You are on page 1of 27

ISI KANDUNGAN

BAB 2

2.0 PENDAHULUAN MUKA SURAT


2.1 PENGERTIAN AKIDAH, IMAN DAN TAUHID 1
2.1.1 Akidah 2
2.1.2 Iman 3
2.1.3 Tauhid 3
2.2 PERKAITAN DI ANTARA AKIDAH, IMAN DAN TAUHID. 4
2.3 ASAS-ASAS AKIDAH 5
2.3.1 Beriman kepada Allah swt. 5
2.3.1.1 Bukti-bukti Kewujudan Allah swt 5
2.3.1.2 Cara-cara Mengenal Allah swt 6
2.3.2 Beriman kepada Malaikat 7
2.3.2.1 Penciptaan Malaikat 7
2.3.2.2 Tugas-tugas Malaikat 8
2.3.3 Beriman kepada kitab-kitab 10
2.3.3.1 Persamaan dan Perbezaan antara 11
Al-Quran dan Kitab-kitab lain
2.3.4 Beriman kepada Para Rasul 11
2.3.4.1 Peranan Para Rasul 12
2.3.4.2 Kebenaran Rasul 13
2.3.4.3 Nabi Muhammad Rasul Terakhir 13
2.3.5 Beriman kepada Hari Akhirat 14
2.3.5.1 Dalil Kewujudan Hari Akhirat 14
2.3.5.2 Peringkat-peringkat di Hari Akhirat 15
2.3.6 Beriman kepada Qada dan Qadar 18
2.3.6.1 Kepentingan Beriman dengan Qada 19
Dan Qadar
2.3.6.2 Kekeliruan Dalam Memahami Konsep 20
Qada dan Qadar
2.3.6.3 Sikap Orang Islam dalam Menerima Takdir 20
2.4 PEMBINAAN AKIDAH 21
2.5 FAKTOR-FAKTOR PEMBATALAN AKIDAH 22
2.6 PERANAN AKIDAH DALAM PEMBANGUNAN UMMAH 23
2.7 KESIMPULAN 26
2.8 BAHAN-BAHAN RUJUKAN 27

1
BAB 2

AKIDAH TERAS PEMBANGUNAN MUSLIM


CHE HASLINA BINTI ABDULLAH

2.0 PENDAHULUAN

Manusia adalah makhluk yang terdiri daripada dua unsur iaitu jasmani dan rohani. Rohani
atau jiwa pula terdiri daripada dua naluri (penggerak semulajadi) iaitu naluri baik yang
sentiasa mengarahkan manusia melakukan kebaikan, kebenaran, kebajikan ,keadilan dan
sebagainya. Naluri kedua ialah naluri yang cenderung kearah kejahatan, marah, angkuh,
sombong dan sebagainya. Manusia berupaya untuk mengelakkan diri mereka daripada nafsu
yang ke dua di atas melalui penerapan akidah dan nilai-nilai keimanan ke dalam jiwanya.
Akidah yang kukuh dan iman yang mantap berfungsi mengarah naluri manusia untuk
melakukan kebaikan dan seumpamanya. Justeru, iman atau akidah memainkan peranan
penting di dalam menentukan corak hidup setiap individu agar menjadi insan yang beriman
dan bertakwa di sisi Allah swt.

2.1 Pengertian Akidah, Iman dan Tauhid

2.1.1 Akidah

Akidah adalah dari katakerja yang bererti meyimpul sesuatu dengan kuat. Kata
terbitannya bermaksud jaminan dan ikat janji.

Akidah dari segi bahasa bererti simpulan iman, pegangan yang kuat atau satu keyakinan
yang menjadi pegangan yang kuat. Dengan lain perkataan , ia boleh diertikan dengan
simpulan iman atau ikat janji atau suatu pegangan yang kuat.

Dari sudut istilah, akidah ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-
mana pengaruh samada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan akidah tidak
boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang dilihat secara zahir kerana ia merupakan
satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dan Khaliqnya.

Manakala akidah Islam pula ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah swt sebagai
Rabb dan Ilah serta beriman dengan Nama-namaNya dan segala Sifat-sifatNya, beriman
dengan malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan beriman dengan qada dan qadar
Allah samada baik atau buruk termasuk juga segala apa yang datang dari Allah. Seterusnya
patuh dan taat pada segala ajaran dan petunjukNya.

Ringkasnya , dapatlah dirumuskan bahawa akidah Islam ialah suatu pegangan atau
keyakinan yang menjadi asas dalam Islam yang berkait rapat dengan kepercayaan kepada
Allah dan merangkumi rukun-rukun iman yang enam perkara dengan berdasarkan kepada
keterangan dan nas yang qati, yang tidak wujud perselisihan ulama mengenainya.(Prof Dr
Harun Din, 1988).

2
2.1.2 Iman

Iman bermaksud membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lidah serta beramal dengan
ajaran-ajaran Allah swt yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

2.1.3 Tauhid

Tauhid bererti mengesakan Allah swt yakni mengakui hanya Allah satu-satunya Tuhan yang
wajib disembah dan melakukan segala suruhan serta meninggalkan segala laranganNya.
Tauhid pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah dan
Tauhid Asma wa al-Sifat. (Abu Ameenah Bilal Philip,1994)

i. Tauhid Uluhiyah (Ilah)

Uluhiyah berasal daripada perkataan Ilah yang bererti sesuatu yang dipuja dan disembah.
Allah sebagai Ilah ialah Dia sahaja tuhan yang wajib disembah. Orang Islam yang beriman
dangan keimanan yang sebenar, dia hanya menjadikan Allah sebagai tempat sembahan,
bercinta hanya kepadaNya,merasa takut, sentiasa berharap dan berdoa, bertawakkal, patuh
dan rendah diri hanya semata-mata kepadaNya. Dia tidak meletakkan Allah bersama-sama
yang lain sebagai Ilah. Dalam kita memahami konsep Ilah, mari kita renungkan firman Allah :

(45:23)

Terjemahan:Apakah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
tuhan (Ilah)?

ii. Tauhid Rububiyah (Rabb)

Rububiyah berasal daripada perkataan Rabb yang bermaksud pencipta, pemilik,


pemerintah alam semesta, pemberi rezeki dan sebagainya. Hanya Allah yang mencipta
makhluk bahkan apa yang manusia lakukan adalah tertakluk di bawah ketentuanNya jua.
Hanya Allah sahaja sebagai Rabb dan tidak boleh sekali-kali menganggap yang lain sebagai
Rabb atau bersama-sama Allah menjadi Rabb. Bukti Allah bersifat sebagai pencipta dapat
dilihat menerusi firmanNya:

(7: 54)

3
Terjemahan:Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi
dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas arasy. Dia menutupkan malam kepada siang
yang mengikutinya dengan cepat dan (diciptakannya pula) matahari, bulan dan bintang-
bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, yang mencipta dan
memerintah hanyalah hak Allah. Maha suci Allah, tuhan semesta alam.

iii. Tauhid Asma wa al-Sifat.

Erti Tauhid Asma wa al-Sifat ialah beriman kepada Allah melalui nama-nama Allah 99 dan
Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Antara nama-nama Allah ialah:

Allah (
) iaitu lafaz yang maha mulia merupakan nama dari zat Ilahi yang maha suci
serta wajib adanya yang berhak memiliki segala pujian dan sanjungan. Adapun nama-nama
lain bagi setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang tertentu dan oleh itu ia juga
boleh dianggap sebagai sifat-sifat bagi lafaz yang maha agong iaitu Allah (
). Antara
nama-nama lain ialah:

Al-Hayy (
) iaitu Yang Maha Hidup dan menghidupkan makhluk-makhluk
yang lain. Al-Razzak ( ) Yang Maha Pemberi rezeki kepada seluruh
makhluk di muka bumi ini.Al-Alim ( ) Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
secara terang mahupun tersembunyi.

