You are on page 1of 125

MODUL GEOGRAFI

TINGKATAN SATU

Nota padat dan ringkas


Soalan praktis
Ulangkaji bersepadu
Persembahan visual

Dihasilkan bersama oleh guru-guru Panitia Geografi 2010


1)Pn. Nosin Ngayup@Ngayop
2)Pn. Teng Long Hong
3)Pn. Kartini Bani Tingkatan 1
4)Cik Nurkhairiyah Ramli
5)Pn. Jamaiah Rambli PMR
6)En. Lee Sim Liang
Geografi
7)Pn. Thian Ka In
Kedudukan koordinat
Latihan

0104 Barat Laut


0203 Barat Laut
0504 Timur Laut
0101 Barat Daya
0601 Tenggara
Arah

Unsur Alam Mata Angin Kompas

Matahari Dapat menentukan


Empat arah Empat arah
Bintang mata angin
arah mata angin
mata angin dengan tepat.
utama: perantaraan:
Utara Timur laut
Timur Tenggara
Berpandukan Selatan Barat daya
Barat laut Bagi mendapatkan
matahari: Barat bacaan yang tepat,
Terbit timur kompas perlu:
Terbenam - diorientasikan
Barat elakkan daripada
bahan besi
Arah
Menentukan Arah
Latihan
4. Antara berikut, yang manakah arah mata angin utama?
A. Utara
B. Tenggara
C. Barat daya
D. Barat laut

Soalan 5 dan 6 berdasarkan rajah di bawah


U

5. Arah X ialah
A. timur
B. barat
C. barat daya
D. tenggara

6. Arah Y mungkin sekali


A. timur laut
B. barat daya
C.barat laut
D. tenggara
Latihan

Nisbah antara jarak di atas peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi

1.Pernyataan di atas merujuk kepada


A. skala
B. jarak
C. kedudukan
D. arah

2.Antara berikut yang manakah menunjukkan 1 cm mewakili 3 km?


0 1 2 3 km
A.
0 2 4 6 km
B.
0 3 6 9 km
C.
0 300 600 900 km
D.

3.Apakah unit yang digunakan untuk mengukur jarak mutlak?


I Meter
II Kilometer
III Masa
IV Kos
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Skala ini berbentuk garisan lurus yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang sama rata

4. Pernyataan di atas merujuk kepada


A. skala lurus
B. skala melengkung
C. skala penyata
D. skala pecahan wakilan

5. Apakah alat yang sesuai untuk mengukur panjang sungai?


A. Pembaris
B. Jangka tolok
C. Benang
D. Jangka lukis
Bab 4 Graf
GRAF

Kaedah Mengumpul Data

Pemerhatian
Temu bual
Banci
Soal selidik
Rujukan bahan media

Graf Bar Mudah Graf Garisan

Bil. kereta (buah)


25

20

15

10

0
Jan Feb Mac
Latihan

1. Antara berikut yang manakah kaedah yang boleh diambil untuk mengumpul maklumat?
I Soal selidik
II Pemerhatian
III Merekod
IV Mentafsir
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

Soalan 2 dan 3 berdasarkan jadual di bawah

Sayur-sayuran Pengeluaran (tan)


Sawi 30
Bayam 30
Kacang panjang 10
Cili 5
Timun 25
Jumlah 100
Pengeluaran hasil sayur-sayuran di kebun sayur
Pak Hassan
2. Sayur-sayuran yang manakah paling banyak dikeluarkan dari kebun Pak Hassan?
I Sawi
II Bayam
III Timun
IV Kacang panjang
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

3. Sayur-sayuran yang manakah paling sedikit dikeluarkan dari kebun Pak Hassan?
A. Cili
B. Sawi
C. Timun
D. Bayam
Bab 5 Peta
Latihan

1.Ciri budaya yang manakah menunjukkan simbol keagamaan?

A. C.

B. D.

2.Antara berikut, kombinasi yang manakah benar tentang singkatan?

