You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Program Orentasi Sekolah merupakan satu program yang mendedahkan alam


persekolahan kepada guru. Tujuan utama aktiviti Program Orientasi Sekolah (POS) ini adalah
untuk memerhatikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dilaksanakan oleh guru-guru berpengalaman di sebuah bilik darjah bagi sekolah yang
dilawati. Program Orientasi Sekolah (POS) talah dijalankan pada 10 November 2017 di
sebuah sekolah menengah sekitar Negeri Selangor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Selayang, Batu Caves. Program ini juga dijalankan di bawah subjek KPD3016 Pengajaran,
Teknologi dan Penaksiran. Seramai 32 oang pelajar KPD3026 dan diiringi oleh seorang
pensyarah iaitu Dr Che Ghani daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris telah terlibat
dengan program ini.

Fokus utama saya memilih sekolah ini sebagai tempat bagi menjalankan Program
Orientasi Sekolah (POS) kerana sekolah ini menawarkan Program Pendidikan Asas
Vokasional (PAV) seiring dengan bidang yang saya pilih iaitu Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Ekonomi Rumah Tangga (ERT).

Pendidikan Asas Vokasional (PAV) telah dilaksanakan mulai tahun 2012 bagi murid
Tingkatan 1 di 15 buah sekolah menengah yang terpilih berdasarkan kepada kritera yang
tertentu dan ia merupakan satu program yang diaadakan bagi memberi peluang pendidikan
kepada yang cenderung, berbakat dalam bidang vokasional. Selepas menamatkan PAV di
Tingkatan 3, murid berpeluang meningkatkan tahap kemahiran di Institut Latihan Kemahiran
Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) ke peringkat SKM Tahap 3
dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 di Institut Latihan Perindustrian (ILP),
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Advanced Technology Training Centre (ADTEC),
Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Construction Industry Development Board (CIDB)
dan lain-lain institute dibawah tanggungjawab KPM. Murid lepasan PAV di akhir Tingkatan
3 juga berpeluang ke program secara perantisan di Kolej Vokasional (KV). Berbekalkan
pelaporan deskriptif Pendidikan Asas Vokasional dan SKM, murid boleh meneruskan kerjaya
di sektor awam dan swasta. Murid PAV yang bertukar ke sekolah lain yang tidak
menawarkan PAV boleh meneruskan pengajian aliran arus perdana.

1
2.0 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN SEKOLAH

CARTA ORGANISASI UNIT KURIKULUM SMK SERI SELAYANG

PENGETUA

GURU BIMBINGAN

PENOLONG PENOLONG PENOLONG


PENOLONG PENOLONG
KANAN KANAN KANAN
KANAN HEM KANAN PETANG
PENTADBIRAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS

GKMP SAINS & GKMP TEKNIK & GKMP SAINS


GKMP BAHASA
MATEMATIK VOKASIONAL KEMASYARAKATAN

KETUA PANITIA KETUA PANITIA KETUA PANITIA KETUA PANITIA

*Sejarah
*Sains *Geografi
*Matematik *Prinsip *Pendidikan Islam
*Bahasa Melayu *Matematik *Perakaunan
*Pendidikan Moral
*Bahasa Inggeris Tambahan *Perdagangan
*Pendidkan Sivik &
*Bahasa Cina *Fizik *Kemahiran Hidup Kewargenagaraan
*Bahasa Tamil *Biologi Bersepadu
*Pendidikan
*Bahasa Arab *Kimia *PAV Jasmani &
*Ekonomi Asas Pendidikan
Kesihatan
*Pendidikan Seni
Visual

2
3.0 PERANAN PENGETUA SMK SERI SELAYANG

a. Bertanggunjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan


pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan.
b. Bertanggunjaab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewagan sekolah.
c. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

Pengurus Kurimulum-Kerja Ikhtisas.

a. Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi
Kementerian Pendidikan.
b. Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
c. Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran
mengikut perancanagan waktu yang telah ditetapkan.
d. Menetukan kualiti dan kuantii kerja pelajar serta pemeriksaan buku pelajar.
e. Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan pemerikaan dilaksanakan.
f. Menyelia dan mencerap proses pengajaran dan pembelajaran.
g. Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku
Kedatangan Pelajar dan buk kegiatan kokurikulum dari masa ke masa.
h. Menentukan dasar tugas pengajaran dan guru bagi penyediaan jadual waktu.
i. Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan startegi dan program pendidikan
dengan berkesan.

4.0 PERANAN GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

a. Menjalankan Segala tugas dan tanggunjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru
Besar dan GPK Pentadbiran.
b. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang
pengkhususan mengikut arahan daripada Guru Besar dari semasa ke semasa.
c. Bertanggunjawab kepada Guru Besar dalam soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin,
bimbingan dan kaunseling.
d. Memastikan bahawa keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut
prosedur dan peraturan.
e. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan
kakitangan bukan guru.

3
f. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar
perjalanannya menjadi lebih berkesan.

