You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1
1.1 Latar Belakang Penyelidikan 1
1.1.1 Latar Belakang Stesen LRT Bandar Tasik Selatan 3
1.1.2 Laluan Ampang 4
1.1.3 Kemudahan Letak kenderaan di Kawasan Stesen LRT
Bandar Tasik Selatan 5
1.1.4 Park and Ride 6
1.2 Penyataan Masalah 6
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Skop Kajian 8
1.6 Kekangan Kajian 8
1.6.1 Kekangan Masa 8
1.6.2 Permintaan Letak Kenderaan yang Luar Biasa 8
1.6.3 Maklumbalas Masyarakat 9

2.0 ULASAN KARYA 9


2.1 Park & Ride 9
2.1.1 Keterangan 9
2.1.2 Ulasan terhadap Sistem 10
2.2 Model Pengganggaran 11
2.2.1 Model Penganggaran bagi Menentukan Keperluan Letak
Kenderaan di Stesen LRT di Kawasan Pinggir Bandar 11

3.0 KERANGKA TEORI KAJIAN 14

4.0 HIPOTESIS KAJIAN 14

5.0 METODOLOGI KAJIAN 15


5.1 Pengumpulan Data 15
5.1.1 Kaedah Pengumpulan Data 16
5.2 Teknik Persampelan 18
5.2.1 Kaedah Persampelan 18
5.2.2 Populasi 19
5.2.3 Saiz Persampelan 19
5.3 Analisa Data 20
5.4 Laporan 21

6.0 RUJUKAN 22

7.0 APPENDIX 23

7.1 Borang Kaji Selidik


7.2 Rekod Kehadiran Perbincangan Ahli Kumpulan
DAFTAR RAJAH ATAU JADUAL

Bil. Tajuk Mukasurat


1. Rajah 1.1: Platform Stesen LRT Bandar Tasik Selatan 4
2. Rajah 5.1: Carta Alir Pengumpulan Data 15
DAFTAR APPENDIX

Bil. Tajuk Mukasurat


1. Borang Kajiselidik
2. Rekod Kehadiran Pebincangan Ahli Kumpulan
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Penyelidikan
Pada hari ini, peralihan dari penggunaan kenderaan
persendirian kepada pengangkutan awam dilihat menjadi trend yang
popular dalam perjalanan seharian di kalangan warga bandar.
Kenaikan harga minyak, kesesakan lalulintas, dan lain-lain faktor
membuatkan masyarakat mencari alternatif lain dengan kaedah
pengangkutan yang lebih ekonomik dalam perjalanan seharian. Dalam
usaha untuk membantu masyarakat dalam menangani isu-isu semasa
ini, pihak berkuasa tempatan telah mengimplimentasi beberapa
pengukur untuk penambahbaikan sistem pengangkutan awam masa
kini. Pembelian bas-bas baru untuk menambahbaikan perkhidmatan
bas dan pembinaan serta penyambungan baru laluan transit aliran
ringan (light railway transit) (LRT) untuk memenuhi permintaan yang
semakin meningkat boleh dilihat sebagai satu galakan dalam
mempromosikan kepada penggunaan sistem pengangkutan awam di
kalangan masyarakat.

Sistem park and ride dilihat sebagai cara berguna untuk


mengurangkan bilangan kenderaan yang memasuki bandar. Tapak
kajian yang dipilih di stesen LRT sedia ada ini mempunyai pelbagai
kelebihan, termasuklah menjadi stesen baru bagi perkhidmatan
syarikat Parkway di mana ianya menghubungkan kepada sistem
pengangkutan perjalanan jarak jauh.

Walau bagaimanapun, kenyataan semasa terhadap kemudahan


pengangkutan sedia ada harus diambil kira. Kemudahan sedia ada
seharusnya lebih fungsional, efisien dan berupaya menampung
permintaan pada masa kini. Penilaian juga harus dibuat terhadap
fasiliti sedia ada untuk mengenalpasti kelebihan dan kekurangan yang
dipercayai boleh memberikan maklumat yang berguna untuk
penambahbaikan kemudahan serta menganggar permintaan pada
masa hadapan untuk perkhidmatan pengangkutan awam.

1
Dengan memfokuskan kepada kemudahan letak kenderaan,
didapati terdapat kontradiksi sitauasi di mana kebanyakan stesen LRT
di Lembah Klang menyediakan ruang letak kenderaan yang kurang
ataupun terlalu berlebihan. Ruang tempat letak kenderaan yang kurang
telah mendorong kepada masalah letak kenderaan secara tidak sah
manakala pembaziran tanah dan sumber lain pula berlaku disebabkan
oleh ruang letak kenderaan yang disediakan berlebihan.

Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk menilai sama ada


kemudahan letak kenderaan yang disediakan ini adalah mencukupi di
stesen LRT Bandar Tasik Selatan iaitu salah sebuah stesen utama
pengangkutan awam di bahagian selatan Kuala Lumpur. Stesen ini
dipilih sebagai stesen sampel kerana lokasinya yang strategik dan
berfungsi sebagai pusat sehenti utama bagi sistem komuter bagi
penduduk di kawasan selatan Kuala Lumpur. Stesen ini turut dibina
bagi diintegrasikan bersama beberapa perkhidmatan keretapi transit
lain seperti KTM Komuter and keretapi Express Rail Link Transit (ERL).

Berdasarkan pemerhatian kami, terdapat peningkatan terhadap


permintaan ruang tempat letak kenderaan di kawasan tersebut di mana
kawasan tempat letak kenderaan yang disediakan tersebut
kebiasaannya penuh digunakan oleh pengguna pada hari bekerja dan
menyebabkan terjadinya kes meletak kenderaan secara haram.
Penyedlikan ini turut boleh dianggap sebagai pengaplikasian terhadap
Parking Needs Estimation Model yang dibangunkan oleh Choy Peng
Ng dan Dadang Mohamad pada tahun 2005 untuk menentukan
kecukupan ruang tempat letak kenderaan yang diperlukan dan
kegunaannya untuk membekalkan kemudahan letak kenderaan bagi
sistem pengangkutan awam di bandaraya Kuala Lumpur.

2
1.1.1 Latar Belakang Stesen LRT Bandar Tasik Selatan
a) Lokasi
Stesen ini terletak di Bandar Tasik Selatan iaitu di selatan
bandaraya Kuala Lumpur. Stesen ini boleh dituju melalui Kuala Lumpur
Middle Ring Road 2 (MRR2) dari arah tenggara serta melalui Sungai
Besi Expressway dari arah barat.

Stesen LRT Bandar Tasik Selatan ini berperanan sebagai


sebuah stesen penghubung dan pertukaran bagi sistem KTM Komuter,
LRT Laluan Ampang, keretapi Express Rail Link Transit (ERL) dan
perkhidmatan bas-bas Rapid KL. Ini menjdaikan stesen ini secara
efektifnya menjadi hub sistem pengangkutan awam di kawasan selatan
Kuala Lumpur.

b) Sejarah
Stesen LRT Bandar Tasik Selatan adalah sebahagian daripada
rangkaian sistem LRT STAR bagi laluan laluan Sri Petaling - Sentul
Timur yang juga dikenali sebagai Laluan Ampang. Stesen ini dibuka
pada tanggal 11 Julai 1998, yang turut merupakan sebahagian
daripada fasa kedua pembukaan sistem STAR. Stesen ini juga
merupakan salah satu daripada tujuh stesen baru sepanjang laluan
Chan Sow Lin-Sri Petaling.

Stesen ini mempunyai sebuah platform di bahagian tengah


stesen yang diapit oleh dua landasan trek serta mempunyai platform
lain di sisi landasan. Kedua-dua segmen stesen ini dihubungkan
dengan jejambat pejalan kaki, di mana seperti di stesen KTM Komuter,
tiada kemudahan bagi pengguna orang kurang upaya (OKU) kerana
jejambat pejalan kakinya hanya boleh dinaiki menggunakan tangga
sahaja. Gambar berikut menunjukkan pandangan di platform stesen.

3
Rajah 1.1: Platform Stesen LRT Bandar Tasik Selatan

Kerajaan elah memisahkan aspek pemilikan dengan aspek


pengoperasian perkhidmatan LRT ini, dengan dua syarikat milikan
kerajaan yang berasingan akan bertindak bagi setiap tujuan. Pemilikan
Laluan Ampang telah diserahkan kepada Syarikat Prasarana Negara
Berhad (Prasarana) pada bulan September 2002. Rangkaian
Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RAPID KL), syarikan milikan
kerajaan yang kedua di bawah penstrukturan semula ini pula telah
ditubuhkan pada tahun 2004 untuk mengambilalih aspek
pengoperasian aset-aset milik Prasarana.

