You are on page 1of 2

LAPORAN HARI ANUGERAH CEMERLANG 2017

SK SUNGAI RUSA

Pada 17 November 2017 bersamaan hari Jumaat, telah berlangsung program


Hari Anugerah Cemerlang untuk memberi ganjaran khusus kepada murid-murid yang
telah memperoleh keputusan yang cemerlang terutama dalam Penilaian Kendalian
Sekolah Rendah 2 tahun 2017 baru-baru ini.
Majlis ini berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 12.00
tengahari. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohammad Shukor b. Md Zain,
Pengarah Urusan Gandak Engineering Sdn. Bhd. Majlis ini telah berlangsung di
Dewan An-Nursi, SK Sungai Rusa.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustz. Zuwairi b.
Zainal Abidin. Kemudian diikuti oleh ucapan Guru Besar SKSR dan ucapan
perasmian oleh En. Mohammad Shukor b. Md Zain.
Majlis ini disambung dengan bacaan doa oleh saudara Zulhakimi Isma b.
Zulkefli. Penyampian sijil dan hadiah kepada murid pra sekolah dan diikuti
penyampaian hadiah kepada murid Tahap 1.
Selepas itu, persembahan nasyid dari wakil nasyid sekolah dan diteruskan
dengan penyampaian hadiah kepada murid Tahap 2. Selepas itu, diselangi
persembahan murid pra sekolah. Selepas itu, sijil penghargaan diberikan kepada
pengawas-pengawas sekolah dan pengawas-pengawas pusat sumber.
Tokoh SKSR 2017 pada tahun ini ialah Nur Aisyah Athiera bt. Fathi. Waris
pelajar turut hadir bagi memeriahkan majlis disamping memberi penghargaan
kepada beliau. Anugerah ini diberikan kepada murid yang menunjukkan
pencapapaian yang cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik,
kokurikulum malah sahsiah dan kepimpinan sepanjang persekolahan khusunya
tahun 2017.

Laporan disediakan oleh, Tarikh: 20 November 2017

MUHAMAD IKHRAM B. MOHD ALI


AJK DOKUMENTASI HAC SKSR 2017
Warga sekolah mengiringi tetamu Guru Besar bersama tetamu kehormat dan Ahli
kehormat ke Dewan An-Nursi PIBG sekolah

Waris dan bekas pelajar SKSR yang


hadir ke Majlis HAC SKSR 2017

Pengacara serba boleh SKSR yang


tetap dan berpencen

Tokoh Pelajar SKSR bergambar


bersama waris dan Guru Besar

You might also like