You are on page 1of 3

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH MENENGAH LOKMAN HAKIM


MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN BIL.1/2017

Tarikh : 11 JANUARI 2017


Masa : 2.30 TENGAHARI
Tempat : Bilik Fail
Pengerusi : En. Adzmi Bin Mahabob
Kehadiran (Bilangan) : 3 orang
1. En Adzmi B Mahabob
2. Pn Zuwirawati Bt Mohd Zubir
3. Pn Nor Haswati Bt Hosman
Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 KATA-KATA ALUAN
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada semua
guru yang hadir.

2 PENYEDIAAN CARTA ORGANISASI


2.1 Pn. Nor Haswati Binti Hosman telah dilantik menjadi setiausaha panitia dan
disokong oleh ketua panitia.
2.2 Pn. Nor Haswati Binti Hosman dilantik sebagai Penyelaras Tingkatan 5.
2.3 Pn Zuwirawati Binti Mohd Zubir dilantik sebagai Penyelaras Tingkatan 4.

Tindakan : Semua guru berkenaan


3 SUKATAN PELAJARAN
3.1 Pengerusi menyatakan sukatan pelajaran untuk tahun 2017 telah dimuat turun dan
difailkan. Guru-guru boleh mendapatkan sukatan tersebut dalam bentuk softcopy
dan hardcopy daripada pengerusi. Sukatan pelajaran untuk tingkatan 4 dan 5
yang baru telah dikeluarkan di dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.
3.2 Rancangan Pelajaran Tahunan untuk tingkatan 4 dan 5 telah diedarkan oleh
Jawatankuasa Daerah dan boleh dijadikan sebagai panduan.
3.3 Jadual penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan

Nama Guru Tingkatan


Zuwirawati Bt Mohd Zubir Tingkatan 4
Nor Haswati Bt Hosman Tingkatan 5

Tindakan: Semua guru berkenaan

4 CADANGAN BUKU TEKS / LATIHAN / RUJUKAN / ABM / ALAT


4.1 Buku teks adalah rujukan utama bagi semua guru. Pengerusi memberitahu kepada
semua ahli panitia supaya menulis buku rujukan yang digunakan di bahagian
belakang buku rekod mengajar.
4.2 Modul yang telah dibekalkan oleh Jawatankuasa Daerah boleh digunakan di dalam
PdP.
4.3 Pelajar-pelajar digalakkan menggunakan 2 buah buku iaitu, Latihan 1 dan Latihan
2.
4.4 ABM Ahli panitia yang memerlukan ABM boleh mengajukan permintaan kepada
ketua panita / ketua bidang.
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
17 Feb 2017 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

Tindakan : Semua guru berkenaan

5 PENYELARASAN PEMBUAT SOALAN UJIAN / PEPERIKSAAN / FOLIO


5.1 Guru yang telah dilantik :
5.1.1 Penyelaras soalan tingkatan 5 Pn. Nor Haswati Binti Hosman
5.1.2 Penyelaras soalan tingkatan 4 Pn Zuwirawati Binti Mohd Zubir

Tindakan : Semua guru berkenaan

6 HEADCOUNT
6.1 Pelajar tingkatan 4 sahaja yang terlibat dengan Peperiksaan Pengesanan TOV.
Tarikh peperiksaan akan dijalankan pada 9 Mac 2017.
6.2 Penentuan TOV untuk tingkatan 5 dengan mengambil wajaran peperiksaan akhir
tahun 2016 tingkatan 4. Bagi tingkatan 4, TOV hanya bergantung kepada
peperiksaan Pengesanan TOV.