2.2 Perkaitan antara Akidah,Iman dan Tauhid

Akidah, iman dan tauhid mempunyai pertautan yang sangat rapat iaitu akidah merupakan
suatu pegangan dan di dalam pegangan itu ada bahagian-bahagiannya yang merupakan
kepercayaan-kepercayaan tertentu iaitu keimanan. Melalui keimanan ini pula lah akan
melahirkan rasa ketauhidan kepada Allah swt. Dengan kata lain, apabila seseorang itu
mempunyai pegangan yang kuat kepada rukun iman, nescaya ia akan beriman kepada Allah
swt dan sekaligus mengakui Allah swt sahaja lah Tuhan yang maha esa.

2.3 Asas-asas Akidah

Rukun iman merupakan asas akidah Islam. Kepercayaan manusia muslim mengenai alam,
dan apa yang terkandung di dalamnya, hendaklah tidak terkeluar dari landasan-landasan
rukun atau asas ini. Apabila dia membentuk pandangan dan sikap serta buah fikirannya
mengenai masalah-masalah hidup, ia hendaklah melakukannya dengan berasaskan rukun
iman ini. Rukun-rukun Iman itu enam perkara. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Iman itu ialah bahawa engkau percaya kepada Allah, malaikatNya,kitab-kitabNya dan Rasul-
rasulNya,Hari kemudian dan dengan Penentuan Baik dan Buruk itu daripada Allah swt.

(riwayat Muslim)

4
2.3.1 Beriman kepada Allah swt

Konsep beriman kepada Allah meliputi kepercayaan bahawa Allah itu ada dan esa,percaya
bahawa Ianya bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan, Dialah penjadi alam ini dan alam
akhirat, Dialah yang menghidup dan mematikan, mempercayai bahawa semua mahkluk
adalah milikNya, Dialah sahaja Allah yani tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya.
Beriman kepada Allah juga bermakna semua perkara di dalam kegiatan hidup kita ini adalah
keranaNya dan melaksanakannya berpandukan kepada peraturan Allah swt (Prof Dr.Harun
Din,1988).

2.3.1.1 Bukti Kewujudan Allah swt

Orang yang menerima akidah Islam mestilah mengetahui dan meyakini tentang kewujudan
Allah swt. Menurut para ulama, ada dua kaedah untuk membuktikan kewujudan Allah iaitu
melalui ayat-ayat al-Quran (dalil naqli) dan hujjah akal (dalil aqli) .

Pertama

Melalui dalil naqli atau wahyu, iaitu hujjah di mana Allah swt sendiri merakamkan menerusi
rasulNya bahawa Dia adalah Rabbul Alamin (pencipta, penguasa,pemilik).

Dalam al-Quran al-karim dan al-Sunnah, terdapat banyak rakaman ayat yang menunjukkan
bahawa Allah adalah Rabb bagi alam ini. Firman Allah swt:

(1:2-4)

Terjemahan:Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam.
Yang amat pemurah lagi yang amat mengasihani. Yang menguasai pemerintahan hari
pembalasan (hari akhirat).

Al-Quran menerangkan bahawa tidak percaya kepada Allah selepas melihat dan memerhati
alam maya ini yang mempunyai hikmat dan rahsia yang besar adalah menunjukkan sikap
degil manusia dan tidak peduli kepada kebenaran. Orang-orang mukmin ialah golongan
manusia yang menerima dalil dengan insaf tentang alam maya yang membuktikan kewujudan
Allah ( Prof Dr. Harun Din, 1988)

Menurut Dr. Martin Stanley, seorang sarjana Barat, sesungguhnya segala yang ada di alam
semesta adalah membuktikan keesaan dan kewujudan Allah dan menunjukkan
kekuasaanNya, di mana kami sebagai sarjana-sarjana yang mengkaji dan menyiasat tentang
keadaan alam semesta dengan menggunakan cara-cara yang membuat kesimpulan ,
sebenarnya kami tidak melakukan apa-apa, hanya memerhati kesan-kesan kekuasaan dan
kebesaran Allah swt ( Prof Dr.Harun Din, 1988).

Kedua

5
Melalui logik akal (dalil akli), di mana setiap perkara yang wujud di alam ini ada Penciptanya.
Lihatlah apa saja yang ada di sekeliling kita seperti komputer, televisyen, lori dan sebagainya.
Semuanya ini dicipta oleh manusia dan mustahil semua benda ini wujud dengan sendirinya.

Kalau kita lihat lebih jauh lagi kepada makhluk lain seperti bulan, bintang matahari, gunung,
lautan yang luas dengan ombak yang bergulung, siapakah agaknya yang maha berkuasa
menciptakan itu semua?. Apakah ada orang yang mendakwa dialah yang menciptakan awan
yang berarak cantik atau air sungai yang mengalir deras? Tiada siapa yang mengaku
menciptakannya melainkan Allah Rabbul Alamin. Dialah yang mencipta segala-galanya dari
udara , darat dan lautan. Walaupun nampak pada zahirnya manusia mencipta rumah, kasut,
baju dan lain-lainnya tetapi pada hakikatnya ilmu dan kekuatan yang dimiliki itu adalah datang
daripada Allah swt jua.

Sebenarnya manusia boleh membuat sesuatu kerana Allah kurniakan kepada mereka akal
fikiran. Dari segi yang lain pula, bahan untuk membuat rumah, kasut, baju, basikal dan apa-
apa saja ciptaan adalah bersumberkan bahan ciptaan Allah seperti bijih dari bumi, minyak
dari dasar laut, kayu dari pokok dan lainnya.

2.3.1.2 Cara-cara mengenal Allah swt

Allah swt merupakan Pencipta yang Maha Agong. Dia telah mencipta alam ini dengan penuh
kesempurnaan. Dengan memerhati alam tabii ini, akan tersingkaplah rahsia keagungan
Pentadbir, Penguasa dan Pengatur yang sebenar alam ini. Manusia boleh mengenali Allah
swt dengan dua cara iaitu :

a) Melalui ayat maktubah (al-Quran)

Al-Quran merupakan kalam Allah yang merakamkan ayat-ayat yang merujuk kepada
fenomena alam tabiI dan manusia diminta untuk memikirkannya bagi mengenal Allah melalui
tanda-tandaNya. Firman Allah :

(3:190)

Terjemahan:Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan
siang ada tanda-tanda (kekuasaan,kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah ( bagi orang-
orang yang berakal.

b) Melalui ayat maftuhah (alam semesta)

Allah swt tidak menciptakan alam semesta ini dengan sia-sia kecuali ada manfaat dan
kegunaannya. Manusia dituntut agar memerhati, mengkaji dan mengambil pengiktibaran di
atas segala kurniaanNya. Melalui pengkajian dan penelitian ke atas alam ini, maka manusia
akan meyedari dan menginsafi betapa hebatnya ciptaan Allah yang Maha Berkuasa seperti
fenomena,tsunami, pergerakan gempa bumi, letusan gunung berapi, gerhana bulan,

6
pergerakan bumi beredar mengelilingi matahari, kejadian tumbuh-tumbuhan dan lainnya
termasuklah kejadian manusia itu sendiri sebagai satu makhluk yang sangat unik
kejadiannya. Firman Allah:

(27.88)

Terjemahan: Dan kamu melihat gunung-ganang itu, kamu sangka ia tetap di tempatnya,
pada hal ia berjalan sebagai jalannya awan. (Begitulah) perbuatan Allah Allah yang membuat
dengan kukuh tiap-tiap sesuatu;sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu
kerjakan.

