You are on page 1of 20

270 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz 1

v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
5

Sessions Court, Alor Setar Summons No 53-870-2010


Indra Nehru Savandiah scj

[46] Quantum Abrasions and lacerations Lacerations Deep laceration


wound over dorsal aspect of left foot Severely jagged laceration wound over nasal 10
side of upper right eyelid Head Head injury Severe head injuries Lower limb
Femur Closed fracture of left Thorax Lungs Left pneumothorax Upper
limb Finger Open fracture of proximal phalanx of left index finger

Date of accident
15
August 30, 2010

Date of judgment
January 16, 2012

Brief description of plaintiffs injuries 20


1. Bilateral ocular injuries
2. Closed fracture of the left femur
3. Conjunctival chemosis
4. Deep laceration wound over the dorsal aspect of the left foot
5. Fracture of the skull vault 25
6. Left pneumothorax
7. Multiple facial bone fractures with soft tissue injury
8. Multiple intra-cranial bleeding and intra-ventricular haemorrhage
9. Open fracture of the proximal phalanx of the left index finger
10. Severe cerebral concussion
11. Severely jagged laceration wound over the nasal side of the upper right 30

eyelid involving lid margin


12. Subconjunctival haemorrhage

Disabilities
1. Aphasic 35
2. Blindness
3. Brain damage
4. Inability to stand or walk
5. Incontinence of urine and faeces
6. Post traumatic epilepsy
40
7. Requires assistance for all activities of daily living
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 271

1 8. Right hemiplegia and weakness of the left upper and lower limbs
9. Scars
10. Severe impairment of the mental functions

5 Plaintiffs age
(a) As at date of accident : 19 years
(b) As at date of hearing : NA

Plaintiffs occupation
(a) As at date of accident : Fisherman
10
(b) As at date of hearing : NA

Plaintiffs earnings
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA
15
Liability
85% against the defendant

Award (Based on 100% liability)


20
1. General damages
(a) Pain and suffering (Severe head injuries
bilateral ocular injuries, conjunctival
chemosis, fracture of the skull vault,
multiple facial bone fractures with soft
tissue injury, multiple intra-cranial
25 bleeding and intra-ventricular haemorrhage,
severe cerebral concussion, and
subconjunctival haemorrhage; closed
fracture of the left femur; deep laceration
wound over the dorsal aspect of the left
30 foot, severely jagged laceration wound
over the nasal side of the upper right
eyelid involving the lid margin; left
pneumothorax; and open fracture of the
proximal phalanx of the left index finger)
(Note: The plaintiff as a result suffers from
35
aphasia, blindness, brain damage,
incontinence of urine and faeces, post
traumatic epilepsy, right hemiplegia and
weakness of the left upper and lower limbs
and severe impairment of the mental
40 functions, is unable to stand or walk and
requires assistance for all activities of daily
living, and scars) RM 400,000.00
272 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

2. Special damages 1
(a) Agreed RM 1,280.00
(b) Post trial cost of nursing care
(400 months x RM3,000.00) RM1,200,000.00
(c) Pre-trial cost of nursing care (agreed) RM 16,000.00 5

Interest
(a) 4% per annum on special damages from date of accident until date of
judgment.
(b) 4% per annum on general damages from date of service of summons
10
until date of judgment.
(c) 4% per annum on total judgment sum from date of judgment until date
of full settlement.

Note
An appeal has been lodged by the defendant against the whole of the decision 15
of the Sessions Court and the matter is pending determination by the High
Court, Alor Setar.

Cases referred to by the court


Chua Chong Cher v Teo Lang Keow [1970] 2 MLJ 27, CA (Sing) 20
Karthiyayani & Anor v Lee Leong Sin [1975] 1 MLJ 119, FC
Ng Aik Kian & Anor v Sia Loh Sia [1997] 2 AMR 1996, HC
Noor Azahar Habin v Rajaswari Sithampara Pillai & Anor [1991] 1 CLJ 150, HC
Syarizan Sudirmin & 2 Ors v Abdul Rahman Bukit & Anor [2010] 3 AMR 561;
[2010] 2 PIR [51]; [2010] 3 CLJ 877, HC 25

Solicitors
NM Tiong & Co for plaintiff
Hoe & Ahmad Zaki for defendant
30
Indra Nehru Savandiah scj

A. Tuntutan

[1] Tuntutan plaintif adalah bagi gantirugi am, gantirugi khas, faedah dan
35
kos terhadap defendan. Tuntutan ini adalah akibat kemalangan jalanraya
yang berlaku pada Ogos 30, 2010 jam lebih kurang 8.55 malam di Jalan Kuala
Kedah, Kubang Rotan yang melibatkan motorsikal plaintif No. KBR 438 dan
motorkar defendan No. PGJ 8187.

40
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 273

1 B. Liabiliti

[2] Terdapat keterangan pegawai penyiasat dan defendan bersama saksi-


saksi beliau bagaimana kemalangan ini mungkin berlaku.
5
[3] Plaintif tidak boleh memberi keterangan akibat kecederaan kepala yang
parah.

C. Keterangan pegawai penyiasat

10 [4] Menurut pegawai penyiasat beliau telah ambil alih siasatan daripada
Sarjan Zulkifli.

[5] Rajah kasar yang dilukis tidak ikut skala disediakan oleh Sarjan Zulkifli.
Rajah kasar ditandakan P1 dan P1k. Gambar ditandakan P2(1-48).
15
[6] Kerosakan motorsikal plaintif di bahagian hadapan remuk.

[7] Kerosakan motorkar defendan adalah seperti berikut:


(1) Tayar kiri belakang tercabut dan sub patah
(2) Cermin tingkap kiri belakang pecah
20
(3) Bingkai cermin belakang kemek

[8] Menurut pegawai penyiasat jalan tempat kemalangan lurus dan tiada
halangan. Jalan utama dikatakan tidak ada lampu jalan.

