You are on page 1of 11

ALEA 33: INDIGENOUS PEOPLE MINORITY & SOCIAL CHANGE

PERUBAHAN SOSIAL DALAM MASYRAKAT PRIBUMI


(MASYARAKAT PENAN)

PENGENALAN

SEJARAH ASAL USUL MASYARAKAT PENAN

BILA MASYARAKAT PENAN MULA MENGALAMI PERUBAHAN

Tanggal 31 Ogos 1957, negara Malaysia telah berjaya mencapai kemerdekaan daripada
pihak penjajah iaitu pihak British yang menjajah Tanah Melayu atas faktor-faktor
imperialisme. 6 tahun selepas tarikh keramat tersebut, iaitu pada 16 September 1963, 2 buah
negeri telah bergabung dengan Tanah Melayu untuk membentuk sebuah negara yang digelar
Malaysia. Penggabungan negeri-negeri ini akhirnya menyebabkan Malaysia mempunyai
pelbagai kaum dan etnik yang berbeza, terutamanya di Sabah danSarawak. Di Semenanjung
Malaysia mempunyai 3 kaum majoriti iaitu Melayu, Cina dan India. Terdapat juga kaum
minoriti iaitu Orang Asli yang kebanyakkannya menetap di Perak dan Pahang. Antara kaum
yang terdapat di Sabah adalah seperti Bajau, Kadazandusun, Suluk dan Melayu-Brunei
manakala di Sara(ak !ula kaum majoritinyameru!akan kaum +ban, diikuti oleh kaum *ina.
kaum-kaum lain adalah seperti Melayu, Melanau, Bidayuh, Kelabit, Bisaya dan Penan. Penan
merupakan antara kaum minoriti yang terdapat di Malaysia, atau lebih tepat lagi di Sarawak.
kaum Penan ini mengalami perubahan sosial dan pembangunan dari pelbagai aspek semenjak
Sarawak menganggotai Malaysia walaupun kaum ini hanyalah kaum yang sedikit jumlahnya
dan agak terpinggir kedudukannya.

PERUBAHAN SOSIAL DALAM MASYARAKAT PENAN

Masyarakat Penan kaya dengan pelbagai budaya yang unik dan tersendiri. Arus
globalisasi kini, telah memberi kesan kepada pengamalan kebudayaan warisan mereka dalam
kehidupan seharian. Hal ini disebabkan kurangnya penglibatan daripada generasi muda hari
ini. Pelbagai program transformasi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan secara berperingkat-
peringkat. Kini pembangunan tersebut dilihat lebih menyeluruh sehinggakan Masyarakat
Penan juga turut tidak ketinggalan untuk menerima tempiasnya. Hal ini akan menimbulkan
persoalan tentang impak yang diperolehi oleh Masyarakat Penan ini sama ada lebih menerima
impak positif atau sebaliknya. Pembangunan yang telah dilaksanakan kini dilihat telah
menyebabkan berlakunya perubahan terutamanya dari aspek sosial dan ekonomi Masyarakat
Penan. Perubahan ini boleh dihuraikan dengan teori sosiologi, perubahan sosial.

Teori difusi yang ditonjolkan dalam kajian berdasarkan Tylor (1871) seperti yang
dirujuk oleh Norazit Selat (1993) menjelaskan bahawa perubahan budaya adalah dipengaruhi
oleh kemasukan budaya luar. Difusi ialah suatu proses yang dipilih iaitu sama ada mahu
menerima atau menolak kemasukan budaya luar yang membawa kepada perubahan budaya
secara positif dan negatif. Masalah difusi budaya dari luar ke dalam boleh menjadi masalah
bagi mengekalkan sosiobudaya dalam generasi muda dari komuniti Penan pada hari ini juga
dilihat semakin melupakan warisan budaya komuniti mereka akibat arus pembangunan dan
pemodenan. Perubahan sosial yang berlaku dalam Masyarakat Penan melibatakan pelbagai
aspek iaitu perubahan budaya, tempat tinggal, pakaian, perubahan agama, pendidikan, bahasa,
pemakaian,

Budaya menjadi identiti dan jati diri sesuatu masyarakat. Budaya adalah cara hidup
sesuatu masyarakat. Budaya diwarisi secara turun-temurun dari satu generasi ke generasi yang
lain. Budaya boleh berubah dari masa ke semasa dan boleh terhakis sekiranya generasi muda
dalam sesebuah masyrakat tidak lagi memelihara dan mengamalkan budaya mereka dalam
kehidupan seharian.

