You are on page 1of 6

1.

1 Latar Belakang
Pembangunan ilmu insan merupakan agenda utama dalam pembangunan
negara. Justeru itu, peranan guru kaunseling menjadi tonggak utama dalam
usaha merealisasikan hasrat tersebut.

Memandangkan kelompok guru kaunseling mendapat kemahiran khusus


dalam membimbing para murid adalah perlu mereka merancang dan
menyusun program dengan lebih teratur dan teliti agar perkhidmatan yang
diberikan lebih berkesan. Bidang tugas dalam perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling adalah merangkumi perkembangan akademik, kerjaya,
psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan
dadah serta pembangunan diri murid.

Fail meja merupakan satu kerangka kerja yang sistematik bagi setiap guru
kaunseling menyusun dan melaksanakan kerja-kerja hariannya dalam bidang
perkhidmatan mereka. Fail meja ini akan menjadi garis panduan kepada guru
kaunseling bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti
yang telah dirancangkan.

Usaha ini adalah untuk meningkatkan mutu profesionalisme, kredibiliti dan


akauntabiliti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. Adalah
diharapkan fail meja ini akan dapat memberi panduan dalam membantu
menjalankan tugas-tugas seharian sebagai seorang guru kaunseling.
1.2 Visi dan Misi Kementerian Pelajaran Malaysia
VISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang, Gemilang dan Terbilang Menjelang
2010

MISI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Membangunkan Sistem Pendidikan Berkualiti Yang Bertaraf Dunia Bagi


Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya Dan Memenuhi Aspirasi Negara
Malaysia

1.3 Visi dan Misi Sekolah

VISI SEKOLAH
( Disi oleh GBKSM )

MISI SEKOLAH
( Diisi oleh GBKSM )
1.4 Visi dan Misi Unit Bimbingan Dan Kaunseling
VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MEWUJUDKAN IKLIM PENDIDIKAN YANG KONDUSIF, TERAPUTIK DAN


EFEKTIF DARI ASPEK FIZIKAL PERHUBUNGAN DAN PENGURUSAN
BERTERASKAN KONSEP PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
BERKUALITI SECARA MENYELURUH DAN BERKESAN DEMI
KECEMERLANGAN MURID DAN SEKOLAH.

MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan


berkesan.

Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang


tinggi dan berakhlak mulia.

Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam


akademik.

Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan


melalui program bimbingan dan kaunseling.

Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.

Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan


murid.
1.5 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat, negara dan
keluarga .
1.6 Piagam Pelanggan Sekolah
( Diisi oleh GBKSM )

1.7 Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling


1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan


tertakluk kepada persetujuan klien.

5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi


setiap sesi individu atau kelompok.

6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai


dalam tempoh 48 jam.

7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang


memerlukan kaunseling krisis.

8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien


atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh
jujur, ikhlas dan beretika.

10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu


menyumbang kepada negara.
Thank you for using PDF Editor 6 Professional.

You can only convert up to 5 pages in the trial version.

To get the full version, please purchase the program here:

http://cbs.iSkysoft.com/go.php?pid=2982&m=db

You might also like