1.1.2 Laluan Ampang (dahulunya dikenali sebagai Laluan STAR)


Laluan Ampang adalah satu daripada dua laluan dalam sistem
perhubungan keretapi di Kuala Lumpur yang dioperasikan oleh
jaringan keratapi Rapid KL. Kedua-dua laluan ini merangkumi dua sub-
laluan, dengan satu penghubung laluan utama yang dikongsi bersama
iaitu:
a) Sentul Timur ke Chan Sow Lin
b) Chan Sow Lin ke Ampang
c) Chan Sow Lin ke Sri Petaling

4
Laluan Ampang mempunyai dua laluan perjalanan dengan jarak
keseluruhan 27 kilometer yang bermula dari dua stesen berlainan di
selatan dan bertemu di stesen perantara dan pertukaran serta berkahir
di stesen yang sama di utara. Laluan Ampang-Sentul Timur bermula di
Ampang, manakala laluan Sri Petaling-Sentul Timur bermula di Sri
Petaling. Kedua-dua laluan ini bertemu di Chan Sow Lin; laluan yang
disatukan ke utara dan berakhir di Sentul Timur.

Laluan perjalanan Ampang-Sultan Ismail merupakan fasa


pertama apabila sistem ini dibuka pada 16 Disember 1996, dengan
laluan kedua dari stesen Chan Sow Lin ke stesen Sri Petaling yang
mula beroperasi pada 11 Julai 1998.Ia merupakan laluan masuk utama
ke Kompleks Sukan Bukit Jalil semasa Sukan Komenwel 1998
menerusi hentian stesen Bukit Jalil. Fasa terkini antara stesen Sultan
Ismail dengan stesen Sentul Timur telah dibuka pada 6 Disember
1998.

Sehingga ke hari ini, kedua-dua laluan ini mampu menampung


lebih 130,000 hingga 150,000 orang penumpang sehari pada hari
bekerja dan anggaran 120,000 orang penumpang sehari pada hujung
minggu.

1.1.3 Kemudahan Letak kenderaan di Kawasan Stesen LRT


Bandar Tasik Selatan.
Semasa tempoh awal beroperasi, stesen ini menyediakan lebih
kurang 41 lot letak kenderaan yang terletak di bahagian timur stesen.
Lot letak kenderaan ini turut dikongsi bersama perkhidmatan KTM
Komuter. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah
menyediakan lebih daripada 500 lot letak kenderaan tambahan di
kawasan stesen ini. Sehingga kini, ruang letak kenderaan yang
disediakan bertentangan dengan stesen ERL telah melengkapkan
keperluan tempat letak kenderaandi kawasan tersebut.

5
1.1.4 Park and Ride
Pada tahun 2004, RAPID KL telah mempromosikan kempen
Park and Ride untuk menggalakkan penggunaan yang lebih kerap
terhadap pengangkutan awam yang disediakan. Satu kadar rata
RM2.00 telah dikenakan sehari untuk sekali kemasukan bagi setiap
kereta di semua tempat letak kenderaan yang terdapat di stesen-
stesen LRT.

Kini, kempen Park and Ride yang diprmosikan oleh RAPID KL


telah mendapat maklumbalas yang baik dari masyarakat di mana
diperhatikan mereka telah meletak kenderaan di kawasan stesen pada
hari bekerja.

1.2 Penyataan Masalah


Kempen Park and Ride telah diprmosikan oleh RAPID KL untuk
menggalakkan orang ramai untuk menggunakan kemudahan
pengangkutan awam di bandaraya Kuala Lumpur.

Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan, perbuatan


meletak kenderaan secara tidak sah telah menyebabkan kesesakan
aliran lalu lintas di laluan masuk ke stesen serta tiadanya ruang letak
kenderaan semasa hari bekerja dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00
petang.

Untuk memberi maklumbalas terhadap permasalahan ini,


kumpulan kami telah mencadangkan untuk menyiasat kecukupan
ruang tempat letak kenderaan yang terdapat di stesen tersebut dari
segi kuantiti, masa kejadian dan lokasi (Laluan Ampang atau sebelah
ERL). Kami juga akan mencadangkan penyelesaian untuk
mengurangkan masalah tersebut seperti yang diterangkan di atas
sekiranya ada.

6
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan kajian kami adalah seperti berikut:
i) Berapa banyak ruang letak kenderaan yang terdapat di lokasi
tersebut?

ii) Adakah ruang letak kenderaan yang disediakan mencukupi?

iii) Berapakah anggaran keperluan tempat letak kenderaan yang


mencukupi?

iv) Bilakah waktu yang menjadi waktu puncak yakni waktu


permintaan tertinggi bagi meletak kenderaan?

v) Apakah ukuran pengurangan yang sesuai bagi mengatasi


masalah ketidakcukupan ruang letak kenderaan di kawasan
tersebut sekiranya ada?