Singkatan Ciri
I Klk. Klinik
II Bkt. Bukit
III Sg. Sungai
IV Sek. Sekolah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
3. Langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melukis peta lakar ialah
I mengumpul maklumat.
II memilih simbol yang sesuai.
III menentukan skala yang sesuai.
IV menentukan warna yang sesuai.
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

4. Pandang darat fizikal dalam peta merujuk kepada


A. corak guna tanah.
B. bentuk-bentuk muka bumi semula jadi.
C. ciri-ciri muka bumi hasil ciptaan manusia.
D. pengubahsuaian ke atas bentuk muka bumi.
Tanah pamah
Latihan A

1. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang Banjaran Titiwangsa di Malaysia?
I Terletaknya Gunung Tahan
II Terdapat kawasan peranginan
III Merupakan legeh sungai utama
IV Kawasan perlombongan bijih timah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

2. Antara berikut, yang manakah memisahkan Semenanjung Malaysia dari Singapura?

A Selat Melaka
B Selat Tebrau
C Laut Sulu
D Laut China Selatan

3. Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Redang menjadi tarikan pelancong kerana

A keindahan batu karang


B keunikan gua batu kapur
C kekayaan hutan semula jadi
D kepelbagaian bentuk muka bumi
# Terdiri daripada kawasan paya yang luas
# Beralun-alun dan berbukit-bukau
# Penting untuk tanaman getah, kelapa sawit, dan nanas

4. Pernyataan di atas dikaitkan dengan kawasan

A Dataran Kedah-Perlis
B Dataran Kelantan
C Dataran Rajang
D Dataran Johor

5. Kawasan Port Dickson, Cherating dan Desaru dikaitkan dengan kegiatan

A pelancongan
B perlombongan
C perikanan
D pertanian
Latihan B

Tandakan pada pernyataan yang benar dan X pada pernyataan yang salah.

a. Gunung tertinggi di dunia ialah Gunung Kinabalu. X


b. Gunung Tahan terletak di Banjaran Tahan.
C. Gunung Murud terletak di Banjaran Iran. X
D. Banjaran Crocker merupakan banjaran yang tertinggi di Malaysia.
E. Banjaran Andes merupakan banjaran yang terpanjang di dunia.
F. Banjaran Croker merupakan banjaran gunung lipat tua. X
G. Gunung lipat terbentuk melalui proses kuasa tegangan. X
H. Gerbang laut terbentuk kerana proses pemendapan ombak. X
I. Pola reranting terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama keras.
J. Sungai yang terpanjang di dunia ialah Sungai Nil.
K. Sungai Golok ialah sungai sempadan antarabangsa antara Malaysia dan Thailand.
Bab 8 Kesan Kegiatan
Manusia
Terhadap
Alam Sekitar
9.1 Pengaruh Pergerakan Bumi Terhadap Cuaca dan Iklim

Ciri-ciri:
Berputar pada paksinya
Berputar dari barat ke timur
Satu putaran mengambil
masa 24 jam atau 1 hari

A. Putaran Bumi
Kesan:
Matahari terbit di timur dan
terbenam di barat
Kejadian siang dan malam
Pembiasan angin
Berlakunya air pasang dan
air surut setiap hari
B. Peredaran Bumi

Ciri-ciri:
Beredar mengelilingi matahari
mengikut orbitnya
Mengikut lawan pusingan jam
Satu peredaran mengambil
masa 365 hari atau setahun

Kesan:
Kejadian empat musim yang
nyata
Perbezaan ketinggian
matahari yang menyebabkan
berlakunya siang dan malam
yang tidak sama panjang
antara sesuatu tempat
Ekuinoks dan solstis.
Peredaran Bumi dan perubahan musim
9.2 Cuaca dan Iklim Malaysia
Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan khatulistiwa
menyebabkannya:
Mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Mengalami siang dan malam yang hamper sama panjang setiap hari.
Mempunyai suhu yang tinggi dan setara sepanjang tahun.

