You are on page 1of 1

Apakah Program Imersif Tinggi (HIP)?

Program Imersif Tinggi (HIP) merupakan sebuah program yang diperkenalkan di bawah
dasar MBMMBI yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris
dalam kalangan murid-murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa
tersebut di sekolah.

Perkara ini merupakan suatu pengukuhan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 1/1999:
Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah (No.
Rujukan: KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999) bagi pelaksanaan aktiviti peningkatan
penguasaan bahasa Inggeris di dalam dan di luar kelas. Ia juga bertujuan untuk
memupuk sikap dan pandangan yang positif terhadap

Mengapa kita perlukan HIP?

Walaupun Pekeliling pada tahun 1999 telah menyatakan bahawa sekolah-sekolah


dikehendaki melaksanakan aktiviti pengayaan bahasa Inggeris, Kementerian
mengakui bahawa kejayaan pelaksanaannya adalah berbeza-beza di antara
sekolah-sekolah di negara ini. Ini adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh
kefahaman dan pengetahuan pengoperasian yang pelbagai.

Oleh itu, HIP diperkenalkan untuk menyediakan satu mekanisme sokongan seperti
pembelajaran di antara rakan setugas, sokongan oleh jurulatih, pegawai pendidikan
daerah dan negeri, sarana yang mempertimbangkan pelbagai peringkat kesediaan
dan tahap penglibatan ibu bapa dan masyarakat.

You might also like