1.4 Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1. Untuk mengenalpasti kecukupan bilangan tempat letak kenderaan
yang disediakan di stesen LRT Bandar Tasik Selatan bagi Laluan
Ampang dari aspek berikut:
a) Kuantiti
Untuk menyiasat dan mengenalpasti kecukupan bilangan
tempat letak kenderaan.

b) Masa bagi Permintaan Tertinggi


Untuk mengenalpasti dan menganalisa tempoh bagi
permintaan tertinggi untuk tempat letak kenderaan di
kawasan tersebut.

c) Lokasi (Laluan Ampang atau sebelah ERL)

7
Untuk mengenalpasti lokasi tempat letak kenderaan yang
digemari oleh pengguna di kawasan tersebut.
2. Untuk mencadangkan penyelesaian bagi mengurangkan
ketidakcukupan bilangan tempat letak kenderaan sekiranya didapati
wujud seperti penambahan bilangan ruang tempat letak kenderaan
yang diperlukan, dan sebagainya.

3. Untuk menyediakan maklumat yang berguna serta rujukan di masa


hadapan berhubung keperluan ruang letak kenderaan bagi program
pembangunan aset Prasarana.

1.5 Skop Kajian


i. Kawasan kajian hanyalah di sekitar kawasan kemudahan letak
kenderaan awam di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan.

ii. Kajian hanya memfokus kepada ruang letak kenderaan untuk


kenderaan persendirian.

iii. Kajian akan dijalankan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga


Jumaat dari 8.00 pagi hingga 12.00 malam) pada waktu pagi
dan petang yakni pada waktu puncak.

1.6 Kekangan Kajian


Terdapat beberapa kekangan dalam melengkapkan kajian ini yang
mungkin memberi kesan terhadap keputusan dan dapatan seperti:

1.6.1 Kekangan Masa


Tinjauan yang akan dilaksanakan secara berperingkat mungkin
tidak akan dapat meramalkan kadar sebenar permintaan letak
keenderaan.

1.6.2 Permintaan Letak Kenderaan yang Luar Biasa


Permintaan terhadap tempat letak kenderaan di kawasan ini
berubah setiap hari kerana terdapatnya pengguna tetap dan

8
pengguna yang sekali-sekala menggunakan perkhidmatan LRT.
Ini akan menyumbang kepada perubahan data yang besar
dalam hubungkait terhadap permintaan yang tinggi kepada
ruang letak kenderaan. Walau bagaimanapun, andaian akan
dibuat berdasarkan kepada permintaan yang tetap.

1.6.3 Maklumbalas Masyarakat


Salah satu kesukaran yang dihadapi oleh para penyelidik adalah
untuk mendapatkan kerjasama sepenuhnya dari reponden di
masa kebanyakan reponden selalunya akan bergegas segera
kerana mereka tidak mempunyai masa yang banyak untuk
melengkapkan persoalan di dalam borang kaji selidik yang
diedarkan.

2.0 ULASAN KARYA


2.1 Park and Ride
Ulasan karya dilakukan untuk mengumpul dan mendapatkan data
saintifik, maklumat dan analisa untuk memperolehi satu kefahaman
mengenai konsep Park and Ride serta apakah kajian dan siasatan
lepas yang telah dijalankan.

2.1.1 Keterangan
Park and Ride yang merupakan satu elemen dalam
sistem pengangkutan biasanya dilihat sebagai pembaharuan
kepada kawasan letak kenderaan berpusat. Ia dikaitkan antara
kawasan tapak letak kenderaan dengan kawasan utama melalui
perkhidmatan pengangkutan awam (kualiti tinggi) (Parkhurst,
2000).

Perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan


adalah seperti bas atau kereta api, dan kajian ini lebih
memfokuskan kepada kereta api walaupun maklumat mengenai
Park and Ride berdasarkan bas disertakan sekali di mana ianya
dianggap berguna. Oleh itu, Park and Ride cuba untuk
9
menyediakan campuran kelebihan kepada perjalanan
menggunakan kereta persendirian dan pengangkutan awam
bagi meneruskan perjalanan di bahagian yang berlainan.

Sebahagian sistem Park and Ride turut telah


dibangunkan menjadi sistem park (carpool) ride, di mana stesen
meletak kenderaan dijadikan pusat pengumpulan setempat bagi
mereka yang memilih untuk berkongsi kereta dari pusat tersebut
untuk meneruskan perjalanan mereka. Ini meningkatkan
kekerapan penggunaan sebagaimana peningkatan penggunaan
laluan merentasi rangkaian pengangkutan (Transport Research
Board (TRB), 2005).