2.3.2 Beriman kepada Malaikat

Adanya malaikat tidak dapat dikesan dengan penyelidikan dan pemikiran. Alam malaikat
adalah abstrak dan sumber pengetahuan kita mengenainya ialah daripada al-Quran dan al-
Sunnah. Kedua-duanya benar dan tidak palsu atau dusta. Beriman kepada malaikat adalah
salah satu daripada rukun iman. Konsepnya ialah sebagai seorang Islam kita mesti
mengetahui dan yakin bahawa Allah swt menjadikan para malaikat sebagai hamba dan
pekerja-pekerjaNya.

2.3.2.1 Penciptaan Malaikat

Allah swt telah menciptakan malaikat daripada cahaya (nur) berdasarkan Hadith Rasulullah
saw yang bermaksud:

Dijadikan malaikat daripada cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari
apa yang diterangkan padamu semua
(Riwayat Muslim)

Dengan keterangan hadis ini, ternyatalah bahawa malaikat itu makhluk halus yang ghaib dan
tidak dapat disaksikan dengan pancaindera kerana ia bukanlah benda atau jisim. Malaikat
sebagai makhluk Allah yang kuat, memiliki sayap-sayap yang banyak sehingga demikian
membolehkan mereka melakukan pergerakan yang pantas. Sayap-sayap mereka adalah
berbeza antara satu sama lain. . Ada yang mempunyai dua, tiga dan empat sayap bahkan
lebih dari itu. Malaikat Jibril mempunyai 600 buah sayap. Firman Allah (35:1)

Terjemahan: Segala puji-pujian bagi Allah yang mencipta langit dan bumi, menjadikan
malaikat sebagai utusan. Pada malaikat ada sayap-sayap; ada yang punya dua sayap, tiga

7
sayap, empat sayap. Allah boleh menambahkan pada ciptaannya apa yang Allah
kehendakki, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa terhadap segala-galanya.

Malaikat juga boleh berupa dengan bermacam-macam bentuk dengan izin Allah. Biasanya ia
datang kepada Rasulallah dalam bentuk cahaya dan ada juga yang datang ke bumi dalam
bentuk manusia. Contohnya malaikat Jibril datang dalam satu majlis Rasulullah bersama
dengan sahabat-sahabatnya. Jibril berupa seorang lelaki dan bertanya Rasulullah beberapa
persoalan tentang Islam, Iman dan Ihsan.

Malaikat tidak makan dan tidak minum, juga bukan lelaki dan bukan perempuan, mereka tidak
tidur , tidak mempunyai nafsu, tidak mempunyai kuasa memilih dan seumpamanya.

Jumlah malaikat ini tidak terhingga banyaknya. Dari segi nisbahnya, boleh dihitung sebagai
berikut tetapi bukanlah suatu nilai yang tepat iaitu : (Ismail Kamus,1993)
i. Manusia = 1%
ii. Jin = 9%
iii. Malaikat 90%

2.3.2.2 Tugas Malaikat

Para malaikat telah ditugaskan oleh Allah swt memegang jawatan-jawatan yang tertentu dan
bertanggungjawab dalam banyak perkara. Tabiatnya semata-mata patuh dan tidak pernah
menderhakai Allah swt. Firman Allah swt:

(16:49-50)

Terjemahan:Dan bagi Allah jua lah tunduk sujud apa yang ada di langit dan apa yang ada di
bumi dari makhluk dan juga para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan
diri. Mereka takut kepada Tuhan mereka yang berkuasa atas mereka dan melaksanakan apa
yang diperintahkan (kepada mereka).

Antara tugas para malaikat ialah:

a) Membawa wahyu kepada para nabi dan rasul. Firman Allah swt: (2:97)

8
Terjemahan: Katakanlah:(wahai Muhammad) barang siapa yang menjadi musuh Jibril maka
sebenarnya Jibril itu menurunkan wahyu ke dalam hati kamu dengan izin
Allah;membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira
bagi orang-orang yang beriman.

b) Bertasbih , patuh serta sujud kepada Allah. Firman Allah:

(7:206)

Terjemahan:Sesungguhnya semua malaikat yang ada di sisi Tuhanmu (Allah) mereka tidak
menyombong diri dan tidak enggan beribadah menyembah Allah, mereka bertasbih dan sujud
kepadaNya.

c) Menanggung arash Allah. Firman Allah:

(69:16-17)

Terjemahan:Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu lemah (dan runtuh),
malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjuru, dan arasy Tuhanmu pada saat itu
dipikul oleh delapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu.

d) Ditugaskan untuk mencatatkan amalan manusia. Firman Allah:

(82:10-11)

Terjemahan: Padahal sesungguhnya ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasi


(pekerjaanmu),yang mulia di sisi Allah dan yang mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu).

Demikianlah di antara contoh tugas malaikat. Mereka juga memikul peranan di akhirat seperti
memberi salam kepada ahli syurga, mengazab ahli neraka dan sebagainya. Segala apa yang
Allah kehendakki biasanya diperintahkan malaikat untuk melaksanakannya.

Pada hakikatnya Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu tanpa menggunakan
perantaraan malaikat kerana Allah Maha Suci dari sebarang kekurangan dan kelemahan.

9
Adapun hikmah Allah menggunakan malaikat ialah menampakkan keagungan dan kehebatan
Allah yang punya kerajaan dan pemerintahan yang sangat besar dan kuat.

2.3.3 Beriman kepada Kitab-kitab

Beriman kepada kitab-kitab Allah juga salah satu daripada rukun iman di dalam Islam. Kitab
Allah mengandungi segala pengajaran Allah yang disampaikan oleh para nabi dan rasul
samada titah perintah, larangan, panduan, nasihat, peringatan, petunjuk dan sebagainya
kepada umat mereka itu.

Kitab kitab Allah terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Suhuf
Suhuf merupakan pedoman yang tidak begitu lengkap yang mana kandungannya hanya
penjelasan hukum-hukum dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya. Suhuf ini
hanya berjumlah 100 buah iaitu diberikan kepada nabi Shith (50 buah), nabi Idris (30 buah),
nabi Ibrahim (10 buah) dan nabi Allah Musa (10 buah) (Ismail kamus, 1993)

ii. Kitab
Sementara kitab pula ialah satu peraturan yang lengkap untuk segala peraturan dan dasar
ketuhanan baik yang berhubung dengan dunia mahupun akhirat, yang berhubung dengan
perkara zahir mahupun batin. Jumlah kitab adalah empat iaitu Taurat diberikan kepada nabi
Musa a.s, kitab Zabur untuk nabi Daud a.s, kitab Injil diberikan kepada nabi Isa a.s dan kitab
al-Quran dianugerahkan oleh allah swt kepada nabi Muhammad saw.(Ismail kamus, 1993).

Antara contoh firman Allah:

(17:55).

