You are on page 1of 17

MTE3101 Mengenal Nombor

Topik 6 Nombor Kompleks

6.0 Sinopsis

Topik ini mengenai nombor kompleks. Konsep modulus, argumen dan konjugat
bagi nombor kompleks akan diperkenalkan. Operasi asas melibatkan nombor
kompleks dan menukaran nombor kompleks daripada bentuk kordinat kepada
bentuk polar dan sebaliknya juga akan dibincangkan.

6.1 Hasil Pembelajaran

1. Menentukan modulus, argumen dan konjugat bagi nombor kompleks.


2. Melaksanakan operasi asas pada nombor kompleks
3. Menukar nombor kompleks daripada bentuk kordinat kepada bentuk polar dan
sebaliknya.

6.2 Kerangka Konsep

Nombor Kompleks

Modulus Argumen Konjugat

Operasi asas pada Pertukaran nombor


nombor kompleks kompleks:
bentuk kordinat ke
bentuk polar dan
sebaliknya
MTE3101 Mengenal Nombor

6.3 Nombor Kompleks

Perhatikan persamaan berikut:

x2 = - 1

Apakah penyelesaian di atas? Pasti anda akan kata tiada penyelesaian untuk
soalan di atas kerana x = -1. Nombor ini dikenal sebagai nombor khayalan oleh
ahli matematik pada zaman dahulu. Pada peringkat awal ahli matematik tidak
menerima jawapan ini. Lama kelamaan didapati banyak aplikasi matematik
memerlukan penggunaan nombor ini, maka mereka perlu membesarkan set
nombor nyata untuk membentuk satu set yang lebih besar iaitu nombor kompleks.
Kewujudan nombor kompleks ini membenarkan penyelesaian untuk apa-apa
persamaan yang boleh ditulis. Nombor kompleks bergantung kepada nombor i ,
ditakrif sebagai

i=-1 atau i 2 = -1

Nombor i bukan nombor nyata kerana tiada nombor nyata kuasa duanya adalah
negatif. Nombor i, dan gandaan sebarang nombor nyata bukan sifar dengan i
dipanggil nombor khayalan.

Contoh nombor khayalan termasuk


3
I, - 4i, i, i 2, -i,
2
dan sebagainya.

6.3.1 Takrif Nombor Kompleks

Hasil tambah satu nombor nyata dan sebarang gandaan nombor nyata dengan i
dipanggil nombor kompleks. Nombor kompleks boleh ditulis dalam bentuk
Kartesan,
z=x +yi
di mana x dan y adalah bahagian nyata dan bahagian khayalan bagi nombor
kompleks masing-masing.
MTE3101 Mengenal Nombor

Contoh-contoh nombor kompleks adalah seperti yang ditunjukkan di bawah:


2 + 5i, -3 - 2i, 4 + 2 i, 0 + 8i ( = 8i ) , 9 + 0i ( = 9 )

6.4 Modulus, Argumen dan Konjugat bagi Nombor Kompleks

Pada akhir abab kelapan belas, Casper Wessel dari Norway dan Jean Robert
Argand dari Switzerland mewakili nombor kompleks z = x + y i dengan
menggunakan gambarajah seperti yang ditunjukkan di bawah:
y
P(x,y)
r
y

O x x

Perhatikan bahawa nombor kompleks, z = x + yi diwakili pada satah dengan titik


P(x,y). Satah itu dirujuk sebagai satah kompleks dan gambarajah sebegitu
dipanggil gambarajah Argand (nama di bawah Jean Robert Argand). Perwakilan
nombor kompleks z = x + yi dengan spesifikasi kordinat Kartesan (Cartesian)
dipanggil bentuk Kartesan atau bentuk segi empat (rectangular) atau bentuk
algebra bagi nombor kompleks.

Sebarang titik pada paksi-x mewakili nombor nyata dan sebarang titik pada paksi-y
mewakili nombor khayalan. Nombor kompleks, z = x + yi juga boleh diwakili
dengan vektor OP. Panjang OP, r , dipanggil modulus bagi z dan diwakili oleh
z.

