You are on page 1of 4

SK SUNGAI RAMBAI, JALAN MANGGIS, 14000 BUKIT MERTAJAM.

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

KALI PERTAMA / 2013

Tarikh : 03 hb Januari 2013

Hari : Khamis

Masa : 1.30 p.m

Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

1. Nor Aziah binti Md. Yusoff


2. Aishah bt Mustapa
3. Aidarwini binti Ahmad
4. Abdul Hamid b. Osman
5. Majdah Salwiyah bt. Mohamad
6. Mohd Aswad bin Sulaiman
7. Mohamad Fadeli b Abdul Halim
8. Muhamad Ali bin Ab.Hamid
9. Nooridayu bt. Abd. Gafar
10. Nur Hassila bt Puteh Wahab
11. Rashidah bt A.Rashid
12. Rosmawati bt. Ishak
13. Salbiah bt Hasan
14. Wan Shariza bt Ahmad
15. Roslina binti Mat Said

Agenda mesyuarat :

1. Ucapan wakil pentadbiran


2. Ucapan pengerusi
3. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
4. Format Rancangan Tahunan / Rancangan Harian
5. Peperiksaan
6. LINUS
7. Perancangan Aktiviti Tahunan
8. Hal-hal lain.

1.0 Ucapan Wakil Pentadbiran

Pn. Nor Aziah binti Md. Yusoff mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kehadiran
mesyuarat kali ini.Beliau berharap panitia matematik dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang
berjalan dengan sempurna dan mendapat kerjasama dari semua guru.

Tindakan : Makluman
2.0 Ucapan Pengerusi

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan mengucapkan terima kasih di atas
kerjasama yang diberikan.Beliau berharap semua ahli panitia akan memberikan kerjasama serta
mempertingkatkan azam dan usaha dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai
sasaran pelunjuran.

Tindakan : Makluman

3.0 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

Pn.Aidarwini mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan disokong oleh Pn.
Che Su bt Hassan.

Tindakan : Makluman

4.0 Format Rancangan Tahunan / Rancangan Harian

4.1 Pengerusi memaklumkan mengenai format rancangan tahunan dan rancanan harian yang
perlu diseragamkan dan mengikut takwim sekolah.Guru berkenaan ditugaskan untuk
menyediakan rancangan tahunan

Tahun 1 Cik Roslina

Tahun 2 Pn. Rosmawati

Tahun 3 dan Tahun 6 En,Hamid

Tahun 4 Pn. Majdah

Tahun 5 Pn. Rashidah

Tindakan : Semua guru yang berkenaan

4.2 Pengerusi memaklumkan mengenai Rancangan harian bagi Tahun 1,2 dan 3 / KSSR
perlulah mengikut format seperti yang diedarkan.Standard Kandungan hanya perlu ditulis dalam
bentuk kod sahaja. CD Matematik Tahun 3 hanya akan diberi kepada guru yang mengajar
subjek berkenaan.

Tindakan : Semua guru tahun 1,2 dan 3

4.3 Pengerusi memaklumkan mengenai Rancangan harian bagi Tahun 4,5 dan 6 format adalah
sama kecuali tiada EMK. P&P dalam dwibahasa.

Tindakan : Semua guru tahun 4,5 dan 6

5.0 Peperiksaan

5.1 Pengerusi memaklumkan mengenai soalan peperiksaan bagi murid khas dan normal mesti
diseragamkan. Berdasarkan format soalan seperti berikut:

Tahun 1 50 soalan

Tahun 2,3,4,5,dan 6 Kertas 1 dan Kertas 2


Kertas 1 40 soalan (10 senang / 20 sederhana / 10 susah )

Kertas 2 20 soalan (5 senang / 10 sederhana / 5 susah )

Soalan peperiksaan adalah berdasarkan Jadual Spesifikasi Item / JSI dan mengikut pemberatan
25:50:25

Tindakan : Semua guru subjek

6.0 LINUS

6.1 Penyelaras LINUS Pn. Noorhashimah memaklumkan bahawa beliau tidak mengajar subjek
matematik tetapi bertanggungjawab mengisi data LINUS.

Tindakan : Makluman

6.2 Beliau memaklumkan tiada murid numerasi bagi Tahun 3 dan bagi Tahun Dua, 11 orang
murid tidak melepasi saringan.Oleh sebab itu, hanya murid kelas 2N dan 2M terlibat untuk
numerasi.Guru kelas 2N dan 2M akan dimaklumkan maklumat terkini LINUS.

Tindakan : Makluman

6.3 Guru perlu buat catatan setiap kali P&P pada RPH untuk aktiviti bagi murid LINUS.

6.4 Saringan untuk Tahun 2 / 2013 memerlukan murid menjawab dengan betul bagi semua
soalan untuk membolehkan mereka memasuki arus perdana.

Tindakan : Guru subjek

7.0 Perancangan Aktiviti Tahunan

7.1 Pengerusi memaklumkan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk tahun 2013 adalah seperti
berikut:

a) Kelas tambahan

b) Program 5 minit sifir Tahun 3 / Bacaan sifir sekali seminggu di perhimpunan.

c) Minggu Matematik -Treasure Hunt

d) Aktiviti bersama Panitia panitia lain

Tindakan : Semua guru subjek

8.0 Hal-hal lain

8.1 Pengerusi memaklumkan mengenai fail KSSR yang perlu diseragamkan.

Tindakan : Semua guru subjek KSSR

8.2 Pengerusi memaklumkan mengenai markah ETR bagi semua murid adalah markah lulus.

Tindakan : Semua guru subjek Tahun 4,5 dan 6


8.3 Pengerusi memaklumkan mengenai pengurusan buku latihan murid dimana guru perlu
memastikan latihan murid disemak.

Tindakan : Semua guru subjek

8.4 Pengerusi memaklumkan mengenai Huraian Sukatan Pelajaran dimana guru boleh merujuk
kepada beliau.

Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.25 petang.

Disediakan oleh. Disemak oleh, Disahkan oleh,

ROSLINA MAT SAID

Setiausaha

Panitia Matematik SKSR

You might also like