Terjemahan:Dan Kami telah berikan kepada Daud kitab Zabur


Kepada Nabi Musa, Allah turunkan Taurat dan kepada Isa dikurniakan kitab Injil. Firman
Allah:

(5:46)

Terjemahan:Kami iringkan jejak mereka dengan mengutus Isa Putra Maryam supaya
membenarkan apa yang terdahulu daripadanya iaitu Taurat. Kami memberikan Injil

10
kepadanya yang mengandungi petunjuk dan cahaya kebenaran membenarkan apa yang
dahulu daripadanya iaitu Taurat untuk menjadi petunjuk dan nasihat bagi orang-orang yang
bertaqwa

Tujuan kitab-kitab diturunkan oleh Allah adalah untuk memberi petunjuk kepada manusia ke
arah jalan yang betul. Manusia sejak dahulu hingga hari kiamat memerlukan panduan
daripada Allah untuk menjalani kehidupan mereka. Allah yang menciptakan manusia dan juga
seluruh makluk lain , maka sudah pasti Dia maha mengetahui keperluan dan panduannya.
Oleh itu, dengan sifat kemurahan dan keadilanNya, Allah menghantar wahyu melalui Rasul
sebagai panduan kepada umat manusia. Nabi Muhammad sebagai rasul terakhir membawa
Kitab al-Quran sebagai pelengkap segala kitab-kitab terdahulu. Justeru itu, sebagai umat
Islam, kita dituntut memiliki, membaca serta memahami segala isi kandungannya dan
seterusnya menghayati serta mengamalkan apa yang disebut di dalam al-Quran al-karim
agar dengan nya kita menjadi insan soleh yang diredhai oleh Allah swt.

2.3.3.1 Persamaan dan perbezaan antara al-Quran dengan kitab-kitab lain

Persamaan

Semua kitab-kitab Allah yang diturunkan membawa konsep akidah tauhid yang sama iaitu
mengajak manusia menyembah Allah swt, mentauhidkanNya dan supaya mereka menjauhi
taghut (anasir kesesatan).

Perbezaan

Dari segi konsep keimanan antara al-Quran dengan kitab-kitab lain di mana beriman dengan
al-Quran bukan sekadar percaya bahawa al-Quran itu daripada Allah tetapi lebih dari itu
mesti mempelajari, memahami dan melaksanakannya. Manakala kitab-kitab lain kita hanya
diperintah mempercayaainya sahaja tanpa dituntut untuk mempelajarinya kerana kita telah
mempunyai al-Quran yang lebih lengkap.

i) Dari segi kandungan; al-Quran mengandungi isi kandungan yang syamil dan lengkap,
manakala kitab-kitab lain tidak syamil dan belum sempurna kerana wahyu-wahyu akan
diturunkan seterusnya dari semasa kesemasa sehinggalah wahyu sempurna sepenuhnya
dengan turunnya al-Quran.

ii) Dari segi keaslian; al-Quran tetap asli tidak ada perubahan dan tidak mampu dipinda oleh
sesiapa pun manakala kitab-kitab lain berubah dan tidak asli.

iii) Al-Quran sesuai untuk semua zaman dan tempat, manakala kitab-kitab lain untuk tempoh
tertentu sahaja.

iv) Bahasa al-Quran adalah bahasa Arab yang hidup pemakaiannya sepanjang masa iaitu
sentiasa digunakan oleh ramai dan banyak negara di seluruh dunia berbanding dengan kitab-
kitab lain yang bahasanya telah pupus dan tidak lagi dipakai oleh manusia

11
2.3.4 Beriman kepada para rasul

Setiap muslim wajib percaya bahawa Allah telah mengutuskan rasul-rasul dari kalangan
manusia untuk mengajak manusia menyembah Allah yang satu..

Firman Allah :

( 16:36)

Terjemahan:Dan Kami telah mengutuskan kepada ummah seorang rasul untuk mengajak
manusia menyembah Allah dan menjauhi taghut.

Di samping itu, rasul juga diutus untuk memberi perkhabaran baik terhadap mereka yang
melakukan kebaikan dan ancaman buruk terhadap mereka yang melakukan kejahatan.
Firman Allah swt:

(1:151)

Terjemahan:(Nikmat berkiblatkan kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah
seperti (nikmat Kami) mengutuskan kepada kamu seorang rasul dari kalangan kamu (iaitu
Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu,dan membersihkan kamu(dari
amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan kitab (al-Quran) serta
hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

Orang yang menerima wahyu daripada Allah disebut Nabi. Nabi yang disuruh Allah
menyampaikan wahyu itu dalam bentuk syariat disebut rasullullah. Sebab itu, seorang rasul
adalah nabi tetapi seorang nabi belum tentu menjadi rasul. Jumlah rasul adalah seramai 313
orang tetapi yang disebut di dalam al-Quran seramai 25 orang. Sedangkan jumlah nabi yang
disebut di dalam salah satu hadith riwayat dari pertanyaan Abu Zar kepada nabi menurut
Riwayat Marduyah berjumlah 124,000 orang (Harun Din, 1988).

Manusia mestilah mengikut jejak langkah para rasul dengan mengaplikasi sifat-sifat rasul ke
dalam diri setiap individu. Selain itu bersabar dan tabah hati dalam mencontohi para rasul
sebab sudah jelas bahawa tindakan para rasul itu mencerminkan suatu teladan yang tinggi
nilainya bahkan itulah merupakan kehidupan yang suci dan bersih yang dikehendakki oleh
Allah swt (Sayid Sabiq, 1996).

12
2.3.4.1 Peranan Rasul

Para rasul sebenarnya mempunyai tugas yang sama atau dengan perkataan lain mereka
pemangku kesatuan risalah ketuhanan. Mereka bertugas mengajar manusia mengenal
Tuhannya dengan pengetahuan yang sebenar. Bertugas mengajar manusia tentang akidah
dan ibadat mengikut garis-garis yang ditentukan Allah, memandu manusia di dalam
kehidupan di dunia ini supaya membersihkan rohaninya, bebas dari penghambaan hawa
nafsu agar manusia menjadi insan kamil. Dengan demikian mereka telah memimpin manusia
agar sentiasa berkekalan di atas fitrahnya dan fungsinya selaku khalifah Allah di bumi (Harun
Din,1988)

Manusia tanpa rasul yang menyibarkan risalah Allah sudah pasti akan mengalami kesesatan
dan kekacauan, kezaliman dan berbagai akibat. Justeru itu Allah mengutuskan rasul bagi
mengelakkan manusia daripada terjerumus ke lembah kedurjanaan itu.

2.3.4.2 Kebenaran Rasul

Allah taala telah menyokong para rasul dengan berbagai mukjizat supaya manusia
membenarkan seruannya masing-masing. Mukjizat itu ialah perkara luarbiasa yang
menakjubkan akal fikiran manusia kerana ia terjadi di luar kekuasaan manusia tanpa
mengikut undang-undang logik dan undang-undang ilmu manusia. Antara mukjizat tersebut
seperti Nabi Ibrahim a.s yang tidak hangus ketika dibakar dengan api. Firman Allah

(21:68-69)

Terjemahan:(setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: bakarlah dia
dan bela lah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!. Kami
berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim.

2.3.4.3 Nabi Muhammad rasul terakhir

Risalah nabi Muhammad adalah penutup semua risalah dari langit dan ia membatalkan
risalah yang terdahulu daripadanya kerana bentuknya yang tidak dibataskan dengan
sebarang ruang dan waktu serta sesuai dengan segala zaman, segala keadaan dan semua
umat manusia.(Harun Din, 1988). Firman Allah swt (33:40):

13
Terjemahan:Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi
bapa yang sebenar bagi seseorang lelaki daripada kamu, tetapi ia adalah Rasulullah dan
penutup segala nabi-nabi, dan Allah adalah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ayat ini menjelaskan bahawa sejak kewafatan baginda Rasulullah iaitu selama lebih kurang
14 abad yang lalu, maka sudah tiada lagi lagi nabi atau rasul selepas baginda saw.