1. Perubahan Petempatan/Tempat tinggal


Salah satu jenis perubahan yang berlaku kepada Masyarakat Penan merupakan
perubahan dari segi petempatan. Petempatan Masyarakat Penan adalah di sekitar
Sungai Baram Sarawak, iaitu di timur sempadan Indonesia Kalimantan dan utara ke
Brunei. Masyarakat ini hidup secara berpindah-randah di hutan hujan tropika di
Sarawak. Mereka akan berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain apabila
bekalan makanan tidak lagi mencukupi untuk mereka. Oleh sebab itu, mereka hanya
akan membina rumah-rumah yang digelar selap (hut) yang diperbuat daripada kayu
tebal dan rotan yang diikat bersama. Selap ini akan dibina 4 kaki dari tanah untuk
mengelakkan serangan binatang buas. Disebabkan oleh aktiviti pembalakan yang
berleluasa di kawasan petempatan mereka, Masyarakat Penan ini terpaksa mengubah
cara hidup mereka. Ramai daripada mereka telah berhijrah dan menetap di bandar.
Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir dari mereka yang tidak mahu menerima
perubahan dan masih mendiami hutan-hutan di Sarawak dan mengamalkan ciri-ciri
tradisional masyarakat tersebut. Bilangan masyarakat Penan di Sarawak adalah
sebanyak 10 000 orang tetapi dianggarkan sebanyak 200 orang masih menetap di hutan
dan tidak mahu keluar ke bandar manakala yang selebihnya telah memulakan hidup
baru di bandar dan bercampur-gaul dengan masyarakat-masyarakat yang berlainan
bangsa. Oleh yang demikian, Masyarakat Penan telah mengalami perubahan dari segi
petempatan/tempat tinggal dimana mereka berubah daripada tinggal dikawasan sekitar
sungai dan pedalaman hutan berubah kepada tinggal di kawasan bandar-bandar.

2. Perubahan susun lapis masyarakat


Sesuatu masyarakat pada kebiasaannya mempunyai aturan sosialnya yang
tersendiri. Aturan sosial atau yang dikenali sebagai susun lapis masyarakat merupakan
salah satu ciri utama dalam hidup bermasyarakat dan dipraktikkan di hampir setiap
masyarakat ataupun dalam konteks yang lebih besar lagi iaitu di setiap negara. bagi
Masyarakat Penan, mereka mempunyai kuasa politik yang saksama (egalitarian)
walaupun mempunyai seorang ketua kampung. Ketua kampung biasanya akan dipilih
berdasarkan umurnya. Golongan tua akan dipilih untuk menjadi ketua kerana
dipercayai banyak pengalaman hidupnya. Masyarakat ini tidak mengamalkan sistem
kasta atau susun lapis masyarakat lalu tidak wujudlah konsep hierarki masyarakat
dalam kehidupan mereka kerana mereka memberi hak dan peluang yang sama kepada
setiap orang. Perhubungan antara mereka juga sangat rapat dan mempunyai pertalian
yang kukuh. Masyarakat ini mengamalkan cara kehidupan yang sederhana dan
gembira. Aturan sosial yang dicipta oleh masyarakat ini mempunyai persamaan dengan
aturan sosial masyarakat-masyarakat ulu yang lain kerana mereka telah bercampur
gaul, berbeza dengan keadaan sebelum ini yang mana mereka hidup bersendiri dan
jarang berkomunikasi dengan masyarakat lain. Hal ini kerana mereka hidup terpinggir
dan jauh dari masyarakat lain. Namun kini masyarakat ini, terutamanya yang telah
berhijrah ke bandar mengamalkan cara hidup moden. Oleh itu, dapat kita lihat
perubahan yang berlaku daripada hidup bersendiri berubah kepada hidup
bermasyarakat.

