha Bersa .15, Jln Dataran 3/3, Taman Kempas, 81200 Johor
Bharu,Malayasia.

8) Salma Binti Mat Yasim . April 2011. Makanan Halal: Kepentingannya Menurut Perspektif
Islam. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

9 M .Qadirun Nur, Terjemahan Mukasyafah Al-Qulub Imam Al-Ghazali \ Penenang Jiwa


Pengubatan Dan Rawatan.1992. Thinkers Library Sdn .Bhd.,68100 Batu Cave , Selangor , Darul
Ihsan. Syeikh Abdus Shamad Al-Faimbani.2014, Hidayautus Salikin Fi Suluki Maslakil
Muttaqin,1959.Galeri Ilmu Sdn Bhd ,47810 Petaling Jaya Selangor

10. Al-quran Darul Iman, Percetakan Zaffar SDN BHD. Batu Caves ,Kuala Lumpur.
25

You might also like