You are on page 1of 1

Tajuk: Andaikan anda setiausaha Jawatankuasa Sosial kampung anda.

No.12, Jalan Dahilia,


Taman Dahilia, ()
68100 Ampang.

Pihak Berkuasa Majlis Bandaran Ampang,


Jalan Pegawai, Pengarah Pengurus , Pengerusi ,
68100 AMPANG. Pengetua , Pengawai 14 APRIL 2009.

Tuan,

Masalah Sampah Sarap di Taman Dahalia

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya, bagi pihak penduduk Taman Dahalia,
Ampang, ingin mengadukan masalah sampah sarap di taman ini.

2. Sejak dua minggu yang lalu, sampah sarap di kawasan taman ini tidak dipungut oleh
kontraktor yang dilantik oleh pihak tuan. Dua buah tong sampah besar di taman ini sudah sarat
dengan sampah. Oleh sebab itu, penduduk taman ini terpaksa membuang sampah di sekeliling
tong-tong sampah itu. Akibatnya, sampah sarap bertaburan di kawasan itu dan kelihatan amat
menjijikkan. Setiap hari, terdapat anjing, kucing, dan tikus yang berkeliaran di kawasan sampah
sarap itu untuk mencari makanan. Lalat pula tidak terkira banyaknya.

3. Sampah sarap itu mengeluarkan bau yang busuk dan tengik. Bau busuk ini mengganggu
penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan sampah sarap itu. Sekiranya angin bertiup
dengan kuat, bau busuk itu dapat dihidu sehingga 200 meter jauhnya. Kami bimbang keadaan ini
akan menjejaskan kesihatan penduduk taman ini.

4. Kami telah menghubungi kontraktor yang berkenaan sebanyak dua kali, tetapi sehingga
sekarang, tiada diambil olehnya. Kami sungguh kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab
kontraktor tersebut.

5. Kami berharap agar tuan akan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah sampah
sarap di taman kami.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
Saim Abdul
(SAIM BIN ABDUL)
Wakil Penduduk Taman Dahalia

You might also like