You are on page 1of 89

ASAS EKONOMI ISLAM

CTU 241
Pensyarah :
NOOR SALIZA ZAINAL
PUSAT PEMIKIRAN DAN KEFAHAMAN ISLAM
(CITU)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KEDAH

PENILAIAN MARKAH

1. PENILAIAN SEMESTER : 40 %
2. PEPERIKSAAN AKHIR : 60%
- Mengandungi LIMA (5) soalan esei - jawab 3
soalan
- Peruntukan markah setiap soalan ialah 20 markah.

PENILAIAN SEMESTER

1. Ujian Pertengahan semester 15%

2. Tugasan Kumpulan 20%

3. Komitmen 5%

JUMLAH 40%
KANDUNGAN SILIBUS

1. Pengenalan Ekonomi Islam (Iqtisad)


2.Konsep Ekonomi Islam
3.Metodologi dan sumber Ekonomi Islam
4.Sejarah Perkembangan Ekonomi Islam
5.Konsep Asas Ekonomi Islam



(Al-Maidah 3)

Maksud :
Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu
agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu
nikmatKu, dan telah Kuredhai Islam itu jadi
agama bagimu
(al-Maidah : 3)
1.0
PENGENALAN EKONOMI ISLAM

PENDAHULUAN

Kedudukan ekonomi dalam konteks


Islam yang syumul.
Gambarajah Islam (Islamic
worldview)

GAMBARAJAH ISLAM

ISLAM

AQIDAH SYARIAH AKHLAK

IBADAT MUAMALAT

IBADAT KHUSUS IBADAT AM AKTIVITI SOSIAL AKTIVITI EKONOMI AKTIVITI POLITIK

SEKTOR KERAJAAN SEKTOR SWASTA SEKTOR KEBAJIKAN


Ekonomi Islam juga bergerak dalam asas falsafahnya
yang tersendiri berasaskan panduan :
al-Quran
al- Hadis, dan
kaedah fekah dalam sains muamalat yang fleksibel dan
dinamis memberi ruang untuk berkembang mengikut
perkembangan ekonomi semasa.

ASAS FALSAFAH EKONOMI


Dasar ilmu yang tertinggi dalam rangka
membahaskan sesuatu sistem yang berasaskan pegangan dan
keyakinan tertentu

Tauhid
Istikhlaf / Khilafah
Ukhuwwah
Tazkiyyah

1. TAUHID
Maksud
2 bentuk : Uluhiyyah & Rububiyyah
2 hubungan :
i) hubungan manusia dengan Allah
ii)hubungan manusia dengan manusia
Falsafah ekonomi Islam, terungkap kukuh kepada dasar-
dasar tauhid yang dipegang oleh individu Islam itu sendiri.
Allah S.W.T. telah menentukan undang-undang untuk
semua kejadian dan semuanya sudah sedia patuh kecuali
manusia
Manusia dikurniakan Allah S.W.T. dengan kebebasan
sama ada untuk mengikut undang-undang tabii atau
mengingkarinya.

Kedudukan falsafah Tauhid dalam bidang ekonomi adalah


seperti berikut :
a) Keyakinan bahawa seluruh alam ini dan harta adalah
kepunyaan Allah S.W.T.
b) Manusia adalah pemegang amanah terhadap apa yang
dimilikinya yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.
c) Pemilikan persendirian yang diizinkan oleh Islam adalah
tertakluk kepada perolehan dan perbelanjaannya dengan cara
yang betul serta hartaitu hendaklah digunakan bagi memenuhi
tanggungjawabnya yang tertentu.
d) Sistem ekonomi Islam membawa kepada perpaduan dan
keseimbangan sosial.

Tujuan hidup seseorang manusia seperti yang diwahyukan dalam


al-Quran :
i. Bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah, semua
individu mesti menjaga segala kurniaan Allah S.W.T. dalam
keadaan yang baik.
- aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kerosakan kepada diri,
orang lain, alam sekitar, pembaziran, pengabaian terhadap sumber
manusia, sumber asli dan lain-lain aktiviti yang seumpamanya
adalah dilarang.
- Status manusia adalah diciptakan untuk menjaga milik Allah
S.W.T. dan bukan untuk mendatangkan kerosakan kepadanya.
(Surah al-Anam, 6:165)
ii) Bagi beribadat kepada Allah S.W.T.
ia merujuk kepada ketaatan dan mengikut petunjukNya
dalam segala tindakan dalam perlakuan muamalat.
iii) Bagi memakmurkan bumi
- umat Islam mesti berusaha untuk melakukan kebaikan,
menambah pengeluaran, mempertingkatkan khidmat bakti
kepada masyarakat, membangun dan menggalakkan
pertumbuhan ekonomi.

2. IKHTIHLAF / KHILAFAH
Dua (2) tugas utama :
i) kepimpinan manusia
ii) pembangunan ekonomi atau
alam dunia
Asas : amanah dan
tanggungjawab

Nilai-nilai agung dan istimewa yang menjadi asas


nilai Ilahiah dalam ekonomi Islam adalah nilai yang
menetapkan bahawa manusia menjadi wakil
dalam harta Allah S.W.T.
Individu ekonomi Islam meyakini bahawa harta dan
segala sumber yang ada di muka bumi adalah milik
Allah S.W.T.
i. Melaksanakan tanggungjawab Musthaqlafinafil Ard.
Kedudukan ini meletakkan peranan individu sebagai penerima
tanggungjawab kepada pemilikan dan penggunaan harta seamanah
yang mungkin .
Walau pun harta yang diperolehi melalui titik peluh yang
diusahakan oleh manusia, tetapi modal asal adalah kepunyaan
Allah.
Allah S.W.T menghendaki manusia menggunakan sewajarnya di
samping membelanjakan sebahagiannya pada jalan Allah.

ii. Memakmurkan Bumi.


Manusia yang asal kejadian daripada unsur bumi
diarah Allah menjadi perancang, pengatur,
pelabur memajukan dunia dengan potensi modal
insan yang ada bagi mempertingkatkan
pengeluaran, pengagihan serta menggalakkan
pertumbuhan.

3. UKHUWWAH
Persaudaraan manusia tanpa batasan
goegrafi, bangsa, warna kulit dan lain-lain
untuk melahirkan manusia
bertanggungjawab, bekerjasama, hormat
menghormati dan tidak menindas orang
lain
2 bentuk :
i) hubungan kemanusiaan
ii) Hubungan persaudaraan
Konsep ini mencetuskan ikatan persaudaraan di atas paksi tauhid.
Menerusi sabda Nabi S.A.W yang bermaksud Tidak sempurna iman
seseorang sehingga kamu kasih saudara kamu sebagaimana kamu
kasih diri kamu sendiri.
Tuntutan hadis ini adalah jelas hubungan sesama muslim secara
khusus, menuntut sentiasa saling berkasih sayang, bekerjasama dan
menggerakkan apa sahaja kegiatan termasuk bidang ekonomi.
Ia tidak sahaja memberi kesan yang positif kepada aspek sosial malah
turut memberi kesan yang sama dalam kehidupan ekonomi dan politik
ummah.

4. TAZKIYYAH
2 maksud :
i) penyucian jiwa dan tinggi akhlak
ii) pembinaan manusia yang berjiwa dan
bermatlamat Islam
Matlamat syariah :
penyucian seluruh masyarakat Islam (roh,
hati & tindakan) dari sebarang
kecenderungan kepada maksiat dan
kemungkaran

Manusia diciptakan dengan maksud yang mulia


iaitu untuk beribadat kepada Allah S.W.T.
Ibadat merujuk kepada ketaatan perintah Allah
S.W.T. dan mengikuti pertunjuknya dalam segala
tindakan dan perlakuan muamalah
manusia perlu mewujudkan hubungan yang bersih
dalam apa jua peringkat hubungan dengan Allah
S.W.T., sesama manusia dan alam.
Penghayatan konsep ini berserta dengan konsep-
konsep lain yang berupa perincian kepada tuntutan
konsep tauhid akan membawa aktiviti ekonomi menuju
kepada matlamat yang murni.

Oleh itu tazkiyyah yang membawa maksud


pembersihan, pertumbuhan memantapkan lagi
pencapaian ekonomi.
Lebih-lebih lagi dilihat kepada pembersihan,
pembangunan jiwa dan harta secara serentak.

PENGERTIAN EKONOMI DAN


IQTISAD
Ekonomi : suatu ilmu yang mempelajari tentang perlakuan
individu dan masyarakat dalam menggunakan faktor-faktor
pengeluaran yang terbatas untuk menghasilkan barangan
dan perkhidmatan yang mereka perlukan.
- David Hyman:
Ilmu yang membahaskan bagaimana mengurus sumber-
sumber yang terhad bagi pelbagai alternatif penggunaan.
Perkataan Ekonomi berasal daripada perkataan latin
Oeconomicus dan perkataan Greek Oikonomikos.
Joseph A. Schumpeter:
- Oeconomicus merujuk kepada Kebijaksanaan dalam
pengurusan rumahtangga.
P.H Collin :
- cermat dan berhati-hati, tanpa membazirkan wang dan
kebendaan.
Philip Cockgove :
- kajian ekonomi dalam konteks aktiviti individu ekonomi.

IQTISAD
Perkataan Arab Qasadu / Qasdu : lurus, jimat
cermat iaitu di antara bakhil dan israf
Teknikal : mengamalkan jalan pertengahan iaitu
bersederhana antara bakhil dan israf

s. al-
al-Furqan:67)
Dan juga mereka (yang diredhai Allah SWT itu
ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut;
dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul
dan sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan
bakhil) itu
EKONOMI ISLAM DAN MAQASID
SYARIAAH
Mengikut kupasan para ulama fiqh, kepentingan manusia dan
masyarakat yang dijamin oleh Syariah Islam , didorong oleh EMPAT inti
pati yang utama:

Jalb al-Masalih: mencapai kepentingan di dalam kehidupan.


Dar al-Mafasid: menolak kerosakan yang bakal timbul dalam
masyarakat .
Sadd al-Dharar: menyekat kepentingan buruk.
Taghayyur al-Zaman : mementingkan faktor peredaran zaman.

Maslahah Asas.
Maslahah Daruriyyat yang melibatkan pemeliharan 5 perkara
asas iaitu agama, jiwa, akal, kehormatan dan harta. Kesemua
kepentingan ini dapat dianggap sebagai keperluan asasi yang
amat diperlukan oleh setiap manusia di dalam kehidupan
bermasyarakat. Seandainya satu daripada keperluan ini tidak
dipenuhi, kehidupan manusia sudah tiada ertinya lagi.
Sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima
perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah.

Maslahah Diperlukan.

Maslahah Hajiyyah melibatkan semua yang diperlukan


oleh manusia untuk mewujudkan kemudahan dan
kelapangan dalam menjalankan tugas dalam kehidupan.
Walaupun ianya tidak sampai kepada tahap keperluan
asasi yang boleh menyebabkan kebinasaan hidup manusia,
tetepi ianya diperlukan bagi mengelakkan kesusahan di
dalam masyarakat.
Maslahah diperlukan untuk menjaga
kehormatan hidup.
Maslahah Tahsiniyyah yang melibatkan kemuliaan
akhlak dan adat yang baik. Semuanya diperlukan bagi
menjamin kelancaran hidup manusia dalam
masyarakat.