25 [9] Kesan E iaitu serpihan komponen dan kaca di permukaan jalan dikatakan
bertumpu di laluan A2A3.

[10] Kesan X iaitu garisan berkembar penghujung dari arah Kubang Rotan.

30
[11] Pegawai penyiasat juga memberi keterangan selain pemandu motorkar,
isteri pemandu dan dua orang lain ada membuat laporan berhubung dengan
perihal kejadian.

[12] Pegawai penyiasat telah diperiksa balas dengan terperinci oleh peguam
defendan.
35

[13] Di peringkat periksa balas, pegawai penyiasat memberi keterangan


dari arah Kuala Kedah, lebih kurang empat tiang lampu dari simpang Taman
Desa Kubang Rotan ada selekoh.

40 [14] Garisan tengah di persimpangan tempat kejadian adalah garisan kembar.


Manakala di mulut simpang, garisan kembar dikatakan putus-putus untuk
membolehkan kenderaan keluar masuk.
274 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

[15] Pegawai penyiasat memberi keterangan geseran kesan tayar C3 bila 1


dibandingkan dengan gambar P2(24) bermula dari garisan tengah iaitu A2.

[16] Tidak ada gambar dirakam untuk menunjuk jarak dari X ke C3.
5
[17] Kesan C3 dipercayai dari tayar motorkar yang tercabut dan terpisah
dari motorkar.

[18] Bahagian belakang motorkar defendan dikatakan sentuh jalanraya.


Kesan calar C4, C5 hingga G4 dikatakan akibat pergeselan motorkar
defendan pada permukaan jalanraya. 10

[19] Kesan calar ada di belakang G4 dan ini jelas dalam gambar P2(6).

[20] Serpihan kaca iaitu C6 yang tertera dalam gambar P2(5) berada
dalam satu longgok sahaja dan bukan bertaburan. 15

[21] Gambar-gambar P2(13), P2(15) dan P2(16) menunjukkan pecahan


serpihan komponen meliputi garisan A1 hingga A4 dan bukan hanya bertumpu
di A2A3.

[22] Pegawai penyiasat juga bersetuju dengan cadangan peguam defendan, 20

setelah dirujuk gambar P2(39, 41, 47), maka kesan calar C5 sepatutnya
atas J, papan tanda berhenti dari arah Taman Desa Kubang Rotan.

[23] Di peringkat balas, pegawai penyiasat juga menjelaskan saksi-saksi


defendan telah datang ke balai dan pihak polis tidak menghubungi mereka. 25
Beliau juga memberi keterangan defendan telah memaklumkan ada saksi
tetapi tidak memberi butiran saksi secara terperinci.

[24] Di peringkat periksa kembali, pegawai penyiasat bersetuju dengan


cadangan peguam plaintif ada kemungkinan kesan C3 disebabkan oleh
30
roda motorsikal yang tayar hadapannya tercabut.

[25] Pegawai penyiasat juga bersetuju motorsikal boleh memotong tanpa


memasuki kawasan garisan kembar.

[26] Pegawai penyiasat juga memberi keterangan jarak dari tempat kejadian 35
ke selekoh agak jauh iaitu lebih kurang 1 km.

D. Kes defendan

[27] Defendan memberi keterangan motorsikal sampai di persimpangan 40


Taman Desa Kubang Rotan beliau berhenti. Sebuah motorkar dari arah depan
dikatakan memperlahan untuk memberi laluan kepada defendan.
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 275

1 [28] Defendan pun berkata membelok ke kanan. Semasa motorkar beliau


menuju ke arah simpang, beliau nampak cahaya motorsikal muncul dari
belakang motorkar yang memberi laluan, memotong motorkar tersebut dengan
sangat laju. Kemudian beliau dengar dentuman di sebelah kiri bahagian
5 belakang motorkar beliau. Motorkar beliau dikatakan bergegar dan defendan
pun memberhentikan motorkar.

[29] Menurut defendan, beliau tidak dapat buat apa-apa pada ketika itu
sebab motorkar beliau sedang dalam pergerakan ke arah simpang.
10
[30] Defendan juga menjelaskan motorkar beliau diberhentikan di tempat
permulaan garisan putus-putus di tanda X dalam rajah kasar.

[31] Masa dengar dentuman, bahagian depan motorkar defendan dikatakan


sudah hampir sampai garisan A3 di tepi jalan dalam rajah kasar.
15
[32] Menurut defendan, motorsikal dikatakan memotong motorkar dengan
sangat laju sebab pergerakan lampu motorsikal sangat laju dan bunyi
motorsikal juga sangat laju.

20
[33] Defendan telah membuat laporan polis. Laporan polis ditandakan D6.

[34] Di peringkat periksa balas, defendan memberi keterangan pertama


kali sedar akan perlanggaran motorsikal dengan motorkar beliau bila dengar
dentuman di sebelah kiri bahagian belakang motorkar.

25 [35] Sebelum itu tidak nampak motorsikal berkenaan datang.

[36] Menurut defendan sebelum sampai di persimpangan, boleh nampak


jauh dan tiada halangan pandangan.

30 [37] Tempat kejadian dikatakan tiada lampu jalan. Menurut defendan, telah
nampak cahaya motorkar yang beri beliau laluan dalam satu tiang lampu
elektrik.

[38] Defendan menjelaskan beliau berhenti lebih kurang 2-3 saat sebelum
membelok. Sebelum beliau membelok, motorkar di hadapan beliau dikatakan
35
bergerak.