2.1.2 Ulasan terhadap Sistem


a) United Kingdom (UK)
Di UK, kebanyakan sistem hanya mempunyai bilangan
stesen meletak kenderaan yang kecil, tetapi sebahagian kini
mempunyai ruang letak kenderaan yang banyak di pinggir
bandar dengan anggaran 5-7 tapak. Setiap tapak biasanya
mempunyai kapasiti ratusan ruang letak kenderaan dan
sebahagiannya pula mencecah sehingga 1000 ruang letak
kenderaan, sehingga menjadikannya sebahagian sistem dengan
jumlah ruang letak kenderaan yang besar. Sistem ini
dikendalikan oleh Majlis Tempatan (country, City atau
kadangkala kedua-duanya), dengan tajaan kewangan dari
sektor korporat.

Tujuan bagi kebanyakan sistem di UK ini adalah untuk


mengawal perjalanan lalulintas ke pusat bandar dari kawasan
sekeliling luar bandar, dan untuk mengurangkan
perjalanan yang panjang bagi warga kota yang tinggal
berhampiran stesen (Woods, 2006).

10
b) Amerika Syarikat (USA)
Park and Ride di Amerika Syarikat menjadi tambahan
utama kepada sistem pengangkutan awam berasaskan bas dan
ianya melibatkan input agensi awam berbanding penyelarasan
maklumat asas. Ia berasaskan pembangunan pengkalan data
kemudahan letak kenderaan sedia ada yang tersedia untuk
tujuan Park and Ride, yang terletak berdekatan dengan
perkhidmatan pengangkutan awam.

Sesebuah agensi atau konsortium seperti Jabatan


Pengangkutan atau Suruhanjaya Pengangkutan Awam, dilihat
berperanan membangunkan dan menyelenggara pengkalan
data kemudahan letak kenderaan dan menyenaraikannya untuk
rujukan umum. Contohnya di Connecticut, Jabatan
Pengangkutan menyenaraikan lebih kurang 230 di seluruh
negeri bagi kemudahan letak kenderaan yang melibatkan
kedua-dua perkhidmatan bas dan kereta api, dengan saiz tapak
dari 20 hingga 1000 ruang letak kenderaan (ConnDOT, 2006).

2.2 Model Penganggaran


Ulasan karya ini menerangkan model penganggaran untuk
menentukan keperluan letak kenderaan di stesen LRT di kawasan
pinggir bandar.

2.2.1 Model Penganggaran bagi Menentukan Keperluan Letak


Kenderaan di Stesen LRT di Kawasan Pinggir Bandar
Permintaan letak kenderaan bergantung kepada generasi
perjalanan, tujuan perjalanan dan kegunaan tanah (John, 1992).
Permintaan letak kenderaan tidak dihasilkan dari ruang
bangunan itu sendiri tetapi ianya dihasilkan dari bilangan
penduduk di sesuatu kawasan serta jenis pengangkutan yang
digunakan. Contohnya seperti di stesen LRT, disebabkan oleh
lokasinya (sama ada berada di kawasan bandar, kawasan
11
pinggir bandar, kawasan luar bandar dan sebagainya), akan
mempunyai keperluan letak kenderaan yang tinggi atau rendah
berbanding seperti yang ditunjukkan oleh piawaian yang
disyorkan, di mana keadaan tidak berubah dengan masa serta
pengubahsuaian piawaian masih lagi berada dalam rangka dan
aturannya. Dalam keadaan tertentu, satu kajian khusus
diperlukan untuk dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat
bagi kemudahan letak kenderaan yang diperlukan. (Choy Peng
NG dan Dadang Mohamad, 2005)

Kajian letak kenderaan ini termasuklah financial


feasibility functional design, rekabentuk struktural, dan kajian
permintaan. Terdapat tiga jenis kajian letak kenderaan yang
utama iaitu kajian komprehensif, kajian terhad dan kajian
khusus tapak (site-specific study) (John, 1992). Kajian
komprehensif meliputi sesuatu kawasan seperti kawasan
perniagaan berpusat. Selain itu, kajian terhad pula adalah mirip
kepada kajian komprensif tetapi ianya kurang kawasan liputan
kajian dan kurang perkara yang diperlukan dalam kajian. Kajian
khusus tapak (Site-specific study) pula adalah melibatkan
kawasan geografi yang kecil tetapi mempunyai analitis yang
luas.

