You are on page 1of 4

PROGRAM MENTOR MENTEE 2015

1.0 PENDAHULUAN

Untuk mencapai kecemerlangan, sesuatu usaha yang jitu haruslah dilakukan. Sejajar
dengan misi dan visi sekolah yang menitikberatkan pencapaian cemerlang murid-murid dari
segi kurikulum, kokurikulum dan perkembangan sahsiah. Bagi mencapai tujuan ini, semua
pihak perlu menggembleng tenaga bagi menjayakannya. Perubahan dan kemajuan dalam
bidang pendidikan yang pesat dan sentiasa berubah mengikut peredaran masa menuntut
kita warga pendidik agar sentiasa bersedia menghadapi apa jua rintangan. Sehubungan
dengan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program
Mentor Mentee.

2.0 MATLAMAT

2.1 Membantu pihak sekolah melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berakhlak


mulia, berkembang secara seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek serta memenuhi keperluan negara menjadi sebuah negara maju
menjelang tahun 2020.

2.2 Menjadikan SJK(T) Ladang Katoyang sebagai sekolah contoh di daerah Batang
Padang yang cemerlang dalam pencapaian kurikulum dan kokurikulum.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membantu dan membimbing murid-murid (mentee) mengesan potensi dan


menanam keyakinan diri untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam
akademik.

3.2 Memantau perkembangan pelajaran Mentee dari semasa ke semasa agar


mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Panitia ataupun sekurang-
kurangnya berada pada tahap lulus.
3.3 Mewujudkan perhubungan mesra di antara murid-murid dan guru-guru SKSD
dan seterusnya guru-guru boleh membantu menyelesaikan masalah mereka
khususnya yang berkaitan dengan pelajaran.

3.4 Melahirkan murid-murid SKSD yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

3.5 Muwujudkan sikap hormat dan sayang murid-murid terhadap rakan mereka,
guru-guru dan sekolah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2 seramai 57 orang.

5.0 PERANAN MENTOR

5.1 Membina hubungan mesra dengan Mentee dan mewujudkan kejelekitan


supaya apa jua masalah berkaitan pelajaran dapat diselesaikan.

5.2 Memberi bimbingan dan dorongan kepada Mentee agar mempunyai


keazaman dan keyakinan untuk menghadapi peperiksaan.

5.3 Memberi bimbingan cara belajar dengan berkesan dan sistematik kepada
Mentee.

5.4 Mengadakan perjumpaan mingguan dengan Mentee dalam kumpulannya


untuk mengetahui perkembangan pelajaran dan memberi teguran membina.
Juga bertanyakan jika ada hal-hal peribadi Mentee yang mengganggu pelajaran.

PERANAN MENTEE

Menghadiri perjumpaan dengan Mentornya untuk:


1. Membincangkan perkembangan pelajaran semasa.

2. Melaporkan keputusan ujian ujian bulanan, peperiksaan semester dan ujian


percubaan untuk dibincangkan bersama bagi meningkatken prestasi mereka.

3 Membincangkan apajua masalah yang mengganggu pelajaran mereka.

4. Mendengar dan menerima sebarang teguran daripada Mentornya dengan


hati yang terbuka dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi.

5. Berkongsi pendapat dengan rakan Menteenya untuk bersama-sama


memperolehi keputusan yang cemerlang dalam UPSR.

PENILAIAN

1. Penilaian berterusan dari semasa ke semasa berdasarkan keputusan ujian,


peperiksaan semester dan UPSR Mentee.

2. Perkembangan sahsiah Mentee melalui pemerhatian di dalam dan di luar


bilik darjah dan juga berdasarkan laporan guru-guru lain.

3. Berpandukan buku log semasa perjumpaan mingguan bersama Mentee.


JAWATANKUASA PROGRAM MENTOR MENTEE SKSD 2005

PENASIHAT : ENCIK MURUGESU A/L ATHIYAPPAN


Guru Besar SJK(T) Ladang Katoyang

PENGERUSI : PN. THULASIAMMA A/P RAMIAH


GPK Kurikulum SJK(T) Ladang Katoyang

NAIB PENGERUSI : PN.SHIAMALA A/P MUTHUSAMY


GPK Kokurikulum SJK(T) Ladang Katoyang

PENYELARAS : PN. RICNUKA A/P GURUSAMY


GPK HEM SJK(T) Ladang Katoyang

SETIAUSAHA : PN.SHARMILAA A/P SELVAM


Guru Penyelaras Mentor Mentee

AHLI JAWATAN KUASA :

PN. NORMAH BTE JARNO

UST. MOHAMMAD SANI BIN BIDIN

PN. CHE MAH BTE DAUD

PN. ROHANA BTE BAKAR

PN. RAMLAH BTE HASHIM

PN. ROZITA BT. ABU

PN. NORHASLINA BT. HJ. JUS

EN. ABD. MAJID BIN ABU BAKAR

You might also like