You are on page 1of 5

1.

PENGENALAN
Sebuah kempen yang telah dijalankan di UTHM tentang keselamatan jalan raya
atau yang diberi nama Petron Road Safety Program yang telah di taja oleh PETRON.
Pada hari sabtu 30 september 2017 bermula pada pukul 7.30 3.30 petang. Kami
daripada kelas BFC 32202 Jurutera dan Masyarakat seksyen 4 telah diberi tugasan oleh
Dato Prof. Dr. Mohd Idrus Bin Mohd Masirin untuk menyertai dan membuat sebuah
laporan tentang aktiviti tersebut. Petron Road Safety Program telah berkerjasama
dengan UTHM ( Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia ) , JKJR ( Jabatan Kerja Dan
Jalan Raya ), JPJ ( Jabatan Pengangkutan Jalan ), Good Year , dan Intitusi memandu (
Komuniti Dinamik SDN BHD ). Kempen ini terbuka kepada semua pelajar UTHM.
Tujuan program seperti ini di adakan adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar
tentang keselamatan jalanraya, cara-cara menyelenggara kenderaan dengan betul
semangat berpasukan,menghargai masa dan banyak lagi.
Sebelum itu, para pelajar telah dibahagikan kumpulan mengikut seksyen
masing-masing. Bermula jam 7.30 pagi, para pelajar hendaklah mendaftar diri terlebih
dahulu sebelum memulakan program. Selepas sesi pendaftaran berakhir para pelajar
telah diberikan serba sedikit taklimat oleh pihak penganjur mengenai perjalanan
program pada hari tersebut. Seramai 300 orang pelajar telah terlibat dan setiap
kumpulan telah di bahagikan seramai 10 orang ahli yang terdiri daripada lelaki dan
perempuan dari fakulti FKAAS dan FPTP program tersebut berakhir pada sekitar jam
3.00 petang. Acara penyampaian hadiah telah diadakan dan acara penutupan
dirasmikan oleh Dekan Fakulti FKAAS dan akhir sekali program pada hari itu telah
mencapai objektif yang di tetapkan oleh pihak penganjur.

2. OBJEKTIF PROGRAM
Melahirkan mahasiswa yang cemerlang dan sihat.
Memupuk semangat berpasukan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk beriadah.
Mendedahkan para pelajar tentang keselamatan jalanraya.

3. PERLAKSANAAN PROGRAM
Program ini diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

1
Tempat : Kawasan UTHM.
Tarikh : 30 September 2017.
Masa : 8.00pg 3.00ptg (Sabtu)

4. PROGRAM

i. Checkpoint 1 (Pitstop 2)
Semasa berada di checkpoint pertama, pitstop tersebut dikendalikan oleh
syarikat Good Year iaitu salah satu syarikat tayar di Malaysia. Kami dikehendaki
menjawab 15 soalan dengan tepat yang berkaitan dengan tayar tersebut beserta kata
kunci yang diberikan. Antara contoh soalan ialah saiz tayar dan corak bunga pada tauar
tersebut.

ii. Checkpoint 2 (Pitstop 4)


Setelah selesai menamatkan arahan, kami bergerak ke checkpoint 2 yang
terletak di bahagian depan bangunan F2. Di checkpoint tersebut, pihak Jabatan
Pengangkutan dan Jalanraya telah menunggu para peserta. Kami mendapat tugasan
daripada pihak JPJ. Tugasannya ialah kami dikehendaki melakukan dua ujian memandu
iaitu motosikal dan kereta. Setiap kumpulan hendaklah menghantar dua orang wakil
yang mempunyai lessen memandu yang sah bagi melengkapkan tugasan tersebut.
Untuk ujian pemanduan kereta, peserta hendaklah melakukan ujian tiga penjuru dan
ujian meletakkan kereta secara sisi. Manakala untuk motosikal pula, peserta hendaklah
melakukan ujian kon. Setelah selesai tugasan tersebut, kami bergerak ke checkpoint
yang seterusnya.

2
iii. Checkpoint 1 (Pitstop 3)
Pada checkpoint ini, kumpulan kami harus dibahagikan kepada dua. Satu
kumpulan dikehendaki menukar minyak hitam motosikal dan selebihnya menjawab
puzzle. Sekiranya gagal, penambahan masa penalti 5 minit akan diberikan.

iv. Checkpoint 4 ( Last Pitstop)


Disini adalah checkpoint terakhir bagi permainan Explorace yang di anjurkan
oleh pihak Petron. Checkpoint ini terletak di Padang Golf UTHM berhadapan Jalan
Alfa 4. Semasa berada di checkpoint terakhir ini, kami dikehendaki bermain permainan
dart. Setiap ahli dalam sesebuah kumpulan terlibat didalam permainan ini. Setelah
berjaya menamatkan permainan dart, setiap ahli kumpulan harus memberi maksud
kepada setiap papan tanda isyarat yang berada di jalan raya. Jumlah soalan bergantung
kepada jumlah dart yang berjaya dilekatkan pada papan dart. Kumpulan kami berjaya
memberi kesemua makna papan tanda isyarat yang diberikan dengan jayanya.

3
5. PENUTUP
Petron Road Safety Program ialah sebuah program yang sangat berguna kepada
pelajar yang mana kebanyakan pelajar mempunyai kenderaan dan membawa kenderaan
sendiri ke kuliah. Dengan adanya program ini ia dapat membantu pelajar agak lebih
mengenal dan menitik beratkan akan isu keselamatan di jalanraya. Ini dapat membantu
menyedarkan akan bahaya dijalan raya dan mampu mengurangkan resiko kemalagan.
Pada program tersebut terdapat lebih dari 60 kumpulan ( setiap kumpulan sekurang-
kurangnya 6 orang ahli ) yang berlainan fakulti juga terlibat dalam kempen ini. Hadiah
juga disebiakan kepada pemenang. Program ini juga sangat meriah kerana mendapat
sambutan yang sangat tinggi dimana angaran yg terlibat lebih dari 500 orang. Selain
itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan sesame manusia
dimana setiap kumpulan terdiri daripan berbilang fakulti, bangsa dan agama. Dengan
itu, kami simpulkan bahawa program ini sangat berguna kepada penguna jalanraya dan
perlu diperbanyakan program seperti ini bukan sahaja di intitusi tetapi kepada
masyarakat luar khususnya yang memiliki kenderaan.

4
6. LAMPIRAN

i. Sesi pendaftaran kumpulan di kaunter.

ii. Sesi mendengar taklimat.

iii. Kumpulan yang berjaya menghabiskan Amazing Race dengan jayanya.

You might also like