DISIPLIN DAN SKOP EKONOMI

Ekonomi merupakan satu disiplin ilmu yang berkait rapat dengan


kemasyarakatan.
Ekonomi dikategorikan juga sebagai Sains Kemasyarakatan kerana
skop kajiannya menjurus kepada pelbagai kegiatan manusia di
dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Bidang ekonomi adalah merupakan satu aspek gelagat manusia
yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan.

Selari dengan satu penakrifan ekonomi oleh Paul A. Samuelson yang


menyatakan:

bahawa ekonomi adalah kajian gelagat manusia dalam hubungannya


dengan penggunaan sumber-sumber pengeluaran yang terhad untuk
mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan dan mengagihkan untuk
penggunaan.
PERANAN MANUSIA DALAM
EKONOMI.

Konsep manusia ekonomi dan statusnya.


di dalam ekonomi pasaran adalah dinilai sebagai
manusia sosial dan hasil keluaran alam

Oleh itu tidak ada sebab individu ekonomi barat perlu


kepada mana-mana kuasa yang agung, melainkan
tunduk kepada mekanisme pasaran

Prinsip manusia Islam sama sekali berbeza dengan


konsep manusia ekonomi di antaranya:

Manusia makhluk ciptaan Allah S.W.T. .


Manusia yang berakhlak
Manusia sebaik-baik kejadian.

KEKURANGAN RELATIF DALAM EKONOMI MODEN


DAN ISLAM.

Kekurangan (scarcity) ialah sifat semulajadi manusia


yang mempunyai kehendak yang tidak terbatas
berhadapan dengan sumber-sumber yang terhad.
Segi bahasa : masalah & ketidakseimbangan
David N. Hyman, kekurangan ialah ketidakseimbangan
di antara citarasa-citarasa terhadap barangan dan
perkhidmatan.
masalah kekurangan relatif ada hbgnnya masalah-
masalah asas yang sering diajukan dalam ekonomi ialah :
a) Apakah jenis barangan dan perkhidmatan yang harus
dikeluarkan dan berapa banyak ?.
b) Bagaimana hendak dikeluarkan ?.
c) Untuk siapa ?.

Sistem eko. Moden anggap kekurangan sumber


sebagai punca masalah ekonomi
Eko. Islam - sumber cukup tapi manusia.

Eko. Islam :Kekurangan secara zahir shj. Hakikat


ada pengganti dan cukup

PERMASALAHAN EKONOMI:
(Islam)

MANUSIA
(ISLAM)

Kehendak Sumber
(tidak terbatas) (terhad)
PERMASALAHAN EKONOMI

MASALAH EKONOMI

SUMBER WAHYU
CIPTAAN ILAHI

EKONOMI DAN IBADAH


Ekonomi merupakan kegiatan penting untuk
survival ummah.
Ianya berhajatkan satu bentuk jihad untuk
menguasainya terutama dalam dunia moden yang
semakin hari semakin mencabar.
Umat Islam perlu pengetahuan ekonomi yang
mendalam di samping ilmu agama secara syumul
yang telah di miliki.

Syarat eko.
eko. menjadi ibadah :

Aqidah mesti betul


Niat mesti betul
Kerja yang dilakukan sesuai dgn. Tuntutan Islam.
Cara melakukan kerja yang sesuai dengan Islam.
Natijahnya atau hasilnya bawa faedah pada masyarakat.
EKONOMI DAN JIHAD
1- Tuntutan Mencari kehidupan.
2- Bumi sebagai ladang penghidupan.
3- Kemulian bekerja.
4- Motivasi kerja

2.0
KONSEP EKONOMI ISLAM

TAJUK
1. Prinsip Ekonomi Islam
2. Etika Ekonomi Islam
3. Matlamat Ekonomi Islam
4. Ciri-ciri Keistimewaan Ekonomi Islam
5. Kesimpulan
Prinsip Ekonomi Islam
Prinsip ekonomi merupakan peraturan Ilahi yang
berkaitan dengan persoalan ekonomi
Ia berkaitan dengan idea-idea umum mengenai
ekonomi yang mesti dilaksanakan
Cara perlaksanaannya terpulang kepada
kebijaksanaan sarjana ekonomi

1.Kebebasan Ekonomi Berpanduan


Salah satu daripada tanggungjawab khalifah ialah
memakmurkan bumi seperti melakukan aktiviti
ekonomi
Aktiviti asas ekonomi seperti pengeluaran,
penggunaan, pengagihan dan pasaran adalah dianggap
sebagai satu ibadat dan jihad di jalan Allah
Oleh itu, manusia diberi kebebasan berekonomi demi
memperolehi manfaat ibadat dan jihad

1.Kebebasan Ekonomi Berpanduan


Aktiviti tersebut dianggap sebagai ibadat dan jihad kerana ia mesti
dilaksanakan berdasarkan syariat
Allah berfirman dengan maksud: Apabila selesai mengerjakan
sembahyang bertebaranlah kamu di seluruh muka bumi dan carilah
kurnia Allah. (Surah Al-Jumuah; ayat 10)
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT mencintai
orang mukmin yang bekerja.
Peraturan Ilahi ini menjadi panduan (bukannya halangan) kepada
manusia untuk mendapat kesan yang positif dalam memakmurkan
bumi
1.Kebebasan Ekonomi Berpanduan
Dua aspek kebebasan:
1. Kebebasan jiwa lahir dari keimanan masyarakat
pengasih, bekerjasama, jujur dan amanah
2. Kebebasan dalam lingkungan undang-undang dan
peraturan larangan eksplotasi, rasuah riba dan
penipuan
Cth. surah al-Baqarah; ayat 229 pengharaman
penggunaan, pengeluaran dan pemasaran arak dan
judi; dan kewajipan menafkahkan harta

Kesan prinsip kebebasan ekonomi berpanduan

1. Memupuk rasa tanggungjawab


2. Menghapuskan cara-cara untuk melakukan
kemudharatan
3. Menggalakkan individu bekerja keras
4. Menggalakkan pelaburan ke atas modal yang
dibekukan

2. Konsep Hakmilik
Allah SWT mempunyai hakmilik mutlak ke atas
segala sesuatu
Manusia diberi amanah untuk mengambil manfaat
sahaja
Surah al-Maidah; ayat18 Allah memiliki kuasa
pemerintahan
Surah al-Baqarah; ayat 284 Segala ciptaan milik
Allah
Segala yang ada di langit dan di bumi adalah
kepunyaan Allah
2. Konsep Hakmilik
Terdapat dua jenis hakmilik yang diamanahkan:
hakmilik individu dan hakmilik awam
Tujuan pembahagian:
1. Untuk mengimbangi kuasa politik antara individu
dan awam
2. Untuk menghayati konsep syura antara pihak
swasta dan kerajaan

Hakmilik Individu
Islam mengiktiraf hakmilik individu setiap orang akan mendapat
balasan dari apa yang diusahakan
Tanggungjawab individu:
Memastikan harta diperolehi dengan cara yang halal seperti
bercucuk tanam.
Mengeluarkan zakat, membayar cukai dan menyumbangkan
harta ke jalan Allah dari sebahagian hartanya.
Mengelakkan pengagihan harta yang meluaskan jurang antara
hartawan dan golongan miskin, dan yang mengancam kebajikan
masyarakat dan alam sekitar.
Melipatgandakan usaha untuk mengembangkan harta yang sedia
ada dengan menggunakan cara yang diharuskan oleh syarak
seperti melabur menggunakan kontrak al-mudharabah.

Hakmilik Awam
Ia bermaksud semua harta milik masyarakat yang
memberi faedah kepada warganegaranya harta
yang mempunyai utiliti awam
Rasulullah SAW bersabda: Umat Islam adalah
pemilik bersama ke atas tiga benda iaitu air,
rumput dan api.
Contoh lain: tanah simpanan, tanah tidak bertuan
dan bahan galian yang terdapat dalam sesebuah
negara
Pemilikan negara

Contoh harta pemilikan negara :


a)Harta Baitul mal
b)Harta zakat
c)Hasil cukai seperti kharaj, jizyah, ushur
d) Harta rampasan perang

Kesan prinsip hak milik


1. Individu berusaha bersungguh-sungguh mencari kekayaan dan
menerima dengan mudah perintah Allah S.W.T. mengenai
pengurusan harta kekayaan
2. Menjadi dasar hukum kepada pemerintah untuk mewajibkan pelbagai
jenis cukai sebagai sumber pendapatan negara ke atas golongan
3. Memberi ruang kepada pemerintah untuk mengawas dan mengawal
pengurusan harta yang tidak cekap
4. Menguatkan jiwa golongan kurang upaya untuk menuntut hak
mereka

3. Keadilan Sosial
Keadilan mesti ditegakkan dalam semua aspek kehidupan manusia
supaya mereka terhindar dari perbuatan yang melampaui batas
Dalam konteks ekonomi, pengeluaran/penawaran
barangan/perkhidmatan mestilah yang halal dan dengan cara yang
halal; penggunaan kekayaan mestilah bersederhana; dan
pengagihan kekayaan mestilah mengikut usaha dan mengutamakan
kebajikan masyarakat (surah Al-Nisa; ayat 29, surah Al-Isra; ayat
26 27 dan surah Al-Zariyat; ayat 19).
Kesan prinsip keadilan sosial

1. Memastikan semua rakyat sekurang-kurangnya


berada di atas paras dharuriyah
2. Mewujudkan keseimbangan dalam masyarakat
dengan mengecilkan jurang perbezaan antara
golongan kaya dan miskin
3. Menyemarakkan usaha kerjasama

4. Campurtangan Kerajaan
Syariat membenarkan pemerintah campurtangan dalam
aktiviti ekonomi - Surah al-Nisa; ayat 59
Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada
Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan ulil amri di
antara kamu
Aspek:
1. Tanggungjawab menegakkan ajaran Islam (aqidah, syariah
dan akhlak) bagi melahirkan insan yang bertaqwa
2. Tanggungjawab ekonomi

Tanggungjawab ekonomi
1. Menyediakan jaminan sosial
2. Mengagihkan harta dan kekayaan dengan
saksama
3. Memberi hak dan peluang yang saksama
dalam ekonomi
4. Mengawas pasaran
5. Melaksanakan polisi kerja dan upah
Kesan prinsip campurtangan kerajaan
1. Menyuburkan amalan positif dalam ekonomi seperti
mengorbankan kekayaan lebih dari nilai zakat dan
menunaikan kontrak perjanjian
2. Mengelakkan amalan negatif dalam ekonomi seperti
rasuah, sorok barang dan monopoli
3. Memastikan keadilan dan kestabilan sosial dapat
diberi kepada setiap individu

Etika Ekonomi Islam


Etika ekonomi Islam adalah hasil dari keimanan
manusia kepada Allah S.W.T. (tauhid) kerana
penilaiannya ditentukan oleh Allah S.W.T.
4 asas etika:
1. Tauhid
2. Adil
3. Kebebasan kehendak
4. Bertanggungjawab

Matlamat Ekonomi Islam


Matlamat adalah sesuatu yang hendak dicapai dan
ia dapat menentukan halatuju
Matlamat ekonomi Islam terbahagi kepada 2:
1. Matlamat unggul
2. Kesejahteraan ekonomi dan sosial
Matlamat unggul
Matlamat unggul ekonomi Islam adalah sama dengan matlamat Islam sebagai
satu cara hidup iaitu al-falah.
Al-falah adalah kejayaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
berdasarkan ketaatan dan pengabdian diri kepada Allah secara ikhlas
(mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.).
Allah S.W.T. telah berfirman dengan maksud: Berilah kami kebaikan di
dunia dan kebaikan di akhirat.
(Surah al-Baqarah; ayat 201).