Penganggaran keperluan letak kenderaan di stesen LRT


melibatkan pemilihan tapak, tinjauan tapak, pengumpulan data
dan akhirnya data tersebut akan dianalisa. Proses pengumpulan
data adalah bukan sahaja tertakluk kepada operasi tinjauan
malah turut tertakluk kepada pertimbangan saiz sampel.
Sebagai tambahan, kaedah analisa melibatkan terutamanya
analisa statistik dalam penganggaran sesebuah stesen LRT.
Choy Peng NG dan Dadang Mohamad pada tahun 2005 telah
membangunkan model penawaran letak kenderaan
menggunakan regresi linear mudah (simple linear regression)
menggunakan formula seperti berikut:
12
i. y = 0.04x1
ii. y = 0.034x1 + 125x3

Di mana,
y = Penawaran/ permintaan letak kenderaan
x1= Purata penumpang sehari
x3= Kenaan bayaran letak kenderaan, 0 tiada kenaan
bayaran dan1 jika kenaan bayaran letak kenderaan
dikenakan

Model pertama ini boleh digunakan untuk menentukan


bilangan letak kenderaan yang diperlukan di stesen LRT pinggir
bandar. Manakala, model kedua turut boleh digunakan tetapi
ianya tidak ekonomik jika dibandingkan kepada model pertama
tadi. Jika sebuah stesen LRT akan dibina di kawasan pinggir
bandar dan mempunyai kemudahan letak kenderaan, formula di
atas bolehlah dijadikan panduan untuk menganggarkan
bilangan ruang letak kenderaan yang akan disediakan. Ini
termasuklah purata penumpang sehari yang mempunyai
hubungan yang tinggi dengan penawaran letak kenderaan dan
bilangan penumpang sehari dihasilkan dari bilangan populasi
atau kepadatan penduduk dalam jarak 5 kilometer dari sekitar
stesen LRT.

13
3.0 KERANGKA TEORI KAJIAN

Kecukupan ruang letak kenderaan

Waktu meletak
kenderaan

Bilangan ruang Bilangan pengguna


kenderaan yang yang meletak
disediakan kenderaan

Umur Pendapatan Pekerjaan Kekerapan


Pengunaan

4.0 HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis ialah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu


fenomena. Saranan ini menerangkan hubungan antara pembolehubah yang
menyebabkan fenomena. Hipotesis digunakan sebagai panduan untuk
menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah untuk melaksanakan
sesuatu kajian (Mohd Majid Konting, 2000).

Kajian di sini mempunyai beberapa hipotesis yang hendak dikaji.

Hipotesis Pertama :Terdapat hubungan yang signifikan antara kecukupan


ruang letak kenderaan dengan bilangan ruang kenderaan yang disediakan.

Hipotesis Kedua : Terdapat hubungan yang signifikan antara kecukupan


ruang letak kenderaan dengan bilangan pengguna yang meletak kenderaan.

14
Hipotesis Ketiga :Terdapat hubungan yang signifikan antara kecukupan ruang
letak kenderaan dengan waktu meletak kenderaan.

HIpotesis Keempat : Terdapat hubungan yang signifikan antara kecukupan


ruang letak kenderaan dengan perbezaan umur, pendapatan, perkajaan dan
kekerapan penggunaan oleh pengguna.

5.0 METODOLOGI KAJIAN


5.1 Pengumpulan Data
Kajian yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan kepada carta berikut
dalam mendapatkan data yang diperlukan. Ini melibatkan pengumpulan
maklumat dari pengguna letak kenderaan, pengusaha tempat letak
kenderaan dan pihak lain yang berkaitan.

15
Rajah 5.1: Carta Alir Pengumpulan Data
5.1.1 Kaedah Pengumpulan Data
Daripada carta berikut, proses pengumpulan data kami akan terbahagi
kepada dua kategori iaitu pengumpulan data primer dan pengumpulan
data sekunder.

a) Sumber Data Primer


Untuk data primer, kami mengendalikan dua kaedah
pengumpulan data iaitu pemerhatian di kawasan kajian dan
mengedarkan borang kajiselidik. Butiran pengumpulan data
adalah seperti berikut:

1. Pemerhatian
a. Kami akan mengenalpasti lokasi kawasan letak kereta
secara tidak sah di kedua-dua stesen LRT dan di
sebelah ERL. Gambar dan bilangan kereta yang
meletak kenderaan secara tidak sah ini akan diambil
dan direkodkan.

b. Tinjauan tapak tidak akan dilakukan setiap hari. Kami


merancang untuk mengendalikan tinjauan tapak
mengikut tempoh (berperingkat) dalam seminggu.
Contohnya, kami akan mengendalikan tinjauan tapak
untuk merekod tempoh bagi permintaan letak kereta
dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi pada hari Isnin
dan 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada hari
Selasa dan seterusnya. Jadual akan dirancang
berdasarkan kepada andaian bahawa permintaan
letak kereta setiap hari adalah sama.

