You are on page 1of 3

Faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah

1.Kelemahan Kepimpinan

Bermula kurun ke 17 M, Sultan-sultan yang menaiki takhta mempunyaikeperibadian yang lemah


dan hanya mementingkan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu.Selepas kematian Sultan
Sulaimen 1, tahun 1566, ramai sultan tidak sekuat sultan-sultan terdahulu.Antaranya ialah Sultan
Mustafa I (1617 M),Uthman II (1617-1621 M), Murad IV (1622-1640) dan sebagainya. Contohnya
Sultan Uthman ke II, telah menaiki takhta ketika baru berumur 13 tahun. Baginda hanyalah boneka
dan kuasa pemerintah terletak di tangan golongan elit Turki. Sultan hanya menurut kehendak
golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang pemerintahannya selama setahun
empat bulan penggantian Perdana Menteri telah berlaku sebanyak tujuh kali.Selain itu, kelemahan
juga dapat dilihat semasa Sultan Murad V. Beliau telahdinaikkan oleh golongan Freemason (sebuah
pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit gila akibat
terlalu takut.Beliau takut melihat kematian sultan sebelumnya iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati
dibunuh.Selain itu beliau adalah seorang yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan
tidak berwibawa.Seringkali berlaku perebutan kuasa antara keluarga diraja menyebabkan politik
menjadi tidak stabil dan berada dalam ketegangan.

2.Kelemahan Ketenteraan

Disiplin ketenteraan mulai longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal didalam kem dan
bergaul dengan masyarakat, seperti dibenarkan berkahwin membuat kerja sampingan tertutama
berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum arak, rasuah dan
sebagainya.Janissari tidak lagi menjadi pasukan elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi
memupuk minat terhadaptanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan
ketenteraan.Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.
3. Kelemahan Dasar Ekonomi

Tanzimat atau pemulihan semula Ekonomi di Turki telah memberi tekanan kepada Turki
Uthmaniyah untuk melakukan pembaharuan dalam pelbagai bidang.

Kerajaan Uthmaniyah mengalami hutang yang kronik.Contohnya zaman pemerintahan Sultan


Mahmud (1808 1839) yang terlalu mengagumi kemajuan Eropah.Misalnya projek jaringan keretapi
Orient Railway dan pembinaan Istana Dolmabahce yang megah menggantikan Istana
Topkapi.Akibatnya jerat hutang semakin bertambah, bunga hutang yang mencekik menyebabkan
Kerajaan Uthmaniyah hampir bankrap.

Sultan Abd al-Aziz meneruskan Tanzimat sehingga empayar tersebut muflis pada 1875 dengan
pinjaman besar dari Eropah, membawa kepada tertubuhnya Pentadbiran Hutang Awam Kebangsaan
Uthmaniyah, yang kerajaan dan pemilik bank Eropah mengawal kewangan Uthmaniyah. Pada 1876,
setelah Sultan Abdul Hamid II menaiki takhta , hutang yang ditanggung oleh kerajaan TU ialah
melebihi daripada 200 juta pound Sterling. Ini membuktikan proses Tanzimat dalam bidang
ekonomimemberikan kesan buruk dalam kestabilan ekonomi TU dan menghancurkan TU.

4.Kelemahan Sistem Pendidikan

Dari sudut sosial, Proses Tanzimat telah mewujudkan banyak sekolah-sekolah sekular
menggantikan sekolah yang berpendidikan Islam.Pendidikan sekular initertumpu kepada karya
sastera tertentu, arena persuratan berkembang maju danterjemahan daripada fiksyen barat.

Malahan sistem pendidikan telah disusun semula.Pada 1866, sebuah Kementerian Pelajaran
Umum ditubuhkan untuk menyelias ekolah sekular.Maka, sekolah sekular mula tumbuh seperti
cendawan di Turki.Malahan negara barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan
pendidikan mereka melalui beberapa institusi pendidikan. Situasi ini makin menggalakkan
penerapan idea nasionalisme,kapitalisme, imperialisme terhadap masyarakat sehingga
menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea barat ini telah
menjatuhkan kerajaan Islam tersebut.
5.Pengenalan Undang-undang Barat

Malahan, pengenalan undang-undang Barat juga telah dibawa masuk ke Turki yang telah
mengetepikan undang-undang Islam yang diguna pakai selama ini. Pada tahun 1869
Menteri kehakiman Turki Uthmaniyah telah menubuhkan mahkamah sekular yang menghadkan
bidang kuasa mahkamah Syariah. Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang
dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan Kerajaan Islam tersebut.

6.Kelemahan sudut politik

Dari aspek politik dan pentadbiran, kerajaan TU telah memperkenalkan pentadbiran ala barat
yang bertunjangkan sistem demokrasi. Kementerian tertentu telah ditubuh seperti kementerian
Pelajaran (1857), polis(1870) dan Majlis Tanzimat yang berperanan menasihati Sultan. Tetapi
hakikatnya sultan hanya mengikut telunjuk golongan Pasha dan tanpa sebarang kuasa dalam
menentukan dasar negara. Malahan, kuasa-kuasa Gabenor wilayah turut dikurangkan.Situasi ini
melemahkan kesultanan TU.

You might also like