[39] Defendan bersetuju dengan cadangan peguam plaintif bahawa ada


percanggahan keterangan di mahkamah dan dalam laporan polis beliau di
mana motorkar yang memberi laluan di mahkamah dikatakan memperlahan
40 untuk memberi laluan manakala dalam laporan polis pula motorkar tersebut
dikatakan berhenti.
276 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

[40] Defendan bersetuju dengan peguam plaintif maksud berhenti jelas 1


dengan sendirinya dan seolah-olah perlahan bermaksud masih bergerak.
Kemudian dia berkata ianya membawa maksud sama dan oleh itu perkataan
berhenti dimasuk dalam laporan polis.
5
[41] Defendan juga memberi keterangan di dalam laporan polis tidak
menyebut ada berhenti terlebih dahulu.

[42] Menurut defendan, saksi-saksi beliau adalah jiran dan isteri beliau.
10
[43] Defendan berkata masa membelok, motorkar beliau berhadapan dengan
mulut simpang.

[44] Defendan tidak bersetuju terus membelok secara menyerong tanpa


berhenti.
15
[45] Di peringkat periksa kembali, defendan menjelaskan apabila membelok
jarak antara kenderaan beliau dan kenderaan yang satu lagi adalah selamat
dan selepas membelok baru nampak sebuah motorsikal memotong motorkar
yang satu lagi dan masa itu perlanggaran berlaku. Sebelum dentuman telah
lihat motorsikal datang. 20

[46] Saksi seterusnya merupakan isteri defendan. Menurut beliau motorsikal


sampai di persimpangan, suami beliau berhenti. Sebuah motorkar dari arah
depan telah memberi laluan kepada suami beliau. Suami beliau pun membelok
ke kanan.
25

[47] Semasa motorkar defendan sedang masuk simpang, beliau terlihat


cahaya motorsikal dari arah kiri meluru laju dan terus merempuh sebelah
kiri bahagian belakang motorkar mereka. Motorkar dikatakan bergegar dan
berhenti.
30
[48] Menurut isteri defendan, masa dengar dentuman, bahagian depan
motorkar sudah hampir sampai garisan tepi jalan.

[49] Saksi juga bersambung memberi keterangan ketika motorkar defendan


mula bergerak ke arah simpang, beliau tidak nampak apa-apa yang
35
membahayakan.

[50] Laporan polis isteri defendan ditandakan D3.

[51] Di peringkat balas, isteri defendan memberi keterangan, masa dengar


dentuman baru tahu motorsikal langgar motorkar mereka. Sebelum itu tidak 40
nampak motorsikal itu.
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 277

1 [52] Menurut beliau, malam itu hendak melawat kawan bersalin di Perlis.
Oleh kerana tertinggal telefon bimbit di rumah, hendak balik ke rumah untuk
ambil telefon.

5 [53] Menurut saksi suami dan beliau penat sebab baru buka puasa.

[54] Saksi menandakan satu tempat di mana suami dikatakan berhenti


motorkar dalam rajah kasar.

[55] Jarak kereta yang datang dari hadapan dikatakan lebih kurang 200
10
meter. Cahaya kereta itu dikatakan dalam keadaan bergerak.

[56] Tidak ada cahaya lampu yang lain. Tempat kemalangan gelap jadi boleh
nampak sebarang cahaya lampu.

15 [57] Motorkar dikatakan berada di mulut simpang ketika membelok dan


pertembungan berlaku.

[58] Saksi juga memberi keterangan membuat laporan polis hanya pada
September 2, 2010 iaitu tiga hari selepas kejadian sebab dimaklum oleh suami
20
bahawa pegawai penyiasat telah meminta dia membuat laporan polis.

[59] Apabila peguam plaintif bertanyakan saksi akan percanggahan


keterangan beliau di mahkamah dan laporan polis, berhubung dengan fakta
bila lihat motorsikal, saksi memberitahu laporan polis beliau yang benar.

25 [60] Saksi juga tidak setuju keterangan adalah rekaan ataupun hasil
perbincangan dengan suami dan jiran-jiran yang lain.

[61] Saksi seterus defendan adalah Sahril b Ramli. Beliau adalah jiran
defendan.
30
[62] Menurut beliau sebelum sampai di persimpangan, beliau melalui
satu selekoh. Ketika itu terlihat seorang lelaki Melayu sedang menyorong
motorsikalnya ke arah yang sama di tepi sebelah kiri jalan.

[63] Dalam masa itu juga, beliau terlihat dua buah motorsikal yang ditunggang
35
oleh dua lelaki Melayu tanpa topi keledar sedang menguji motorsikal di depan
beliau dalam pergerakan sangat perlahan dan kedudukan bersaing. Menurut
saksi di periksa balas, menguji adalah seolah-olah menguji.

[64] Saksi berkata telah memotong tiga buah motorsikal berkenaan.


40
278 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

[65] Dari jarak satu tiang lampu elektrik, dari persimpangan Taman Desa 1
Kubang Rotan, beliau telah memperlahankan motorkar beliau dan memberi
isyarat kiri bertujuan membelok masuk simpang Taman Desa Kubang Rotan.

[66] Ketika motorkar defendan membelok masuk simpang, beliau terdengar 5


bunyi motorsikal yang kuat dan dua buah motorsikal memotong motorkar
beliau dengan laju di sebelah kanan. Sebuah motorsikal masuk laluan kanan
dan sebuah lagi masuk laluan kiri secara zig-zag dan merempuh motorkar
defendan. Motorsikal dan penunggang dikatakan tercampak ke kanan jalan.
10
[67] Saksi juga berkata ada nampak percikan api di sebelah kiri motorkar
defendan akibat geselan dan tayar kiri belakang motorkar defendan tercabut.

[68] Saksi berkata ketika pertembungan berlaku bahagian depan motorkar


defendan sudah hampir sampai garisan tepi jalan.
15
[69] Laporan polis saksi ditandakan D4 a/b.

