Professional Documents
Culture Documents
Penghantaran Folio Rancangan Mengajar
Penghantaran Folio Rancangan Mengajar
Pelajar yang dipilih berdasarkan AR1 DAN AR2 yang ditentukan oleh pihak
PPD Bau melalui SAPS.
PENOLONG KANAN KO KURIKULUM
PK KK memaklumkan satu sesi taklimat berkaitan pengisian borang PAJSK akan
diadakan bersama dengan guru tingkatan. Ini untuk memudahkan guru memaklumkan
kepada pelajar berkaitan pengisian borang tersebut.
PENGETUA
1. EMEL RASMI 1 Bestari ( Official Goverment Email ) telah diwujudkan . Yuran
bulanan sebanyak RM14 akan dibiayai oleh MAMPU. Tiada guru yang berminat
untuk mendaftarkan diri.
2. Program 1 Malaysia.
Pelajar hanya dibenarkan balik selepas 9.45 pagi. Guru-guru selepas 1130 pagi. Guru
guru digalakkan untuk menggunakan pakaian tradisional masing-masing.
3. Aturcara Pecah Tanah Bangunan Pejabat Daerah Bau, Ulang Tahun ke 60
Majlis Daerah Bau serta Pesta Tasik Biru.
Sehubungan dengan itu pada 23 Jun bersamaan dengan Majlis Pecah Tanah tapak
Pejabat daerah Bau maka semua warga pendidik di daerah Bau digalakkan untuk.turut
serta dalam upacara tersebut sebagai tanda sokongan . Mana-mana guru yang tidak
dapat hadir diminta datang berjumpa dengan Pengetua untuk pengecualian.
Pengetua juga turut memaklumkan kehadiran para guru SMK Lake adalah sebagai
sokongan atas peruntukkan daripada kerajaan negeri sebanyak 1 juta untuk membiayai
pembinaan Dewan Serbaguna SMK Lake. Dewan tersebut dijangka siap sepenuhnya
menjelang September 2018.