Ciri Utama Iklim Khatulistiwa


Suhu
Suhu tinggi dan seragam sepanjang tahun.
Min suhu tahunan tinggi, iaitu 27C.
Julat suhu tahunan kecil, iaitu antara 1C hingga 2C.
Julat suhu harian lebih besar
5C hingga 10C di kawasan pinggir pantai
8C hingga 12C di kawasan pedalaman
Sebab-sebab julat suhu tahunan kecil:
Dikelilingi laut yang luas
Menerima hujan lebat sepanjang tahun
Menerima pancaran matahari sepanjang tahun
Kelembapan udara tinggi
Hujan

Hujan Perolakan
Pada hari yang panas, permukaan bumi dipanaskan oleh matahari yang
terik.
Sejatan berlaku dan udara panas naik ke atas.
Pemeluwapan berlaku dan wap air menjadi sejuk dan bertukar menjadi
titisan air.
Titisan air yang bercantum akan membentuk awam kumulonimbus dan
turun sebagai hujan perolakan pada lewat petang.
Hujan perolakan biasanya turun dengan lebatnya disertai kilat dan petir.
Hujan Bukit (relief)

Terjadi apabila lembap dipaksa naik kerana dihalang oleh tanah


tinggi.
Cerun yang menghadap angin menerima hujan lebat.
Kawasan lindungan hujan menerima sedikit hujan.
Dibawa olah Aingin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun
Timur laut.
Angin

Angin Monsun Timur Laut (November-Mac)


Dari bulan November hingga Mac, hemisfera utara (benua Asia) mengalami musim
sejuk dan Australia mengalami musim panas.
Tekanan udara tinggi wujud di benua Asia dan tekanan udara rendah wujud di Australia.
Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.
Oleh itu, angin yang bertiup dari benua Asia merentas Laut China Selatan dan melalui
Malaysia ke Australia.
Angin bertiup dari arah timur laut dan terbias menjadi arah barat laut apabila tiba di
garisan Khatulistiwa.
Angin ini bertiup dari arah timur laut dan dikenali sebagai Angin Monsun Timur Laut.
Angin Monsun Barat Daya (Mei-September)

Dari bulan Mei hingga September, hemisfera utara (benua Asia) mengalami
musim panas dan Australia mengalami musim sejuk.
Tekanan udara tinggi wujud di Australia dan tekanan udara rendah wujud di
benua Asia.
Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.
Oleh itu, angin yang bertiup dari Australia merentas Lautan Hindi dan melalui
Malaysia ke benua Asia.
Selepas melintasi Khatulistiwa, angin ini terbias dan menuju ke Malaysia sebagai
Angin Monsun Barat Daya.
Angin Sumatera

Angin Sumatera berasal dari Pulau Sumatera di Indonesia.


Angin Sumatera juga dikenal sebagai skual.
Angin Sumatera biasanya bertiup pada musim peralihan monsun, iaitu
dari bulan April hingga Mei dan antara bulan September hingga Oktober.
Angin ini bertiup dengan kencang secara tiba-tiba pada waktu malam
hingga subuh
Angin Sumatera membawa hujan lebat ke pantai barat Semenanjung
Malaysia, terutamanya antara Pelabuhan Klang hingga Johor Bahru.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim di Malaysia
A. Kedudukan
Kedudukan Malaysia yang berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa
menyebabkan suhunya tinggi dan sekata sepanjang tahun kerana:
lebih dekat dengan matahari.
pancaran matahari lebih berpusat.
B. Ketinggian dari Aras Laut

Kawasan yang lebih tinggi mengalami suhu yang


lebih rendah.
Kawasan yang lebih rendah mengalami suhu
yang lebih tinggi.
Suhu akan turun 1C bagi setiap kenaikan 165 m.
Lapisan udara yang lebih rendah dan hampir
dengan permukaan bumi lebih banyak dipanaskan
oleh haba dari bumi.
Lapisan udara yang semakin tinggi mendapat
kurang haba dari bumi.
C. Angin Monsun
Angin monsun mempengaruhi taburan hujan di Malaysia
Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya mempengaruhi jumlah hujan
yang diterima.
Angin Monsun Timur Laut (Nov-Mac)
Monsun Timur Laut yang lembap membawa hujan bukit ke
pantai timur Semenanjung Malaysia.
bahagian tengah Banjaran Titiwangsa.
pantai timur laut Sabah.
bahagian pedalaman Sarawak.
Kurang membawa hujan ke kawasan berikut kerana terletak di kawasan
perlindungan hujan
pantai barat Semenanjung Malaysia
sekitar Tawau
pedalaman Sabah
D. Kepulauan dan Kelautan
Negara Malaysia Bebas daripada Fenomena Cuaca yang melampau

