You are on page 1of 8

PENDAHULUAN

Sambutan Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2016 adalah bertujuan untuk
menjadikan sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy
Jamaluddin, pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah
negara bersukan sebagai gaya hidup kita.

MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan


yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,
jasmani dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu
wajib menyertai aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam
melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba
melalui aktiviti riadah ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi
kehidupan seharian.

OBJEKTIF

i. Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.


ii. Menitikberatkan penglibatan bersama dalam aktiviti-aktiviti sukan yang akan
merapatkan hubungan guru dan murid.
iii. Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti
dalam kalangan warga sekolah.

ANJURAN

Unit Kokurikulum SK Guar Perahu

TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 8 Oktober 2016

Tempat : Astaka SK Guar Perahu

SASARAN

Semua murid, guru dan kakitangan SK Guar Perahu

TENTATIF PROGRAM
7.30 pagi - Murid berkumpul di padang sekolah

8.00 pagi - Senamrobik

8.30 pagi - Ketibaan Perasmi

- Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis

- Nyanyian lagu :
- Negaraku
- Negeri Pulau Pinang
- Sekolah
- Bacaan doa

- Persembahan

- Ucapan Guru Besar


Encik Mazlan bin Ahmad Sabari

- Ucapan Perasmi

- Gimik Perasmian

- Jamuan VIP

- Persembahan murid
- Memanah
- Menunggang kuda
- Pameran

9.30 pagi - Penyampaian cenderahati kepada perasmi.

10.00 tengahari - Cabutan bertuah

12.30 tengahari - Bersurai

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Encik Mazlan bin Ahmad Sabari

Naib pengerusi 1 : Puan Hjh. Norasmah binti Mat Ariff (GPK 1)


Naib Pengerusi 2 : Puan Ruslina binti Saidin (Pemangku GPK HEM)

Naib Pengerusi 3 : Puan Roshita binti Ibrahim (GPK Kokurikulum)

Setiausaha : Puan Suraya binti Yusoff

Bendahari : Puan Nurlina binti Harun

Ahli Jawatankuasa :

Ketua :

Bil Nama

1 Encik Mohd Yusof bin Daud

2 Puan Normazlenha Azma binti Hj. Abd Hamid

3 Encik Mohd Nazmi bin Mohsin

4 Puan Shahimah binti Hj. Abd Hamid

5 Puan Aminah binti Mansur

6 Puan Ros Aini binti Ismail

LAPORAN PELAKSANAAN HARI SUKAN NEGARA 2016

7.30 pagi :
Semua guru dan murid berkumpul di tapak Astaka SK Guar Perahu. Guru mencatat
kehadiran murid.
8.00 pagi :
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh pengacara majlis. Selepas itu, bacaan
doa oleh Ustaz Mohd Nazmi bin Mohsin bagi memberkati majlis yang akan
dijalankan.

8.30 pagi :
Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Tuan Guru Besar dan ucapan dari
perasmi majlis . merasmikan Hari Sukan Negara 2016.

8.45 pagi :
Majlis diteruskan lagi dengan acara senamrobik yang diselia oleh Encik Noor Hakimi
bin Mohamad Nor dan AJK senamrobik yang lain. Murid-murid dan semua warga SK
Guar Perahu turut sama mengambil bahagian didalam acara senamrobik ini. Semua
yang terlibat berasa gembira.

9.30 pagi :
Acara diteruskan lagi dengan persembahan senam tari oleh murid-murid SK Guar
Perahu. Persembahan tersebut adalah di bawah pimpinan Pn. Ros Aini Binti Ismail.
Diantara persembahan yang dibuat ialah seperti tarian endang, gerak tari lagu ayam
den lopeh, joget riang ria dan beberapa tarian yang lain.

12.30 tengahari :
Hari Sukan Negara peringkat SK Guar Perahu berakhir. Semua warga SKGP
bergotong-royong membersihkan kawasan tapak karnival kokurikulum. Majlis
bersurai.

Secara keseluruhannya, Hari Sukan Negara 2016 ini telah berjalan dengan lancar dan
meriah dengan pembabitan dari semua warga SKGP yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung. Semoga semua warga sekolah dapat memanfaatkan program ini
dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dilaksanakan telah dapat
mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada warga SK Guar Perahu.

Sekian, terima kasih.

Laporan Disediakan Oleh : 9 OKTOBER 2016

MAHFUZAH BT OTHMAN
UNIT DOKUMENTASI
MAJLIS HARI SUKAN NEGARA 2016
LAMPIRAN GAMBAR
MAJLIS HARI SUKAN NEGARA 2016
Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Acara Perasmian oleh
En. Mazlan Bin Ahmad Sabari Tuan Hj. Zainal Bin Baharom

Aktiviti Senamrobik
Aktiviti Senam tari oleh murid-murid SK Guar Perahu

PENGHARGAAN

SK Guar Perahu merakamkan


setinggi-tinggi penghargaan kepada :
Semua pihak yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan

Hari Sukan Negara 2016

Semoga Allah merahmati jasa dan usaha murni ini.

TERIMA KASIH

You might also like