You are on page 1of 2

SIARAN MEDIA / MEDIA RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA


MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

PERMOHONAN DAN KEMASKINI BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA 2018


DIBUKA MULAI 27 NOVEMBER SEHINGGA 31 DISEMBER 2017

1. Sukacita dimaklumkan, permohonan dan kemaskini maklumat Bantuan


Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun 2018 akan dibuka mulai 27 November hingga
31 Disember 2017. Pemohon boleh membuat permohonan/kemaskini melalui
kaedah berikut:
Permohonan Secara Manual, Permohonan/ Kemaskini
Pengisian Borang Dalam Talian
Borang BR1M 2018 boleh didapati Permohonan boleh dibuat di
secara percuma di mana-mana Portal Rasmi BR1M,
Cawangan LHDNM / Pusat Khidmat https://ebr1m.hasil.gov.my.
Hasil (PKH) LHDNM / Pusat
Transformasi Bandar (UTC) LHDNM.

Pemohon juga boleh memuat turun


borang permohanan di portal rasmi
BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my

2. Pasangan kepada penerima BR1M 2017 yang meninggal dunia serta


pemohon yang gagal/tidak layak dalam permohonan BR1M 2017 perlu membuat
permohonan baru bagi BR1M 2018. Bagi penerima BR1M 2017 (sedia ada),
pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat
peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

_______________________________________________________________________________________

Kementerian Kewangan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan


No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP Putrajaya
Tel: 03-8000 8000 Fax: 03-8882 3893 / 03-8882 3894 Emel: pro@treasury.gov.my
3. Adalah dimaklumkan juga, Kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang
kenyataan mengenai BR1M melalui aplikasi whatsapp dan media sosial yang lain.
Maklumat yang sahih hanya boleh didapati melalui risalah BR1M 2018 yang telah
diedarkan kepada semua penerima BR1M dan juga melalui laman sesawang
https://ebr1m.hasil.gov.my.

4. Kerajaan berharap pembayaran BR1M 2018 dapat membantu


meringankan beban kos sara hidup rakyat. Sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 serta e-mel
kepada: br1m@treasury.gov.my.

Kementerian Kewangan Malaysia


PUTRAJAYA
24 November 2017

_______________________________________________________________________________________

Kementerian Kewangan Malaysia, Kompleks Kementerian Kewangan


No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP Putrajaya
Tel: 03-8000 8000 Fax: 03-8882 3893 / 03-8882 3894 Emel: pro@treasury.gov.my

You might also like