1. Kedudukan negara kita yang terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa adalah di luar
kawasan tiupan angin siklon tropika dan Malaysia bebas daripada ancaman taufan dan siklon.
2. Kawasan yang dipengaruhi oleh angin siklon tropika terletak di antara garisan lintang 6U
hingga 20U.
3. Siklon tropika dikenal dengan pelbagai nama di kawasan berlainan:
Amerika Syarikat Hurikan
Australia Willy-willy
Asia Timur Taufan
Latihan

BAHAGIAN A: SOALAN OBJEKTIF

Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat bagi soalan-soalan yang berikut.

1. Bumi berputar mengikut arah dari


A. Barat ke utara
B. Barat ke timur
C. Timur ke barat
D. Selatan ke utara

Soalan 2 berdasarkan maklumat di bawah.

Permukaan bumi panas


Hujan lewat pada waktu petang
Kilat dan petir

2. Maklumat di atas dikaitkan dengan hujan

A. Relief
B. Asid
C. Bukit
D. Perolakan
Udara bergerak dari kawasan tekanan tinggi di benua Asia
ke kawasan tekanan rendah di Australia.

3. Angin yang terbentuk akibat proses di atas ialah

A. Monsun Timur Laut


B. Monsun Tenggara
C. Monsun Barat Daya
D. Monsun Barat Laut

4. Antara yang berikut, lokasi yang manakah mengalami suhu yang paling rendah?

A. Kuala Lumpur
B. Bukit Fraser
C. Ipoh
D. Kuching

5. Faktor kepulauan mempengaruhi cuaca dan iklim Malaysia kerana


I berlaku ribut siklon
II menyederhanakan suhu
III berlaku bayu laut
IV julat suhu di dataran pantai kecil

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
6. Pernyataan yang manakah benar menerangkan hujan di Malaysia?

I Taburan hujan adalah sekata


II Purata hujan tahunan ialah 2600mm
III Hujan turun sepanjang tahun
IV Hujan maksimum pada musim peralihan monsun
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

7. Pernyataan manakah yang benar tentang putaran bumi?

I Bumi berputar dari barat ke timur


II Putaran lengkap bumi mengambil masa 24 jam
III Putaran bumi menyebabkan kejadian empat musim dalam setahun
IV Kejadian waktu siang dan malam yang tidak sama panjang disebabkan oleh putaran bumi
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

8. Kejadian empat musim disebabkan oleh

A. Tiupan angin monsun


B. Putaran bumi pada paksinya
C. Peredaran bumi mengelilingi bulan
D. Peredaran bumi mengelilingi matahari
9. Maklumat berikut merujuk

Berlaku pada 21 Mac


Pancaran matahari tengah hari tepat pada
Garisan Khatulistiwa

A. solstis musim sejuk


B. solstis musim panas
C. ekuinoks musim luruh
D. ekuinoks musim bunga

10. Pernyataan manakah benar tentang ciri iklim di Malaysia?

I Julat suhu tahunan kecil, iaitu 1C hingga 2C


II Jumlah hujan tahunan kurang 2000mm
III Suhu rendah dan tidak sekata
IV Min suhu tahunan 27C

A. I dan II C II dan III


B. I dan IV D III dan IV
Bahagian B : Soalan Subjektif
Jawab soalan-soalan yang berikut berdasarkan rajah yang diberikan.

Bayu darat sejuk panas menyederhanakan udara tinggi bayu laut


Udara rendah udara tinggi udara rendah

panas
1. (a) Pada waktu siang, udara di daratan lebih cepat _________________________.
udara rendah
(b) Udara panas mewujudkan kawasan tekanan ___________________________.
udara tinggi
(c) Kawasan laut yang lebih sejuk menjadi kawasan tekanan ____________________.
Bayu laut
(d) Udara sejuk bertiup dari laut membentuk _____________________________.
menyederhanakan
(e) Bayu ini _______________________ suhu di daratan.
sejuk
2. (a) Pada waktu malam, udara di daratan cepat ________________________.
Udara tinggi
(b) Udara sejuk mewujudkan kawasan tekanan ________________________.
(c) Air laut perlahan-lahan melepaskan habanya membentuk kawasan tekanan
Udara rendah
________________.
Bayu darat
(d) Udara bertiup dari daratan ke laut dikenal sebagai ____________________.
Latihan
permukaan bumi
ultraungu

