You are on page 1of 9

BAB 2: JAHITAN (ERT TING.

2)

PROSES JAHITAN

Belah
- suatu proses jahitan yang dibuat pada pakaian atau artikel rumah tangga.
- memudahkan pakaian dipakai dan ditanggalkan.
- hiasan pada pakaian selain digunakan untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional pada
pakaian.
-
Jenis Belah
- bergantung pada jenis fabrik, jenis pakaian, kedudukan belah, dan stail pakaian.
- terdiri daripada belah kelepet sama lebar, belah berzip, belah berkun, belah slit
berlapik, belah lapik kain selari, dan belah berplaket.

Jenis Belah Jenis Fabrik dan Kedudukan Stall Pakaian .Jenis Kancing
Pakaian Belah
sederhana garis tengah, blaus butang katup
tebal hadapan kemeja butang dan
pakaian belakang pijama lubang butang
longgar blaus sarungkusyen

sederhana . garis tengah seluar zip


tebal hadapan skirt
pakaian garis tengah sarungkusyen
sendat belakang
rusuk
sederhana garis tengah baju kurung cangkuk dan
tebal hadapan gaun rumah bersirat
pakaian garis tengah blaus
longgar belakang
rusuk
sederhana garis leher baju kurung butang dan
tebal hujung pijama gelungan rulo
pakaian lengan mata dan
longgar cangkuk

nipis garis leher pakaian butang dan


pakaian hujung kanak-kanak lubang butang
longgar lengan kemeja cangkuk dan
pyama rumah cangkuk
butang katup
sederhana garis leher baju melayu butang dan
tebal hujung lubang butang
pakaian lengan butang katup
longgar

Menjahit Belah Kelepet Sama Lebar


- belah yang dibuat pada keseluruhan bahagian hadapan, tengah, atau belakang
pakaian.
- dibuat daripada pakaian itu sendiri yang dilipat ke sebelah dalam pakaian pada
garisan lipatan.
- perlu dicantumkan supaya pakaian lebih selesa dipakai.
- alat cantuman yang digunakan ialah kancing, terutamanya butang dan lubang
butang.
-
Sebelum menjahit belah pada pakaian, perkara-perkara yang berikut perlu dititikberatkan:
menentukan kedudukan belah supaya belah dapat dikancingkan dengan sempurna;
memastikan kedua-dua belah sama panjangnya;
memastikan ukuran lebar belahnya cukup untuk menjahit kancing.

Menjahit Belah Kelepet Sama Lebar

1. Tandakan garisan tengah hadapan dan garisan lipatan pada bahagian baju.
2. Lipat, jelujur, dan jahit mesin tepi ke S.D kelepet.
3. Cantum kelim bahu dan kemaskan

4. Lipat dan temukan S.L kelepet dan S.L badan pada garis lipatan.
5. Jelujur dan jahit mesin di atas garis kelepet.
6. Kemudian, gunting basi yang berlebihan.
7. Terbalikkan lapik ke S.D pakaian jahit lapik pada pakaian sama ada dengan jahitan
sembat susup atau jahitan silang pangkah berkelompok.

Kancing
- berfungsi untuk mencantumkan dan merapatkan belah pada pakaian dan artikel
rumah tangga.
- dijadikan hiasan pada pakaian.
- kancing yang dipilih ditentukan semasa membuat belah.
- jenis dan stail kancing bergantung pada tujuan pakaian dibuat.
Jenis Kancing
- bergantung pada jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit, jenis fabrik yang
digunakan, jenis belah, dan kedudukan kancing.
- terbahagi kepada jenis tidak nampak (tersembunyi) dan jenis nampak.
- contoh kancing tersembunyi adalah cangkuk dan mata, cangkuk dan palang, velkro
(pita nilon), dan butang katup.
- contoh kancing nampak pula ialah butang dan rumah butang, butang dan gelungan
fabri (rulo), riben, dan zip.
-
Bil Jenis kancing Kegunaan
1. Cangkuk dan mata digunakan untuk mengancing belah slit
berlapik, contohnya pada baju kurung.

2. Cangkuk dan palang digunakan di hujung ikatan pinggang.

3. Cangkuk dan rumah bersirat digunakan pada ikatan pinggang dan


belah berkun di garis leher.

4. Butang dan lubang butang digunakan pada baju kemeja dan blaus
1. Butang dan gelungan fabrik digunakan pada hujung lengan, belah
(rulo) belakang, dan depan blaus.

Bil Jenis kancing Kegunaan


2. Riben digunakan pada pakaian kanak-kanak,
sarung bantal, dan bahagian pinggang
skirt.

3. Zip digunakan pada rusuk skirt, seluar,


sarung bantal, dan sarung kusyen.

4. Velkro (pita nilon) dijahit pada seluar, skirt, dan sarung


kusyen.

Menjahit Butang dan Lubang Butang


- mempunyai bentuk dan jenis yang pelbagai.
- dibuat daripada getah, kulit, plastik, kayu, dan logam.
- terbahagi kepada dua jenis, iaitu butang leper dan butang bertangkai.
- pemilihan butang bergantung pada stail pakaian, jenis fabrik, dan bentuk badan si
pemakai.

Lengan
- sebahagian daripada pakaian.
- biasanya digunting berasingan daripada badan.
- ada juga lengan yang dipotong selari dengan badan.

Jenis Lengan
- berbeza-beza mengikut stail pakaian
- lengan padanan rata,
Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan gempal
rendahdan gempal

- lengan gelembung,
Kesesuaian bentuk badan:
rendah dan kurus
tinggi dan langsing

- lengan bishop,
Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan langsing

- lengan raglan,
Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan langsing
rendah dan kurus

- lengan kimono,
Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan gempal
rendah dan gempal

- dan lengan magyar.


Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan langsing

Langkah menyedia dan mencantum lengan.


.
Gunting kedua-dua lengan secara serentak.
Pastikan panjang kedua-dua lengan adalah sama.
Gunting fabrik mengikut ira yang betul.
Tandakan semua tanda pola.
Siapkan lengan dan kelim terlebih dahulu sebelum mencantumkannya ke lubang lengan.
Lengan mesti terletak di bahu supaya pakaian selesa dipakai.
Pastikan bahagian belakang lubang lengan tinggi sedikit daripada bahagian hadapan
lengan.

PENGHASILAN PROJEK

Memilih Stall Blaus


- menyesuaikan pakaian dengan bentuk badan dapat menutup kekurangan fizikal
seseorang.
- contohnya yang gempal akan kelihatan kurang gempal, yang kurus akan kelihatan
gempal, yang rendah akan nampak tinggi, dan yang tinggi akan nampak lebih
rendah.
- Stail pakaian dipengaruhi oleh bentuk badan kerana elemen asas rekaan pakaian
bergantung pada tekstur, corak, warna, garisan dan cantuman, garis leher, serta
lengan.
(a) bentuk badan yang tinggi dan langsing (b) bentuk badan rendah dan kurus
(c) bentuk badan yang langsing dan gempal (d) bentuk badan rendah dan gempal

Mengambil Ukuran Badan

- selesa dipakai sekiranya ukuran badan yang diambil adalah tepat.


- terdapat beberapa ukuran badan yang perlu diketahui supaya pakaian yang cantik
dan selesa dipakai dapat dihasilkan.
- teknik mengambil ukuran badan adalah seperti berikut
Gunakan pita ukur yang kukuh dan jelas.
Berdiri tegak.
Buat ukuran yang sesuai, iaitu tidak terlalu ketat atau longgar.
Gunakan khidmat orang lain untuk mengambil ukuran.
Mulakan ukuran dari bahagian melintang ke bahagian menegak di sebelah kanan
badan.

Bil Bahagian badan Bil Bahagian badan Bil Bahagian badan


a Leher f Pinggang k Garisan tengah belakang
b Bahu g Jarak mercu dada l Labuh skirt & seluar
c Dada h Punggung m Labuh baju
d Bidang hadapan i Keliling pinggang n Labuh lengan
e Bidang belakang j Bahu ke mercu dada

Mengubahsuaikan Pola Asas Badan dan Lengan


- pola asas adalah pola dasar yang dibuat daripada kad atau kertas keras.
- dihasilkan tanpa basi jahitan.
- digunakan sebagai bentuk asas dalam proses menjahit pakaian.
- disediakan dan dipadankan berdasarkan ukuran tertentu.
- dapat memudahkan kerja-kerja menjahit serta menjimatkan penggunaan fabrik.
- terdiri daripada pola badan, lengan, seluar, dan skirt yang dibuat di atas kad atau
kertas keras.
- ukuran badan yang berbeza menyebabkan pola asas ini perlu diubahsuaikan
mengikut keselesaan si pemakai.
- pola asas dapat diubahsuaikan melalui empat cara, iaitu membesarkan,
mengecilkan, memanjangkan, dan memendekkan pola asas berkenaan.

Menyusun Atur Pola dan Menggunting Fabrik


- menyusun atur pola di atas fabrik.
- susun atur ini memudahkan fabrik digunting mengikut bentuk yang dikehendaki.
- Langkah-langkah menyusun atur pola di atas fabrik
Tekan fabrik dengan seterika sebelum dibentang untuk mendapatkan permukaan yang
licin dan rata.
Susun kepingan pola yang besar terlebih dahulu dan diikuti dengan kepingan pola yang
kecil.
Susun pola mengikut ira dan corak fabrik.
Ikut arahan tanda pola yang terdapat pada pola.
Sematkan jarum peniti, menghala ke bahagian tengah pola.
Bentuk basi jahitan yang berukuran 2 cm dari garisan pemadan dan 3 cm hingga 4 cm
untuk kelepet.

"Menggunting Fabrik
- Langkah-langkah menggunting fabrik yang betul adalah seperti yang berikut.
letakkan tangan kiri di atas pola;
pegang gunting dengan betul;
gunting dengan gerakan yang memanjang;
gunting pola yang besar dahulu dan diikuti pola yang kecil;
elakkan mengangkat kain ketika menggunting;
pindahkan semua tanda pola ke fabrik dengan menggunakan roda surih dan kertas
karbon.

Menjahit Hiasan pada Blaus


- hiasan yang sesuai pada blaus termasuklah renda, smoking, kun, dan jahitan hiasan.

Smoking
- jahitan yang dihasilkan daripada fabrik yang dikedutkan dan dihias dengan jahitan
sulaman.
- baju smok kedut lepas pada zaman dahulu.
- dibuat daripada fabrik kapas yang kukuh dan tahan lasak. Smoking merupakan hasil
kerja tangan tradisi orang Inggeris.
- fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat smoking ialah kapas, sutera, nilon, dan
baldu.
- sesuai dijadikan pakaian kanak-kanak, blaus, dan baju tidur orang dewasa.
- jumlah fabrik yang diperlukan adalah tiga kali ganda smoking yang telah siap.

Penilaian Hasil Kerja


Blaus yang telah siap perlu dinilai dari pelbagai aspek seperti kekemasan dan kreativiti.
Penilaian ini penting supaya kualiti blaus dapat ditentukan.

You might also like