Kesejahteraan ekonomi dan sosial


Ia merujuk kepada setiap lapisan masyarakat hidup dalam keadaan
kecukupan (sufficiency) serta aman dan damai (peace) kerana
mereka berpuashati dengan pelbagai aspek keperluan hidup mereka
Ia diperlukan sebagai pengantara untuk memastikan pencapaian
matlamat unggul
Usaha untuk mencapai matlamat unggul melalui kesejahteraan
ekonomi dan sosial di anggap sebagai berjihad ke jalan Allah dan ia
dijanjikan dengan nikmat di dunia dan di akhirat oleh Allah

Kesejahteraan ekonomi dan sosial


1. Menyediakan keperluan asas
2. Mengguna dan memperuntukan sumber dengan optima
3. Mengagih harta, kekayaan, pendapatan dan pembangunan
dengan saksama
4. Mewujud dan menggalakkan persaingan yang sihat
5. Menyediakan perkhidmatan dan kebajikan sosial
6. Membebaskan diri dari bergantung kepada orang lain
1. Menyediakan keperluan asas
Lima keperluan utama hidup manusia adalah akidah,
akal, nyawa, kehormatan dan harta. Ia boleh
dikategorikan sebagai indeks yang menunjukkan tahap
kesejahteraan sesebuah masyarakat
Keperluan utama ini dapat dipelihara melalui
penawaran dan penyediaan pelbagai keperluan asas
seperti makanan, pakaian, perlindungan, pendidikan
dan kesihatan

Keperluan tersebut mestilah mencukupi, mengikut


keperluan semasa dan keutamaan serta berkualiti tetapi
pada harga yang berpatutan (mampu milik)
Matlamat khusus yang pertama ini dapat menghindarkan
kesesatan akidah, keruntuhan akhlak, kelaparan,
kemiskinan dan ketakutan yang wujud dalam masyarakat.
Malahan ia dapat membantu mereka meningkatkan
keimanan mereka kepada Allah S.W.T. dan seterusnya
melahirkan jiwa yang tenang dan tenteram.

2. Mengguna dan memperuntukan


sumber dengan optima
Kesejahteraan ekonomi dalam menyediakan keperluan asas
melibatkan aktiviti pengeluaran yang berkait rapat dengan
strategi mengguna dan memperuntukan sumber
Aktiviti tersebut merupakan amanah yang diberi oleh Allah
kepada manusia seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Dan Dia telah menjadikan berguna bagi kamu apa yang ada
di langit dan di bumi. (Surah Al-Jathiyah; ayat 13)
Ekonomi Islam menekankan konsep
mengoptimakan penggunaan sumber ekonomi
untuk meningkatkan daya kecekapan,
keberkesanan dan ketahanan supaya sumber yang
dianugerahkan oleh Allah mencukupi untuk
menyediakan keperluan manusia

3. Mengagih harta, kekayaan,


pendapatan dan pembangunan dengan
saksama
Saksama merujuk kepada adil dan ihsan
Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya, manakala ihsan pula
adalah belas kasihan/berbuat baik
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan dalam harta mereka ada
hak untuk orang yang meminta dan orang miskin yang tidak mahu
meminta. (Surah Al-Dzariyat; ayat 19).
Ayat ini menjelaskan bahawa Islam telah melaksanakan prinsip adil
dan ihsan dengan mengiktiraf hak milik individu tetapi mengutamakan
pemilikan masyarakat khususnya hak golongan yang memerlukan.

Saksama dilakukan supaya kekayaan tidak berada


di tangan segelintir masyarakat sahaja seperti
firman Allah S.W.T. yang bermaksud: ...
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak
hanya beredar di antara orang-orang kaya di
kalangan kamu ... (Surah Al-Hasyr; ayat 7).
4. Mewujud dan menggalakkan

persaingan yang sihat


Persaingan sihat ini merujuk kepada setiap individu
mahukan kejayaan dan pada masa yang sama akan
memastikan masyarakat sekelilingnya juga berjaya.
Ia berdasarkan konsep persaudaraan, kerjasama dan
kesaksamaan tanpa mengira bangsa, warna kulit dan darjat
Ia juga dapat menghindarkan berbagai aktiviti negatif
seperti monopoli, penindasan, penipuan dan diskriminasi
yang boleh menyemarakkan api permusuhan dan
pemberontakan di antara unit-unit ekonomi

Ia juga dapat mewujudkan hubungan yang baik di kalangan pekerja


dan antara para pekerja dengan majikan, di kalangan pengeluar dan
antara pengeluar dengan pengguna, antara pihak swasta dengan
kerajaan, serta antara negara-negara Islam
Suasana ini dapat melahirkan tenaga pekerja yang produktif dan
berkualiti, pengeluaran yang optima, serta pembangunan yang
seimbang dan saksama.

5. Menyediakan perkhidmatan dan


kebajikan sosial
Setiap apa yang diusahakan oleh individu adalah
untuk kebaikan dirinya, tanggungannya dan juga
masyarakat - Surah Al-Maidah; ayat 2
Tetapi individu mestilah memberi keutamaan kepada
perkhidmatan dan kebajikan sosial untuk kebaikan
masyarakat jika berlaku pertembungan antara
kepentingan diri dan masyarakat - Surah Al-Baqarah;
ayat 177
Matlamat ini dapat memastikan sekurang-kurangnya
semua lapisan masyarakat berada di atas paras dharuriyah
dan akhirnya membantu kerajaan membasmi masalah
kemiskinan tegar. Jika usaha ini berterusan kerajaan akan
mampu meningkatkan taraf hidup majoriti masyarakat ke
tahap hajiyah danseterusnya bersesuaian dengan tahap
pembangunan semasa

6. Membebaskan diri dari bergantung

kepada orang lain


Pembebasan diri boleh dibincangkan dalam dua aspek.
1. Pembebasan diri umat Islam dalam masyarakat Islam itu sendiri
* Umat Islam tidak boleh mengharapkan bantuan orang lain sehingga
akhir hayat
* Rasulullah S.A.W.bersabda: Jika seseorang daripada kamu
mengambil seutas tali dan membawa pulang seberkas kayu api di
atas bahunya dan menjualkannya (untuk mendapatkan
penghidupannya), itu lebih baik baginya daripada meminta-minta.
(Riwayat Bukhari).

2. Pembebasan diri mereka dari musuh Islam


* Islam mewajibkan umat Islam membebaskan diri dari bergantung
kepada musuh Islam dalam pelbagai aspek keperluan kehidupan sama
ada pengeluaran barangan atau perkhidmatan seperti makanan,
minuman, ubat-ubatan, insurans perlindungan, perbankan dan
pendidikan s
* Allah S.W.T. telah berfirman dengan maksud: Wahai orang-orang
yang beriman janganlah kamu mengambil musuhku dan musuh kamu
menjadi teman rapat. (Surah Al-Mumtahanah; ayat 191).
Ciri-
Ciri-ciri Keistimewaan Ekonomi Islam
Ciri-ciri keistimewaan ekonomi Islam boleh
dirumuskan berdasarkan pemahaman mengenai
kedudukan ekonomi dalam Islam, prinsip, etika dan
matlamat ekonomi Islam
Terdapat empat nilai utama yang menjadi ciri
kepada ekonomi Islam iaitu Rabbaniah, Akhlaqiah,
Insaniah, dan Wasatiah

1. Ekonomi Rabbani
Ekonomi Islam bersifat Rabbani kerana ia berdasarkan kepada cara-
cara yang telah digariskan oleh syariat Allah S.W.T. dan bertujuan
untuk mendapat keredhaanNya
Ciri ini dapat membentuk beberapa pemikiran ekonomi Islam seperti
perlaksanaan konsep khalifah di dalam semua aktiviti ekonomi;
ekonomi adalah ibadah kepada Allah S.W.T.; ekonomi bukan
matlamat tetapi sebagai alat untuk mencapai kehidupan ukhrawi;
ekonomi untuk mencapai kebaikan dan kebajikan manusia; dan
ekonomi terkawal melalui konsep halal dan haram.

2. Ekonomi Akhlakiah
Bermaksud ekonomi berlandaskan nilai akhlak
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya aku diutuskan untuk
menyempurnakan kemuliaan akhlak.
Menurut Jacque Ostorois: Islam merupakan sistem hidup yang
praktikal dan juga nilai akhlak yang luhur dan mulia
Nilai akhlak menghalang ekonomi darimerosakkan lima aspek
keperluan manusia (agama, akal, maruah, nyawa dan harta)
3. Ekonomi Insaniah
Ekonomi Islam bersifat kemanusiaan kerana ia bertujuan untuk
membantu manusia memenuhi hajat dan keperluan mereka dalam
menjalani kehidupan supaya mampu menjalankan kewajipan mereka
terhadap Allah S.W.T., diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini
sudah menjelaskan bahawa
Nilai insaniah:
1. Menggalakkan persaudaraan, adil, kasih sayang,bantu membantu
dsb
2. Membenteras permusuhan, penindasan, hasad dengki, khianat dsb
Al-Quran(al-Taubah: 71)

4. Ekonomi Wasatiah
Bermaksud ekonomi sederhana dan seimbang:
1. Dunia dan akhirat
2. Rohani dan jasmani
3. Material dan pahala
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Dan carilah pada apa yang
dianugerahkan Allah S.W.T. kepadamu kebahagiaan akhirat dan
janganlah kamu lupa bahagian kamu didunia. ( Surah Al-Qasas;
ayat 77).

3.0
METODOLOGI DAN SUMBER
RM
PENGKAJIAN EKONOMI ISLAM
RM
$ $
RM
METODOLOGI EKONOMI ISLAM

Pertama adalah idea dan prinsip dasar


idea bersumber dari al-Quran, Sunnah & Ijtihad
RM
Kedua ialah pendekatan nilai Islam terhadap kandungan
ekonomi RM
$
berkaitan konsep utiliti dalam Islam
Ketiga tentang realiti ekonomi $
bagaimana ekonomi Islam dapat dilaksanakan
RM
Muhammad Anas Zarqa (1992)

PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

ASAS :
- Tauhid menjadi asas kepada segala perekonomian
secara Islam

ASAS-ASAS PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM

I. Pemilikan kepada seluruh sumber alam ini adalah


milik mutlak Allah s.w.t.

II. RM
Manusia merupakan khalifah

III. RM
Segala kejadian di alam ini dijadikan untuk
kemudahan manusia dalam lingkungan peraturan
yang dibenarkan.
$ $
IV. Setiap sumber mesti digunakan untuk memenuhi
matlamat Ubudiyyah kepada Allah s.w.t.
RM
V. Kenikmatan dunia bersifat sementara bagi
memenuhi keperluan akhirat
RM
Perkembangan pemikiran
RM Islam
ekonomi
$
Bahagian yang tetap $
RM
Bahagian yang berubah

Bahagian tetap
Asas-asas ekonomi berdasarkan al-Quran & al-
Sunnah
Mesti diterima & diamalkan setiap masa & tempat
Contoh: harta adalah hak milik Allah SWT,
kebebasan yang terbatas, asas jaminan dll.