gas CFC

alat pendingin udara


mata
kulit
hasil tanaman
banjir

X
X
/
/

X
X
Hujan asid

Jerebu

Kesan rumah
hijau

Penipisan
lapisan ozon

Peningkatan
suhu

Pulau haba
Hutan Hujan Tropika : Profil Panjang Hutan Hujan Tropika
Latihan

Tasik Chini dan Tasik Bera

1. Apakah jenis tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada kawasan di atas?


A Hutan pantai
B Hutan gunung
C Hutan paya air masin
D Hutan paya air tawar

Beruang
Tapir
Tenggiling

2. Hidupan liar di atas terdapat di kawasan


A hutan paya
B Hutan pantai
C Hutan khatulistiwa
D Hutan monsun tropika

Soalan 3 berdasarkan peta di bawah


Pokok ru
Pokok kelapa
Pokok renek

3. Senarai pokok di atas banyak terdapat di kawasan yang bertanda


A I C III
B II D IV

4. Pilih kombinasi yang benar tentang jenis pokok dan jenis hutan
Hutan Pokok
A
Hujan tropika Tapak Kuda
B Gunung Kelapa
C Paya bakau Perapat

D Pantai Gelam

5. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri hutan hujan tropika?


I Mempunyai empat lapisan
II Tumbuh jarang-jarang
III Berakar banir
IV Terdapat banyak pokok menumpang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Negara-negara lain
Latihan

Berdasarkan peta di bawah, lengkapkan jadual dengan jawapan yang sesuai.

Kaktus, pokok palam, kurma, samun


Unta, tikus, jerboa ular
berduri, rumput kasar
Rosemary, lavender, laurel, martel Rusa merah, kucing liar, serigala
Arnab artik, beruang kutub karibu,
Willow, heath, kulampair
musang artik
Jati, penaga, mahagoni, cendana, sal Harimau, gajah, burung
Kepentingan Huraian
- Mengimbangi ekosistem hutan melibatkan interaksi biotik
(benda hidup) dan abiotik (benda bukan hidup)
Ekosistem hutan
- Membekalkan pelbagai sumber tenaga dan makanan kepada
tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar.
- Tempat tinggal semula jadi dan sumber makanan hidupan liar
Habitat flora dan fauna - Tumbuh-tumbuhan dan haiwan hidup secarasaling
bergantungan dengan membentuk 1 rantaian makanan.
- Mengumpul air hujan, menapis air dan membekalkan sumber
air
Kawasan tadahan
- Tumbuh-tumbuhan dalam hutan yang tebal menyerap air hujan
hujan
dan memperlahankan pengalirannya di permukaan bumi
sebelum mengalir ke sungai atau tasik.
- Akar pokok mencengkam tanah menghalang kejadian tanah
Penghalang hakisan
runtuh dan hakisan tanah.
- Habitat serta sumber makanan hidupan laut seperti ketam,
Pembiakan hidupan ikan dan udang
laut - Celah-celah akar pokok bakau menjadi tempat perlindungan
telur atau hidupan laut daripada pukulan ombak yang kuat.
- Sumber pendapatan negara dan bahan mentah industri.
Contohnya:
Kayu keras (cengal dan nyatuh) membuat perabot
Sumber perhutanan
Rotan dan buluh membuat kraf tangan dan perabot
Kayu bakau membuat cerucuk dan kayu arang
Daun nipah membuat atap.
- Digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai
jenis penyakit. Contohnya:
Sumber perubatan Petai merawat penyakit buah pinggang
tradisional BungaRaya meredakan batuk
Pokok Setawar merawat penyakit buasir
Tongkat Ali merawat kencing manis dan tekanan darah tinggi.
- Menjadi daya tarikan pelancong kerana:
keindahan alam semula jadi
Kawasan
keadaan yang nyaman, redup dan udara yang segar
ekopelancongan
pelbagai jenis flora dan fauna yang unik
- Contohnya Taman Negara Pahang dan Gunung Ledang di Johor.
- Pokok yang menghijau membebaskan wap-wap air melalui proses
transpirasi.
- Keadaan ini melembabkan udara dan menyederhanakan suhu.
Menyederhanakan suhu Keadaan yang lembap membersihkan udara daripada
pencemaran.
- Membekalkan oksigen dan menyerap karbon dioksida melalui
fotosintesis.
- Daun, dahan dan ranting yang jatuh ke tanah mereput dan
Sumber nutrien
diuraikan oleh mikroorganisma.
- Bagi mengelakkan hidupan liar daripada pupus. Contohnya:
Hutan Endau-Rompin di Johor badak sumbu
Perlindungan hidupan
Hutan Simpan Kabili, Sepilok orang utan
liar
Hutan Simpan Kuala Gandah gajah
Hutan Perlindungan Hidupan Liar Krau seladang.
LATIHAN
Soalan Subjektif