[70] Menurut saksi laporan polis dibuat tiga hari selepas kejadian sebab
pegawai penyiasat yang minta dia buat laporan polis.
20
[71] Di peringkat periksa balas, saksi memberi keterangan tidak begitu pasti
akan jarak antara tiang elektrik.

[72] Menurut beliau ketika beliau memotong, jarak antara motorsikal di tepi
jalan dan dua buah motorsikal adalah lebih kurang 30 kaki. Beliau meneruskan
keterangan berkata selepas itu beliau tengok depan sudah sampai dekat 25

simpang.

[73] Beliau memberi keterangan kedua-dua buah motorsikal atas jalan dalam
keadaan bersaing dan bergerak perlahan. Menurut saksi, maksud bersaing
adalah menguji dengan enjin yang kuat. 30

[74] Saksi seterusnya memberi keterangan lebih lanjut maksud bersaing


adalah membawa motorsikal berselari dan menguatkan engin. Oleh kerana
bunyi engin kuat, maka mengikut saksi seolah-olah berlumba.
35
[75] Beliau telah memotong motorsikal berkenaan dan kelajuan motorsikal
beliau tidak pasti tetapi lebih perlahan daripada kelajuan motorkar beliau
yang lebih kurang 60 km/j.

[76] Motorsikal dikatakan berada lebih kurang 50-60 kaki di hadapan beliau
apabila beliau melepasi selekoh. 40
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 279

1 [77] Beliau meneruskan keterangan berkata selepas memotong tiga buah


motorsikal tidak ada kenderaan lain selain daripada motorkar defendan yang
ingin memotong.

5 [78] Saksi bersetuju dengan peguam plaintif beliau ada hak memasuki
simpang terlebih dahulu berbanding dengan motorkar defendan yang datang
dari arah bertentangan.

[79] Saksi memberi keterangan pada mulanya motorkar defendan sedang


berhenti dan kemudian kata nampaknya berhenti.
10

[80] Menurut beliau, beliau memberi laluan kepada motorkar defendan


sebab beliau tidak dalam keadaan tergesa-gesa masuk simpang.

[81] Beliau juga bersetuju dengan peguam plaintif di dalam laporan polis
15 beliau tidak kata ada beri laluan kepada motorkar defendan.

[82] Saksi tidak setuju dengan cadangan peguam plaintif bahawa beliau
memberi laluan kepada motorkar defendan sebab defendan membelok secara
tiba-tiba dari arah bertentangan.
20
[83] Beliau juga tidak setuju tidak terlibat dalam kemalangan ini.

[84] Saksi berkata perkataan bersaing telah diberikan oleh Tuan Othman
untuk digunakan dalam laporan polis saksi. Menurut saksi laporan polis
dibuat dengan bantuan polis, iaitu Tuan Othman.
25

[85] Saksi juga tidak setuju bahawa laporan polis dibuat selepas perbincangan
dengan saksi-saksi lain dalam kes ini bertujuan membantu defendan.

[86] Saksi menjawab bahawa tidak sedar motorkar di hadapan adalah


30 adalah motorkar jiran beliau. Defendan dikatakan jiran saksi lebih kurang
enam bulan.

[87] Saksi seterusnya adalah Roslan b Saad.

[88] Menurut saksi ini, sebelum sampai di persimpangan Taman Desa Kubang
35
Rotan, beliau menolak motorsikal di satu selekoh menghala ke arah Kubang
Rotan. Pada ketika itu datang sebuah motorsikal dari belakang. Pada masa
yang sama datang pula sebuah motorsikal dari arah bertentangan.

[89] Motorsikal dari arah belakang dikatakan memotong saksi dan motorsikal
40 dari arah bertentangan membuat pusingan U. Kedua-dua motorsikal
berjumpa di tepi sebelah kiri jalan dalam kedudukan bersaingan dan menguji
280 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

motorsikal. Motorsikal dikatakan bergerak sedikit-sedikit dalam keadaan 1


sangat perlahan. Kedua-dua penunggang tidak pakai topi keledar.

[90] Kemudian sebuah motorkar dikatakan datang dari arah belakang dan
memotong kedua-dua motorsikal tersebut. Motorsikal motorkar itu sudah 5
pergi jauh, kedua-dua motorsikal tiba-tiba dikatakan memecut laju ke arah
Kubang Rotan.

[91] Dalam masa singkat, terdengar bunyi dentuman perlanggaran. Apabila


sampai di simpang Taman Desa Kubang Rotan, baru saksi terlihat salah sebuah
10
motorsikal tadi terlibat dalam kemalangan dengan motorkar defendan.

[92] Laporan polis saksi ditandakan D5. Saksi menjelaskan laporan polis
dibuat selepas lima hari dari tarikh kemalangan sebab pihak polis menelefon
meminta dia buat laporan polis.
15
[93] Saksi juga memberi penjelasan pihak poiis tahu bahawa dia adalah
saksi kepada kemalangan sebab saksi telah memaklumkan perkara yang
beliau nampak sebelum kemalangan kepada defendan. Defendan telah meminta
nombor telefon beliau untuk diberi kepada pihak polis.
20
[94] Menurut saksi, beliau tidak kenal defendan sebab bertugas di Langkawi
dan baru pindah ke Taman Desa. Sebelum itu keluarga beliau yang tinggal
di sana lebih kurang 7 bulan manakala saksi ulangalik melawat keluarga
sebulan sekali ataupun dua kali sebulan.

[95] Menurut saksi ini maksud bersaing berlumba bersama-sama selari. 25

Saksi ini juga tidak pasti dengan jarak dengan jarak motorsikal bila motorkar
memotong beliau. Kemudian dia berkata lebih kurang 800 meter.