Saiz putaran, bagi z dipanggil amplitud atau argumen. Ia biasa ditulis sebagai
Arg z dan dalam unit radian. Sudut putaran itu boleh mengambil 2n di mana
n adalah sebarang nombor integer. Nilai Arg z yang berada dalam lingkungan - <
< dikenal sebagai argumen principal. Sudut putaran dalam arah lawan jam
dari paksi-x adalah positif dan sudut putaran dalam arah jam dari paksi-x
adalah negatif.
MTE3101 Mengenal Nombor

Dengan merujuk kepada gambarajah di atas,modulus r boleh dicari dengan


menggunakan teorem Pythagoras:

r = (x2 + y2)

Dengan menggunakan nisbah trigonometri,

Arg z, = tan-1 ( y/x), - < <

Mari kita lihat bagaimana mengaplikasi rumus di atas untuk mencari modulus dan
argumen bagi nombor kompleks.

Contoh 1: Cari modulus dan argumen bagi nombor kompleks z = 3 + 4i dengan


bantuan gambarajah Argand .
y
Penyelesaian: (3,4)
z = 3 + 4i

Modulus bagi z, z= (32 + 42) O 3 x
= 25
= 5
Arg z, = tan-1 (4/3)
= 0.927 radian kerana (3,4) berada pada sukuan pertama.

Contoh 2: Cari modulus dan argumen bagi nombor kompleks z = - 3 4i dengan


bantuan gambarajah Argand.
MTE3101 Mengenal Nombor

Penyelesaian: y

z = - 3 4i -3 O
x
Modulus bagi z, z= [( -3)2 + (- 4)2]
(-3,-4) -4
= 5

Arg z, = tan-1 (-4/-3)


= 0.927 radian tetapi (-3,-4) berada pada sukuan ketiga
Maka, = -( 0.927) radian
= - (3.141- 0.927) radian , [ =3.141]
= - 2.214 radian

Jawapan adalah negatif kerana sudut diukur dalam arah jam dan - < < .

Contoh 3: Cari modulus dan argumen bagi nombor kompleks z = -4 + 2i

Penyelesaian: y
z = -4 + 2i
(-4,2)

Modulus bagi z, z= [(-4)2 +(22)]
= 20 = 4 5 x
O
= 2 5

Arg z, = tan-1 ( 2/ -4)


= 0.4643 tetapi (-4,2) berada pada sukuan kedua

Maka, = 0.4643
= 2.678
MTE3101 Mengenal Nombor

Contoh 4: Cari modulus dan argumen bagi nombor kompleks z = 5 4i

Penyelesaian: y
z = 5 4i
x

Modulus bagi z, z= [(52) + (-4)2]
= 41
(5,-4)
4
Arg z, = tan-1 ( )
5
= -0.675 radian
Jawapan adalah negatif kerana sudut diukur dalam arah jam.

Contoh 5: Jika a = 2 i dan b = 1 + 3i , cari modulus dan argumen bagi


(a) 2a b, (b) a + 2b, dan (c) -a - i b

Penyelesaian:
2a b = 2 (2 i ) (1 + 3i)
= 3 5i
Modulus bagi 2a b, 2a b= (32) + (-52)
= 34

Arg (2a b) = tan-1 (-5/3)


= -1.030
Jawapan adalah negatif kerana 2a b = 3 5i berada dalam sukuan keempat.

Cuba anda selesaikan untuk soalan (b) dan (c) .

Pernahkah anda dengar konjugat kompleks? Pasangan nombor kompleks dalam


bentuk x + y i dan x y i dipanggil konjugat kompleks. Apabila z = x + y i maka
konjugat kompleksnya boleh diwakili oleh z , z* atau z = x y i.

Cuba fikir bagaimana mewakil konjugat, z = x y i. dalam gambarajah


Argand.
MTE3101 Mengenal Nombor

Jadual di bawah menunjukkan contoh-contoh nombor kompleks dan konjugatnya.


Nombor kompleks, z Konjugat kompleks, z
2 + 3i 2 3i
3 4i 3 + 4i
-1 + 5i -1 - 5i
-5 -6i -5 +6i

(2+ 3i) (2- 3i)

Latihan:
1. Plot gambarajah Argand dan cari modulus dan argumen bagi setiap
nombor kompleks berikut :
(i) z = 2 + 5 i, (ii) z =-4, (iii) z = -3 + 3 i, (iv) -6 i 13
2. Jika z1 = 3 -2 i dan z2 = -2 + i, cari argumen dan modulus bagi setiap
berikut:
(a) z1 + z2, (b) z2 z1, (c) z1 z2 dan (d) z1/ z2

Perkara yang perlu dibuat:


1.Jawab soalan dari Bahan Resos: Mullan, E. et.al. (2001). Maths in action:
Mathematics 2. Exercise 3: No. 2, 3, 5
2. Cari dari buku rujukan yang lain dan selesaikan soalan berkaitan dengan
modulus, argumen dan konjugat.
3.Mengumpul maklumat berkaitan dengan modulus dan argumen bagi
nombor kompleks daripada laman web. Cetak dan masuk bahan tersebut
dalam folio anda.
4. Baca dan fahami nota dari laman web:
http://www.purplemath.com/modules/complex.htm

http://www.usna.edu/MathDept/CDP/ComplexNum/Module_3/ComplexPla
ne.htm

Peringatan: Anda digalakkan melayari laman web atau cari dari buku rujukan
di pusat sumber untuk meningkatkan pemahaman anda. Segala latihan yang
dibuat perlu dimasukkan dalam portfolio masing-masing.
MTE3101 Mengenal Nombor

6.5 Operasi Asas pada Nombor Kompleks

Operasi ke atas nombor kompleks adalah sama dengan cara kita melaksanakan
operasi atas nombor nyata. Mari kita lihat bagaimana operasi asas pada nombor
kompleks dapat dilaksanakan.

(a) Penambahan dan penolakan


Apabila menggabungkan nombor kompleks dengan menggunakan operasi
tambah atau tolak, bahagian nyata dan bahagian khayalan diasingkan kepada
dua kumpulan.
Sebagai contoh, (2 + 4i) + (3 i) = (2 + 3) + (4i i)
= 5 + 3i

(5 + 4i) (2 + 3i) =(5 2) + (4i 3i)


=3+i

(b) Pendaraban
Mengaplikasikan hukum taburan ke atas dua nombor kompleks untuk
mendapat hasil darabnya.

Sebagai contoh, (2 + 3i)(4 2i) = 8 4i +12i 6 i 2


= 8 + 8i 6 (-1), i2=-1
= 14 + 8i

(2 + 4i)(2 4i) = 4 -8i +8i - 16 i 2


= 4 16(-1)
= 20

Perhatikan hasil darab bagi contoh kedua di atas adalah nombor nyata. Adakah
anda perasan bahawa pasangan nombor itu adalah nombor konjugat.
Pada amnya, hasildarab sebarang pasangan nombor kompleks konjugat
menghasilkan nombor nyata. Mari kita lihat buktinya di bawah:

(a + bi) (a bi) = a2 abi +abi b2i 2


MTE3101 Mengenal Nombor

= a 2 + b2 , i 2 = -1

(c) Pembahagian
Pembahagian secara langsung nombor kompleks tidak boleh dilaksanakan
tetapi kita boleh mendarab pengangka dan penyebutnya dengan konjugat
penyebutnya.
Contoh 1:
3+i 3+i 1- i
= x (darab dengan konjugat penyebutnya)
1 i 1 i 1 i

3 2i i 2
=
1 i2
4 2i
=
2
= 2i

Contoh 2:
1
Tuliskan
1 3i
dalam bentuk a + bi di mana a, b R

1 1 1 3i
= x
1 3i 1 3i 1 3i

1 3i
=
1 32
2

1 3i
=
10

1 3
= i
10 10

Contoh seterusnya:
Diberi z1 = 3 + 2i dan z2 = 4 + 3i, cari (i) z1 + z2 , (ii) z1 - z2 , (iii) z1z2

Penyelesaian
(i) z1 + z2 = (3 + 2i) + (4 + 3i) = 7 + 5i
(ii) z1 - z2 = (3 + 2i) - (4 + 3i) = -1 i
(iii) z1z2 = (3 + 2i)(4 + 3i) = 12 + 9i + 8i + 6i2
MTE3101 Mengenal Nombor

= 12 + 9i + 8i 6
= 6 + 17i

Cuba latihan berikut:


1. Ungkapkan setiap berikut dalam bentuk a + b i:
(a) 5 + - 4, (b) 1 - - 9, (c) -3 + - 12
(Panduan: -1 = i)
2. Ringkaskan setiap berikut:
(a) i 4 , (b) 1/ i 3
3. Ringkaskan yang berikut:
(a) (4 + 5 i) + (3 2 i), (b) (8 - 6 i) - (2 5 i), (c) i (5 + 8 i)
(d) 2i (3 - 2 i), (e) (2 + 3 i)(2 - 3 i), (f) (3 4 i)2
4. Tuliskan dalam bentuk a + b i:
(a) 1/(1+ 2 i), (b) 1 + i / (1 i), (c) 2 + i/ (3 + i) (d) 3 i / (1 2i)
5. Diberi bahawa z = 1 -2i, cari
(a) z z, (b) zz, (c) z/z, (d) (1/z)

Perkara yang perlu dibuat:


.
1. Buat latihan tambahan berkaitan dengan operasi pada nombor
kompleks dari Bahan Resos ,Exercise 9.1 Ho, S.T. et.al.(2000).
College mathematics syllabus c. m.s 184 dan 185.
2. Rujuk Bahan Resos dan baca berkaitan dengan nombor kompleks
dan selesaikan soalan.