2.3.5 Beriman kepada Hari akhirat

Faksafah Islam memandang bahawa apabila seseorang muslim itu yakin kepada Allah Yang
Maha Esa , logiknya ia akan percaya kepada hari akhirat. Ini kerana tuhan mewajibkan
kehidupan di dunia nyata ini akan dilanjutkan oleh kehidupan akhirat yang ghaib bagi
manusia setelah mereka mati. Akhirat bagi seseorang ialah bermula dengan kematiannya.
Mati dari persepktif Islam ialah perpindahan dari alam dunia yakni alam percubaan ke alam
akhirat iaitu alam balasan yang kekal abadi.

2.3.5.1 Dalil-dalil kewujudan Hari Akhirat

Yang pertama : Dalil naqli iaitui dalil menerusi wahyu Allah yang menyatakan tentang alam
kehidupan selepas mati untuk dikira amalan tiap-tiap individu yang dilakukan semasa
hayatnya di alam dunia dahulu.

Firman Allah swt:

(22:1-2)

Terjemahan:Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya


gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-
peristiwa yang nmengerikan) itu, tiap-tiap ibu yang menyusukan akan melupakan anak yang
disusukan, dari tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang dikandungnya;
dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi
azab Allah amatlah berat .

Keduanya dalil aqli seperti rata-rata manusia yang hidup dari dulu hingga kini samada yang
mendiami di kota atau di desa, samada pandai atau jahil, pastinya mempunyai perasaan
halus bahawa selepas kehidupan di dunia ini, ada satu lagi kehidupan yang berikutnya untuk
seseorang mendapat keadilan yang tidak diperolehinya di alam dunia yang sementara ini. Di
akhiratlah manusia akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengan amalan samada baik
atau jahat.

14
2.3.5.2 Peringkat-peringkat di hari akhirat

i) Alam Kubur (Barzakh)

Akhirat bagi seseorang bermula dengan kematiannya. Peringkat pertama seseorang itu di
akhirat ialah berada di alam kubur. Hubungannya dengan alam zahir sudah terputus. Hanya
perbuatan amalannya sahaja untuk diberi perhitungan di alam kubur. Orang lain tidak dapat
menolong dan menebus segala dosanya kecuali dirinya sendiri. Alam kubur juga disebut
sebagai alam barzakh.(ismail Kamus, 1993) Ini menunjukkan bahawa apabila bermula
kematian seseorang , maka akan bermulalah penerimaan balasan ke atasnya samada baik
atau buruk. Semuanya bergantung kepada seseorang itu ketika ia berada di dunia.
Dalam hadis Rasulullah, baginda pernah menegaskan bahawa kubur itu samada ia menjadi
satu taman daripada taman syurga atau satu lubang daripada lubang neraka. amalan. Allah
juga menjelaskan bahawa semua manusia akan berada di alam kubur menerusi firmanNya:

(22:7)

Terjemahan:Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tidak ada keraguan
padanya;dan bahawasanya Allah membangkitkan semua orang di dalam kubur.

ii) Hari Kebangkitan.

Setelah beberapa lama berada di alam kubur, seterusnya manusia akan dibangkitkan . Allah
berfirman :

( 58:6)

Terjemahan:Pada hari Allah membangkitkan mereka semua kemudian Allah memberitahu


kepada mereka tentang apa yang mereka kerjakan. Allah telah membuat perhitunganNya
sedang mereka telah melupakannya dan Allah Maha Menyaksikan segala sesuatu.

iii) Manusia Dihimpunkan

Selepas seluruh manusia dibangkitkan, mereka pula akan dihimpunkan di satu tempat yang
dinamakan mahsyar (tempat perhimpunan). Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

Manusia dikumpul pada hari kiamat kepada tiga golongan; satu golongan berjalan kaki satu,
golongan lain berkenderaan dan golongan ketiga berjalan dengan muka-muka mereka. Para

15
sahabat bertanya:Ya Rasulullah! Bagaimana mereka dapat berjalan dengan muka?Baginda
menjawab,Allah Maha Berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan kaki, maka sudah
pasti Allah berkuasa menjadikan manusia berjalan dengan muka-muka mereka. Alangkah
sukarnya mereka yang berjalan dengan muka kerana terpaksa menjaga muka dari tanah-
tanah benjol dan berduri.
(Riwayat Tirmidzi)

iv) Pembentangan Amalan

Di padang mahsyar nanti, akan berlaku proses pembentangan amalan. Setiap orang akan
dapat melihat amalan yang mereka lakukan samada kecil atau besar, baik atau sebaliknya.
Firman Allah swt::

(99:7-8)

Terjemahan:Dan sesiapa yang melakukan kebaikan walau sebesar zarrah ia akan dapat
melihatnya dan juga sesiapa melakukan kejahatan walau sebesar zarrah sekalipun, ia tetap
akan melihatnya

v) Kiraan dan Timbangan Amalan

Seterusnya semua amalan manusia akan dikira atau dihisab sebelum ditimbang oleh Allah
azza wa jalla. Sesiapa yang berat dosanya daripada pahalanya akan dimasukkan ke dalam
neraka dan sebaliknya sesiapa yang berat pahalanya daripada dosanya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Namun begitu, bentuk /cara pertimbangan itu hanya berada di dalam
pengetahuan Allah jua. (Ismail Kamus, 1993). Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

Tidak berganjak tapak kaki seseorang hamba sehingga dia disoal tentang umurnya untuk
apa dihabiskan dan ilmunya untuk apa dipergunakannya dan tentang hartanya dari mana ia
perolehi serta apa dibelanjakan dan dirinya untuk apa dipergunakan

(Riwayat Tirmidzi)

Firman Allah swt:

( 21:47)

16
Terjemahan:Kami tegakkan neraca keadilan pada hari qiamat sehingga tidak seorang diripun
yang akan dizalimi sedikitpun dan amalan sekecil biji sawi amalan seseorang itu akan tetap
ditimbangkan juga dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan .
Allah swt seterusnya menjelaskan hal ini menerusi frimanNya iaitu:

(101: 6-9)

Terjemahan:Sesiapa yang berat timbangan pahalanya maka ia dimasukkan ke dalam


kehidupan yang diredhai dan sesiapa yang ringan timbangan pahalanya maka mereka inilah
yang akan mendapat neraka Hawiah. Apakah engkau mengetahui ya Muhammad apakah
neraka Hawiah itu? Iaitulah neraka yang sangat panas.

vi) Meniti titian (al-Sirat)

Tahap seterusnya ialah setiap orang pasti melalui titian (al-sirat). Setiap mukmin
diperintahkan supaya meniti titian menyeberangi ke syurga tetapi di bawahnya api neraka.
Sesiapa yang beramal dengan kebaikan, ia akan terus menuju ke syurga dan sesiapa
sentiasa berbuat dosa akan jatuh ke dalam neraka yang sangat panas itu bergantung kepada
banyak mana dosa yang telah ia lakukan. (Ismail kamus, 1993). Dalam hal ini, Allah swt telah
merakamkan di dalam firmanNya:

Firman Allah :

(101:6-11)

Terjemahan:Dan setiap yang berat timbangan amalan baiknya, maka ia akan hidup dalam
keredhaan Allah di akhirat dan mereka yang ringan timbangan baiknya akan dikembalikan
kepada Hawiah. Apakah itu Hawiah itu? Iaitu api yang membakar.

vii) Balasan Syurga dan Neraka

Banyak nas-nas al-Quran merakamkan bahawa orang yang berat timbangan amalan
baiknya akan dimasukkan ke syurga dan sebaliknya orang yang berat amalan jahatnya akan
ditempatkan di dalam neraka.

