You are on page 1of 4
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA oy Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E MALAYSIA Pusat Pentadbiran Kerajzan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA MALAYSIA Tel: 03-8884 9000 Faks : 03-8884 9315 Laman Web : waw.mnoe.gou.my KPM.600-14/4/55 Jid.2 (5 ) }) Disember 2016 Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri YBhg. Datuk /Tuan, PROGRAM KENDIR| KANTIN SEKOLAH Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memberikan perhatian berat terhadap kebersihan kantin sekolah-sekolah di seluruh negara. Usaha-usaha untuk menyelenggara dan menjaga kebersihan kantin sekolan hendaklah diberi keutamaan. 2. Walaupun usaha-usaha menyelenggara dan meningkatkan kebersihan kantin di sekolah-sekolah telah dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh sekolah, namun keberkesanannya didapati masih belum mencapai tahap yang diingini 3. Sehubungan dengan ini, kerjasama YBhg. Datuk/Tuan adalah dimohon untuk memastikan semua Pengetua dan Guru Besar di sekolah-sekolah mempertingkatkan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan tahap kebersihan kantin sekolah dengan merujuk kepada arahan, Pekeliling Ikhtisas, Surat Siaran dan Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat 4. Program Kendiri Kantin Sekolah yang telah berjalan sejak 2008 hendaklah dimantapkan dengan sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). 5, Mulai tahun 2016, pengusaha kantin diminta menguruskan Borang Laporan Kendiri Kantin Sekolah dengan menyedia dan mengisi Laporan Program Kendiri Kantin Sekolah bagi rujukan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan penguatkuasaan oleh pihak PKD . Bagi negeri yang masin mempunyai baki buku Laporan Kendiri Kantin Sekolah masih boleh mengisi buku sehingga habis. | Bersama-sama ini disertakan Laporan Program Kendiri Kantin Sekolah untuk | tindakan pihak Jabatan Pendidikan Negeri. “4 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” 6. Sila maklumkan kandungan Surat Siaran ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pengetua serta Guru Besar di bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Tuan Sekian. Terima kasih. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang m Penga Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia |LAPORAN PROGRAM KENDIRIKANTIN SEKOLAH

You might also like