mengumpulkan
berongga
empangan

air
akuifer
jernih

mata air
Soalan Objektif

1. Saling kaitan antara organisma hidup dengan habitatnya dikenali sebagai


A. ekopelancongan
B. akuakultur
C. ekosistem
D. Ekologi

2. Kawasan-kawasan yang berlorek dalam Peta 5 penting sebagai kawasan

A. tadahan hujan
B. tempat perlombongan
C. tempat perumahan
D. pertanian secara komersial
3. Apakah kepentingan hutan paya bakau di Malaysia?
I Penghalang hakisan
II Sumber bahan binaan
III Kawasan tadahan hujan
IV Habitat hidupan liar

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

Soalan 4 dan Soalan 5 berdasarkan peta di bawah.

4. Tumbuhan semula jadi yang ditemui di kawasan berlorek I, II, III dan IV digunakan
untuk membuat
I perabot III arang kayu
II cerucuk IV tikar
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
5. Antara berikut, kawasan yang manakah merupakan taman bagi
perlindungan dan ditubuhkan khas untuk melindungi orang utan?
A. P C. R
B. Q D. S
KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP TUMBUH-TUMBUHAN
SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR

Ketidakseimbangan Kepupusan tumbuh- Ketandusan tanih Hakisan tanah,


ekosistem tumbuhan semula jadi dan pencemaran air dan banjir
hidupan liar Penebangan hutan tanpa
penanaman semula Penebangan yang
Habitat flora dan fauna Penebangan hutan untuk menyebabkan proses berlebihan menyebabkan
terjejas pertanian, pembalakan, pembentukan humus dan struktur tanih longgar
Proses rantaian makanan petempatan, perinduatrian dan penguraian terhenti Permukaan tanah hilang
terjejas pembangunan prasarana Kandungan nutrien tanih litupan lalu terdedah kepada
Kepupusan tumbuhan menyebabkan kepupusan hilang agen hakisan
semula jadi dan spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi Tanih menjadi tidak subur Kejadian tanah runtuh
hidupan liar dan hidupan liar Tanih menjadi tandus bertambah
Pemburuan haram Banjir mudah berlaku
menyebabkan spesies hidupan apabila hujan lebat
liar kian pupus Mendapan di dasar sungai
bertambah
Air sungai berkelodak
Pencemaran udara Sungai cetek dan air limpah
ke kawasan sekitar
Kegiatan menebang hutan dan
pertanian pindah
Suhu meningkat
membebaskan asap, habuk,
dan debu yang menyebabkan Kawasan tadahan air
pencemaran udara Permukaan bumi panas berkurangan
Udara berjerebu akibat kerana tiada litupan tumbuh-
pembakaran hutan tumbuhan Penebangan hutan di kawasan
Proses transpirasi semakin tanah tinggi menyebabkan
Pencemaran air berkurangan kawasan tadahan hujan musnah
Kelembapan udara menurun Sungai menjadi kering
Penggunaan racun serangga Berlaku krisis bekalan air
Kekurangan pokok
dan baja kimia berlebihan Kegiatan penebangan hutan
menyebabkan kandungan
mencemarkan air menyebabkan kadar serapan
karbon dioksida dalam udara
Hidupan akuatik pupus dan penyimpanan air dalam
meningkat
Sungai tercemar akibat tanih berkurangan
pemendapan kelodak dan
mineral dalam perlombongan
Penerokaan sumber hutan boleh menyebabkan kepupusan flora dan fauna kehilangan habitat untuk membiak dan
kekurangan sumber makanan.