3. Perubahan agama dan kepercayaan


Dari segi sistem agama dan kepercayaan, Masyarakat Penan mengamalkan
kepercayaan spiritual iaitu mempercayai mitos dan alam ghaib. Mereka percaya
bahawa roh nenek moyang mereka berada di sekeliling mereka untuk membantu
mereka. Mereka juga percaya bahawa setiap objek hidup di sekeliling mereka
mempunyai penunggu dan tidak boleh diganggu. Walau bagaimapun, penunggu-
penunggu tersebut akan membantu mereka dengan memberi petunjuk ke arah jalan
yang benar ketika mereka berada dalam kesusahan. Oleh sebab itulah masyarakat ini
mengamalkan konsep mal cun uk yang bermaksud mengikut gerak hati sendiri. Mereka
akan mengikut gerak hati sendiri sambil dibantu oleh alam sekeliling. Mereka juga
mempercayai bahawa terdapat Tuhan Hutan iaitu Balei Nge Butun yang mana hutan
adalah hadiah pemberian Tuhan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka perlulah
menjaga hutan dengan sebaik mungkin. Perubahan mula semenjak agama Kristian
bertapak di sini, hampir setiap dari Masyarakat Penan ini menganut agama tersebut
kerana percaya bahawa agama Kristian merupakan agama pelindung. Walaupun begitu,
mereka masih kuat mempercayai semangat-semangat spiritual di sekeliling mereka.
Oleh itu, dalam Masyarakat Penan berlaku perubahan dari segi agama dan kepercayaan
dimana sebelum datangnya agama Kristian Mayarakat Penan mengamalkan
kepercayaan animisme atau alam ghaib. Kini kebanyakan mereka menganut agama
Kristian.

4. Perubahan dari segi makanan


Makanan ruji masyarakat Penan ialah sagu. Sagu merupakan salah satu
tumbuhan yang dapat membekalkan karbohidrat kepada tubuh manusia. Selain itu,
mereka juga mengumpul buah-buahan hutan sebagai makanan. Masyarakat ini
mengamalkan konsep Molong iaitu apabila hendak mengutip buah, mereka akan
memanjat pokok dan memetik sebanyak mana keperluan mereka sahaja, bukannya
menebang pokok tersebut. Hal ini kerana mereka menghormati pokok tersebut sebagai
satu kehidupan. Satu lagi aktiviti Masyarakat Penan ialah memburu haiwan. Antara
haiwan yang menjadi makanan masyarakat ini ialah tupai, babi hutan dan burung.
Perubahan yang berlaku dalam Masyarakat Penan dari segi makanan pula ialah dahulu
mereka sangat bergantung kepada sumber hutan sebagai makanan seperti buah-buahan
dan memburu haiwan hutan untuk dijadikan makanan namun kini perubahan yang
berlaku menyebabkan Masyarakat Penan tidak hanya bergantung kepada sumber hutan
semata-mata untuk dijadikan makanan. Mereka telah mula makan makanan lain.