6.6 Nombor Kompleks dalam Bentuk Polar/ Kutub


Daripada nota sebelum ini, kita telah melihat nombor kompleks ditulis dalam
bentuk kordinat Kartesan iaitu z = x + yi. Adakah terdapat cara yang lain untuk
menulis nombor kompleks?
Dengan merujuk kepada gambarajah Argand perhatikan kedudukan titik P (x,y) dan
sudut dalam radian dan modulus, r , bagi z = x + yi.
MTE3101 Mengenal Nombor

y
P(x,y)

r

x

Jika ( r, ) adalah kordinat polar bagi z , maka


x = r kos dan y = r sin di mana - < <
Dengan demikian nombor kompleks z = x + yi boleh ditulis dalam bentuk

z = r kos + r sin
= r (kos + sin ) di mana r =z, = arg z

Notasi bentuk polar ini, z= r (kos + sin ) dipanggil bentuk trigonometri


Sudut boleh dalam unit darjah atau radian.

Satu lagi bentuk polar nombor kompleks adalah dalam notasi berikut,
Diketahui bahawa, z = r (kos + i sin ) dan ei = kos + i sin

Maka, z = r ei , di mana r =z, = arg z


e= 2.71828...

Notasi bentuk polar ini, z = r ei dipanggil bentuk eksponen.


dalam radian

Pada amnya nombor kompleks boleh ditulis dalam tiga bentuk :

1. z = x + yi. bentuk Kartesan atau bentuk piawai

2. z= r (kos + sin ) bentuk trigonometri

3. z = r ei bentuk eksponen
MTE3101 Mengenal Nombor

Bentuk trigonometri dan bentuk eksponen bagi nombor kompleks adalah dikenali
bentuk polar.

Mari kita lihat bagaimana menulis nombor kompleks dalam bentuk polar apabila
nombor kompleks ditulis dalam bentuk piawai, z = x + yi atau bentuk Kartesan dan
sebaliknya.

6.6.1 Pertukaran nombor kompleks dalam bentuk Kartesan ke dalam bentuk


trigonometri dan sebaliknya

Tukar nombor kompleks dalam bentuk Kartesan ke bentuk trigonometri


Contoh 1
Tuliskan nombor kompleks (i) 7 5i dan (ii) 2 + 2i dalam bentuk trigonometri, r
(kos + sin )

Penyelesaian

(i) Kita perlu mencari r and :

Untuk mencari , kita cari sudut tirus, dahulu:

7 5i berada dalam sukuan ke-4,maka

= 360 - 35.54 = 324.46

Gantikan nilai =324.46 dan r = 8.6 ke r (kos + sin )

Jadi, 7 5i = 8.6 (cos 324.5 + i sin 324.5)

(ii) 2 + 2i
MTE3101 Mengenal Nombor

Cari r dan :
r = (22 + 22) = 8 = 2 2

Untuk mencari , cari sudut tirus, dahulu


= tan-1(2/2) = 45
Oleh kerana 2 + 2i berada dalam sukuan pertama,

Maka = 45

Gantikan nilai = 45 dan r = 2 2 ke r (kos + sin )


Jadi, 2 + 2i = 2 2 (kos 45 + i sin 45)

Tukar nombor kompleks dalam bentuk trigonometri ke bentuk Kartesan

Contoh 2

Tulis 3(kos 232+ isin 232) dalam bentuk Kartesan, a + bi

Penyelesaian
Kita hanya perlu meringkaskan ungkapan itu:

3(kos 232 + i sin 232)

= 3 kos 232 + i (3sin 232)

= -1.85 - 2.36i kerana 232 berada dalam sukuan ketiga

Peringatan: Sentiasa lakarkan gambarajah Argand supaya anda tahu di mana


sudut itu berada untuk menolong anda mencari nilai yang betul untuk kos dan sin
.

