You are on page 1of 3

Dasar pendidikan rendah

Pendidikan rendah adalah merupakan khusus bagi masyarakat sesebuah Negara yang berusia
lebih daripada enam tahun. Ia berterusan hingga pelajar itu mencapai usia 12 tahun. Pendidikan rendah
di Malaysia dijalankan di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta. Di
peringkat ini, telah diajar kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan kemahiran yang baru
diperkenalkan ialah mengitlak. Ketika pelajar berada di tahun enam iaitu berusia 12 tahun, mereka akan
mengambil peperiksaan penilaian yang dipanggil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ujian ini
menilai prestasi mereka dalam matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Dasar pendidikan rendah di Malaysia mengandungi beberapa fasa yang melibatkan beberapa
perubahan penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Pendidikan di Malaysia bermula apabila timbul
kesedaran untuk menggantikan sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak Negara. Oleh itu,
lahirlah satu Dasar Pendidikan(Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan
dalam Ordinan Pelajaran 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang
menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan ini kemudiannya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula
dasar pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk
melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat
yang dilatih bagi pembangunan Negara dapat dicapai. Laporan jawatankuasa ini telah diterbitkan pada
tahun 1979.

Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan
(1979), maka wujudlah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Dasar baru ini mula dijalankan di semua
sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di seluruh Negara pada tahun 1983. Rancangan KBSR
ini menekankan kepada aspek 3m iaitu membaca, menulis dan mengira. Selain itu juga, rancangan ini
juga menekankan kepada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social (JERIS). Apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk
menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah negara
yang aman dan maju serta bebas daripada permusuhan kaum. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa
Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini
diketuai oleh Menteri Pelajaranketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib.Tujuan perlantikan jawatankuasa ini
untukmengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telahdicadangkan dalam
Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan cadangan yang dikemukakan dalam
Laporan Rahman Talib ialahyang pertama, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
utamadi setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.Antara tindakan tindakan
yang diambil ialah mewajibkan semua muridlulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam
peperiksaan awam , kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya.
Inibertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Dalam mengejar untuk meningkatkan kualiti dalam sistem pendidikan, dasar-dasar berubah
selari dengan arus kemodenan yang berlaku bermula pada akhir 1991. Pada ketika ini, sistem pendidikan
Negara amat menjurus kepada perpaduan kaum dan pembangunan modal insan yang bermula dengan
KBSR.

Dasar pendidikan rendah di Malaysia adalah mewajibkan semua anak warganegara Malaysia
yang berumur enam tahun pada hari pertama bulan Januari pada tahun yang didaftarkan sebagai murid
di sekolah itu dan menjadi murid sepanjang tempoh pendidikan wajib. Selain itu juga, dasar pendidikan
rendah di Malaysia juga memberi peluang kepada anak bukan warganegara untuk menerima pendidikan
mengikut kepada Akta Pendidikan 1996. Disamping itu juga, dasar pendidikan rendah juga
memperuntukkan 60 peratus guru adalah tergolong dalam guru yang mempunyai ijazah. Antara strategi
pelaksanaan dasar pendidikan rendah di Malaysia ialah dengan meningkatkan penguasaan 3M serta
menaakul, kemahiran social dan kemahiran asas komputer. Selain itu, menerusi dasar ini juga satu
bentuk bantuan dan pemantauan yang berterusan akan dijalankan bagi memastikan tiada murid yang
tercicir daripada mendapat pendidikan yang wajib pada peringkat pendidikan rendah. Selain itu,
meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi murid juga menjadi intipati dalam dasar pendidikan
rendah ini.

Dasar baru pendidikan di Malaysia yang telah atau yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia antaranya ialah 1murid1sukan, Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan
Bahasa Inggeris, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, kurikulum standard sekolah rendah (KSSR), Bidang
Keberhasilan Ekonomi Negara, Bidang keberhasilah Utama Negara dan Transformasi pendidikan
vokasional. Dalam penstrukturan dasar baharu ini, yang terlibat dalam pendidikan rendah ialah 1murid
1sukan dan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) serta Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Melalui perstrukturan dasar ini bagi menggantikan KBSR
yang telah berjalan selama hampir 10 tahun. Banyak perubahan yang berubah dalam penggubalan
dasar ini antaranya ialah matapelajaran Matematik dan Sains yang sebelum ini di ajar dalam bahasa
Inggeris di tukar kembali kepada Bahasa Melayu. Maka terhasillah dasar MBMMBI yang diperkenalkan
oleh pihak kementerian bagi meredakan desakan dari luar terus berlaku. KSSR juga pada awalnya
menimbulkan sedikit masalah kepada pihak pelaksana apabila tidak menerima dengan jelas maklumat
yang disampaikan disamping mempunyai banyak pendapat yang bercanggah di antara pihak yang
member maklumat dan pihak yang menerima maklumat. Kecelaruan ini akhirnya dapat di atasi dengan
pendekatan yang lebih efektif daripada pihak kementerian terhadap guru-guru sekolah rendah selaku
pelaksana utama dalam menjayakan dasar tersebut.

Dasar pendidikan rendah amat penting bagi membentuk insan yang berilmu dan kreatif untuk
kesejahteraan, integrasi dan perpaduan yang amat diharapkan oleh semua pihak. Selain itu, dasar
pendidikan rendah ini juga adalah perkara yang menjadi asas atau perkara penting yang dituntut oleh
semua warganegara. Dasar pendidikan rendah juga menjadi satu garis panduan untuk mencapai hasrat
pendidikan yang dimatlamatkan bagi melahirkan warganegara yang kreatif dan inovatif untuk
kesejahteraan Malaysia di masa hadapan.

You might also like