5. Aktiviti Memburu
Aktiviti memburu merupakan aktiviti yang penting Masyarakat Penan. Mereka
menggunakan keleput atau sumpit yang mempunyai panah beracun untuk memburu.
Mereka juga menggunakan Teknik Mejong untuk memburu, terutamanya ketika
memburu babi hutan. Teknik ini memerlukan mereka untuk bersembunyi di celah-celah
pokok sementara menunggu babi hutan tersebut barulah menangkapnya. Terdapat
beberapa alat yang biasa digunakan oleh masyarakat ini untuk memburu. Salah satunya
ialah sumpit. Sumpit ini biasanya sepanjang 6 kaki dan diperbuat dari kayu manakala
lubangnya diperbuat dari besi. Panah beracun yang menjadi peluru kepada sumpit ini
diperbuat daripada kulit pokok tajam yang apabila kulit pokok tersebut ditoreh akan
mengeluarkan susu beracun. Di samping itu, mereka juga menggunakan pisau yang
terdiri dari dua jenis yang digelar Poeh dan darhad. Poeh merupakan sebilah pisau yang
besar dan berbentuk seperti parang manakala darhad merupakan pisau yang kecil dan
biasanya diguna untuk memotong daging, meraut tanah dan kerja-kerja kecil yang lain.
Masyarakat ini berbeza dengan masyarakat-masyarakat yang lain kerana mereka
memperoleh hak memburu daripada Taman Negara Mulu, Sarwak. Sebelum ini,
mereka tiada hak keistimewaan ini. Setelah kewujudan mereka sebagai kaum minoriti
disedari, mereka diberi hak ini untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Perubahan yang berlaku dalam kegiatan memburu ini boleh dilihat dari aspek
penggunaan senjata dimana jika dahulu Masyarakat Penan menggunakan pisau dan
sumpit untuk memburu namun kini arus pemodenan menyebabkan mereka berubah
menggunakan senapang/pistol sebagai senjata untuk memburu dan mereka ini
mendapat hak daripada pihak kerajaan untuk memiliki senjata dan memburu.

6. Perubahan Pakaian
Seperti masyarakat-masyarakat yang lain, Masyarakat Penan ini juga
mempunyai adat dan budaya mereka tersendiri. Sesetengah adat dan budaya mereka ini
mengalami perubahan, ada juga yang masih kekal seperti sebelumnya. Pakaian
masyarakat Penan ialah chawat, getah di kaki dan pergelangan tangan, lubang besar di
telinga, membuat tatu tradisional di badan dan berkaki ayam. Tetapi, Masyarakat Penan
kini tidak lagi berchawat malahan telah mula memakai pakaian dan seliper untuk
melindungi badan mereka.

7. Perubahan Pendidikan
Selain dari segi pakaian, masyarakat ini juga mengalami perubahan dari segi
pelajaran. Jika dahulu mereka hanya mengajar anak-anak mereka untuk berdikari di
hutan namun kini sekolah sudah mula diberi perhatian. Walaupun begitu, tidak ramai
anak-anak Penan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, hanya di
peringkat sekolah rendah dan sekolah menegah sahaja. Tetapi, ada segelintir dari
mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat menara gading termasuklah
ke universiti Malaysia Sarawak. Terdapat anak-anak Penan yang belajar di universiti
ini yang membuktikan bahawa sebenarnya bangsa mereka ini mampu menyerlah jika
diberi peluang.

8. Ritual Memburu
Terdapat juga aspek budaya lain yang telah berubah sehingga ke hari ini. Salah
satunya ialah dari segi ritual sebelum memburu. Masyarakat ini akan melumur darah
pada daun sago, melipat dan kemudian menanamnya. Perkara ini mesti dilakukan
kerana dipercayai dapat menghalau nasib buruk ketika memburu. Perubahan berlaku
apabila amalan ritual ini tidak lagi dilakukan sebelum pergi memburu haiwan di hutan.
Masyarakat Penan tidak lagi mempercayai amalan ritual memburu tersebut walaupun
ada segelintir yang masih mempercayainya.

9. Perubahan Bahasa
Masyarakat Penan mempunyai sistem bahasa tersendiri untuk berkomunikasi.
Selain itu, mereka masih lagi bertutur dalam bahasa mereka sendiri. Bahasa Penan ini
berasal dari Malayo-Polynesian yang berasal dari keluarga Austronesian dan
berhubung kait dengan bahasa Masyarakat Kenyah. Walaupun hidup di hutan
pedalaman, mereka fasih berbahasa Melayu Sarawak. Perubahan yang berlaku dari
aspek bahasa boleh dilihat apabila Masyarakat Penan kini tidak hanya menggunakan
bahasa mereka sahaja dalam berkomunikasi malah mereka turut menggunakan bahasa
asing lain seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Perubahan dari aspek bahasa ini
kerana mereka telah mula bercampur gaul dan berkomunikasi dengan masyarakat lain
menyebabkan mereka turut mempelajari dan menggunakan bahasa lain dalam
pertuturan mereka.