Tinndakan : Semua guru berkenaan

7 ANALISIS UJIAN / PEPERIKSAAN / SASARAN SEMASA.


7.1 Analis peperiksaan akhir tahun 2016 tingkatan 4 didapati hanya seorang pelajar
yang mencapai Gred B 3 orang yang mendapat Gred D dan seorang pelajar
mencapai Gred E. Manakala seramai 35 pelajar tidak lulus (86.84%).
7.2 Berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun 2016 didapati kekuatan yang dimiliki:
7.2.1 Kerjasama guru-guru matematik tambahan yang baik
7.2.2 Guru yang mengajar adalah guru opsyen
7.2.3 Bahan pengajaran / ABM yang mencukupi
7.2.4 Sokongan daripada ibu bapa dan PIBG
7.3 Terdapat kelemahan yang dimiliki dan perlu diberi perhatian adalah:
7.3.1 Kurang tumpuan program untuk tingkatan 4
7.3.2 Pelajar ponteng sekolah dan kelas tambahan
7.3.3 Kurang tindakan terhadap pelajar yang ponteng
7.3.4 Terdapat beberapa pelajar yang lemah kemahiran asas dalam matematik.
7.4 Beberapa strategi dirancang untuk mengatasi kelemahan panitia iaitu:
7.4.1 Melaksanakan semula program yang berjaya pada tahun 2014 dan 2015.
7.4.2 Tindakan serta merta ke atas pelajar yang bermasalah disiplin.
7.4.3 Merancang program khusus untuk tingkatan 4 dan 5.
7.4.4 Menyertai semua program yang dijalankan oleh Jawatankuasa Daerah.

Tindakan : Semua guru berkenaan

8 PROGRAM PENINGKATAN PENCAPAIAN PELAJAR


8.1 Program peningkatan yang telah dirancang adalah:
8.1.1 Program untuk pelajar tingkatan 4
8.1.1.1 Modul PdP berkesan
8.1.1.2 Latih tubi Intensif
8.1.1.3 Program ICU dan ELITE
8.1.1.4 Latih tubi berfokus ICU (Kertas 2)
8.1.1.5 Latih tubi berfokus ELITE (Kertas 1)
8.1.1.6 Bengkel teknik menjawab soalan
8.1.2 Program untuk pelajar tingkatan 5
8.1.2.1 Modul PdP berkesan
8.1.2.2 Latih tubi Intensif
8.1.2.3 Program ICU dan ELITE

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


17 Feb 2017 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

8.1.2.4 Latih tubi berfokus ICU (Kertas 2)


8.1.2.5 Latih tubi berfokus ELITE (Kertas 1)
8.1.2.6 Bengkel teknik menjawab soalan
8.1.2.7 Program Kem Bestari Terbilang

9 KAJIAN TINDAKAN
9.1 Setiap guru hendaklah menyediakan satu kajian tindakan masing-masing.

Tindakan : Semua guru

10 PENETAPAN JUMLAH LATIHAN MURID


10.1 Guru-guru memberi latihan kepada pelajar mengikut spesifikasi Plan-J.

Tindakan : Semua guru

11 PENGURUSAN STOK DAN INVENTORI.


11.1 Guru-guru boleh menggunakan ABM yang boleh didapati di makmal matematik.
11.2 Stok dan inventori sedia ada masih di dalam proses pengurusan untuk
penambahbaikan.
Tindakan : Semua guru

12 ANGGARAN BELANJAWAN
12.1 Anggaran belanjawan 2017 telah dibuat dan dihantar kepada Penolong Kanan
Pentadbiran 1, Pn. Rosliza Binti Ali . Sebarang cadangan daripada guru-guru boleh
diajukan kepada ketua panitia untuk di masukkan ke dalam anggaran belanjawan
2017.
Tindakan : Semua guru berkenaan

13 SUDUT PEMBELAJARAN
13.1 Perbincangan akan dibuat bersama guru penasihat kelab Sains dan Matematik dan
akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang.
Tindakan : Semua guru

14 PENUTUP
14.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat meneruskan perjuangan
untuk meningkatkan prestasi matematik seterusnya menangguhkan mesyuarat
pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.......................................... ................................
(NOR HASWATI BINTI HOSMAN) (ZUWIRAWATI BINTI MOHD ZUBIR )
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Matematik Tambahan Panitia Matematik Tambahan
SMK Lokman Hakim SMK Lokman Hakim

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


17 Feb 2017 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like