c. Tinjauan tapak akan dilakukan dalam dua peringkat


seperti butiran berikut:
16
i. Satu tinjauan untuk mengenalpasti ruang letak
kenderaan yang ada akan dibuat. Data ini adalah
signifikan untuk membandingkannya dengan
anggaran keperluan ruang letak kenderaan.
ii. Satu tinjauan untuk merekod tempoh permintaan
bagi letak kenderaan akan dilaksanakan. Ini akan
memberikan data untuk menentukan tempoh
tertinggi, purata dan terendah dalam permintaan
letak kereta. Bilangan kenderaan yang masuk
untuk meletak kenderaan pada masa puncak dan
luar puncak juga akan direkodkan.

2. Borang Kaji Selidik


a. Kami akan mengenalpasti saiz sampel
berdasarkan bilangan penumpang setiap hari di
stesen. Ini adalah signifikan dalam mendapatkan
sampel yang sesuai untuk mendapatkan unjuran
situasi sebenar.
b. Maklumat yang diperlukan akan dikumpul dan
ditentukan terlebih dahulu sama ada selaras
dengan objektif penyelidikan ini.
c. Berdasarkan kepada maklumat yang dikenalpasti
tersebut, struktur kategori dan persembahan
soalan akan direkabentuk untuk memudahkan
responden memberi maklumbalas dan para
penyelidik menganalisanya kemudian.
d. Borang kaji selidik akan diedar di kaunter jualan
tiket stesen LRT. Kelulusan dan bantuan dari
Rapid KL akan diperolehi semasa menjalankan
proses ini bagi memastikan kelancaran dan
mengelakkan gangguan kepada operasi ini.

17
b) Sumber Data Sekunder
Secara amnya, data sekunder diambil dari lain-lain sumber
sedia ada seperti perangkaan/ angka dari lain-lain pihak
seperti pengusaha, serta pihak berkuasa yang berkaitan.
Proses pengambilan data ini adalah seperti berikut:

i. Maklumat yang diperlukan akan ditentukan terlebih


dahulu bagi memastikan ianya selaras dengan objektif
penyelidikan ini.

ii. Berdasarkan kepada maklumat yang telah ditentukan,


sumber tersebut akan dikenalpasti dan dinilai.

iii. Data permintaan akan dikeluarkan bagi sumber yang


dipilih untuk memastikan kesahihan dan mengelakkan
isu-isu perundangan bagi data yang sulit.

5.2 Teknik Persampelan


Kajian ini akan menggunakan teknik piawaian persampelan seperti
yang dibangunkan oleh University of Florida (IFAS Extension).

5.2.1 Kaedah Persampelan


Kaedah bukan kerbarangkalian persampelan akan dilaksanakan
memandangkan tinjauan yang akan dibuat adalah pada waktu sesak di
mana Persampelan Rawak Mudah diragui akan dapat dilaksanakan.

Data yang dipungut di bawah bukan kebarangkalian


persampelan ini tidak akan bergantung kepada hos yang tetap tetapi
masih mewakili angka/ bilangan penumpang yang boleh diyakini.
Persampelan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu persampelan
convenience dan purposive. Pendekatan yang dipilih untuk kajian ini
adalah jenis persampelan convenience
18
a) Persampelan Convenience
Dikenali sebagai kaedah yang paling biasa digunakan, tinjauan
yang dilakukan akan menggunakan kaedah tradisional.

Pemlihan responden di bawah kaedah ini akan dibuat tanpa


memilih mana-mana kumpulan yang akan ditentukan terlebih
dahulu. Walau bagaimanapun, populasi persampelan adalah
terhad kepada pengguna Laluan Ampang sahaja dengan borang
kajiselidik diedarkan di hadapan kaunter tiket kepada mereka.

5.2.2 Populasi
Bagi memastikan tujuan adalah selaras dengan penyelidikan ini, kami
mensasarkan populasi di kawasan kajian iaitu pengguna stesen LRT
Bandar Tasik Selatan bagi Laluan Ampang. Daripada data awalan yang
diperolehi dari pihak Rapid KL, didapati bahawa jumlah penumpang
sehari di stesen ini dianggarkan mencecah 7000 orang.

5.2.3 Saiz Persampelan


Saiz persampelan piawai dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
tujuan kajian, saiz populasi, risiko dalam memilih sampel yang salah
dan kesalahan persampelan yang dibenarkan.