10. Nilai Murni


Satu nilai murni yang dipraktikkan oleh masyarakat ini ialah sikap berkongsi.
Walaupun mereka mengalami banyak perubahan, nilai ini tetap diamalkan dan
diterapkan dalam diri masing-masing. Masyarakat ini akan berkongsi makanan secara
sama rata walaupun hasil yang diperoleh adalah sedikit. Tidak wujud hak perseorangan
untuk tanah. Bagi masyarakat Penan, tanah adalah suci dan merupakan hak milik orang
yang telah meninggal dunia, yang masih hidup dan yang bakal lahir.

FAKTOR PERUBAHAN DALAM MASYARAKAT PENAN

Perubahan yang berlaku dalam Masyarakat Penan ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Antara faktor-faktor perubahan yang berlaku dalam Masyarakat Penan ini ialah aktiviti
pembalakan yang berleluasa, penghijrahan ke Bandar, kedatangan agama Kristian dalam
Masyarakat Penan, aktiviti pembalakan hutan dan pemberhentian aktiviti perdagangan dalam
Masyarakat Penan. Faktor-faktor tersebut telah menyebabkan bberlaku perubahan dalam
kehidupan Masyarakat Penan.

1. Aktiviti pembalakan yang berleluasa


Terdapat perubahan petempatan dalam masyarakat Penan disebabkan oleh
terjadinya aktiviti pembalakan yang berleluasa di kawasan petempatan masyarakat
Penan. Hal ini menyebabkan masyarakat Penan ini terpaksa mengubah cara hidup
mereka. Sebelumnya, petempatan Masyarakat Penan ialah di sekitar Sungai Bagan
Sarawak, iaitu di timur sempadan Indonesia Kalimantan dan utara ke Brunei. Mereka
akan berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain apabila bekalan makanan tidak
lagi mencukupi untuk mereka. Aktiviti pembalakan yang giat dijalakan menyebabkan
ramai daripada Masyarakat Penan telah berhijrah dan menetap di bandar. Walau
bagaimanapun, masih terdapat segelintir dari mereka yang tidak mahu menerima
perubahan dan masih mendiami hutan-hutan di Sarawak dan mengamalkan ciri-ciri
tradisional masyarakat tersebut.

2. Penghijrahan ke bandar
Masyarakat Penan mengalami perubahan dari segi hubungan sosial dengan
masyarakat lain. Sebelum ini masyarakat Penan hidup bersendiri dan jarang
berkomunikasi dengan masyarakat lain. Hal itu disebabkan oleh mereka hidup
terpinggir dan jauh dari masyarkat lain. Selepas berhijrah ke bandar , Masyarakat Penan
mengamalkan gaya hidup moden dan mula berkomunikasi dengan masyarakat lain.
Penghijrahan ke Bandar menyebabkan Masyarakat Penan berubah dari segi cara
kehidupan mereka kepada yang lebih moden.

3. Kedatangan agama Kristian dalam Masyarakat Penan


Berlaku perubahan dari segi sistem agama dan kepercayaan dalam Masyarakat
Penan semenjak kedatangan agama Kristian. Sebelum itu, masyarakat Penan
mengamalkan kepercayaan spiritual iaitu mempercayai mitos dan alam ghaib. Mereka
mempercayai bahawa roh nenek moyang mereka berada di sekeliling mereka untuk
membantu mereka. Mereka juga percaya bahawa setiap objek hidup di sekeliling
mereka mempunyai penunggu dan tidak boleh diganggu. Semenjak agama kristian
bertapak dalam mayarakat Penan, hampir setiap dari masyarakat Penan ini menganut
agama tersebut kerana mereka percaya bahawa agama kristian merupakan agama
pelindung. Namun begitu, mereka masih kuat mempercayai semangat-semangat
spiritual di sekeliling mereka.

