You are on page 1of 4

Baca dan fahami petikan-petikan di bawah ini.

Kemukakan tiga peribahasa yang


menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang dinyatakan dalam setiap petikan.

Petikan 1
Sudah hampir sedekad Azlan tidak pulang ke kampungnya setelah sebegitu lama
merantau di luar negara. Kini dia ingin menetap di kampungnya itu. Kepulangannya
amat kena pada tempatnya dan sangat dinanti-nantikan oleh penduduk kampung untuk
memajukan Kampung Siamang Gagap. Azlan telah merancang untuk menubuhkan
Koperasi Peladang. Azlan telah menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan. Walau
bagaimanapun, hasil usaha Azlan yang tidak berputus asa, dia akhirnya berjaya
menubuhkan koperasi tersebut.

1. ibarat sirih pulang ke gagang (Peribahasa lain yang boleh di gunakan, sila
rujuk di sini)
2. pucuk dicita ulam mendatang
3. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

Petikan 2
Farhan sangat kedekut dan sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakan sekelasnya.
Rakan-rakannya sering berasa hati apabila dia enggan meminjamkan sebarang peralatan
yang dimilikinya. Farhan juga tidak dapat menyesuaikan diri apabila bersama-sama
dengan rakan sekelas. Oleh yang demikian, lama-kelamaan rakan-rakan mula menjauhi
diri daripadanya. Akhirnya, dia menyedari kesalahan yang telah dilakukannya.
Bagaimanapun, segala-galanya telah terlambat kerana rakan-rakannya telah muak
dengan sikapnya itu.

1. tangkai jering/ketam batu


2. kera sumbang
3. nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya

Petikan 3
Maznan teringat akan penyelianya yang baharu. Maznan meluat dengan sikap
penyelianya itu. Dia selalu menasihati Maznan agar bekerja dengan bersungguh-sungguh
sedangkan dia sendiri selalu tidak berada di pejabat. Masanya banyak dihabiskan
dengan berfoya-foya pada masa pejabat. Bagaimanapun, Maznan sedar akan
kekurangan dirinya. Dia hanya seorang pekerja biasa. Jikalau dahulu dia belajar dengan
bersungguh-sungguh, tentu dia akan mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Bagaimanapun, tiada guna disesalkan hal yang telah berlaku.

1. ibarat ketam mengajar anaknya berjalan betul/lurus


2. makan gaji buta
3. nasi sudah menjadi bubur/sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada
gunanya

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis dua peribahasa yang sesuai dengan
gambar tersebut.

(i) ______________________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________________
Pilih mana-mana dua:

1. Bagai aur dengan tebing


2. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
3. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat
5. Terendam sama basah, terampai sama kering
Nyatakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat tersebut.
1. Sherin sekadar mendengar leteran ibunya tetapi tidak pernah menghiraukan
kata-kata ibunya itu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
2. Semua kerja yang dibuat oleh Mun Chew ala kadar sahaja dan tidak
dilakukannya dengan bersungguh-sungguh. Bagai melepaskan batuk di tangga.
3. Puan Anisa selalu menceritakan keburukan jiran-jirannya, sedangkan tingkah
lakunya yang buruk tidak disedarinya. Kuman di seberang lautan tampak, gajah
di pelupuk mata tiada tampak.
4. Di sebalik perbuatannya berbaik-baik dengan Tuan Haji Ismail, Haikal
mempunyai tujuan yang tertentu. Ada udang di sebalik batu.
5. Televisyen yang cuba dibaiki oleh Syazrul bukannya bertambah elok malahan
bertambah rosak. Bagai tikus membaiki labu.
6. Disebabkan segelintir penyokong pasukan bola sepak sekolah itu bertindak liar,
nama sekolah tersebut telah tercemar. Dek kerana nila setitik, rosak susu
sebelanga.

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis dua peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.

Gambar 1
(i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
(ii) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
(iii) Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai

Gambar 2
(i) Jika tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya
(ii) Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
(iii) Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
Nyatakan maksud peribahasa yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah.

1. Kamil seorang pengawas sekolah yang berdedikasi. Dia tidak mahu lepas
tangan terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya. Maksud: Tidak mahu
mengambil tahu, tidak mahu bertanggungjawab dalam sesuatu perkara.
2. Persahabatan Munif dan Ammar amat rapat ibarat isi dengan kuku sejak
mereka di bangku sekolah lagi. Maksud: Perhubungan yang rapat, akrab.
3. Keisha umpama layang-layang putus tali selepas ibu bapanya meninggal dunia
dalam nahas jalan raya. Maksud: Tidak berdaya/berupaya. Menyerahkan nasib
pada takdir.
4. Pasangan mempelai yang diraikan itu bagai pinang dibelah dua kerana kedua-
duanya sungguh sepadan. Maksud: Pasangan yang sangat cocok, sama cantik dan
sama padan.
5. Oleh sebab ringan tulang, Pak Hamid senang mendapat rezeki dan mampu
menyara keluarganya. Maksud: Rajin, gigih berusaha.
6. Firash bersengkang mata sebelum peperiksaan kerana dia mahu mendapat
keputusan yang cemerlang. Maksud: Menahan diri daripada tidur.
7. Adik tidak duduk diam dan asyik berlari ke sana sini ibarat kera kena
belacan sewaktu melawat pusat kraf tangan itu. Maksud: Tidak boleh duduk diam.
8. Gadis itu dipilih sebagai Ratu Malaysia kerana rupa parasnya yang cantik bagai
bidadari. Maksud: Rupa paras yang cantik menawan.
9. Walaupun pekerjaan yang dilakukannya susah, Pak Ahmad tetap mahu
menyelesaikannya kerana baginya alang-alang mandi biar basah. Maksud: Jika
melakukan sesuatu perkara, biarlah hingga langsai.
10. Kelakuan Lily bagai rusa masuk kampung kerana itulah pertama kali dia
melancong ke luar negara. Maksud: Tercengang-cengang kehairanan.

You might also like