Bahagian berubah
Berkaitan kaedah & cara melaksanakan konsep
Islam yang terdapat dalam al-Quran & al-Sunnah
Dihasilkan melalui Ijtihad oleh para Mujtahid
(ulama) & ulil amri
Perbezaan pendapat di kalangan ulama (mengikut
tempat & waktu) adalah dibenarkan
Hadith
Perbezaan pendapat di antara ulama umatku
adalah rahmat.
Contoh: ukuran batas kecukupan, hak-hak
campurtangan kerajaan dalam ekonomi, proses-
proses mewujudkan keadilan sosial dll

Usul Fiqh

RM
METODOLOGI
RM EKONOMI
ISLAM
$ $ Maqasid
Qawaid
Fiqhiyyah Syariah
RM

Kaedah-
Kaedah-kaedah
i. Usul fiqh
ii. Qawaidh Fiqhiyyah
iii. Maqasid Syariah
Usul fiqh
Kaedah-kaedah untuk mengeluarkan @ memahami
hukum syarak dari dalil-dalil yang tafsil
Bentuk hukum seperti kalimah perintah (sighah
amar), kalimah melarang (sighah nahi), kalimah
umum, mutlak dsbnya

kaedah-kaedah usul fiqh ini dibahaskan kepada


dalil-dalil yang terperinci untuk mencapai hukum-
hukum syariat yang ditunjukkan agar mudah
difahami
Sekiranya tiada hukum di dalam nas, maka
hukumnya ditetapkan melalui Qias, Istihsan,
Istishab dsbnya

Qawaidh Fiqhiyyah
Kaedah-kaedah umum yang meliputi seluruh
cabang masalah fiqh yang menjadi panduan untuk
menetapkan hukum
40 kaedah atau lebih
Contoh :
i. Menolak segala yang merosakkan
ii. Menarik segala yang baik
iii. Keyakinan itu tidak dikalahkan oleh keraguan
iv. Kesukaran dapat menarik kepada kemudahan
v. Kemudharatan harus dilenyapkan
vi. Adat dapat menjadi hukum
vii. Segala urusan bergantung kepada tujuannya

Maqasid Syar
Syariah
Tujuan-tujuan syariat
Penting bagi memahami nas-nas syariah dalam
bentuk yang sah & mengambil hukum daripadanya
Tujuan asal: menentukan kemaslahatan manusia
dan memelihara / menjauhi mereka daripada
perkara yang merosakkan

Contoh
i. Memelihara agama / akidah
ii. Memelihara nyawa
iii. Memelihara akal
iv. Memelihara harta
v. Memelihara maruah & kehormatan
Asas tujuan syariah
Kepentingan dharuriyyah
Kepentingan hajiyyah
Kepentingan tahsiniyyah
Kepentingan kamaliyyah

SUMBER PENGKAJIAN EKONOMI


ISLAM

i. Al-Quran
ii. Al-Sunnah
iii.Ijtihad :
- Ijmak
- Qiyas

SUMBER HUKUM
AL-QURAN
Sumber yang terpenting dan dalil pertama
dalam penentuan hukum (tidak boleh didahului
oleh sumber-sumber hukum yang lain)
AL-SUNNAH
Perjalanan Rasulullah SAW, yang meliputi
ucapan, perbuatan dan pengakuannya.
Sumber perundangan kedua selepas Al-Quran
IJTIHAD
Makna (bahasa) : bersungguh-sungguh
Makna (istilah) : usaha seorang faqih untuk
mendapat hukum syariat yang belum
terdapat dengan terang sama ada dalam al-
Quran atau Hadis.
Mujtahidun : Orang-orang yang melakukan
Ijtihad

IJMAK
Kesepakatan ulamak mujtahidin tentang
sesuatu hukum dan peraturan agama.
QIAS
Suatu hukum agama yang telah tetap
tentang sesuatu perkara dan dijadikan
hukum untuk sesuatu perkara yang lain
apabila kedua-duanya dianggap mempunyai
sebab atau sifat yang sama

4. SEJARAH PERKEMBANGAN
EKONOMI ISLAM
4.1
Sejarah Perkembangan
Tiga tahap iaitu :
I. Kesuburan
II. Kemerosotan / kemunduran
III.Kebangkitan

Tahap Pertama : Kesuburan


Zaman awal Islam
Amalan ekonomi amat terhad kepada penternakan
dan perniagaan
Ijtihad tertumpu kepada penjelasan hukum
muamalat dan penyelesaian masalah ekonomi pada
masa itu
Kesannya: prinsip-prinsip ekonomi dalam Islam
gagal disingkap secara menyeluruh

Abad ke-2 Hijrah : terbit kitab-kitab fekah yang tentang


kegiatan ekonomi secara terperinci
Kitab-kitab khusus : isu riba, monopoli, sistem harga,
syarikat, sistem pasaran & lain-lain permasalahan ekonomi
semasa
Kecenderungan ulama : mengkaji aktiviti ekonomi
berlandaskan dalil-dalil al-Quran & al-Sunnah
Tetapi hasil-hasil kajian gagal disatukan sebagai satu
disiplin ilmu yang khusus
Contoh kitab :
Al-Kharaj oleh Abu Yusuf
Al-Kharaj oleh Yahya ibn Adam
Al-Amwal oleh Abu Ubaid ibn Salam
Al-Kasb fi ar-Rizq oleh Imam Muhammad al-Syaibani
Muqaddimah oleh Ibn Khaldun
Al-Ibar oleh Ibn Khaldun
Al-Hisbah fil Islam oleh Ibn Taymiyah
Al-Siasah al-Syariah fil Islah al-Rai wal Raiah oleh Ibn
Taymiyah

Tahap Kedua : Kemerosotan /


Kemunduran
Abad ke-4 Hijrah / 12 Masihi
Berlaku konflik :
Pemerintah dan masyarakat awam terlibat dengan kegiatan fitnah-
menfitnah
Kemunafikan
Permusuhan di kalangan ulama yang
Pergolakan politik
Kebinasaan meluas
Kecenderungan hidup secara zuhud meningkat
Penjajahan Eropah

Pada peringkat awal : tidak mengugat kesuburan


pengkajian ilmu Islam
Jangka masa panjang : wujud kebekuan dalam
ilmu-ilmu Islam
Akhir : para ulama hanya sekadar bertaqlid &
tertutuplah pintu ijtihad dalam menyelesaikan
permasalahan-permasalahan yang dihadapi
Tiada ulama untuk menyubur, mengembangkan & menerapkan amalan
ekonomi Islam dalam kehidupan masyarakat
Ilmu-ilmu ekonomi Islam hanya tersimpan di dalam kitab-kitab lama
Kekosongan ilmu ini menyebabkan orang Islam beralih ke dunia luar
Timur dan Barat bagi mempelajari ilmu ekonomi
Revolusi industri di Barat (abad ke-18 Masihi)
Ramai individu Islam mempelajari ilmu dari sana

Tahap Ketiga : Kebangkitan

Awal abad ke-20 Masihi, umat Islam mula menyedari wujudnya ketidak
serasian & kelemahan-kelemahan dalam sistem ekonomi dari Barat
Seruan supaya umat Islam kembali kepada agama Islam yang sebenar
Para sarjana Islam telah & sedang berusaha mengkaji & menyusun
semula khazanah ilmu ekonomi Islam
Gerak kerja pengkajian ekonomi Islam :
- kajian sebahagian
- kajian menyeluruh
- kajian sejarah

Mutakhir : sistem ekonomi Islam sebagai satu subjek


khusus yang diajar di banyak institusi pengajian tinggi di
seluruh dunia
Ramai pelajar yang menulis tesis M. A. & Ph.D
Ratusan institusi penyelidikan yang khusus bagi ekonomi
Islam
Dari segi penulisan ekonomi Islam dalam pelbagai topik
penulisan mengikut kaedah kontemporari
Contoh karya kontemporari ;
Some Aspects of the Islamic Economy oleh Muhammad
Nejatullah Siddiqi (1970)
The Economic Enterprise in Islam oleh Muhammad
Nejatullah Siddiqui (1979)
Economic Doctrines of Islam (Jilid I IV) oleh Afzal-Ur-
Rahman (1974)
Towards a Just Monetary System oleh Muhammad Umar
Chapra (1985)
Islamic Economics: Theory and Practice oleh
Muhammad Abdul Mannan (1986)

4.2 FAKTOR KECEMERLANGAN

1. Kemerdekaan negara Islam

Kemerdekaaan negara Islam selepas Perang Dunia Kedua


Keperluan untuk meningkatkan ekonomi negara
Kegagalan sistem ekonomi Barat
Para sarjana Islam beralih kepada Islam untuk mencari
alternatif
Terbit berbagai gagasan berkaitan ekonomi Islam seperti
peranan kerajaan, perbelanjaan awam & lain-lain.
2. Kesedaran Islam
Keruntuhan moral dan kemiskinan teruk
Membawa kepada kesedaran Islam & keinginan melaksanakannya
dalam seluruh kehidupan
Negara Islam adalah miskin & terbelenggu dengan masalah hutang
Persoalan riba telah menjadi faktor perbahasan di kalangan sarjana
Islam
Perkenal amalan perbankan secara Islam yang berdasarkan konsep
perkongsian untung
Bermula dengan perbincangan teoretikal
Akhirnya tertubuh bank Islam eksperimen di Mit Ghamr, Mesir
(1963)

3. Persidangan ekonomi Islam


First International Conference on Islamic Economics, Mekah (1976)
Persidangan pertama sebagai pemangkin di peringkat antarabangsa
Dr. Muhammad Omar Zubair & Prof. Khurshid Ahmad telah memainkan
peranan penting menggerakkan momentum dalam bidang ekonomi Islam
Kertas kerja utama Muslim Economic Thinking (Dr. M. N. Siddiqi) telah
menjadi asas kepada perbincangan di kalangan para peserta persidangan
& pemangkin bagi pembangunan ekonomi Islam seterusnya

4. Peranan institusi Islam


Antara institusi terpenting ialah :
Association of Muslim Social Scientists, Amerika Syarikat (1972)
Islamic Foundation, Leicester, United Kingdom (1973)
Islamic Economics Research Bureau, Dhaka, Bangladesh (1976)
Centre for Research in Islamic Economics, King Abdulaziz University, Jeddah
(1977)
International Institute of Islamic Thought, Herndon, Virginia, Amerika
Syarikat (1981)
Islamic Research and Training Institute, Islamic
Development Bank (1983)
Kulliyah of Economics, International Islamic Universiti Malaysia (1983)
Institusi paling menonjol sumbangan :
Centre for Research in Islamic Economics (King Abdulaziz University)
Islamic Research and Training Institute (IDB)
4.3 Tokoh tokoh Ekonomi
Islam sIlam dan
Sumbangan

Ibn Khaldun (732 808 Hijrah /


1332 1404 Masihi)
Nama sebenar :Abdul Rahman Abu Zaid Waliddin Bin
Khaldun Al-Maliki Al-Khadrami
Kelahiran :27 Rejab tahun 733 Hijrah (1332 Masihi), di
Tunisia
Tempat tinggal :Kota Sivile, Sepanyol
Jawatan :Setiausaha Khas bahagian surat-menyurat
kerajaan, Ahli Majlis Pengajian Dupas, Hakim
Kepakaran :Sejarah, sosiologi dan ekonomi