Sebagai tambahan kepada tujuan penyelidikan dan saiz populasi, tiga


kriteria berikut telah dikenalpasti untuk menentukan saiz sampel kami
iaitu:
i) Darjah ketelitian = 14%
ii) Darjah keyakinan atau risiko = 95%
iii) Saiz populasi = Lebih kurang 7000 (pengguna/ penumpang
sedia ada setiap hari di stesen LRT Bandar
Tasik Selatan)

19
Persamaan adalah seperti berikut:

Nota:
n = N n = Saiz sampel
1 + N(e)2 N = Saiz populasi
e = Darjah ketelitian

Daripada persamaan tersebut, saiz persampelan kami adalah 50.


Dengan darjah ketelitian 14%, saiz sampel 50 adalah mencukupi
bagi kami menganggarkan saiz populasi lebih kurang 7000 bagi
mencapai darjah keyakinan 95%.

5.3 Analisa Data


Sebaik sahaja data dan maklumat diperolehi, data dan maklumat
tersebut akan dikodkan dan teknik menganalisa data yang sesuai
menggunakan perisian komputer seperti Microsoft Excel akan
dilaksanakan.

Jumlah kekerapan dan peratusan data akan dikira dan ditabulasikan.


Analisa ini akan memberikan maklumat yang akan digunakan untuk
menentukan kecukupan ruang letak kenderaan yang disediakan sejajar
dengan objektif penyelidikan ini.

Data yang dikumpul akan dianalisa mengikut prosedur berikut:

5.3.1 Untuk mengenalpasti anggaran bilangan ruang letak kenderaan


yang diperlukan menggunakan Model Penganggaran Keperluan
Letak Kenderaan (Parking Needs Estimation Model) yang
dibangunkan oleh Choy Peng Ng dan Dadang Mohamad pada
tahun 2005.

20
5.3.2 Perbandingan antara ruang letak kenderaan sebenar yang ada
dengan anggaran bilangan ruang letak kenderaan yang
diperlukan seperti yang dinyatakan di atas.

5.3.3 Untuk menyemak dan mengimbangkan analisa di atas dengan


melakukan pemerhatian terhadap terjadinya letak kenderaan
secara haram.

5.3.4 Tempoh permintaan letak kenderaan yang direkodkan akan


dianalisa untuk mengenalpasti permintaan letak kenderaan
tertinggi, terendah dan purata dalam sehari. Ia juga akan
digunakan untuk menunjukkan kebergantungan keperluan letak
kenderaan terhadap waktu puncak dan luar puncak.

5.3.5 Perbandingan dapatan antara lokasi letak kenderaan di Laluan


Ampang dan sebelah stesen ERL akan dibuat untuk
mengenalpasti kecukupan letak kereta di setiap lokasi pada
waktu puncak.

5.3.6 Untuk menganalisa keseluruahan dapatan di mana ianya akan


memberi kesimpulan bagi mencadangkan pengukur bagi
pengurangan yang munasabah sekiranya ada.

5.4 Laporan
Laporan akan dikeluar dan dikemukakan merangkumi kaedah
penyelidikan, dapatan kajian dan pengukur pengurangan.
Pembentangan kepada pensyarah serta pihak-pihak berkaitan akan
dilaksanakan sekiranya perlu.

21
6.0 RUJUKAN

Dr. Alex Nunn, Dr. Steve Johnson, Dr. Surya Monro, Dr. Tim Bickerstaffe and
Sarah Kelsey (2007). Factors influencing social mobility.

Choy Peng NG dan Dadang Mohamad. (2005). Proceeding of the Eastern


Asia Society for Transportation Studies, Vol.5, pp.877-890.

Ibrahim Wahab (1991). Urban Transport in Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Federal Department of Town and Country Planning, Malaysia, 1992.

ICRA Project Report (November 2001). Travel Behavior Analysis and its
Implication to Urban Transport Planning for Asian Cities: Case Studies
of Bangkok, Kuala Lumpur, Manila, and Nagoya.

Jean-Paul Rodrigue, Claude Comtois dan Brian Slack. (2006). The


Geography of Transport Systems. New York: Routledge Taylor &
Francis Group

Kuala Lumpur Structure Plan 2020: Strategic Zone, Kuala Lumpur City Hall.

Dr. Lawrence Tseu, Fourth Sabah-Sarawak Environmental Convention


(2006). Urban Transport Growth: The Challenges Ahead The New
Realism and Institutional Changes.

Law of Malaysia, Road Transport Act, (Act 333) 1987.

Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Dr Paul A. Barter (2004). Transport, Urban Structure and Lock-in in the Kuala
Lumpur Metropolitan Area.

Lecture Notes

22
7.0 APPENDIX

23

You might also like