You are on page 1of 3

Punca Pencemaran Air Tanah

Pencemaran air tanah adalah masalah utama bagi air tanah. Lazimnya, pencemaran tanah
amat sukar dikesan sehinggalah berlakunya suatu kejadian yang buruk atau tanah beracun
akibat daripada bahan beracun sehingga memasuki bekalan air tersebut. Pencemaran ini
boleh merosakkan pengunaan air dan boleh menimbulkan bahaya terhadap kesihatan orang
awam melalui pencemaran sisi toksik atau penyebaran penyakit. Kebanyakkan pencemaran
air berpunca daripada pembuangan air buangan berikutan penggunaan air untuk sebarang
jenis tujuan.

Punca utama pencemaran air tanah ini berlaku adalah bersumber daripada lima
kegiatan manusia iaitu pertanian, perindustrian, penggunaan daripada rumah, pembandaran
dan radiologi. Misalnya, sisa bahan daripada akiviti perindustrian akan dimendapkan di bumi,
air permukaan, dan udara. Air tanah juga boleh tercemar akibat daripada kebocoran tangki
dalam tanah (Wan Ruslan, 1994). Kebocoran kerap berlaku misalnya di stesen minyak dan
tangki minyak bahan api. Minyak yang tumpah akan bergerak ke bawah melalui tanih telap
sehingga sampai ke permukaan air. Selepas itu, cecair yang tumpah itu akan merebak
melalui satu lapisan di atas muka air dan berpindah secara sisi dengan aliran air tanah.
Begitu juga dengan bahan buangan radioaktif cecair yang kadangkala disimpan dalam
tangki bawah tanah. Kebocoran daripada tangki tersebut menyebabkan masalah
pencemaran serius dalam air. Selain itu, pencemaran ait tanah juga berpunca daripada
tumpahan minyak yang dibawa oleh lori. Kadangkala lori yang membawa minyak terlibat
dalam kemalangan sehingga menyebabkan minyak tertumpah. Minyak itu tadi mengalami
proses larut resap sehinggap ke lapisan batuan igneus sehingga menyebabkan bahan kimia
itu bertambah aktif.

Aktiviti perindustrian biasanya melepaskan gas-gas beracun ke udara. Karbon


dioksida yang berada di udara akan bercampur dengan air hujan lalu membentuk asid
karbonik (Wan Ruslan, 1994). Keadaan ini dipanggil hujan asid. Apabila air hujan berasid ini
menyerap masuk ke dalam tanah, kualiti air tanah akan terjejas. Pencemaran yang berlaku
di udara selalunya akan lenyap sebaik sahaja berlaku hujan. Hal ini kerana air hujan
membawa bersama komponen daripada atmosfera sehingga menyusup masuk ke dalam
tanah (Wan Ruslan, 1994).
Pembandaran juga menyebabkan berlaku pencemaran air tanah. Setiap hari akan
ada sahaja pembuangan bahan pepejal dan air kumbahan daripada kawasan perumahan
dan bandar. Pembuangan sisa-sisa tersebut setiap hari memberi kesan kepada kualiti air
bawah tanah. Perpindahan organisma patogenik daripada kawasan saluran najis kepada
bekalan minuman memberi ancaman kepada kesihatan awam (Wan Ruslan, 1994). Sisa
najis daripada kawasan perumahan dan bandar menyebabkan pencemaran kandungan
Oksigen Biokimia (Wan Ruslan, 1994). Keadaan ini berlaku apabila pembuangan sisa
kumbahan tidak terkawal. Kesannya, air bawah tanah akan berbau dan berwarna.

Aktiviti pertanian juga boleh mencemarkan air bawah tanah. Hal ini kerana aktiviti
pertanian melibatkan pengunaan baja kimia dan racun serangga. Baja kimia yang digunakan
akan meresap ke dalam tanah sehingga ke paras air bawah tanah. Kemudian air bawah
tanah yang telah bercampur dengan kandungan kimia akan mengalir ke sungai lalu memberi
kesan kepada hidupan akuatik. Racun serangga digunakan untuk menghapuskan haiwan
perosak ,tanaman dan kulat yang tidak dikehendaki boleh mencemarkan. Apabila racun ini
digunakan atau telah dibuang bekasnya di mana-mana tempat, maka bahan kimia itu akan
mudah tergredasi dalam alam sekitar.

Langkah-Langkah Kawalan Sumber Air Tanah

Air tanah yang tercemar mengambil kos yang besar untuk dipulihkan. Tiada jalan mudah
yang baik untuk menjamin pengawalan yang sempurna terhadap air bawah tanah. Pelbagai
langkah telah dibuat bagi mengawal pengunaan air bawah tanah. Pertama adalah melalui
undang-undang. Air tanah di negara ini dikawal melalui enakmen Akta Air yang merangkumi
semua sumber air (Wan Ruslan, 1994). Dengan adanya undang-undang, maka tertubuhnya
agensi yang bertanggungjawab dalam menentukan dan menjalankan penguatkuasaan.
Melalui peranannya, kawasan kawalan air tanah akan ditubuhkan, dimana kadar prioriti
pengunaannya akan ditetapkan.

Seterusnya adalah melalui peraturan yang dibentuk. Melalui peraturan, banyak


aktivti yang berkemungkinan mendatangkan kesan pada air tanah akan dikawal. Misalnya
pembinaan perigi korek, pembuangan sampah dan bahan sisa, mengawal lokasi
pembuangan, kuantiti dan kualiti pembuangan bahan sisa. Penilaian impak alam sekitar juga
turut dapat dijalankan dibawah peraturan yang sedia ada. Pengunaan dan pembuangan
bahan-bahan toksik dan merbahaya menjadi rumit akibat adanya peraturan. Keadaan ini
sudah pasti dapat menyelamatkan air tanah yang ada.

Tindakan lain yang boleh dilakukan adalah dengan meningkatkan kefahaman orang
awam tentang kepentingan memelihara ait tanah khususnya dan alam sekitar amnya.
Melalui langkah tersebut, maka pendedahan dan penerangan terhadap pengawalan alam
sekitar dapat disampaikan. Orang awam juga boleh dilibatkan sekali dalam aktiviti-aktiviti
pemuliharaan alam sekitar agar tahap kesedaran mereka tentang keseriusan masalah alam
sekitar bertambah.

Akhir sekali adalah langkah teknikal iaitu melalui pemonitoran parameter air tanah
(Wan Ruslan, 1994). Kaedah ini adalah salah satu cara untuk menambahkan pangkalan data
tentang sumber air. Langkah ini menghasilkan maklumat berkaitan arah aliran jangka
panjang dan ini dapat membantu ahli hidrologi mengenal pasti keadaan yang
membahayakan. Maklumat berkenaan dengan keberkesanan langkah pengawalan turut
diperoleh melalui kaedah ini.

Rujukan

Wan Ruslan. 1994. Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur.

You might also like