Sumbangan :
Kitab :
- Muqaddimah
- Kitab al-Ibar
- Sejarah Barbar
Tajuk :
-Pembahagian buruh
-Perdagangan antarabangsa
-Kewangan awam
Ibn Taymiyah (661 728 Hijrah /
1263 1328 Masihi)
Nama sebenar :Yaqi Al-Din Abu Abbas Ahmad Bin Syahab Al-Din
Abi Al-Mahasn Abdul Halim Bin Majd Al-Din Al-Barakat Abdul Al-
Salam Bin Abi Muhammad Abdullah Bin Abi Al-Qassin Al-Qard Bin
Muhammad Bin Al-khadr Bin Ali Bin Abdullah Taymiyah
Kelahiran: 10 Rabiul Awwal tahun 661 Hijrah / 22 Januari 1263 M
Harran, Damsyik
Jawatan :Ulama
Kepakaran :Semua bidang ilmu Islam (termasuk Tasawwuf dan
falsafah)

Sumbangan :
Kitab :
Al-Hisbah Fil Islam
Al-Siyasah Al-Syariah Fil Islah Al-Rai Wal-Raiah
Tajuk :
- Keadilan urusniaga
- Perkongsian
- Peranan permintaan & penawaran

Imam Ghazali (451 505 Hijrah /


1055 1111 Masihi)
Nama sebenar :Abu Hamid Ibn Muhammad Ibn
Muhammad Al-Tusi Al-Shafii Al-Ghazali
Kelahiran :451 Hijrah / 1055 Masihi
Khorman, Iran
Jawatan :Profesor di Universiti Nizamiyah,
Baghdad, Ahli sufi
Kepakaran :Agama, falsafah dan sufi
Sumbangan :
Kitab :
Ihya Ulumuddin
Al-Mustasfa
Mizan al-Amal
Al-Tibr Al-Masbuk Fi- Nasihat Al-Muluk
Tajuk :
- Fungsi wang
- Cukai

4.4
Pemikir pemikir
Ekonomi islam sEmasa
dan Sumbangan

Dr. M. N. Siddiqi (1931 - )


Nama sebenar :Muhammad Nejatullah Siddiqi
Kelahiran :1931, Gorakhpur, India
Jawatan :Professor Ekonomi, International Center for Research in
Islamic Economics, Universiti King Abdul Aziz, JeddahProfessor &
Dekan, Jabatan Pengajian Islam, Aligarh UniversityReader in
Economics, Universiti Aligarh, Editor jurnal Islamic Thought, Editor
Journal of Research in Islamic Economics (Jeddah)
Anugerah : King Faisal International Prize for Islamic Studies (1982)
serta American Finance House Award (1993)
SUMBANGAN :
Kepakaran :Agama, ekonomi Islam, perbankan Islam
Buku :
- Some Aspects of Islamic Economy (1970)
- Economic Enterprise in Islam (1972)
- Banking Without Interest (1976)
- Muslim Economic Thinking (1981)
- Issues in Islamic Banking (1983)

M. Umer Chapra (1933 - )


Nama sebenar :Muhammad Umer Chapra
Kelahiran :1933, Arab Saudi
Jawatan :Penasihat Penyelidik, Islamic Research and Training Institute
(IRTI) di Islamic Development Bank, JeddahPenasihat Kanan Ekonomi,
Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA)- selama 35 tahun, Pensyarah,
Universiti Wisconsin dan Universiti Kentucky, Amerika Syarikat, Institute
of Development Economics, Pakistan, Islamic Research Institute, Pakistan

Anugerah : The Islamic Development Bank Award for Islamic Economics


dan King Faysal International Award for Islamic Studies (1989)

SUMBANGAN :
Kepakaran/ sumbangan :Agama, ekonomi Islam,
perbankan Islam
Buku :
Objectives of Islamic Economic Order (1979)
The Islamic Welfare State and Its Role in the Economy
(1979)
Towards a Just Monetary System (1985)
Contributions to Islamic Economic Theory : A Study in
Social Economics (1986)
5.0
KONSEP ASAS EKONOMI
ISLAM

KONSEP PENGELUARAN ISLAM

Definisi Pengeluaran
Satu usaha mengeluarkan barangan dan
perkhidmatan yang terdapat di dalam berbagai
kurniaan Ilahi serta mewujudkan satu aliran
bekalan barangan dan perkhidmatan bagi yang
memerlukan.
Objektif Pengeluaran
meningkatkan kekayaan dan kepuasan
matlamat akhir ialah beribadat kepada Allah untuk mencapai keredhaan
dan al-falah.
meningkatkan kebajikan ekonomi, mengefiseinkan penggunaan sumber
dan memaksimumkan keuntungan adalah jalan untuk mendapatkan
rezeki bagi mencapai objektif tertentu :
1- menyediakan keperluan sendiri secara sederhana
2- memenuhi keperluan orang-orang yang di bawah tanggungannya
3- menyediakan keperluan bagi masa hadapan
4- peruntukan bagi generasi akan datang
4- khidmat sosial dan sumbangan pada jalan Allah

Kepentingan Pengeluaran
ekonomi konvensional:
-pengeluaran meningkatkan taraf hidup masyarakat
melalui peningkatan kebajikan ekonomi dengan
menawarkan sebanyak mungkin barangan ekonomi.
-mencorakkan pengguna sumber secara cekap bagi
imbangi sumber yang ada berbanding kehendak
manusia yang tidak terbatas.

ekonomi Islam:
Allah menyediakan kemudahan di bumi, manusia
wajib mengolah sumber rezeki untuk keperluan
mereka.
S. Al-Mulk :15 yang bermaksud:
Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi
kamu, maka berjalanlah di segenap penjuru dan
makanlah sebahagian dari rezekinya.
Konsep Barangan dan Perkhidmatan
Ekonomi Moden
Barangan ialah sesuatu yang memiliki citarasa dan
nilai ekonomi
Perkhidmatan ialah melaksanakan sesuatu urusan
utama bagi memudahkan aktiviti pengeluran &
pengagihan.

Ekonomi Islam

Barangan & perkhidmatan tidak tertumpu


kepada barangan ekonomi tetapi meliputi juga
barangan kerohanian.

Monzer Khaf : 2 istilah


al-tayyibat : barangan baik & berkembang
al-rizq : anugerah & pemberian Ilahi
Ciri-
Ciri-ciri barangan dalam Islam:
Boleh guna
Berfaedah
Membawa kebaikan kebendaan, moral dan
kerohanian

Jenis Barangan dan Perkhidmatan


Asas Pemilihan :
Ekonomi Moden : Harga, pendapatan & pilihan
alternatif
Ekonomi Islam : Pemilihan jenis berasaskan
matlamat pengguna Muslim.

4 jenis matlamat pengguna


Muslim:
(i) memenuhi keperluan hidup secara sederhana
(ii) penghindaran penggunaan barangan yang dilarang
(iii) penggunaan barangan ekonomi yang tidak boros,
berlebihan dan membazir
(iv) penggunaan serta kepuasan yang terhasil adalah alat
kepada pencapai kepuasan yang hakiki di akhirat.
Hiraki susunan barangan:
barangan:
Barangan Dharuriyyah- asasi
Barangan Hajiyyah - kecekapan
Barangan Tahsiniyyah - keselesaan
Barangan Kamaliyyah kemewahan

Mendahulukan Dharuriyyah dan diikuti


dengan pilihan lain.
Perbelanjaan melebihi Kamaliyyah
dianggap membazir @ merugikan

Jumlah Barangan & perkhidmatan

Islam :
- berdasarkan ketetapan pengeluar ( petunjuk
permintaan pengguna) dan penyeliaan kerajaan
- Penting supaya permintaan & penawaran sentiasa
berasaskan kepentingan hiraki secara teratur
Peranan kerajaan dalam
peruntukan sumber
Supaya pengeluar memperuntukan sumber untuk
pengeluaran barangan dharuriyyah
Untuk mengelak pengeluaran barangan tarafiyyah /
membazir

Peruntukan sumber antara


keluaran
Barangan keperluan

A2 A

A1 B
Barangan selesa /
0 mewah
B1 B2
Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)

Keluk pengeluaran AB
Penduduk padat, kemungkinan kombinasi titik A
Kepentingan umum diutamakan
Sebahagian sumber diguna untuk pengeluaran
dharuriyyah
Sedikit untuk tahsiniyyah/kamaliyyah
Penduduk sedikit
Kemungkinan kombinasi titik B
Sebahagian kecil sumber untuk pengeluaran
dharuriyyah & selebihnya untuk keselesaan

KONSEP PENGGUNAAN
ISLAM

Pendahuluan
Penggunaan adalah berkait rapat dengan
permintaan seperti pengeluaran dan
penawaran.
Penggunaan menggalakkan individu
membelanjakan pendapatan, dan mendorong
untuk meningkatkan lagi pendapatan tersebut.
Definisi Penggunaan
Dari segi bahasa: guna atau pakai
Istilah: perlakuan mengguna barangan dan
perkhidmatan bagi memenuhi keperluan semasa.
Pandangan Islam: berasal dari perkataan istihlaq,
dinyatakan sebagai itlaf ainiaitu melenyapkan zat dan
menghilangkan faedahnya; mengguna pakai sesuatu
benda atau barangan yang boleh memberi faedah bagi
menghasilkan manfaat yang dikehendaki.

Dr. Muhammad Abd. Mu


Muim Ghafar:

- Menggunakan barangan dan perkhidmatan


yang akan memenuhi keperluan manusia dan
citarasa mereka.
- Ia mempunyai tujuan dan matlamat penting
dalam kegiatan ekonomi.

Falsafah Penggunaan
Kemaslahatan
Pemilikan
Pengabdian
Amanah
Kemaslahatan

Keperluan sebenar manusia terhadap barangan dan


perkhidmatan lebih kepada dasar kemaslahatan.
Menurut Imam al-Syatibi, barangan dan
perkhidmatan terhadap 5 asas utama iaitu nyawa,
agama, akal, harta dan keturunan adalah suatu
keperluan penting dalam penggunaan

Pemilikan
Penggunaan sesuatu barangan hanya boleh berlaku
setelah ada pemilikan
definisi al-milk dalam Islam:
Iaitu pengkhususan seseorang terhadap sesuatu
benda yang memungkinkannya untuk bertindak
hukum terhadap benda itu (sesuai dengan
keinginannya) selama tidak ada halangan syarak.

Ini bermakna, apabila seseorang mempunyai


hak milikan, dia bebas menggunakan dan
mengeksploitasi tanpa gangguan selagi tiada
halangan syarak.
Pengabdian
Tujuan penggunaan dalam aktiviti kehidupan ialah
pengabdian diri kepada Allah.
Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:
Bagaimana kamu memperolehi hartamu dan
bagaimana pula kamu membelanjakannya.
Hadis ini berkaitan kedudukan mencari harta dan
ikatan menghambakan diri kepada Allah.

Amanah

Kepenggunaan ialah amanah Allah.


Justeru, segala sikap pengguna perlu terbentuk
dengan baik, dan setiap kehendak perlu dikawal agar
ia tidak melampaui syarak.

PRINSIP-
PRINSIP-PRINSIP
KEPENGGUNAAN

Kebenaran / Hak
Kebersihan & suci
Kesederhanaan
Kemanfaatan & kemaslahatan
Kerohanian & akhlak
Kebenaran / Hak

Islam hanya membenarkan manusia menggunakan


perkara-perkara yang diizikan oleh Allah, baik dari
segi zat, cara, tujuan penggunaan tersebut.
Arak, babi, barangan curi, barangan yang diperolehi
secara penipuan dan penindasan adalah ditegah dalam
Islam.