[96] Saksi memberi keterangan motorkar dibawa lebih kurang 40km/j dan
motorsikal dibawa lebih perlahan daripada motorkar. 30

D. Keputusan kes

[97] Setelah mengambilkira keterangan yang sedia ada, maka mahkamah


memutuskan liabiliti terhadap defendan 85% dan terhadap plaintif 15%
35
masing-masing.

[98] Di bawah prinsip undang-undang sivil, beban pembuktian kes adalah


pada plaintif di atas imbangan kebarangkalian.

[99] Di dalam kes Ng Aik Kian & Anor v Sia Loh Sia [1997] 2 AMR 1996, 40
diputuskan oleh Mahkamah Tinggi seperti berikut:
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 281

1 it is trite law that where drivers and the witnesses on each side tell conflicting and
divergent stories, the photographs, plans, measurements of the scene of accident and the
nature of the damage to each vehicle must surely be the guiding force which must be relied on.

[100] Seterusnya itu, mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Chua Chong
5
Cher v Teo Lang Keow [1970] 2 MLJ 27 di mana diputuskan seperti berikut:

as often happens, a court on the evidence before it, has to decide which of the two
conflicting versions is the version to accept. In such a case a court in considering
which is the more probable one, ought to try and derive what assistance it can
10
get from undisputed facts, if any, which are relevant for the purpose. A court also
ought to consider, from undisputed facts, whether a version put forward as evidence
is one which is inherently improbable or not.

[101] Di dalam kes di hadapan mahkamah yang mulia ini, setelah mengkaji
keterangan senyap dan versi keterangan saksi-saksi, mahkamah mencapai
15 keputusan berdasarkan sebab-sebab berikut:

(1) Plaintif dalam kes ini tidak memberi keterangan sebab cedera parah
akibat kemalangan ini. Keterangan yang sedia adalah keterangan
pegawai penyiasat yang memberi keterangan setelah mengambilalih
kertas siasatan daripada Sarjan Zulkilfi yang melukis rajah kasar.
20

(2) Pihak defendan telah mengemukakan empat orang saksi termasuk


defendan. Semua saksi defendan telah membuat laporan polis. Dalam
pada itu timbul persoalan kenapakah mahkamah yang mulia ini
mendapati defendan cuai 85%.
25
(3) Apabila dikaji keterangan defendan dan saksi-saksi beliau berbanding
dengan keterangan senyap di dalam kes ini, mahkamah mencapai
keterangan-keterangan fakta yang dikemukakan oleh defendan dan
saksi-saksi beliau diselubungi dengan percanggahan yang ketara
30 dan memudaratkan kesahihan dan kebenaran akan perihal kejadian
dalam kes ini.

(4) Percanggahan-percanggahan tersebut adalah seperti berikut:

(i) Keterangan defendan


35

Defendan di dalam laporan polis yang dibuat lebih kurang 1


jam selepas kejadian telah melapor sedemikian, apabila saya
sampai berhampiran Taman Desa Kubang Rotan, setelah sebuah
kenderaan dari hadapan berhenti untuk memberi laluan kepada
40 saya. Saya pun membelok ke kanan, tiba-tiba sebuah motorsikal yang
datang dari hadapan telah memotong kenderaan yang memberi
282 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

laluan kepada saya terus melanggar di sebelah kiri bahagian 1


belakang motorkar saya.

Manakala keterangan beliau dalam pemeriksaan utama (DWS1)


pula seperti ini. 5

Defendan memberi keterangan motorsikal sampai di


persimpangan Taman Desa Kubang Rotan, beliau berhenti. Sebuah
motorkar dari arah depan dikatakan memperlahan untuk memberi
laluan kepada defendan.
10

Defendan pun berkata membelok ke kanan. Semasa motorkar


beliau menuju ke arah simpang, beliau nampak cahaya motorsikal
muncul dari belakang motorkar yang memberi laluan, memotong
motorkar tersebut dengan sangat laju. Kemudian beliau
dengar dentuman di sebelah kiri bahagian belakang motorkar 15
beliau. Motorkar beliau dikatakan bergegar dan defendan pun
memberhentikan motorkar.

Bukan berhenti setakat itu, diperiksa balas, defendan bersetuju


pertama kali sedar motorsikal langgar adalah bila dengar dentuman di
20
sebelah kiri bahagian belakang motorkar.

Di peringkat periksa kembali, apabila beliau diminta ulas


berhubung dengan percanggahan keterangan yang dikemukakan
oleh beliau, beliau pula berbalik kepada versi dalam laporan polis.
25
Defendan gagal memberi penjelasan logik dan bernas kenapakah
keterangan beliau di mahkamah bercanggah dengan laporan
polis yang dibuat sebaik sahaja selepas kemalangan berlaku.

Defendan pada sebarang masa tidak menyebut ada memberi 30


isyarat ataupun berhenti sebelum membelok.

Defendan memberi keterangan ada di tanda X untuk


membelok. Pertembungan dikatakan berlaku di hadapan mulut
simpang. Apabila dikaji rajah kasar keterangan senyap yang
35
merupakan serpihan kaca, serpihan komponen dan juga kesan
calar bertumpu di bawah tanda X.

Sekarang dikaji pula percanggahan yang tertera dalam keterangan


isteri defendan dan juga rakan-rakan defendan.
40
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 283

1 (ii) Isteri defendan

Menurut beliau motorsikal sampai di persimpangan, suami beliau


berhenti. Sebuah motorkar dari arah depan telah memberi laluan
5 kepada suami beliau. Suami beliau pun membelok ke kanan.

