Professional Documents
Culture Documents
MINGGU
TARIKH HARI
SUBJEK Sains MASA
KELAS Tahun 4 KEHADIRAN
UNIT 7.0 Sifat Bahan TEMA Sains Bahan
S/KANDUNGAN 7.1 Sumber asas bagi bahan untuk menghasilkan sesuatu objek.
S/PEMBELAJARAN 7.1.1 Menjelaskan melalui contoh sumber asas bagi bahan yang digunakan
untuk membuat objek.
7.1.2 Mengelaskan objek berdasarkan sumber asasnya.
7.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
AKTIVITI P&P 1. Murid mencari gambar-gambar yang tersorok di sekitar bilik darjah dan memberitahu kawan mereka
apa yang telah dijumpai. Murid mencuba meneka apa yang akan dipelajari pada hari ini. Murid
mengetahui tajuk dan objektif P&P.
2. Murid mencuba mengimbas kembali dan meneka gambar yang dijumpai tersebut diperbuat daripada
bahan apa. Maklum balas murid tercatat pada papan tulis.
3. Murid mengetahui dan mempelajari sumber-sumber asas, bahan dan contohnya. Murid mendengar
penjelasan guru berpandukan buku teks ms 114-118. Murid membuat catatan pada buku nota dalam
bentuk peta pemikiran titi.
Bumi kita sememangnya kaya dengan pelbagai sumber asas seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, batuan
dan petroleum. Sumber asas ini boleh menghasilkan bahan-bahan untuk membuat pelbagai objek.
4. Murid membentuk kumpulan berempat-empagt dan diberikan bahan lembaran kerja dan menjalankan
kerja kumpulan mengelas dan mengkategori objek mengikut sumber asas.
5. Murid mempamerkan hasil kerja mereka dan melihat hasil kerja kumpulan lain menerusi gallery walk.
6. Murid mendapatkan buku DSKP dan menyiapkan latihan tentang sumber asas bahan.
7. Murid menghantar buku nota, lembaran kerja dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.
8. Murid membuat refleksi P&P dan mengetahui tajuk pelajaran bagi P&P yang akan datang.
S/KANDUNGAN 7.1 Sumber asas bagi bahan untuk menghasilkan sesuatu objek.
S/PEMBELAJARAN 7.1.1 Menjelaskan melalui contoh sumber asas bagi bahan yang digunakan
untuk membuat objek.
7.1.2 Mengelaskan objek berdasarkan sumber asasnya.
7.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
TAJUK Sumber Asas Bahan (BT ms 114-118)
AKTIVITI P&P 1. Murid memerhatikan gambar silang kata dan meminta murid mencari perkataan yang tersembunyi di
dalam silang kata: haiwan, tumbuhan, tanih dan petroleum. Murid berfikir dan menyatakan sumber asas
tersebut boleh membuat objek apa. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.
2. Murid memerhati satu peta titi yang tidak lengkap dan memikirkan contoh bahan dan contoh objek yang
dapat dihasilkan oleh sumber asas.
3. Murid membentuk kumpulan dan menerima kad-kad gambar. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mengelas
objek berdasarkan bahan-bahan. Murid menjalankan 1 stay 3 stray untuk melihat hasil kerja kawan dan
membuat pembetulan sekiranya sedar kumpulan mereka salah. Akhir sekali murid mendengar ulasan guru
dan mengetahui jawapan yang betul.
4. Murid mempamerkan hasil kerja mereka dan melihat hasil kerja kumpulan lain menerusi gallery walk.
5. Murid mengetahui dan menyedari bahawa kadang kala ada lebih daripada dua bahan dalam sesuatu
objek. Contohnya cermin mata, payung, kanta pembesar, kereta, dan lain-lain.
6. Murid dalam kumpulan sekali lagi menerima kad-kad gambar. Murid dalam kumpulan mencerakinkan
bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sesuatu objek bagi menentukan sumbar asasnya.
7. Murid berfikir dan menyatakan sebab mengapa sesuatu bahan itu dipilih untuk membuat sesuatu objek.
8. Murid mendapatkan buku DSKP dan menyiapkan latihan tentang sumber asas bahan.
9. Murid menghantar buku nota, lembaran kerja dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.
10. Murid membuat refleksi P&P dan mengetahui tajuk pelajaran bagi P&P yang akan datang.
BBM / Buku Teks / Buku DSKP / Buku Nota / Lembaran Aktiviti
/ Kad Gambar / Kad Perkataan / Kad Trafik Laptop/Projektor
S/KANDUNGAN 7.1 Sumber asas bagi bahan untuk menghasilkan sesuatu objek.
S/PEMBELAJARAN +7.1.1 Menjelaskan melalui contoh sumber asas bagi bahan yang digunakan
untuk membuat objek.
7.1.2 Mengelaskan objek berdasarkan sumber asasnya.
7.1.3 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
TAJUK Sumber Asas Bahan (BT ms 114-118)
AKTIVITI P&P 1. Murid memerhati kad gambar cermin mata, payung, kanta pembesar serta kereta dan seterusnya
berfikir objek-objek tersebut diperbuat daripada bahan apa.
2. Murid dicabar untuk menghasilkan satu alat yang menggunakan pelbagai sumber asas. Murid mengetahui
tajuk dan objektif P&P.