5.0 PERANAN GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN


a. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
b. Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru sekolah.
c. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurursan sekolah.
d. Menyemak laporan guru bertugas harian dan mingguan.
e. Merancang dan menyelenggarakan bangunan dan keselamatan harta benda sekolah.
f. Membantu meyelenggara dan menyelaras kutipan data serta perangkaan.
g. Membantu merancang takwin sekolah.
h. Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
i. Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
j. Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah.
k. Menyelaras semua kativiti sekolah seperti Hari Ucapan, Mesyuarat Agung PIBG dan
lain-lain.

4
6.0 PANITIA

Panitia merupakan sekumpulan guru yang bertanggunjawab dalam mengajar sesuatu


matapelajaran. Seorang daripada guru daripada kumpulan ini akan dilantik sebagai ketua
Panitia. Dalam organisasi bengkel, Ketua Panitia adalah orang penting untuk mencapai
matlamat pengurusan

TANGGUNJAWAB KETUA PANITIA PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

Ketua panitia berperanan dalam mengurus, merancang dan memastikan perjalanan


proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran di sekolah. Di antara tanggunjawab ketua
panitia adalah:

a. Menyelaras sukatan dan rancangan pelajaran, mingguan, bulanan dan semester.


b. Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong
Kanan.
c. Membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pesanan.
d. Membuat pembahagian tugas mengajar, pengurusan, penyelenggaraan dan
keselamatan bengkel kepada semua ahli panitia.
e. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar yang dikemaskini.
f. Menjalankan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sepenggal sekali dan lebih kerap
jika perlu.
g. Menguruskan sesi perkembangan staf.
h. Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Asas Vokasional
(PAV) dan mengkaji serta mencari jalan untuk meningkatkan taraf pencapaian.
i. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap kelas jika
diperlukan.

5
7.0 REFLEKSI SECARA KRITIKAL

Berdasarkan tujuan utama Program Orientasi Sekolah ini dijalankan iaitu saya dapat
mendedahkan diri kepada alam persekolahan. Hal ini kerana, saya telah diberi pelbagai
taklimat daripada guru yang berpengalaman di sekolah tersebut iaitu Puan Nur Afizah Binti
Abu Hassan selaku Penyelaras Pendidikan Asas Vokasional di Sekolah Menengah Seri
Selayang. Beliau banyak berkongsi pengalaman sepanjang berkhidmat dalam bidang ini
terutamanya apabila perlu berhadapan dengan cabaran-cabaran lain yang melibatkan masalah
murid sekolah. Oleh itu, saya dapat memanfaatkan ilmu yang dicurahkan oleh beliau untuk
persediaan apabila menjadi guru kelak.

Dalam Program Orientasi Sekolah ini juga, pihak Sekolah Menengah Seri Selayang telah
mengadakan sesi pertandingan berasaskan Pendidikan Asas Vokasional antara pelajar
sekolah dengan pihak kami. Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah Pertandingan
Melakar Stail Pakaian, Pertandingan Menjahit Sulaman Tangan dan Pertandingan kenali
Mesin Kita.Melalui pertandingan ini, saya dapat membuat pemerhatian bahawa pelajar
Pendidikan Asas Vokasional di Sekolah Menengah Seri Selayang ini amat mahir dalam
mengendalikan bidang yang mereka pelajari iaitu asas kepada jahitan. Selain itu juga, saya
dapat mengenalpasti kemampuan dan kemahiran murid sekolah ini untuk dijadikan garis
panduan apabila menjadi guru di mana-mana sekolah yang menumpukan kepada bidang ini
kelak.

Disamping itu, saya juga telah diberikan pendedahan yang mendalam mengenai
persekitan pengajaran dan pembelajaran yang menjalankan Pendidikan Asas Vokasional.
Semasa membuat Program Orientasi Sekolah ini, Puan Nur Afizah selaku Penyelaras
Pendidikan Asas Vokasional telah memberi taklimat mengenai isu-isu yang melibatkan
Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Melalui pendedahan awal ini, secara tiadak langsung
saya akan dapat mempersiapkan diri

Sebagai perancangan untuk menjadi guru yang lebih baik pada masa hadapan, saya akan
memastikan mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang yang diajar
kepada murid supaya ilmu yang disampaikan mudah diterima dan difahami. Hal ini demikian
kerana, untuk menjadi guru yang baik saya bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan
malah perlu kreatif atau berseni dalam menyampaikannya kepada anak murid. Setiap guru
mempunyai seni masing-masing yang akan menjadi daya penarik kepada murid

6
8.0 LAMPIRAN

(Aktiviti sepanjang program)

Gambar 1: Sesi taklimat yang diberikan oleh pihak sekolah mengenai PAV.

7
Gambar 2: Sesi lawatan melihat hasil kerja para pelajar.

8
Gambar 3: aktiviti sepanjang pertandingan Hari Terbuka PAV

9
Gambar 4: Penyampaian hadiah dan sesi bergambar

10

You might also like