Penebangan hutan menyebabkan proses humus dan penguraian terhenti kerana lapisan tanah terdedah kepada
hakisan air. Proses ini dikenali sebagai proses larut-resap.

Penebangan hutan menyebabkan kejadian banjir kerana larian air ke sungai sangat deras yang sekaligus
menyebabkan air sungai melimpah. Faktor ini juga boleh menyebabkan banjir lumpur.
LATIHAN
1. Apakah faktor yang menyebabkan kepupusan flora dan fauna di
Malaysia?
I perindustrian III pembalakan
II hujan asid IV pertanian pindah
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

2. Proses larut resap melibatkan...


A. pemecahan batu
B. larutan nutrien dan mineral
C. pemusnahan lapisan humus
D.tanih menampung banyak air

3. Apakah aktiviti manusia yang menyebabkan kepupusan haiwan dalam gambar di


bawah?

A. Pembinaan empangan
B. Pemburuan haram
C. Penanaman secara ladang
D. Pembinaan kemudahan pengairan
4. Mengapakah suhu udara di kawasan hutan yang telah ditebang mengalami peningkatan
sebanyak 2C - 4C?
A. Kandungan wap air menurun
B. Jumlah hidupan liar bertambah
C. Angin bertiup dengan perlahan
D. Aliran permukaan bumi menjadi deras

5. Apakah kesan yang dialami di udara selepas kejadian dalam gambar berikut?

I suhu disederhanakan
II suhu meningkat
III angin bertiup lebih cepat
IV kelembapan udara meningkat

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV
6. Bekalan pokok kayu cengal dan merbau berkurang walaupun penanaman semula
dijalankan. Mengapakah hal ini berlaku?
A. Memerlukan banyak cahaya matahari
B. Tanih tidak subur
C. Permintaan rendah
D. Mengambil masa lama untuk membesar

7. Pokok Tongkat Ali ialah sejenis spesies tumbuhan


A. Fitokimia C. Fitologi
B. Fitokultur D. Fitokrap

Banjir lumpur di Sungai Sungkai, Perak pada


tahun 2000
Banjir kilat di Bandaraya Kuala Lumpur pada
tahun 2001

8. Apakah aktiviti manusia yang menyebabkan bencana di atas?


I pertanian
II penebangan hutan
III pembinaan petempatan
IV pembinaan empangan

A. I dan II C. III dan IV


B. II dan III D. I dan IV
9. Antara berikut kombinasi yang manakah adalah benar?
Kesan kegiatan
Langkah mengatasi
ekonomi
Pemusnahan habitat Menyediakan kawasan
I
haiwan perlindungan
Kemerosotan kualiti
II Rawatan kumbahan air
air sungai
Kesuburan tanih
III Membina teres
berkurangan
Penguatkuasaan undang-
IV Pencemaran udara
undang

A. I, II dan III C. I, III dan IV


B. I, II dan IV D. II, III dan IV

10. Antara berikut, manakah merupakan kesan penerokaan di kawasan tanah tinggi?
I hakisan III pemendapan
II banjir kilat IV gelongsoran tanih