Semasa motorkar defendan sedang masuk simpang, beliau terlihat


cahaya motorsikal dari arah kiri meluru laju dan terus merempuh
sebelah kiri bahagian belakang motorkar mereka. Motorkar dikatakan
bergegar dan berhenti.
10

Menurut isteri defendan, masa dengar dentuman, bahagian depan


motorkar sudah hampir sampai garisan tepi jalan.

Saksi juga bersambung memberi keterangan ketika motorkar


15 defendan mula bergerak ke arah simpang, beliau tidak nampak apa-apa
yang membahayakan.

Di peringkat balas, isteri defendan memberi keterangan masa


dengar dentuman baru tahu motorsikal langgar motorkar mereka.
Sebelum itu tidak nampak motorsikal itu.
20

Beliau juga tandakan I tempat motorkar suami dikatakan berhenti.
lanya sama seperti X yang dikatakan oleh defendan.

Keterangan isteri defendan yang berkata tidak nampak motorsikal


25 sehingga kedengaran dentuman diperiksa balas tidak dibaikpulih
dalam periksa kembali. Oleh itu prinsip kes Noor Azahar Habin v
Rajaswari Sithampara Pillai & Anor [1991] 1 CLJ 150 digunapakai di
mana dalam kes itu diputuskan kegagalan memeriksa balas saksi
terhadap mana-mana keterangan penting dianggap menerima
30 keterangan tersebut.

Saksi juga memberi keterangan membuat laporan polis hanya


pada September 2, 2010 iaitu tiga hari selepas kejadian sebab
dimaklum oleh suami bahawa pegawai penyiasat telah meminta
dia membuat laporan polis.
35

Maka timbul kesangsian terhadap keterangan fakta isteri


defendan yang berkata terlihat cahaya motorsikal dari arah
kiri meluru laju dan terus merempuh sebelah kiri bahagian
belakang motorkar mereka. Jika ini adalah benar kenapa pula
40 dalam periksa balas berkata tidak nampak motorsikal sehingga
dentuman berlaku.
284 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

(iii) Jiran defendan Sahril b Ramli 1

Menurut beliau telah memperlahankan motorkar beliau dan


memberi isyarat kiri bertujuan membelok masuk simpang Taman Desa
Kubang Rotan. 5

Ketika motorkar defendan membelok masuk simpang, beliau


terdengar bunyi motorsikal yang kuat dan dua buah motorsikal
memotong motorkar beliau dengan laju di sebelah kanan. Sebuah
motorsikal masuk laluan kanan dan sebuah lagi masuk laluan
10
kiri secara zig-zag dan merempuh motorkar defendan.

Beliau memberi keterangan kedua-dua buah motorsikal atas jalan


dalam keadaan bersaing dan bergerak perlahan. Menurut saksi,
maksud bersaing adalah menguji dengan enjin yang kuat.
15
Saksi seterusnya memberi keterangan lebih lanjut maksud
bersaing adalah membawa motorsikal berselari dan menguatkan
engin. Oleh kerana bunyi engin kuat, maka mengikut saksi
seolah-olah berlumba. Saksi berkata perkataan bersaing telah
diberikan oleh Tuan Othman untuk digunakan dalam laporan
20
polis saksi. Menurut saksi laporan polis dibuat dengan bantuan
polis, iaitu Tuan Othman.

Beliau telah memotong motorsikal berkenaan dan kelajuan


motorsikal beliau tidak pasti tetapi lebih perlahan daripada
kelajuan beliau yang lebih kurang 60 km/j. Motorsikal dikatakan 25
berada lebih kurang 50-60 kaki di hadapan beliau apabila beliau
melepasi selekoh.

Beliau memberi laluan kepada motorkar defendan sebab beliau


tidak dalam keadaan tergesa-gesa masuk simpang. 30

Beliau juga bersetuju dengan peguam plaintif di dalam laporan


polis beliau tidak kata ada beri laluan kepada motorkar defendan.

Rumusan dari keterangan beliau adalah motorsikal bergerak


35
kurang daripada 60 km/j dan juga tidak ada sebarang perlumbaan
motorsikal seperti yang cuba diperkenalkan dalam pemeriksaan
utama.

Saksi ini juga memberi keterangan tidak sedar motorkar


di hadapan adalah adalah motorkar jiran beliau. Defendan 40
dikatakan jiran saksi lebih kurang enam bulan. Adalah mustahil
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 285

1 tidak kenal motorkar jiran yang selang satu rumah ke kiri dari
rumah defendan?

(iv) Jiran Roslan b Saad.


5
lni merupakan saksi kepada kejadian yang berlaku sebelum
kemalangan. Keterangan beliau bolehlah dirumuskan kepada
fakta wujud dua buah motorsikal dan sebuah kereta di mana
kereta telah memotong dua buah motorsikal. Motorsikal
dikatakan tiba-tiba dikatakan memecut laju ke arah Kubang Rotan.
10

Saksi ini tidak menyaksikan kemalangan.

(5) Hasil kajian keterangan defendan dan saksi-saksi defendan,


mahkamah membuat pencapaian fakta (finding of fact), keterangan
15 kesemua mereka perihal bagaimana kemalangan berlaku penuh
dengan kesangsian dan percanggahan yang material.

(6) Apabila defendan membuat laporan polis, defendan tidak


pernah menyebut ada memberi isyarat untuk membelok ataupun
memberhentikan motorkar sebelum membelok. Laporan polis
20
defendan dibuat sebaik selepas kemalangan.

