You are on page 1of 1

970615-10-7080

ABSTRAK

KAJIAN KEMUDAHAN ASAS DI MASJID SULTAN SALAHUDIN ABDUL AZIZ


SHAH, SHAH ALAM SELANGOR. (SATU KAJIAN KES)

Kajian ini bertajuk Kajian Kemudahan Asas di Masjid Sultan Salahudin Shah, Shah
Alam Selangor. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencapai dua objektif utama iaitu
mengenal pasti jenis-jenis kemudahan yang disediakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz
Shah, Shah Alam dan menilai tahap kepuasan masyarakat terhadap kemudahan asas yang
disediakan di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Kajian ini dijalankan di
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Dalam kajian ini, pengkaji
telah menggunakan tiga kaedah utama untuk mendapatkan hasil kajian iaitu kaedah temubual,
kaedah tinjauan dan kaedah pemerhatian. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang
pengguna Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Pengkaji telah mendapati sebahagian besar
kemudahan yang dinyatakan oleh pengkaji dalam ketiga-tiga kaedah kajian disediakan di masjid
ini dan majoriti responden berpuas hati terhadap kemudahan yang disediakan di masjid ini.
Kesimpulannya, semua kemudahan yang disediakan oleh pihak masjid berada dalam keadaan
yang baik.

You might also like