Professional Documents
Culture Documents
210
210
2)
PROSES JAHITAN
Belah
- suatu proses jahitan yang dibuat pada pakaian atau artikel rumah tangga.
- memudahkan pakaian dipakai dan ditanggalkan.
- hiasan pada pakaian selain digunakan untuk mengekalkan ciri-ciri tradisional pada
pakaian.
-
Jenis Belah
- bergantung pada jenis fabrik, jenis pakaian, kedudukan belah, dan stail pakaian.
- terdiri daripada belah kelepet sama lebar, belah berzip, belah berkun, belah slit
berlapik, belah lapik kain selari, dan belah berplaket.
Jenis Belah Jenis Fabrik dan Kedudukan Stall Pakaian .Jenis Kancing
Pakaian Belah
sederhana garis tengah, blaus butang katup
tebal hadapan kemeja butang dan
pakaian belakang pijama lubang butang
longgar blaus sarungkusyen
1. Tandakan garisan tengah hadapan dan garisan lipatan pada bahagian baju.
2. Lipat, jelujur, dan jahit mesin tepi ke S.D kelepet.
3. Cantum kelim bahu dan kemaskan
4. Lipat dan temukan S.L kelepet dan S.L badan pada garis lipatan.
5. Jelujur dan jahit mesin di atas garis kelepet.
6. Kemudian, gunting basi yang berlebihan.
7. Terbalikkan lapik ke S.D pakaian jahit lapik pada pakaian sama ada dengan jahitan
sembat susup atau jahitan silang pangkah berkelompok.
Kancing
- berfungsi untuk mencantumkan dan merapatkan belah pada pakaian dan artikel
rumah tangga.
- dijadikan hiasan pada pakaian.
- kancing yang dipilih ditentukan semasa membuat belah.
- jenis dan stail kancing bergantung pada tujuan pakaian dibuat.
Jenis Kancing
- bergantung pada jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit, jenis fabrik yang
digunakan, jenis belah, dan kedudukan kancing.
- terbahagi kepada jenis tidak nampak (tersembunyi) dan jenis nampak.
- contoh kancing tersembunyi adalah cangkuk dan mata, cangkuk dan palang, velkro
(pita nilon), dan butang katup.
- contoh kancing nampak pula ialah butang dan rumah butang, butang dan gelungan
fabri (rulo), riben, dan zip.
-
Bil Jenis kancing Kegunaan
1. Cangkuk dan mata digunakan untuk mengancing belah slit
berlapik, contohnya pada baju kurung.
4. Butang dan lubang butang digunakan pada baju kemeja dan blaus
1. Butang dan gelungan fabrik digunakan pada hujung lengan, belah
(rulo) belakang, dan depan blaus.
Lengan
- sebahagian daripada pakaian.
- biasanya digunting berasingan daripada badan.
- ada juga lengan yang dipotong selari dengan badan.
Jenis Lengan
- berbeza-beza mengikut stail pakaian
- lengan padanan rata,
Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan gempal
rendahdan gempal
- lengan gelembung,
Kesesuaian bentuk badan:
rendah dan kurus
tinggi dan langsing
- lengan bishop,
Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan langsing
- lengan raglan,
Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan langsing
rendah dan kurus
- lengan kimono,
Kesesuaian bentuk badan:
tinggi dan gempal
rendah dan gempal
PENGHASILAN PROJEK
"Menggunting Fabrik
- Langkah-langkah menggunting fabrik yang betul adalah seperti yang berikut.
letakkan tangan kiri di atas pola;
pegang gunting dengan betul;
gunting dengan gerakan yang memanjang;
gunting pola yang besar dahulu dan diikuti pola yang kecil;
elakkan mengangkat kain ketika menggunting;
pindahkan semua tanda pola ke fabrik dengan menggunakan roda surih dan kertas
karbon.
Smoking
- jahitan yang dihasilkan daripada fabrik yang dikedutkan dan dihias dengan jahitan
sulaman.
- baju smok kedut lepas pada zaman dahulu.
- dibuat daripada fabrik kapas yang kukuh dan tahan lasak. Smoking merupakan hasil
kerja tangan tradisi orang Inggeris.
- fabrik yang sesuai digunakan untuk membuat smoking ialah kapas, sutera, nilon, dan
baldu.
- sesuai dijadikan pakaian kanak-kanak, blaus, dan baju tidur orang dewasa.
- jumlah fabrik yang diperlukan adalah tiga kali ganda smoking yang telah siap.