(7) Laporan polis saksi-saksi defendan dibuat selepas 3-5 hari setelah
kemalangan berlaku. Di dalam repot-repot ini yang panjang dan teliti
timbul pula fakta-fakta baru mengatakan motorkar defendan berhenti,
25 motorsikal yang terlibat dalam kemalangan seolah-olah bersaing dan
lain-lain perkara yang tidak pernah disebut oleh defendan dalam
laporan polis beliau. Berhubung dengan perkara ini mahkamah yang
mulia ini merujuk kes Karthiyayani & Anor v Lee Leong Sin [1975] 1
MLJ 119 yang memutuskan seperti berikut:
30
the main test is whether there has been a delay in making the report
whether it has been made as early as can reasonably be expected in the
circumstances of the case and before there is opportunity for tutoring or
concoction.

35 (8) Adalah jelas dalam kes ini laporan polis yang dibuat oleh saksi-
saksi defendan memenuhi semua elemen yang disebut dalam kes
Karthiyayani & Anor v Lee Leong Sin [1975] 1 MLJ 119. Jangka masa
3-5 hari adalah satu masa yang lama bagi saksi-saksi melengkapkan
butiran untuk menyokong versi defendan. Malangnya defendan
yang tidak memperbetulkan versi beliau dan ini dengan sendirinya
40 membuka simpul kepada segala percanggahan material yang tertera
dalam kes ini.
286 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

(9) Perkara yang lebih menimbulkan kesangsian terhadap kesahihan 1


keterangan saksi-saksi defendan adalah mereka sentiasa berkata
mereka telah dipanggil oleh polis untuk memberi keterangan perihal
kejadian. Polis yang dimaksudkan bernama Tuan Othman. Malahan
saksi Shahril berkata perkataan bersaing diajar oleh Tuan Othman 5
dan laporan polis juga dibuat dengan bantuan beliau. Satu alegasi
yang serius!

(10) Manakala pegawai penyiasat dalam kes ini yang bernama Inspektor
Othman menjelaskan saksi-saksi defendan telah datang ke balai
10
dan pihak polis tidak menghubungi mereka. Beliau juga memberi
keterangan defendan telah memaklumkan ada saksi tetapi tidak
memberi butiran saksi secara terperinci. Keterangan beliau tidak
tercabar atau disangkal pada bila-bila masa. Malangnya peguam
defendan tidak pada sebarang masa menyuruh saksi-saksi beliau
mengecam samada Inspektor Othman adalah Tuan Othman yang 15
dimaksudkan oleh saksi-saksi. Ini perlu sebab Inspektor Othman
menafikan memanggil saksi-saksi untuk membuat laporan polis.
Jika benar Inspektor Othman dan Tuan Othman merupakan orang
yang sama, kenapa peguam defendan tidak membuat pengecaman
identiti untuk membuktikan saksi-saksi beliau memang bercakap
20
benar. Timbul kesangsian terhadap keterangan saksi-saksi bahawa
polis telah meminta mereka membuat laporan polis dan juga mengajar
Shahril membuat laporan polis. Juga timbul persoalan kenapa saksi-
saksi ini tidak menampilkan diri kepada polis pada hari kejadian
untuk menceritakan perihal kejadian. Bukankah 3-5 hari memberi
masa yang banyak dan peluang yang mencukupi bagi defendan, isteri 25
defendan dan jiran defendan mengadakan versi yang lebih terperinci
dan memihak kepada defendan dalam kes ini?

(11) Seterusnya peguam defendan telah mengemukakan keterangan fakta


melalui periksa balas kepada pegawai penyiasat bahawa kesan C5 30
seharusnya berada atas J. Di dalam hujahan peguam defendan
berhujah oleh kerana C5 sepatutnya berada atas J, maka kedudukan
C4 yang menghala ke C5 juga patut ada lebih tinggi. Hujahan
beliau rajah kasar tidak tepat. Mahkamah yang mulia ini mencapai
keputusan fakta walaupun rajah kasar tidak dilukis ikut skala tapi
35
lakaran tentang kesan calar, serpihan dan juga kedudukan menyerong
tidak disangkal oleh pihak defendan pada sebarang masa. Hanya
yang disangkai adalah C5. Satu kes kemalangan berpusatkan
pencapaian fakta tentang perihal kejadian dan mencapai keputusan
fakta berpandukan keterangan saksi dan juga keterangan senyap.
Percubaan peguam defendan menyoalkan kedudukan C5 dan 40
tidak mempersoalkan akan kesan-kesan lain secara terperinci tidak
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 287

1 membawa apa-apa makna kepada kes ini. Apa yang peguam defendan
dapat nyatakan hanya setakat rajah kasar tidak dilukis ikut skala.

(12) Mahkamah telah mengkaji keterangan senyap dalam kes ini. Apa yang
5 tertera adalah kesan-kesan ini berada dalam keadaan menyerong dan
bertumpu di A2 dan melepasi A3. Malahan motorkar defendan
selepas kejadian juga dalam keadaan menyerong dan tidak di mulut
simpang. C6 merupakan satu longgokan serpihan kaca di belakang
motorkar defendan yang amat jelas. Ada juga serpihan-serpihan yang
bertaburan meliputi A1A4.
10

(13) Motorsikal dikaji laporan polis defendan, beliau tidak pernah


menyebut ada memberi isyarat atau pun berhenti sebelum membelok.
Keterangan Shahri adalah beliau bukan dalam keadaan tergesa-
gesa untuk membelok. Shahril juga mengesahkan fakta bahawa
15 dalam laporan polis tidak sebut memberi laluan kepada defendan
untuk membelok. Isteri defendan berkata mereka penat selepas
membuka puasa. Mereka hendak balik ke rumah untuk mengambil
telefon bimbit yang tetinggal di rumah sebelum berlepas ke Perlis.
Keterangan senyap pula menunjukkan semua kesan dan juga
kedudukan motorkar defendan dalam keadaan menyerong. Apakah
20
kesimpulan fakta yang boleh dibuat inferen?