Begitu juga barangan halal akan menjadi haram


apabila tujuan penggunaannya bukan kerana Alllah,
seperti penyembelihan untuk penyembahan dewa-
dewa, jin syaitan dan sebagainya kerana arah
penggunaan barang tersebut bukan di atas dasar yang
hak.

Kebersihan dan Suci


-Barangan yang digunakan mestilah bersih dan suci,
baik, berguna dan sesuai untuk dimakan(jika
barangan makanan).
-Barangan haram, kotor, bercampur najis, busuk
atau basi adalah barangan yang memudharatkan
yang tidak boleh di gunakan atau dimakan.
-Begitu juga persediaan barangan atau makanan
seperti bekas atau tangan yang digunakan untuk
makan mestilah bersih dan suci daripada sebarang
kekotoran atau najis.
Islam mengharamkan barangan kemas dan sutera bagi
laki-laki yang disabdakan oleh Nabi Muhammmad
s.a.w yang bermaksud:
Kedua-dua ini sutera dan emas haram bagi laki-laki
dari umatku
Begitu juga Rasulullah memberi amaran keras kepada
sesiapa yang menggunakan bekas emas atau perak
untuk makanan.

Kesederhanaan
Islam menganjurkan penggunaan setakat tingkat
minimum supaya dapat mengawal dan menahan
kehendak nafsu dan tidak berlebih-lebihan. Ini jelas
dalam firman Alllah s.w.t yang bermaksud:
Dan juga mereka(yang diredai Allah itu ialah) yang
apabila membelanjakan hartanya, tiada melampaui
batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya)
perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara
kedua-dua cara(boros dan kedekut) itu

Penggunaan yang berlebihan adalah amalan yang dikeji


kerana perbuatan ini merupakan israf(boros) dan tabzir
Islam menganjurkan penggunaan perbelanjaan yang
sederhana dan seimbang yang terletak diantara keborosan
dan kekikiran.
Pertambahan pengeluaran dan pendapatan adalah tidak
seharusnya digunakan untuk peningkatan penggunaan.
Lebihan pendapatan selepas memenuhi keperluan minima
(dharuriyyat) perlu dibelanjakan untuk infak fisabilillah,
bagi membantu keluarga, jiran, fakir miskin, anak yatim
dan orang-orang dalam kesusahan yang perlukan
pertolongan

Kemanfaatan dan Kemaslahatan

Segala anugerah Allah yang halal tidak salah untuk


digunakan selagi ia boleh memberikan manfaat dalam
bentuk ketahan hidup(survival), pemulihan dan
pembentukan kesihatan serta kesempurnaan dalam usaha
mengabdikan diri kepada Allah.
Malah dalam keadaan darurat barangan yang haram pun
dibolehkan asalkan tidak keterlaluan.

Kerohanian dan Akhlak

Penggunaan mesti dapat memenuhi etika, adat kesopanan


dan kelakuan terpuji dengan mengenepikan sifat-sifat
tercela.
Sifat syukur, zikir, fikir dan sabar ada dalam masa
penggunaan. Bersyukur dengan pemberian yang ada sambil
memikirkan nasib mereka yang tidak mendapat peluang ini.
Ingat kepada Allah yang memberikan kita kehidupan
dengan melakukan sesuatu perbuatan dengan kalimah
Bismillah.
Kepentingan Kepenggunaan
Bertepatan dengan kehendak Allah s.w.t
Sederhana
Etika
tidak guna sumber untuk aktiviti haram
Bersederhana & tidak menunjuk-nunjuk
Dapat hapus masalah kekurangan & inflasi

Matlamat
- memilih secara konsisten & berasaskan Syarak
Sistematik
agihan kekayaan secara sistematik berdasarkan
Syariah
Tidak tertumpu kepada satu golongan kecil
sahaja

Kedudukan kehendak dan keperluan


manusia.
Pembentukan Kehendak Manusia
Faktor-faktor terhadap pembentukan kehendak manusia:
Naluri tabii
Tanggungjawab sosial
Pengiklanan
Pembangunan ekonomi
Kesan demonstrasi
Ciri-
Ciri-Ciri Kehendak Manusia:
Manusia:
1- Kehendak tak terbatas
2- Kehendak boleh dipenuhi.
dipenuhi.
3- Kehendak berulang-
berulang-ulang.
ulang.
4- Kehendak saling melengkapi
5- Bersaing.
Bersaing.
6- Bertukar jadi tabiat.
tabiat.
7- Berubah-
Berubah-ubah.
ubah.

Konsep Kehendak & keperluan


Eko. Moden : Kehendak merujuk keperluan
manusia yang disertai keinginan dan kuasa.
Kehendak yang berkesan ialah yang dapat dipenuhi.
Ekonomi Islam : Menekan soal keperluan
bukannya kehendak.

Motif dan Matlamat perlakuan


Pengguna
Ekonomi Islam:
-Pencapaian al-falah melibatkan kejayaan dunia dan
akhirat.
- merujuk kepada pencapaian insan muslim dan merujuk
kepada kejayaan dan kebahagiaan untuk urusan
kebendaan dan kerohaniaan.
- Ia akan tercapai sekiranya individu melaksanakan
suruhan Allah dan meninggalkan larangannya.
Perkara-
Perkara-perkara yang
Mempengaruhi Gelagat Pengguna.
Pengguna.
Keyakinan pada hari akhirat.
Konsep kejayaan dalam Islam.
Konsep harta.
Konsep barangan dan perkhidmatan.
Etika dalam penggunaan.

PRINSIP GELAGAT PENGGUNA:


1. Keyakinan kepada hari Akhirat
Pengguna yakin adanya kehidupan selepas mati dan ia
akan merancang kehidupan dunia dan akhirat
Kesan dunia ialah nilai faedah atau utiliti dapat
dinikmati serta merta (melalui penggunaan barang dan
perkhidmatan)
Kesan akhirat ialah utiliti tertangguh (melalui
penggunaan kerohanian)

2. Konsep kejayaan (al-falah)


Tindakan pengguna untuk mencapai kejayaan
berlandaskan keredhaan Allah semata-mata
:-semua aktiviti dianggap amanah dan
tanggungjawab yang mesti dilakukan
3. Konsep harta (al-mal)
Harta adalah anugerah dan amanah Allah dan mesti
dibelanjakan untuk tujuan yang baik
Penggunaan secara Islam : bukan sekadar berbelanja
untuk kepuasan segera (dunia) tetapi juga
perbelanjaan untuk kepuasan akhirat
4. Konsep barangan dan perkhidmatan
Pemilihan barang : halal, bermanfaat, tidak
memudaratkan (moral dan spiritual)
Kelonggaran penggunaan barang haram ketika
dharurat
(dibenarkan hanya setakat yang diperlukan sahaja)

KONSEP PENGAGIHAN ISLAM

KEPENTINGAN PENGAGIHAN

pengagihan sebagai suatu yang penting


kerana ia memberi implikasi secara langsung
kepada kebajikan manusia.
supaya harta itu jangan hanya beredar di
antara orang-orang kaya sahaja di antara
kamu (surah al-Hasyr ayat 7)
pengagihan fungsian yang melibatkan
faktor tanah dan sewa
Barangsiapa yang mempunyai tanah
lebihan, mestilah mengusahakannya atau
dipinjamkan kepada saudaranya untuk
dimanfaatkan. Jika saudaranya itu enggan
menerimanya, maka dia mestilah
memelihara tanah tersebut
(Sahih Muslim)

Etika Aktiviti Pengagihan

Aspek pengagihan dalam ekonomi Islam


terikat dengan dua etika penting yakni adl dan
ihsan.
...
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu)
berlaku adl dan berbuat ihsan (surah al-
Nahl ayat 90).

aspek keadilan perlu ditegakkan dalam memberi


ganjaran kepada faktor-faktor pengeluaran agar
sesuai dengan sumbangan masing-masing
dalam aktiviti pengeluaran.
Penekanan Islam terhadap aspek ihsan pula,
sedemikian rupa hinggakan dalam sesetengah
keadaan, penghayatan semaksimum mungkin
terhadap konsep ini adalah dianjurkan seperti
mana yang dapat dilihat anjuran al-Sunnah
terhadap pemberian tanah untuk diusahakan
oleh orang lain secara percuma.
Kesan : riba sebagai salah satu ganjaran untuk faktor
pengeluaran dalam ekonomi konvensional tidak
diterimapakai dalam ekonomi Islam.
kerana dilihat dari : (I) neraca keadilan, adalah tidak
adil untuk memperolehi pulangan lebihan secara pasti
terhadap modal yang dipinjamkan kepada pihak lain
yang akan mengusahakan modal tersebut dengan
tertakluk kepada risiko kerugian.
(ii) neraca kebajikan, ia adalah merupakan
penjelmaan amalan buruk mengambil kesempatan di
atas kesempitan orang lain

Matlamat Aktiviti Pengagihan

i) Mewujudkan sebuah sistem ekonomi yang


praktikal
Matlamat ini menekankan agar setiap individu
akan mendapat bahagian masing-masing
selaras dengan tenaga dan sumber-sumber
yang telah dicurahkan

ii) Setiap individu mendapat hak masing-


masing-
masing

Matlamat ini bertujuan untuk membolehkan setiap


individu mendapat hak masing-masing.
Ekonomi Islam tidak hanya memperuntukkan hak
harta kepada mereka yang terlibat secara langsung
dalam proses pengeluaran sahaja malah juga kepada
mereka yang ditetapkan Allah SWT sebagai rakan
kongsi terhadap harta tersebut.
iii) Membasmi penumpuan harta
Islam amat memberi perhatian agar harta
janganlah dibiarkan tertumpu kepada segelintir
golongan manusia sahaja tetapi sebaliknya
mestilah dibenarkan berkisar dalam
masyarakat seberapa luas yang boleh supaya
jurang antara yang kaya dan miskin boleh
dirapatkan.

HARGA FAKTOR DAN PENGAGIHAN


PENDAPATAN DALAM EKONOMI ISLAM
dua golongan manusia yang mempunyai hak
terhadap harta yang dihasilkan :
a) Mereka yang mempunyai hak utama (primer) -
golongan ini merupakan faktor-faktor pengeluaran
yang telah mengambil bahagian dalam proses
pengeluaran.
Hak ini terdapat dalam bentuk upah, sewa dan
untung.

b) Mereka yang mepunyai hak kedua


(sekunder) golongan yang tidak terlibat
secara langsung dalam pengeluaran.
Hak mereka diperolehi melalui ketetapan-
ketetapan yang telah ditetapkan Allah
Subhanahu wa Taala ke atas pengeluar-
pengeluar harta untuk jadikan mereka ini
sebagai rakan kongsi terhadap harta
pengeluar-pengeluar tersebut.
Masing-masing akan mendapat ganjaran
berikut;
i) satu bahagian akan diperuntukkan kepada
modal dalam bentuk untung.
ii) bahagian kedua diperuntukkan kepada
aset-aset fizikal yang terlibat dalam proses
pengeluaran dalam bentuk sewa.
iii)Bahagian ketiga akan diberi kepada
buruh dalam bentuk upah.