3. Murid membentuk kumpulan dalam 4-5 ahli. Setiap kumpulan diberi 5 minit untuk mencari pelbagai bahan-
bahan terpakai yang dapat diperoleh di sekeliling sekolah.
4. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mereka cipta sesuatu alat dengan menggunakan bahan-bahan
terpakai daripada sumber asas. Murid diberikan masa yang mencukupi untuk menghasilkan alat tersebut.
5. Murid tampil ke hadapan dan menunjukkan hasil kerja mereka. Murid menyatakan bahan dan sumber
asas yang digunakan.
6. Murid meletakkan hasil kerja mereka di tepi kelas dan murid menjalankan gallery walk.
7. Murid kembali ke tempat duduk masing-masing dan menerima lembaran kerja.
8. Murid memerhatikan satu jadual yang berkaitan dengan penyiasatan sifat bahan. Daripada jadual
tersebut, murid mengetahui dan mempelajari bagaimana untuk mengenal pasti pemboleh ubah
dimanipulasi, pemboleh ubah bergerak balas, maklumat dan cara menulis tujuan: Untuk menyiasat
hubungan di antara PM dan PB.
9. Murid menghantar hasil kerja dan lembaran kerja apabila siap untuk disemak.
10. Murid membuat refleksi P&P dan mengetahui tajuk pelajaran bagi P&P yang akan datang.
AKTIVITI P&P 1. Murid mengambil pensel dan berkumpul di hadapan kelas. Murid duduk dalam kumpulan masing-masing dan
menerima sehelai lembaran kerja. Murid dikehendaki untuk meneka sama ada senarai bahan dalam lembaran
kerja mempunyai kebolehan sifat bahan yang tertentu. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.
2. Murid mengimbas kembali jenis-jenis sumber asas dan bahan objek.
3. Murid mengikut arahan dan menjalankan aktiviti seperti pada buku teks ms 119-128 secara rawak dalam
bentuk demonstrasi. Murid yang lain memerhati keputusan aktiviti dan mencatatkannya dalam lembaran
kerja yang disediakan. Setelah semua bahan siap diuji, murid balik ke tempat duduk masing-masing.
4. Murid dibimbing untuk membincangkan hasil keputusan aktiviti. Daripada aktiviti, murid sedar bahawa
bahan-bahan boleh dikelaskan mengikut kebolehan sifat bahan. Murid membuat catatan pada buku nota
dalam bentuk peta buih.
5. Murid mendapatkan buku DSKP dan menyiapkan latihan tentang sifat bahan.
6. Murid menghantar buku nota, lembaran kerja dan buku DSKP apabila siap untuk disemak.
7. Murid membuat refleksi P&P dan mengetahui tajuk pelajaran bagi P&P yang akan datang.
S/PEMBELAJARAN 7.2.1 Mengitlak sifat bahan dari segi kebolehan menyerap air sama ada menyerap atau kalis air,
kebolehan terapung sama ada tenggelam atau di atas permukaan air, kekenyalan, kebolehan
7.2.6 mengalirkan elektrik iaitu konduktor atau penebat elektrik, kebolehan mengalirkan haba iaitu
konduktor atau penebat haba, dan kebolehan penembusan cahaya iaitu legap, lut cahaya dan lut
sinar dengan menjalankan aktiviti.
AKTIVITI P&P 1. Murid memerhatikan siri komik seperti dalam buku teks ms 129-131. Murid memahami cerita dan
menyatakan apakah sifat bahan yang digunakan dalam cerita komik ini. Murid mengetahui tajuk dan
objektif P&P.
2. Murid mengimbas keenam-enam kebolehan sifat bahan dan menyatakan contoh bagi setiap jenis kategori.
Murid berfikir mengapakah sesuatu objek dihasilkan berdasarkan kebolehan sifat bahan tersebut.
3. Murid membentuk kumpulan dalam 4-5 ahli. Setiap kumpulan diberi 5 minit untuk mencari pelbagai bahan-
bahan terpakai yang dapat diperoleh di sekeliling sekolah.
4. Setiap kumpulan dikehendaki untuk mereka cipta sebuah kapal dengan menggunakan bahan-bahan
terpakai yang dijumpai. Murid diberikan masa yang mencukupi untuk menghasilkan alat tersebut.
5. Murid tampil ke hadapan dan menunjukkan hasil kerja mereka. Murid menyatakan bahan yang digunakan
dan sebab mereka menggunakan bahan tersebut untuk menghasilkannya.
6. Murid meletakkan hasil kerja mereka di tepi kelas dan murid menjalankan gallery walk.
7. Murid kembali ke tempat duduk masing-masing.
8. Murid mendengar ulasan guru dan rumusan unit serta menyanyikan lagu sifat bahan berdasarkan
iringan muzik Jong-Jong Inai.
9. Murid menghantar hasil kerja kumpulan masing-masing untuk disemak.
10. Murid membuat refleksi P&P dan mengetahui tajuk unit pelajaran bagi P&P yang akan datang.
BBM / Buku Teks / Buku DSKP / Buku Nota / Lembaran Aktiviti
/ Kad Gambar Kad Perkataan / Kad Trafik Laptop/Projektor
/ Bahan-bahan terbuang yang dijumpai di sekitar sekolah.