4. Aktiviti Pembalakan
Pembalakan juga merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya perubahan
sosial dalam kalangan Masyrakat Penan. Kehidupan Masyarakat Penan mula terjejas
kerana pembalakan terjadi secara meluas dalam kawasan petempatan mereka. Hal ini
terjadi disebabkan Malaysia ingin meluaskan pasaran dalam aktiviti menanam kelapa
sawit dan mengeksport ke negara-negara luar. 70 peratus kawasan hutan di Sarawak
telah diberi kebenaran oleh pihak kerajaan untuk ditebang, termasuklah kawasan
petempatan Masyarakat Penan. Kehidupan Masyarakat Penan menjadi susah kerana hal
ini sehingga ke tahap hilangnya sumber makanan. Masyarakat Penan juga terpaksa
bersaing dengan orang luar untuk mencari rezeki. Berlaku kemusnahan hutan
disebabkan oleh pembalak-pembalak dan menyebabkan Masyarakat Penan kehilangan
tempat tinggal. Hutan yang dulu merupakan tempat tinggal mereka telah diubah secara
radikal oleh kerajaan yang akhirnya hilang tempat tinggal dan mereka terpaksa mencari
petempatan baru untuk meneruskan hidup mereka. Keadaan ini menyebabkan mereka
ke kawasan Bandar dan apabila mereka tinggal di Bandar cara hidup mereka mula
berubah menjadi lebih moden dari kehidupan yang sebelumnya.

5. Aktiviti perdagangan diberhentikan


Sebelum ini Masyarakat Penan mengamalkan aktiviti perdagangan iaitu semasa
pemerintahan British. Pihak British diingati sehingga sekarang disebabkan oleh perkara
ini kerana bagi Masyarakat Penan, aktiviti perdagangan yang telah berlangsung satu
ketika dahulu banyak membantu mereka dalam meneruskan kehidupan seharian.
Mereka bukan sahaja berdagang sesama sendiri malahan berdagang dengan pihak
British juga. Namun, kini akviti barang yang berlebihan seperti daging dari keperluan
mereka dijual kepada para pembalak yang tinggal menetap di kawasan mereka. Kini
Masyarakat Penan hanya mengumpul hasil hutan menghasilkan barangan dari hasil
hutan terutamanya rotan untuk kegunaan sendiri sahaja. Masyarakat Penan tidak lagi
mengamalkan aktiviti perdagangan seperti dahulu lagi.

IMPLIKASI KEPADA PERUBAHAN MASYARAKAT PENAN

Masyarakat Penan telah menjalani pelbagai proses perubahan dalam kehidupan mereka.
Perubahan yang wujud dalam kehidupan Masyarakat Penan dapat dilihat dengan jelas sekali.
Perubahan ini pula telah medorong kepada pelbagai implikasi dalam beberapa aspek yang
penting. Contohnya implikasi perubahan ini boleh dilihat dalam aspek sosial, ekonomi,
pendidikan, pelancongan dan perubatan.

1. SOSIAL
Masyarakat Penan biasanya hidup berpindah-randah . Hal ini demikian kerana
ia telah menjadi amalan ataupun kepercayaaan dalam kehidupan mereka supaya
sebarang malapetaka dan petanda buruk dapat dielakkan. Namun demikian perdedaran
masa ini telah mengubah pendirian masyarakat ini untuk mewujudkan suatu
petempatan yang kekal. Hal ini telah menyebabkan masyarakat ini mempunyai sistem
sosial yang lebih teratur dengan kemudahan yang baik. Melalui ini, kerajaan dapat
memperuntukkan tanah untuk mereka agar petempatan mereka dapat dikekalkan. Hal
ini dapat dikukuhkan dengan satu kajian yang dilakukan oleh mahasiswa dari Universiti
Kebangsaan Malaysia yang bertajuk pemahaman komuniti Penan tentang makna
keperkasaan dalam Program Penempatan Semula di daerah Belaga Sarawak.
Keperluan komuniti tempatan seringkala diabaikan di peringkat dasar makro dan adalah
amat penting untuk melibatkan pandangan dunia mereka dalam program pembangunan
komuniti secara holistik dan bersepadu. Sifat keterbukaan yang ditunjukkan oleh
komuniti ini telah menyebabkan kelangsungan program sebegini.