17
(19:71-72)

Terjemahan:Dan tiada seorangpun di antara kamu melainkan akan sampai kepadanya;(yang


demikian) adalah satu perkara yang mesti ( berlaku) yang telah ditetapkan oleh Tuhanmu.
Kemudian Kami akan selamatkan orang-orang yang bertakwa, dan Kami akan biarkan orang-
orang yang zalim ( dengan kekufurannya dan maksiatnya) tinggal berlutut di dalam neraka
itu.

2.3.6 Beriman kepada Qada dan Qadar Allah swt

Beriman kepada qada dan qadar Allah ialah mempercayai bahawa segala sesuatu yang
terjadi dan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah menurut ketentuan dan ketetapan Allah
swt. Allah berfirman:

(28:68)

Terjemahan:Dan Tuhanmu meciptakan apa yang dirancangkan berlakunya, dan Dialah juga
yang memilih(satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan
kemuliaan), tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapapun memilih ( selain daripada
pilihan Allah). Maha suci dan maha tinggi Allah keadaannya dari apa yang mereka sekutukan
denganNya.

Ketentuan Allah ke atas manusia dapat dibahagikan kepada dua:

i. Ketentuan Allah ke atas alam semulajadi yang mengandungi sebab dan akibat seperti api
membakar, makan boleh mengenyangkan dan seumpamanya. Itu semua adalah ketetapan
Allah yang tidak boleh dipertikaikan lagi kebenaran kewujudannya. Firman Allah:

(13:8)

18
Terjemahan:Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan dan kandungan
rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah.Dan setiap perkara mempunyai ketentuan
di sisi Allah.

ii. Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhlukNya khususnya manusia. Allah swt
menentukan seseorang dilahirkan lelaki atau perempuan, cacat atau sempurna kejadian,
bangsa Melayu, Cina, India atau lainnya. Ini semua adalah takdir Allah swt dan jelas
termaktub di dalam SunnahNya.

Dalam pengertian kedua ini, seseorang itu tidak ada pilihan seperti ia dilahirkan lelaki atau
perempuan, sempurna atau cacat walaupun kadang-kadang ada sebab-sebab tertentu
kenapa seseorang bayi dalam kandungan itu lelaki atau perempuan dan kenapa ada bayi
dilahirkan cacat dan lainnya.

Allah berfirman:

(28:68)

Terjemahan:Dan Allah mencipta apa yang dikehendakki dan Dia yang memilih . Sekali-kali
tidak ada pilihan bagi mereka, maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

Dari ayat di atas, dapat kita fahami bahawa seseorang bayi dilahirkan lelaki adalah pilihan
dan ketentuan Allah bukan daripada pilihan kita sendiri. Kita sebagai manusia dituntut agar
berikhtiar dan bertawakkal sepenuhnya.

2.3.6.1 Kepentingan beriman dengan qada dan qadar

i. Sekiranya seseorang muslim itu memahami konsep qada dan qadar dengan cara yang
betul, nescaya ia akan memperolehi kehidupan yang bahagia kerana dia bersedia menerima
segala ketentuan yang telah ditakdirkan kepadanya dengan lapang dada dan hati yang
terbuka.

ii. Seterusnya apabila seseorang itu diuji oleh Allah swt dengan pelbagai ujian dan cabaran,
sudah pasti ia tidak akan mudah berputus asa, mengalah atau kecewa kerana ia sedar
bahawa semua yang Allah timpakan kepadanya adalah dugaan bagi menguji keimanannya
dan dalam kondisi begini, ia akan bersifat reda di atas ketentuan Ilahi.

iii. Qada dan qadar Allah mengandungi pelbagai hikmah di sebaliknya. Individu muslim yang
sentiasa menerima ketentuan Allah tanpa merungut akan menjadikan hidup mereka lebih
tenang dan damai, yang akhirnya mereka akan memperolehi kehidupan yang lebih cemerlang
dan bahagia di dunia ini.

19
2.3.6.2 Kekeliruan dalam Memahami Konsep Takdir

Terdapat kekeliruan dan kejanggalan yang wujud dalam kehidupan manusia berkaitan dengan
takdir adalah disebabkan kejahilan ataupun mereka menolak keimanan konsep takdir secara
sengaja.

Oleh yang demikian, suatu kejahatan yang dibuat seperti berzina, mencuri, minum arak dan
lainnya apabila ditangkap ia mendakwa bahawa Allah takdirkan ia mencuri, Allah takdirkan ia
berzina dan sebagainya. Sedangkan konsep takdir yang diajar oleh al-Quran dan al-Sunnah
sudah jelas menerangkan tentang dakwaan itu bercanggah dengan ajaran Islam.

Dalam Islam, Allah menyuruh manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Di
samping itu, manusia juga dianugerahkan akal yang berperanan membezakan antara
kebenaran dan kebatilan. Kenapa pula apabila seseorang itu melakukan kejahatan, ia terus
menuduh dan menyalahkan Allah yang takdirkan ia lakukan dosa tersebut. Sedangkan
apabila ia melakukan kebaikan, tidak pula ia sandarkan kepada Allah swt yang takdirkan ia
membuat kebaikan tersebut.

2.3.6.3 Sikap Orang Islam dalam Menerima Takdir Allah

i) Menerima dengan reda terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah kerana Allah Maha Adil
dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhlukNya. Apa yang Allah tentukan
kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada
sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik, adalah buruk bagi
kita dan demikianlah sebaliknya. Allah maha Mengetahui segala-galanya. Friman Allah:

(1:216)

Terjemahan:Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu adalah sesuatu yang
kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat brtuk bagimu; Allah mengetahui sedang
kamu tidak mengetahui.

ii) Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri kita.
Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan
kepada kita dan hikmah berlaku sesuatu peristiwa itu hanya di dalam pengetahuan Allah swt
sahaja.

iii) Bersyukur sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang baik serta reda sekiranya sesuatu
yang datang kepada kita itu, tidak kita sukai. Sifat syukur adalah sifat mahmudah yang
sepatutnya dimiliki oleh setiap manusia muslim. Allah menyintai orang-orang yang sentiasa
bersyukur di atas segala anugerahNya.

20
iv) Sentiasa berusaha dan berwaspada dalam kehidupan seharian. Jangan menunggu takdir
Allah tanpa berbuat sesuatu. Setelah berusaha bersungguh-sungguh kemudian diiringi
dengan doa. Kita dituntut agar bertawakkal dan menerima ketentuan yang telah ditentukan
oleh Allah swt dengan berlapang dada.

v) Sentiasa berdoa agar Allah selamatkan kita di dunia dan akhirat kerana doa adalah senjata
yang paling tajam bagi orang-orang Islam. Doa adalah jalan terakhir untuk kita berserah
kepada Allah swt dalam sesuatu perkara. Rasulullah pernah menegaskan di dalam hadis
baginda bahawa doa itu adalah senjata orang mukmin.