6.6.2 Pertukaran nombor kompleks dalam bentuk Kartesan ke dalam bentuk


eksponen dan sebaliknya

Tukar nombor kompleks dalam bentuk Kartesan ke bentuk eksponen

Contoh 1
MTE3101 Mengenal Nombor

Tukar nombor kompleks (i) , (ii) -2 + 2i dan (iii) - i dari bentuk Kartesan
ke bentuk eksponen

Penyelesaian

(i) Cari nilai r dan dahulu bagi 1 +3 i

Katakan z = 1 +3 i

Oleh kerana tan 60 = 3 dan 1 +3 i berada dalam sukuan pertama, pilih = 60.

Gantikan nilai r = 2 dan = 60 ke rumus bentuk eksponen, z =r ei

Maka 1 +3 i = 2 ei 60

=2 ei /3 , (60=/3)

(ii) Cari nilai r dan dahulu bagi -2 + 2i

Katakan z = -2 + 2i

Jadi, r = [(-2)2 + (22)] = 2 2,

tan = y/x = 2/-2 = -1

Sudut tirus, = 45=

Oleh kerana nilai tan adalah negatif dan -2 + 2i berada dalam sukuan kedua,

Maka, =-=

Gantikan nilai r = 22 dan = ke rumus bentuk eksponen, z =r ei


MTE3101 Mengenal Nombor

Maka -2 + 2i = 22 ei 3/4

(iii) Cari nilai r dan dahulu bagi - i. y

Katakan z = i = 0 - i

Jadi, r = (02 + 12) = 1 x



tan = y/x = - 1/0 = - z= -i

Sudut tirus, = 90 = /2

Oleh kerana z = - i berada dalam sukuan ketiga, maka = - /2

Gantikan nilai r = 1 dan = - /2 ke rumus bentuk eksponen, z =r ei

Maka, - i = e- i/2

Tukar nombor kompleks dalam bentuk eksponen ke bentuk Kartesan


Contoh 2

Tuliskan z = 40 ei 1.3 dalam bentuk Kartesan, z = a + bi

Penyelesaian

Tuliskan z = 40 ei 1.3 dalam bentuk trigonometri, z = r (kos + i sin )

z = 40( kos 1.3 + i sin 1.3) , = 1.3 , r= 40 dan ei = (kos + i sin )

= 40 (0.2675 + i 0.9636)

= 10.70 + 38.54 i

Contoh 3

Tukar nombor kompleks dalam bentuk Kartesan.

Penyelesaian
MTE3101 Mengenal Nombor

Latihan:

1. Ungkapkan dalam bentuk r (kos + i sin ) untuk setiap berikut:

(a) z = 2 2i, (b) z = 3 + i, (c) z = -3/3 + (1/3)i, (d) 5i

2. Ungkapkan dalam bentuk a + bi untuk setiap berikut:

(a) 2(kos 30 + i sin30), (b) (kos /3 i sin /3), (c) -3 (kos 45 + i sin 45)

3. Tuliskan dalam beutuk eksponen untuk setiap berikut:

(a) 1 + i, (b) 2 3 i, (c) -2 -2 i, (d) - 1 + 2i

Perkara yang perlu dibuat:


1. Rujuk Bahan Resos dan baca berkaitan dengan nombor kompleks
dalam bentuk polar dan selesaikan soalan.
2. Mengumpul maklumat berkaitan dengan nombor kompleks dalam
bentuk polar daripada laman web. Cetak dan masuk bahan tersebut
dalam porfolio anda.
3. Jawab soalan 3,11,17,19,21,23,25,27,35 and 45 (ms 731-Michael
Sullivan (1999)) Algebra and Trigonometry.
MTE3101 Mengenal Nombor

SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MENEROKA!

Rujukan

Ong Beng Sim,(2003). Mathematics for STPM Pure Mathematics. Shah


Alam.Fajar Bakti Sdn Bhd.
Nicholson,W.K. (2002) Linear Algebra with Applications. 4 th ed. McGraw Hill .
Michael Sullivan (1999). Algebra and Trigonometry.

Mullan, E. et.al. (2001). Maths in action: Mathematics 2

Ho, S.T. et.al.(2000). College mathematics syllabus c.

Laman web yang berkaitan

http://en.wikipedia.org/wiki/complex_numbers

http://mathworld.wolfram.com/ComplexNumber

http://www.sosmath.com/complex/number/polar/polar.html

You might also like