PEMILIK HAK SEKUNDER TERHADAP


HARTA
Islam telah menggariskan satu senarai yang panjang
berhubung dengan mereka yang mempunyai hak
sekunder terhadap harta.
Tanggungjawab untuk tujuan yang murni ini tidak
sahaja dibebankan ke atas negara malah melibatkan
ramai pihak.
Bagi mencapai matlamat pengagihan peringkat kedua
ini, Islam telah menetapkan satu sistem yang teratur
dan kemas.

harta secara prinsip, adalah hakmilik Allah SWT


adalah Pencipta sebenar harta dan Dialah yang
menganugerahkan harta tersebut kepada manusia akan
hak pemilikan terhadap harta.

Meskipun manusia adalah pemilik terhadap ganjaran


yang diperolehinya sebagai pulangan dari usahanya,
hakikat sebenar ialah Allah SWT dengan limpah
rahmatNya memberi kepada manusia keupayaan
untuk berusaha dan Dialah juga yang mencipta harta
Dengan ini, manusia adalah tidak bebas
sama sekali untuk menggunakan harta
dengan sewenang-wenangnya dan ia
terikat dengan perintah-perintah Allah
SWT
Manusia adalah bertanggungjawab untuk
membelanjakan harta ini di tempat yang
Allah SWT telah arahkannya.

Asas kefahaman mengenai perkara di atas sekaligus


membawa kepada kedudukan golongan kedua yang turut
berhak terhadap harta kerana kepentingan tertentu selain
daripada faktor-faktor pengeluaran yang terlibat secara
langsung dalam proses pengeluaran.

Menurut Islam, setiap individu dalam golongan kedua ini


adalah juga berhak kepada harta yang dihasilkan kerana
pemilik-pemilik hak utama atau primer terhadap harta
mesti memberi harta tersebut ekoran dari terikat dengan
kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah

Harta-
Harta-harta dalam kategori hak
sekunder
Zakat
Nafaqah
Faraid
Sedekah sunat
Kafarat dan lain-lain
Zakat
Definisi zakat: kadar tertentu yang diberikan kepada
orang yang berhak menerimanya dengan beberapa
syarat tertentu.
Terdapat 2 jenis zakat iaitu Zakat fitrah dan Zakat Harta
Contoh Zakat Harta : zakat pendapatan, zakat
perniagaan, zakat pertanian, zakat wang simpanan,
zakat emas / perak dan lain-lain.
8 penerima zakat : faqir, miskin, amil, muallaf, hamba,
orang berhutang, fi sabilillah dan musafir

Peranan zakat :
a. menghapuskan kemiskinan
b. meluaskan pemilikan harta dan pendapatan
c. mewujudkan keseimbangan ekonomi di
kalangan masyarakat
d. membersihkan jiwa individu dari sifat- sifat
negatif seperti tamak

Nafkah
terbahagi kepada nafkah wajib dan nafkah sunat.
Nafkah wajib termasuklah antaranya, nafkah di jalan Allah SWT
untuk meninggikan agama Islam, zakat dan nafkah terhadap isteri
manakala nafkah sunat termasuklah sedekah dan lain-lain.
Nafkah wajib boleh dikuatkuasakan oleh negara, manakala
nafkah yang lain terpulang kepada hati nurani seseorang dan
sejauhmana taqwa mereka kepada Allah SWT
FARA
FARAID
Menurut istilah syara, faraid adalah bahagian-
bahagian yang telah ditetapkan oleh syara
bagi ahli waris
Ia adalah berkaitan dengan pembahagian
harta pusaka yang ditinggalkan oleh
seseorang yang meninggal dunia kepada
orang-orang yang berhak menerimanya

Bagi laki-laki ada hak bagian dari harta


peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, dan
bagi wanita ada hak bagian (pula) dari harta
peninggalan ibu bapa dan kerabatnya, baik
sedikit atau banyak menurut bahagian yang
telah ditetapkan.
(surah al-Nisaayat 7)

WASIAT
Wasiat adalah pemberian sesuatu hak yang
disandarkan atau dikaitkan kepada sesudah mati
Wasiat tidak boleh dibuat dengan sewenang-
wenangnya dan ia tertakluk kepada peraturan
tertentu.
Antaranya, wasiat tidak boleh dibuat untuk
memperuntukkan harta kepada ahli waris yang
berhak kepada harta pusaka dan wasiat tidak
boleh melebihi satu pertiga daripada keseluruhan
harta
SADAQAH TATAWWU
TATAWWU
(SEDEKAH SUKARELA)

Sedekah sukarela sunat hukumnya pada setiap masa dan waktu


Hadith: Sesiapa yang memberi makan seseorang yang lapar,
Allah akan memberinya makan buahan di Syurga, sesiapa yang
memberi minum seseorang Mukmin yang dahaga, Allah akan
memberinya minuman Syurga Rahiq al-Makhtum pada Hari
Akhirat, sesiapa yang memberi pakaian seseorang Mukmin yang
tidak berpakaian, Allah akan memberi pakaian hijau di Syurga.

WAKAF
Amalan wakaf amat besar ertinya dalam kehidupan
sosio-ekonomi dan keagamaan.
Islam juga meletakkan amalan wakaf sebagai salah
satu macam ibadah yang amat digalakkan.
Hadith : Apabila seseorang meninggal dunia, semua
pahala amalnya terhenti, kecuali tiga macam amalan,
iaitu: Sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak
salih yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk orang
tuanya.

Yang dimaksudkan dengan sedekah


jariyah (sedekah yang mengalir) ialah
menyediakan harta yang tahan lama,
untuk maksud-maksud kebaikan, hingga
manfaatnya dapat terus dinikmati,
meskipun orang yang bersedekah telah
meninggal.
Para ulama telah bersepakat bahawa
yang dimaksudkan dengan sedekah
jariyah itu tidak lain adalan amalan wakaf
Kafarah
Islam mengenakan kafarah ke atas kesalahan-
kesalahan tertentu yang dilakukan di dalam ugama
dengan memberi makan kepada golongan miskin.
Misalnya, kafarah sumpah, kafarah zihar, diat
membunuh tanpa sengaja dan sebagainya

Denda-denda dibayar bukan dalam bentuk wang


yang dibayar kepada mahkamah yang akan
mengkayakan negara
tetapi al-Quran telah menentukan hukuman
tertentu untuk faedah kemanusian misalnya
membebaskan hamba abdi dan memberi makan
kepada golongan miskin.
Dengan cara ini, ia dapat menghapuskan
penyakit-penyakit sosial

PERANAN PERBENDAHARAAN NEGARA


ISLAM BAYT AL-
AL-MAL

Dalam konteks Perbendaharaan Negara di samping


harta zakat, harta-harta lain dalam Bayt al-Mal juga
berfungsi secara positif kepada pengagihan semula
harta.
Harta benda ini termasuklah Kharaj (cukai tanah),
Jizyah (cukai ke atas ahl Dhimmi), Usyur (cukai
perdagangan), Fay (harta yang diperolehi daripada
negara musuh secara aman), Ghanimah (harta
rampasan perang), harta waqf, harta Maadin (hasil
galian dan perlombongan) dan lain-lain
Hubungan sumber Bayt al-Mal dengan
usaha-usaha ke arah pengagihan harta
adalah jelas kerana boleh dikatakan
semua jenis harta yang disimpan di Bayt
al-Mal itu ada hak fakir dan miskin di
dalamnya

BEBERAPA AMALAN YANG DILARANG


DAN IMPLIKASINYA KEPADA
PENGAGIHAN HARTA
Islam melarang beberapa amalan yang jelas
memberi implikasi negatif kepada aspek
pengagihan harta.
Antara amalan ini termasuklah aktiviti riba,
ihtikar (penguasaan dan penyorokkan
barangan keperluan orang ramai), penipuan
dalam aktiviti perniagaan dan sebagainya.

pemerintah berhak campurtangan demi


mewujudkan kemaslahatan masyarakat.
Dalam sejarah Islam, tindakan mencegah
perkara-perkara yang mungkar ini
dimainkan oleh institusi al-Hisbah
KONSEP
PERTUKARAN ISLAM

PEMBENTUKAN KONTRAK
PERTUKARAN
DEFINISI
RUKUN & SYARAT AQAD
IJAB & QABUL
SUBJEK KONTRAK
PIHAK YANG BERKONTRAK

DEFINISI
Kontrak @aqad : ikatan di antara satu pihak yang
menawarkan (ijab) & satu pihak yang menerima
tawaran (qabul) mengikut cara yang disyariatkan
serta sabit kesannya terhadap persetujuan itu
Contoh : jual beli & gadaian
RUKUN & SYARAT AQAD
1. Ijab dan qabul
Ijab adalah tawaran yang dibuat oleh pihak
pertama & qabul pula ialah penerimaan oleh
pihak kedua terhadap tawaran yang dikemukakan
Cara persetujuan: lafaz, tulisan, perbuatan,
isyarat @ lain-lain mengikut keadaan semasa

2. Subjek aqad

syarat berhubung subjek :


i. Dibenarkan oleh hukum syarak
ii. Mesti ada (wujud) sewaktu kontrak dilaksanakan
iii.Mesti diketahui dengan jelas tentang sifat &
spesifikasinya
iv. Mesti ada keupayaan penyerahan barang

3. Pihak yang berkontrak

Kelayakan :
i. Kelayakan untuk menerima @ wajib (ahliyyah al-
wujub)
Merujuk kepada seseorang yang layak menerima
segala hak & tanggungjawab syara
Asas: kemanusiaan & kehidupan
ii. Kelayakan untuk melaksana tugas (ahliyyah al-
adaa)
Merujuk kepada seseorang yang layak
menunaikan segala hak & tanggungjawab syara
Asas: berakal, berfikir @ boleh membuat
perbezaan (tamyiz)

5 peringkat : janin, kanak-kanak, mumayyiz,


baligh & matang (rusyd)
Perkara yang menghilangkan kelayakan : gila,
dungu, pengsan, tidur, mabuk, sakit, mati dll

JENIS-
JENIS-JENIS KONTRAK
i. Kontrak yang sahih
Jenis kontrak yang sempurna rukun-rukun @
syarat-syaratnya
ii. Kontrak yang tidak sahih
Jenis kontrak yang tidak sempurna rukun-rukun
@ syarat-syaratnya
PENAMATAN KONTARK
i. Pembatalan kerana rosaknya kontrak
ii. Tamat tempoh masa
iii. Disebabkan oleh khiyar
iv. Gagal melaksanakan kewajipan dalam kontrak
v. Kematian

KHIYAR (PILIHAN)
Maksud: memilih sama ada meneruskan kontrak
@ sebaliknya dalam sesuatu transaksi
Faedah khiyar:
i. Memberi peluang kepada semua pihak terhadap
transaksi mereka
ii. Mengelak ketidakpuasan & penyesalan
iii. Memuaskan hati semua pihak

Bahagian-
Bahagian-bahagian khiyar
i. Khiyar Majlis
Setiap pihak yang berkontrak mempunyai hak
dalam membatalkan kontrak selama mana berdua
masih berada dalam majlis kontrak@pun salah
seorang daripada mereka memberi pilihan
(khiyar) kepada seorang lagi lalu ia memilih
berkuatkuasanya kontrak itu
2. Khiyar Syarat

Kedua pihak (penjual & pembeli) @ seorang dari mereka


membuat syarat sewaktu aqad
Contoh: pembeli berkata Saya beli barang ini dengan
harga RM100 dengan syarat khiyar selama 2 hari
Tempoh khiyar syarat: tidak boleh lebih dari 3
hari(pandangan Abu Hanifah, Zufar & Syafii)

Penamatan tempoh khiyar syarat

Kontrak diteruskan @ dibatalkan


Berlalunya tempoh khiyar tanpa penerimaan @
tanpa pembatalan
Kerosakan barang yang dikhiyarkan
Berlaku penambahan pada barang yang dijual
Kematian orang yang disyaratkan khiyar untuknya

3. Khiyar Aib

Cacat @ rosak sesuatu barang yang dibeli


Aib (mengikut mazhab Syafii): sesuatu yang
mengurangkan benda @ nilai @ sesuatu yang
menghapuskan tujuan sebenar daripada pembelian
barangan berkenaan
Kaedah-
Kaedah-kaedah mensabitkan sesuatu kecacatan:
kecacatan:

i. Kecacatan yang dapat dilihat secara zahir


Boleh dikenalpasti dengan mudah & jelas dengan
pandangan mata kasar sahaja
ii. Kecacatan yang hanya diketahui oleh pakar

BENTUK-
BENTUK-BENTUK KONTRAK
PERTUKARAN
i. Wadiah
ii. Mudharabah
iii. Musyarakah
iv. Murabahah
v. Ijarah
vi. Al-Rahn
vii. Qarhul hasan

al-
al-Wadiah / Simpanan
Satu kontrak di antara satu pihak yang memiliki
barang dengan pihak yang diamanahkan untuk
menyimpan barang.