2.4 Pembinaan dan Pengukuhan Akidah

Di dalam mengharungi dunia tanpa sempadan hari ini, manusia didedahkan dengan pelbagai
fenomena yang mana sekiranya seseorang itu tidak mempunyai keimanan dan ketaqwaan
yang teguh kepada Allah swt, akan memungkinkan dirinya terjerumus ke kancah kejahatan
atau penderitaan. Justeru itu bagi menangkis segala senario buruk yang bakal berlaku,maka
akidah perlu disemai, dibina serta diperkukuhkan dengan pelbagai kaedah.

i. Umat Islam boleh membina akidah melalui pemahaman mereka mengenai konsep Islam
yang sebenarnya dan memahami konsep akidah secara khusus. Kefahaman yang telus
tentang isi kandungan Islam dan perkaitannya dengan akidah akan menjadikan seseorang
muslim itu teguh jiwanya, imannya tidak mudah goyah kerana pengisian dan pengamalan ke
atas kedua-dua kandungan itu akan menjadikan dirinya melaksanakan apa yang dituntut
secara ikhlas dan reda.

ii. Seterusnya untuk membina akidah yang teguh, umat Islam hendaklah membersihkan hati
dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah swt.
Mengerjakan ibadah adalah salah satu cara yang terbaik untuk seseorang muslim sentiasa
bertaqarrub atau menghampirkan diri kepada Allah swt. Ibadah yang tulus kerana Allah akan
diberi ganjaran pahala dan menjadikan hidup lebih diberkati serta dirahmati. Ini secara tidak
langsung akan menghindari diri individu itu daripada melakukan kemaksiatan dan dosa.

iii. Di samping itu, faktor ketiga untuk membina dan mengukuhkan akidah ialah sentiasa
berjihad melawan hawa nafsu dan syaitan serta beriltizam dengan Islam. Kedua-dua elemen
di atas adalah musuh manusia yang paling utama. Syaitan telah bersumpah untuk
menyesatkan manusia dengan apa cara sekalipun manakala nafsu pula ialah jiwa yang kotor
yang mengingkari nikmat Allah, mengingkari iman dan Islam di samping sentiasa mendorong
kearah kejahatan . Beramal dan berpegang teguh dengan amal yang benar,mencari petunjuk
dan jalan agama yang betul, mempunyai azam yang kuat untuk berubah serta mengukuhkan
hubungan dengan Allah antara jihad yang diperlukan untuk membina akidah kembali mantap.

iv. Sentiasa bersama-sama bergaul dengan orang-orang soleh dan mencari suasana yang
baik adalah antara faktor ke arah pengukuhan akidah. Orang-orang soleh atau para ulama
adalah pewaris para nabi. Mereka melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan
laranganNya tanpa ragu-ragu. Diri mereka selalu dihiasi dengan sifat-sifat mahmudah dan
kehidupan mereka di bawah naugan Allah swt . Individu yang berada di dalam suasana begini
akan merangsang dirinya untuk menjejaki langkah-langkah para solihin dan secara tidak
langsung akidah mereka tetap terpelihara.

21
v. Sifat paling utama yang perlu ada pada setiap peribadi muslim ialah berwaspada dengan
segala bentuk kemaksiatan dan kemungkaran yang mengelilingi mereka. Sekiranya mereka
terlibat, sentiasalah bersegera dalam melakukan taubat, berdoa dan beristighfar kepada Allah
swt walaupun dalam perkara-perkara kecil. Bertaubat adalah salah satu mekanisma
pembersihan rohani untuk tunduk mengabdikan diri kepada Allah swt. Rasulallah saw;
meskipun baginda seorang yang maksum, namun baginda sentiasa bertaubat dan memohon
ampun daripada Allah pada setiap hari. Ini kan pula kita sebagai manusia biasa, wajib kita
memohon ampun dan bertaubat sekiranya melanggari sekecil-kecil perkara yang dilarang
oleh Allah swt.

2.5 Faktor-faktor Pembatalan Akidah

Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegaklah Islam dan kehidupan individu.
Kerosakan akidah mengakibatkan runtuh pegangan Islam seseorang. Akidah boleh
menyeleweng , rosak atau batal melalui beberapa bentuk. Antaranya ialah:

i. Melalui iktiqad di dalam hati.


Hati yang tidak yakin atau ragu-ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terdapat di
dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mengiktiqadkan apa yang dibawa oleh Rasulallah itu
semuanya dusta. Meyakini bahawa dirinya atau orang lain mempunyai sifat-sifat
kesempurnaan dan bukannya Allah swt. Orang sebegini dikategorikan sebagai syirik kepada
Allah azza wa jalla (Abdul Majid az Zindani, 1996).

ii. Melalui perbuatan


Akidah juga boleh terbatal melalui perbuatan iaitu syirik kepada Allah seperti memuja dan
menyembah selain Allah seperti patung, batu, pokok, kubur dan selainnya. Selain itu berdoa
dan memohon kepada selain Allah seperti memohon kepada roh, menilik nasib pada bomoh,
pawang dan sebagainya. Barangsiapa yang memaki al-Quran, memaki Rasul atau memaki
salah seorang dari nabi-nabi sesungguhnya batallah akidahnya dan dia menjadi kafir samada
perbuatan itu secara bergurau , bermain-main ataupun dengan bersungguh-sungguh. Ijma
ulama telah mengkafirkan seseorang muslim yang mencampakkan mushaf ataupun
mencampakkan satu juzuk daripada mushaf al-Quran ataupun melumurkan mushaf itu
dengan kekotoran dan sebagainya.(Abu Ameena Bilal Philips, 1994)

iii. Melalui percakapan atau perkataan


seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan konsep akidah Islam.
Contohnya mereka yang bersumpah dengan agama yang lain daripada Islam kerana untuk
mendustainya. Maka disaat ini ia dikategorikan sebagai murtad. Akidah juga dikatakan
terbatal jika ia mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman.
Termasuk juga membohongi, memarahi dan membenci Rasulallah atau ajaran yang
disampaikannya.

2.6 Peranan Akidah Dalam Pembangunan Ummah

Dalam usaha memantapkan kualiti ummah, terlebih dahulu diusahakan ke atas pemantapan
keimanan yang berlandaskan akidah yang benar, supaya akan hadir dalam hati perasaan
ghairah untuk mempelajari agama dan membina asasnya yang sempurna. Ini adalah kerana

22
tegaknya agama itu adalah berasaskan kepada akidah. Apabila mantapnya akidah, maka
mantap pulalah keimanan seseorang. Ilmu tentang akidah akan memperbetulkan kedudukan
iman dan iman itu pula perlu ditingkatkan prestasinya dengan usaha yang semaksima
mungkin, agar mencapai hakikat keimanan yang sempurna dan mempraktikkannya dalam
setiap inci kehidupan.

Akidah berjaya memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan ummah pada hari
ini. Antaranya ialah:

i. Melahirkan ummah yang tunduk dan patuh kepada ajaran Allah dan RasulNYa.

Ummah yang mempunyai akidah yang kukuh akan mengaplikasikan segala perintah Allah swt
dan rasulNya dengan penuh kesedaran diri dan penuh kerelaan tanpa dipaksa oleh sesiapa.
Sementara golongan yang tidak memiliki kekuatan dan kedalaman akidah, mereka tidak
berupaya untuk melaksanakan segala suruhan Allah yang telah ditaklifkan ke atas mereka.
Hal ini telah dirakamkan oleh Allah swt dalam firmanNya:

(72:14-15)

Terjemahan:Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang taat dan ada (pula)
orang-orang yang menyimpang dari kebenaran. Barangsiapa yang taat, maka mereka itu
benar-benar telah memilih jalan yang lurus. Adapun orang-orang yang menyimpang dari
kebenaran , maka mereka menjadi kayu api bagi neraka jahannam

Justeru itu, ummah yang berakidah tidak akan sekali-kali melakukan sebarang kemungkaran
samada secara terang-terangan atau sembunyi kerana mereka sangat yakin bahawa Allah
sentiasa memerhati segala perbuatan mereka walaupun sebesar biji sawi.

ii. Melahirkan ummah yang mempunyai halatuju dan matlamat hidup yang jelas.