2. EKONOMI
Masyarakat Penan ini juga telah berubah mengikut perkembangan dunia.
Pernyataan ini dapat dikukuhkan dengan pekerjaan yang dilakukan oleh masyarakat ini
pada masa ini. Sebelum ini, ramai yang tidak berpelajaran dan hanya bergantung
kepada ekonomi sara diri sahaja. Pada zaman sekarang, ada juga yang berpelajaran
tinggi dan mempunyai pekerjaan serta gaji yang lumayan. Oleh itu, perkara ini telah
meningkatkan taraf hidup masyarakat mereka. Selain itu, mereka juga dapat
mengadaptasikan dengan perkembangan dunia. Komuniti ini juga telah mempunyai
pengetahuan dalam aspek ekonomi dunia seperti dalam taraf mata wang. Akhirnya
adalah wujudnya komuniti minoriti yang dapat mempunyai daya saing dengan komuniti
yang lain.

3. PENDIDIKAN
Pendidikan merupakan salah satu aset yang penting dalam meentukan
keintelektualan sesebuah komuniti. Antara perubahan yang dapat dilihat adalah ramai
yang mendapat pendidikan asas dalam sekolah berbanding dengan sebelum ini yang
tidak mementingkan aspek pendidikan. Dengan wujudnya kesedaran dalam komuniti
ini. mereka telah bersungguh-sungguh menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Melalui ini, wujudnya ramai graduan dari komuniti ini yang bekerja di luar negara juga.
Hal ini telah menyebabkan kemiskinan dapat dikurangkan. Kemudahan asas dan barang
keperluan dapat dipenuhi dalam sesebuah keluarga juga. Akhirnya, ia juga dapat
melahirkan pemimpin yang cemerlang dan bijak.

4. PERUBATAN
Perubatan merupakan aspek tradisi yang penting diamalkan dalam kalangan
Masyarakat Penan. Ilmu kebatinan telah menjadi rujukan utama masyarakat ini.
Biasanya, ianya akan dilakukan dengan pengamal-pengamal perubatan tradisional iaitu
dengan pawang ataupun bomoh. Bahan-bahan dari sumber hutan akan digunakan untuk
menjampi dan menyembuhkan sebarang penyakit yang serius. Pada zaman sekarang
pula, masyarakat ini juga percaya kepada perubatan moden. Mereka mula yakin
terhadap perubatan moden dan keberkesannya. Contohnya, masalah kritikal semasa
bersalin dan penyakit berbahaya. Secara langsung, perkara ini telah menyebabkan
segala kemudahan yang diperuntukkan bagi komuniti ini dapat digunakan dengan baik.
Keadaan ini disebabkan kerajaan telah membangunkan pelbagai kemudahan asas untuk
Masyarakat Penan seperti kemudahan hospital, dan klinik dan ini memudahkan mereka
apabila sakit mereka hanya akan pergi ke klinik ataupun hospital untuk mendapatkan
rawatan dan ubat. Rawatan tradisional tidak lagi diamalakan dalam Masyarakat Penan
ini.
5. PELANCONGAN
Masyarakat Penan kini lebih bersifat terbuka dalam semua aspek. Hal ini dapat
dibuktikan dengan penerimaan pelancong asing dalam kampung mereka. Secara tidak
langsung, ia telah mewujudkan suatu keadaan untuk berinteraksi dengan komuniti yang
lain. Melalui ini, perkampungan mereka telah menjadi salah satu tempat tarikan utama
pelancong dalam mengenali budaya masyarakat tersebut. Lebih-lebih lagi, ia juga telah
menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung tersebut. Contohnya,
hasil-hasil kraf tangan dapat dijual dan dipopularkan dalam kalangan pelancong asing.
Oleh yang demikian perubahan yang berlaku dalam Masyarakat Penan telah memberi
implikasi kepada sektor pelancongan dan melalui sektor pelancongan yang berkembang
maju ini yang telah menyebabkan taraf hidup Masyarakat Penan semakin meningkat.

You might also like