A. I dan II C. III dan IV


B. II dan III D. I dan IV
PEMELIHARAAN KEPENTINGAN PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN HUTAN
Langkah atau usaha
mengekalkan hutan yang sedia a) Mengelakkan ancaman terhadap hidupan liar
ada supaya tidak musnah.
b) Mengekalkan keadaan hutan dan tumbuh-
tumbuhan semula jadi seperti keadaan asalnya
PEMULIHARAAN
c) Mengekalkan kawasan tadahan semula jadi
Langkah atau usaha d) Mengelakkan kejadian hakisan tanih
memperbaiki dan memulihkan
kawasan hutan yang telah e) Membersihkan udara, menyederhanakan suhu
diteroka kepada keadaan semula dan cuaca.
jadinya.
LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Kepentingan Huraian
- Kawasan perlindungan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar
- Pembalakan dan pemburuan tidak dibenarkan di kawasan
Mewartakan hutan simpan
simpan
dan taman negara
- Contohnya:
Taman Negara Endau-Rompin
Taman Negara Kinabalu
- Kerajaan mendirikan taman laut dan pusat perlindungan
hidupan liar untuk melindungi hidupan tertentu yang
Menubuhkan taman laut menghadapi ancaman kepupusan
dan pusat - Contohnya:
perlindungan hidupan Hutan Simpan Kuala Gandah di Pahang (gajah)
liar Kawasan Perlindungan Burung Kuala Gula (burung)
Taman Perlindungan Penyu Rantau Abang di Terengganu
(penyu)
- Mengawal kegiatan pembalakan haram
- Mengehadkan pengeluaran lesen memburu dan membalak
Penguatkuasaan undang-
- Contohnya:
undang
Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972
Akta Perhutanan Negara 1984 9pindaan 1993)
- Memastikan bekalan kayu-kayan berterusan
Penubuhan ladang hutan
- Mengurangkan penebangan pokok di hutan asli

- Kawasan hutan yang ditebang akan ditanam semula dengan


Penghutanan semula pokok yang cepat membesar dan tahan penyakit seperti
akasia, yemane, batai dan jati

- Dijalankan di ladang-ladang hutan


- Rawatan melibatkan kaedah menebas sekeliling anak pokok
serta kaedah pergelangan racun pada pangkal pokok
Rawatan silvikultur
- Memastikan pokok yang berharga sahaja diberi peluang untuk
membesar
- Contoh : Hutan Tekam di Pahang

- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menjalankan


Penyelidikan baka kajian dan penyelidikan tentang perkembangan hutan di
tumbuhan (R&D) Malaysia dan baka spesies yang digunakan dal;am program
penanaman semula

- Kitar semula
- Supaya masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk
Kempen kesedaran alam
menjaga alam sekitar
dan pendidikan alam
- Kelab Alam Sekitar dan Persatuan Pencinta Alam ditubuhkan di
sekitar
sekolah bagi menyedarkan pelajar tentang kepentingan
memelihara dan memulihara hutan bagi generasi akan datang
LATIHAN

Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang paling sesuai:
Hidupan liar yang
Kawasan perlindungan
dilindungi
1. Hutan Simpan Endau-Rompin di Johor Badak sumbu
2. Hutan Simpan Kuala Gandah di Temerloh,
Gajah
Pahang
3. Hutan Simpan Kabili, Sepilok di Sabah Orang utan
4. Kawasan Perlindungan Burung di Kuala Gula,
Burung
Perak
5. Hutan Perlindungan Hidupan Liar di Krau,
Seladang
Pahang

1. Agensi kerajaan manakah yang bertanggungjawab untuk melindungi hidupan liar di


Malaysia?
A. FRIM C. PERHILITAN
B. FELCRA D. Jabatan Perhutanan Negara

2. Apakah tujuan rawatan silvikultur dijalankan?


A. Mengawal pembalakan dan pemburuan haram
B. Memelihara spesies pokok yang semakin pupus
C. Menampung bekalan sumber hutan untuk jangka masa panjang
D. Memastikan pokok hutan mendapat tumbesaran maksimum
Soalan 3 hingga Soalan 5 adalah berdasarkan pilihan jawapan berikut:
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau


Sipadan dan Pulau Perhentian

3. Pernyataan di atas mungkin sekali dapat dikaitkan dengan


I kawasan paya bakau yang luas
II kawasan taman laut yang cantik
III kawasan perlindungan hidupan akuatik
IV kawasan pinggir pantai yang terlindung
Jawapan: B

4. Apakah langkah-langkah pemuliharaan tumbuh-tumbuhan semula jadi?


I pembinaan empangan di tanah tinggi
II pemberian lesen pembalakan
III penanaman semua hutan
IV penubuhan hutan simpan
Jawapan: C

5. Antara yang berikut, agensi manakah yang berusaha memberi kesedaran kepada
orang ramai tentang pentingnya memelihara alam sekitar?
I Persatuan Pencinta Alam (MNS)
II Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF
III Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
IV Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara
Jawapan: A

You might also like