Contoh :
Pemilik barang menyerahkan barang kepada
penyimpan untuk disimpan dan akan menyerahkan
balik barang tersebut mengikut ketetapan yang
dipersetujui bersama.
Rukun-
Rukun-rukun al-
al-Wadiah :
i. Pemilik harta
ii. Penyimpan harta
iii. Harta yang disimpan
iv. Sighah (Ijab dan Qabul)

Contoh aplikasi dalam operasi bank :


Akaun Semasa dan Akaun Simpanan.
Perkhidmatan Peti Simpanan

Tanggungjawab bank diasaskan kepada :


i. Amanah (Yad Amanah)
ii. Jaminan (Yad Dhamanah)
Pihak bank bertanggungjawab ke atas keselamatan
barang @ wang yang disimpan di bawah konsep
Jaminan (Yad Dhmanah).
:- Bank boleh menggunakan simpanan (wadiah) &
bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerugian @
kerosakan sama ada secara sengaja @ sebaliknya.

al Mudharabah / perkongsian
untung
Kontrak perkongsian di antara pembekal yang
membekalkan modal dengan pengusaha yang akan
menjalankan usaha / projek.
Rukun al-
al-Mudharabah
i. Pemilik modal
ii. Pengusaha
iii. Modal
iv. Kerja atau projek
v. Untung / rugi
Vi. Sighah (Ijab dan Qabul)

Jenis al-
al-Mudharabah :
Mudharabah Mutlaqah
Pemilik modal memberi kebebasan dan kuasa kepada pengusaha untuk
menjalankan projek tanpa sekatan dari segi masa, tempat, jenis
perusahaan dan pelanggan.
- Sekiranya mendapat kebenaran dari pemilik modal, pengusaha boleh
mencampurkan modal satu Mudharabah dengan Mudharabah yang lain,
dan bermudharabah peringkat kedua dengan pihak ketiga.
- Dalam keadaan ini pengusaha akan menjadi pemodal dalam Mudharabah
peringkat kedua dan pihak ketiga menjadi pengusaha.

Mudharabah Muqayyadah
Di mana usaha dan aktiviti pengusaha dikhususkan
mengikut masa, tempat, jenis perusahaan,
pelanggan dan lain-lain yang tertentu sahaja.
- Oleh itu usaha dan aktiviti pengusaha adalah terikat
dengan had dan syarat tersebut.
Contoh aplikasi: Akaun Pelaburan dan Pembiayaan
projek.

Musyarakah (usahasama)
usahasama)
Musyarakah adalah kontrak perkongsian yang menetapkan
hak di antara dua pihak @ lebih dengan menyumbangkan
modal & keuntungan dibahagi sesama mereka.
Musyarakah @ syarikat merupakan satu gabungan modal
di kalangan ahli bagi membiayai suatu projek. Keuntungan
/ kerugian akan dibahagikan mengikut kadar sumbangan
modal masing-masing.

Rukun Musyarakah
i. Pemegang saham / rakan kongsi
ii. Modal
iii. Projek
iv. Untung / rugi
v. Sighah (Ijab dan Qabul)
Jenis Musyarakah :
Syarikat al-Inan
Ialah perkongsian dua orang atau lebih dari kalangan
mereka yang mempunyai hak tasarruf (hak melakukan
transaksi) dalam pengumpulan sejumlah harta; dalam cara
pembahagian yang dimaklumi; atau dalam bentuk saham
yang ditentukan.
- Mereka bekerja bersama-sama untuk mengembangkan
harta tersebut dan keuntungan yang diperolehi oleh setiap
seorang mengikut modal pelaburan saham mereka. Begitu
juga dalam soal kerugian yang mereka alami.

Syarikat al-Abdan
Ialah perkongsian dua orang atau lebih dalam sesuatu
pekerjaan yang mereka lakukan dengan anggota badan,
misalnya mereka berkongsi melakukan kerja pertukangan,
jahitan dan sebagainya. Hasil keuntungan yang diperolehi
akan dibahagi dua secara separuh atau mengikut
persetujuan masing-masing.

Syarikat al-Wujuh
Ialah perkongsian dua orang atau lebih dalam
pembelian dan penjualan barang
menggunakan jawatan (kedudukan) mereka.
Keuntungan yang diperolehi dan juga
kerugian (sekiranya ada) dibahagi sama antara
mereka berdua.
Syarikat al-Mufawadah
Ialah perkongsian modal di antara dua pihak atau
lebih untuk bekerja dengan syarat setiap pemegang
saham memiliki modal yang sama banyak, hak yang
sama, tanggungjawab yang sama berat,
pembahagian untung yang sama dan sama agama.
Setiap pemegang saham adalah wakil dan penjamin
bagi pemegang saham yang lain dalam urusan
perniagaan syarikat.

Contoh aplikasi: Pembiayaan projek dan surat


kredit.

Mudharabah Musyarakah

Modal daripada satu pihak & Modal daripada semua pihak mengikut
kerja dari satu pihak lain. jumlah saham yang dipersetujui.

Pemodal tidak perlu bekerja Pemegang saham boleh menjalankan


dengan pengusaha. kerja syarikat & boleh diberi ganjaran.

Pemodal menanggung kerugian Kerugian ditanggung bersama oleh


dari sudut modal. pemegang saham.

Modal perlu dalam bentuk tunai. Modal dalam apa jua harta yang boleh
dinilai dengan wang.
Al-
Al-Ijarah (sewaan)
Al-Ijarah ialah satu kontrak menjual manfaat
(gunaan) @ perkhidmatan dengan harga @ bayaran
yang ditetapkan. Kaedah ini digunakan dalam
urusan sewa-menyewa & upah-mengupah.

Rukun Ijarah
i. Pemberi sewa
ii. Penyewa
iii. Harta yang disewa
iv. Manfaat
v. Bayaran sewa
vi. Sighah (Ijab dan qabul)

Jenis Ijarah:
Ijarah:
Ijarah pada Zimmah: Sewaan yang belum ada
barang sewaktu akad dilakukan.
Ijarah pada Ain : Sewaan sesuatu yang ada barang
sewaktu akad dilakukan.
Contoh aplikasi : Sewa penggunaan alat-alat
jentera, bangunan dan komputer
Sewa Upah

Bahan yang diakad ialah Bahan yang diakad ialah


manfaat. kerja & khidmat.

Wujudnya barang yang Kerja yang hendak


disewa spt rumah. dilakukan belum ada
semasa akad.

Perlu ada had tempoh masa Perlu dijelaskan jenis &


penggunaan. kadar perkhidmatan.

WAKALAH (WAKIL)
Perlantikan seseorang mengambil tempat orang
yang mewakil bagi melaksanakan sesuatu tugas
bagi pihaknya.

Kontrak ini memberi kuasa kepada wakil


menjalankan sesuatu kerja bagi pihak yang
diwakilinya.

Rukun Wakalah :
i. Wakil
ii. Pihak yang mewakil
iii. Perkara yang diwakili
iv. Sighah (Ijab & Qabul)
Jenis Wakalah :
Wakalah Mutlaqah : tidak terikat dengan syarat
tertentu (selain syarat yang telah ditetapkan dalam
perjanjian).
Wakalah Muqayyadah : diikat debgan syarat
tertentu, dihadkan masa @ keadaan.

Contoh aplikasi : Surat Kredit

KAFALAH (JAMINAN)
Kafalah ialah jaminan iaitu bertanggungjawab di atas hak
yang sabit ke atas orang lain @ menghadirkan seseorang
yang mempunyai tanggungjawab tertentu untuk diambil
tindakan @ mendapatkan barang ganti kepada pihak yang
berhak
Bermaksud mencantumkan tanggungjawab seseorang
dengan tanggungjawab orang lain.

Rukun Kafalah:
Kafalah:
i. Penjamin
ii. Orang yang dijamin
iii. Orang yang diberi jaminan
iv. Sesuatu yang dijamin
Jenis jaminan:
jaminan:
Jaminan atas diri: iaitu seperti menjamin orang
tertuduh ke mahkamah

Jaminan atas harta : iaitu seperti menjamin di atas


hutang dan keselamatan

Contoh aplikasi : Surat Jaminan

Al-
Al-Rahn (gadaian)
gadaian)
Kontrak yang menjadikan sesuatu barangan sebagai
cagaran bagi sesuatu hutang & menjadi bayaran
sekiranya tidak terdaya membayar hutang nanti.

Rukun al-
al-rahn :
i. Penggadai
ii. Pemegang gadaian
iii. Barang gadaian
iv. Tanggungan gadaian / hutang
v. Sighah (Ijab dan Qabul)

Contoh aplikasi : Pajak gadai Islam.


HIWALAH
Pemindahan hutang dari tangguingjawab seseorang
yang berhutang kepada tanggungjawab pihak lain.

Rukun Hiwalah:
Hiwalah:
i. Pemindahan hutang
ii. Penerima hutang
iii. Tuan punya hutang
iv. Hutang yang dipindah
v. Sighah (Ijab & Qabul)

Jenis Hiwalah :
Hiwalah Mutlaqah
Hiwalah Muqayyadah

Contoh aplikasi : Pemindahan wang


Qardhul Hasan (pinjaman
kebajikan)
kebajikan)
Kontrak hutang yang melibatkan pemindahan hak milik
pemiutang ke atas sejumlah wang atau barang kepada
penghutang yang wajib membayar balik hutang tersebut
apabila cukup tempoh masa yang dipersetujui.
Juga mensyaratkan bayaran balik hutang tanpa sebarang
bayaran lebih dari jumlah hutang. Tetapi penghutang
digalakkan untuk memberi sagu hati atau hadiah kepada
pemiutang apabila menjelaskan hutang.

Rukun Qardhul Hasan:


Hasan:
i. Pemiutang
ii. Penghutang
iii. Hutang (wang atau barang)
iv. Sighah (Ijab dan qabul)

Contoh aplikasi : Demand Draft dan Bil


Penerimaan Islam.

You might also like