(14) Kesimpulan fakta yang diinferen adalah defendan dalam keadaan


penat dan tergesa-gesa telah membelok secara menyerong tanpa
berhenti yang membuat motorkar dihadapan berhenti untuk memberi
25 laluan kepada defendan. Oleh itu defendan merupakan punca
utama kepada kemalangan yang berlaku ini. Ini adalah disokong
oleh keterangan fakta Shahril telah memberitahu beliau pada masa
kemalangan berlaku tidak tahu motorkar di hadapan adalah motorkar
jiran beliau dan juga tidak dalam keadaan tergesa-gesa untuk
30 membelok.

(15) Mahkamah mendapati keterangan defendan dan saksi-saksi beliau


tidak dipercayai sebab penuh dengan lompang berhubung dengan
fakta-fakta penting perihal kejadian dan tidak pernah dibaikpulih
dengan penjelasan rasional dan logik.
35

(16) Kenapa pula plaintif turut ada menyumbang cuai dalam kemalangan
ini. Apabila dikaji keterangan senyap iaitu kerosakan pada kenderaan
motorkar defendan sehingga tayar motorkar defendan tercabut, ini
membuktikan plaintif juga membawa motorsikal pada kelajuan yang
40 tinggi.Justeru itu adalah adil dan wajar plaintif didapati cuai sebanyak
15% terhadap malapetaka yang menimpa beliau.
288 Personal Injury Reports [2012] 1 PIR [46]

(17) Lagipun fakta plaintif tidak memakai helmet juga diragui sebab tidak 1
ada keterangan yang dikemukakan melalui pegawai penyiasat dalam
kes berhubung fakta ini. Keterangan Roslan b Saad berhubung fakta
ini yang dinyatakan dalam laporan polis pula tidak menyaksikan
kemalangan ini. Apa yang beliau katakan adalah setakat kedua-dua 5
penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar bergerak
secara memecut laju ke arah Kubang Rotan. Wujud lompang sama
ada plaintif memakai topi keledar semasa kemalangan berlaku sebab
saksi berkenaan tidak menyaksikan kemalangan. Tidak boleh dibuat
andaian berhubung dengan keterangan fakta dalam kes kemalangan.
10
Begitu juga dengan keterangan Shahril yang berkata telah melihat
dua lelaki Melayu tanpa topi keledar menguji motorsikal. Tidak
ada keterangan fakta samada ketika pertembungan berlaku plaintif
bertopi keledar atau tidak. Oleh itu fakta kes Syarizan Sudirmin & 2
Ors v Abdul Rahman Bukit & Anor [2010] 3 AMR 561; [2010] 2 PIR [51];
[2010] 3 CLJ 877 dibezakan dengan fakta kes di hadapan mahkamah 15
yang mulia ini.

(18) Adalah pencapaian keputusan fakta mahkamah berdasarkan


penghuraian yang amat terperinci dan juga sebab-sebab yang
dinyatakan maka keputusan yang dibuat adalah adil dan saksama.
20

Kuantum (atas dasar liabiliti 100%)

Gantirugi am

(1) Gantirugi am telah dipersetujui RM400,000.00. 25

Gantirugi khas

(2) Kos penjagaan (sebelum/selepas penghakiman)


30
[102] Motorsikal dikaji laporan doktor pakar, Dr B Gunasekaran, plaintif
hanya boleh cakap sakit sahaja, buta, tidak boleh berjalan ataupun
berdiri. Makanan adalah secara tube feeding. Kesemua keterangan dalam
laporan pakar menyokong fakta plaintif perlu penjagaan sepenuhnya untuk
menguruskan diri.
35

[103] Dalam mengambil kira status plaintif yang tidak berinteraksi dengan
persekitaran dan tidak boleh berdikari langsung, mahkamah memutuskan
plaintif harus ditempatkan di sebuah pusat penjagaan untuk memastikan
kualiti hidup plaintif yang sebaik-baik sebagai menghormati plaintif sebagai
seorang insan yang ada hak untuk hidup di dunia ini. 40
Muhamad Nur Afizie b Abdul Aziz v
Zulkarnaian b Abdul Rahman
[2012] 1 PIR [46] Indra Nehru Savandiah scj 289

1 [104] Peguam plaintif telah bersetuju dengan kos jagaan yang dikemukakan
oleh pihak defendan sendiri. Kos penjagaan tersebut adalah RM3,000.00
sebulan di St Mary Nursing Home (ms 4) ikatan dokumen tambahan
defendan (E).
5
[105] Mahkamah juga setuju dengan hujahan pihak plaintif jangka hayat
hidup bagi kaum lelaki mengikut Jabatan Perangkaan Statistik bagi tahun
2010 adalah 71.9 tahun.

[106] kontigensi diambilkira dan setelah tolakan dibuat maka award yang
10
dibenarkan adalah:

72-20 (50 tahun) x 12 x = 416 bulan

[107] Daripada 416 bulan, telah dipersetujui oleh pihak-pihak kos penjagaan
15 sebelum penghakiman adalah bagi tempoh 16 bulan. Bagi satu bulan
dipersetujui RM1,000.00.

[108] Oleh itu kos penjagaan sebelum penghakiman, award yang dipersetujui
adalah RM16,000.00
20
[109] Bagi kos penjagaan selepas penghakiman, jumlah award yang di
benarkan tanpa faedah adalah seperti berikut:

416 bulan - 16 bulan = 400 bulan x RM3,000.00 sebulan = RM1,200,000.00.

25 [110] Gantirugi khas yang lain dipersetujui adalah RM1,280.00.

[111] Faedah yang lazim (4%) diberikan ke atas gantirugi am dan gantirugi
khas. Kos tindakan juga diberikan kepada plaintif selaras dengan liabiliti
yang diputuskan antara pihak-pihak dalam kes ini.
30

35

40

You might also like