Ummah yang berakidah mempunyai sifat yang tersendiri yani memahami dengan jelas misi,
visi dan halatuju hidup mereka samada untuk kepentingan duniawi mahupun ukhrawi.
Penyelarasan segala urusannya akan tetap berlandaskan pengabdian diri kepada Allah swt
sahaja. Kerana itu, semua tindakan dan apa jua kerjaya atau profesion yang mereka ceburi
adalah selari dengan matlamat penciptaan mereka sebagai hamba Allah swt. Ini bersesuaian
dengan firman Allah swt yang menyebut bahawa seluruh kehidupan kita termasuk solat,
ibadah, kematian hanyalah untukNya jua.Firman Allah:

23
(6:162-163)

iii. Melahirkan ummah yang memiliki keperibadian unggul

Ummah yang berakhlak adalah manifestasi dari ummah yang berakidah. Dengan kata lain,
tanpa akidah tidak mungkin sesuatu ummah itu memiliki akhlak yang mulia. Pelbagai senario
songsang yang wujud mutaakkhir ini merupakan jawapan yang paling jelas bahawa dunia hari
ini sedang menghadapi konflik moral atau akhlak yang kronik. Justeru itu, akidah memainkan
peranan yang sangat penting dalam pembentukkan syakhsiyyah ummah pada masa kini dan
akan datang.

Semua sarjana Muslim bersetuju mengatakan bahawa akidah adalah pemangkin kepada
pembinaan peribadi mulia. Umat Islam hari ini tidak menghiraukan kepentingan akidah
sehingga mereka lalai dengan ideologi-ideologi dan falsafah-falsafah Barat yang telah
memesongkan hati-hati mereka. Mereka bernaung di bawah sistem buatan manusia seperti
Kapitalisme, Liberalisme, Pragmatisme, Sekularisme dan sebagainya. Mereka yang
mengamalkan sistem ini bererti mereka sudah tidak membulatkan pengabdian diri kepada
Allah swt, sebaliknya berkiblatkan kepada fahaman-fahaman tersebut.

iv. Melahirkan ummah yang berfikiran kritis, progresif dan dinamis

Ummah yang berakidah juga memiliki daya kekuatan untuk memahami dan membuat
penilaian secara kritis samada benar atau palsu ke atas sesuatu isu yang timbul dalam
masyarakat. Mereka secara bijak berjaya menangani sebarang permasaalahan yang wujud.
Pemikiran mereka tidak mudah dipesong oleh sebarang unsur yang menyeleweng dari garis
panduan Islam yang sebenar. Sehubungan dengan itu juga, ummah yang memiliki akidah
yang teguh akan bertindak secara progresif, dinamis dan profesional dengan melakukan
penyelidikan secara terperinci terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam masyarakat. Kaedah
ini telah diterangkan dengan jelas oleh Allah dalam firmanNya yang berbunyi:

(49:6)

Terjemahan:Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepada mu orang fasik membawa
sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan sesuatu musibah
ke atas sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal
atas perbuatan itu.

24
v. Membangunkan ekonomi ummah secara komprehensif

Ekonomi Islam dapat dibangunkan dengan mantap seandainya ummah mematuhi ajaran-
ajaran Islam dan akidah yang benar. Umat yang berakidah jelas memahami tugas mereka
sebagai khalifatullah iaitu membangun, mengurus dan memakmurkan bumi dalam pelbagai
dimensi seperti pertanian, perindustrian, pembangunan, sains dan teknologi dan apa jua
bentuk kemakmuran malahan umat Islam diminta membuat peningkatan dalam semua
lapangan kehidupan dengan syarat kita terus memelihara terlebih dahulu peraturan-
peraturan yang diharuskan oleh syariat Islam. Akidah akan menyuntik semangat
menyuburkan daya saing dan mendorong seseorang itu agar berusaha dengan lebih keras
lagi. Firman Allah:

(11:61)

Terjemahan:Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka Nabi Salleh. Ia
berkata:Wahai kaumku! sembahlah kamu akan Allah! sebenarnya tiada tuhan bagi kamu
selain daripadaNya. Dialah yang telah menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi serta
menghendakki kamu memakmurkannya.

vi. Menegakkan sistem pemerintahan yang stabil

Ummah yang berakidah ialah ummah yang memahami status diri mereka yang sebenar
sebagai khalifah Allah di mukabumi di mana pemimpin menjalankan tanggungjawab dan
amanah dengan sebaiknya. Mereka juga akan bersifat adil, integriti, berwawasan,
akauntabiliti dan seumpamanya. Mereka percaya semua perilaku mereka akan dipersoal
dan dikira oleh Allah swt sepertimana firman Allah:

(2:134)

Terjemahan:Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya, bagi mereka (balasan)
apa yang mereka telah usahakan , dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan
dan kamu tidak akan ditanya tentang apa yang mereka telah dilakukan.

25
Ayat di atas secara tidak langsung akan menghindar diri seseorang pemimpin atau
pemerintah yang berakidah dari terjerumus ke medan penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah,
pecah amanah, ketidakadilan dan sebagainya kerana mereka sedar bahawa apa yang
mereka lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan nanti di hari akhirat.

Ringkasnya, sebagai umat Islam yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia dan kebahagian
hidup di akhirat, marilah sama-sama kita jadikan akidah yang benar sebagai landasan
perjalanan hidup kita. Sesungguhnya kemantapan akidah serta keimanan kepada Allah dan
RasulNya akan membentuk ummah dari segi lain dengan mantap juga. Berdoa di samping
segala usaha yang lain dalam memelihara keutuhan akidah Islam. Sebaliknya tabiat
mengkesampingkan akidah menyebabkan manusia gagal mengenal pasti semua perkara
yang bermanfaat atau perkara yang memudaratkan kepada mereka, kecuali mereka
diselamatkan dengan panduan dan suluhan akidah yang benar dan tepat.

2.7 KESIMPULAN

Akidah merupakan asas Islam yang terpenting. Tanpanya , Islam seseorang itu tidak akan
sempurna kerana akidah merupakan parameter utama untuk menentukan keimanan dan
ketakwaan seseorang. Seorang muslim yang mempunyai akidah yang mantap kepada semua
rukun iman yang enam akan memanifestasikannya dalam bentuk kehidupan secara praktikal.
Pembinaan yang berterusan dan pengukuhan akidah yang jitu dapat mengelakkan individu
muslim terjebak di dalam kesesatan dan penyelewengan akidah. Justeru itu, setiap muslim
seharusnya sentiasa menyemai dan membajai akidah agar menghasilkan buah iman yang
manis.

26
BAHAN RUJUKAN

Abdul Aziz Ismail, Menyingkap Rahmat Allah dalam kejadian Manusia


Dan Kehidupan, al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur 1996.

Abdul Majeed Az-Zindani, Mahyuddin Abdullah (terjmh), Al-Iman. Al-Hidayah Publisher,


Kuala Lumpur 1996.

Abu Ameenah Bilal Philips, The Fundamental of Tawheed, al-Dar al-Alamiah kitab al-
Islamiyy, Arab Saudi, 1994.

Harun Din (Prof. Dr), Manusia dan Islam, Percetakan Watan Sdn Bhd, Kuala
Lumpur 1988.

Ishak Din dan Harun Din (Prof. Dr), Permasalahan Akidah Tauhid, Darul Nukman, Kuala
Lumpur 1995.

Ismail Hj Ali, Risalah Tauhid, Perniagaan Jahabersa, Johor Bharu 1996.

Ismail Kamus, Panduan Fardhu Ain,Muafakat Enterprise Sdn. Bhd 1993.

Sayid Sabiq, Akidah Islam. Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura 1996.

Yusuf al-Qardhawi (dr), Fachruddin HS (terjmh), Iman dan Kehidupan,


Dewan Pustaka Fajar, Shah Alam 1985.

27

You might also like