You are on page 1of 10

Wasatiyyah Dalam Akhlak

Wasatiyyah dalam bidang akhlak ialah berada di pertengahan antara dua ekstrem iaitu golongan
pertama mengamalkan hidup bebas lepas tanpa ikatan nilai-nilai murni, manakala golongan
kedua pula rigid dan ketat dalam mengamalkan nilai-nilai murni.Maka wasatiyyah dalam akhlak
Islam ialah berada di tengah-tengah antara tidak bakhil dan tidak pula membazir; tidak
membangga diri dan tidak pula menghina diri; tidak penakut dan tidak berani membuta tuli.Asas
bagi akhlak ini merujuk kepada firman Allah S.W.T.

Yang bermaksud:

Dan janganlah engkau jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan jangan (pula)
engkau terlalumenghulurkannya (sangat pemurah) nanti kamu menjadi tercela dan
menyesal. (Surah al-Isra: ayat 29).

Dan firman Allah S.W.T.

Yang bermaksud:

Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih) orang-orang yang apabila
menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak (pula) kedekut, di antara keduanya
secara wajar . (Surah al-Furqan: ayat 67).

Wasatiyyah Dalam Kehidupan

Hubungan manusia dengan kehidupan hendaklah berdasarkan pertengahan antara kebendaan


semata yang berteraskan makan, minum, nafsu shahwat, pengumpulan harta kekayaan, pangkat
dan kedudukan. Manakala kerohanian semata seperti menolak keduniaan secara total; tidak
mahu berkahwin, tidak mahu berusaha mencari rezeki dan sebagainya maka Islam telah
menetapkan jalan pertengahan sebagaimana firman Allah S.W.T.:

Yang bermaksud:
Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah
kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia ini.(Surah a-Qasas: ayat
77).

Yang bermaksud:

Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurniaan
Allah. (Surah al-Jumah: ayat 10).

Pendekatan wasatiyah bina jati diri ummah

Oleh Abdullah Md Zain


2011/03/11

Masyarakat perlu utamakan kesederhanaan dalam hidup sejajar tuntutan agama Islam

PENDEKATAN wasatiyah dari segi istilah sebagai suatu pendekatan pembangunan manusia,
masyarakat dan negara Malaysia yang bersifat menyeluruh berdasarkan ajaran Islam diamalkan
secara sederhana serta berimbang bagi melahirkan individu dan masyarakat cemerlang.

Istilah wasatiyah diperkenalkan untuk membezakan dengan konsep pendekatan Islam lain
seperti pendekatan ifrat iaitu pendekatan kaku dan ekstrem. Begitu juga pendekatan tafrit
iaitu pendekatan longgar dan terlalu liberal.

Oleh itu wasatiyah atau pertengahan adalah baik dan sangat digalakkan Islam kerana
melakukan perbuatan lebih daripada sepatutnya adalah dianggap melampau, begitu juga
perbuatan yang kurang dari sepatutnya dianggap suatu kecuaian.

Justeru, orang Islam tidak boleh kaku dan ekstrem, begitu juga tidak boleh terlalu bebas lepas
tanpa ikatan dan sempadan. Umat Islam disebut sebagai ummatan wasata atau umat pertengahan.
Islam mengajar umatnya supaya berimbang dalam segala hal, tidak berlebihan dan tidak
berkurangan.

Potensi berimbang (tawazun) dalam Islam boleh dikategorikan dalam tiga perkara iaitu
keperluan fizikal/jasmani (jasadiyah); spiritual/keruhanian (ruhiyah) dan akal/minda (aqliyah).

Dari segi jasmani, mukmin yang kuat dan sihat lebih disukai Allah SWT daripada mukmin yang
lemah. Oleh itu, tubuh badan ada hak yang perlu dipenuhi seperti makanan berzat, minuman
berkhasiat, beristirahat, keperluan biologi dan perkara lain yang boleh menjadikan jasmani kuat.

Aspek spiritual, hati manusia juga harus diisi keimanan kepada Allah SWT, zikrullah dan
kebaikan lain. Ketenangan spiritual akan melahirkan ketenangan (sakinah), kasih sayang
(mawaddah) dan rahmat (rahmah).

Seterusnya, akal adalah anugerah Ilahi kepada manusia yang membezakannya dengan haiwan.
Akal menjadikan manusia lebih mulia dari makhluk lain. Keperluan akal adalah ilmu untuk
kehidupan manusia. Inilah konsep berimbang yang ada dalam Islam.

Ramai pemikir Islam berpendapat antara punca kemunduran umat Islam ialah salah faham
terhadap ajaran Islam. Bukan ajaran Islam itu yang salah, tetapi cara mereka memahami ajaran
Islam itu yang salah.

Antara fenomena dapat dilihat ialah tidak ada keseimbangan dalam cara berfikir dan bertindak
sehingga terdedah kepada ifrat, ghuluw, terlalu kaku, ekstrem atau sebaliknya sangat longgar,
cuai dan mempermudah.

Kesederhanaan dan keseimbangan adalah satu pendekatan yang diamalkan oleh generasi awal
Islam pada zaman Rasulullah SAW dan sahabat. Mereka mencipta sejarah dan membina
tamadun hebat serta membawa kecemerlangan kepada umat Islam.

Apabila ciri-ciri kesederhanaan dan keseimbangan hilang, maka umat Islam terdedah kepada
penambahan atau pengurangan yang akan menjadi salah satu punca utama berlakunya
perpecahan di kalangan umat Islam.

Jika umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri bagaimana mereka akan maju ke hadapan.
Begitu juga, jika mereka bermusuhan sesama sendiri, maka setiap golongan akan fanatik dan
taksub kepada ajaran serta pegangan masing-masing.

Keadaan akan menjadi bertambah rumit apabila ada orang mengambil kesempatan menangguk di
air keruh dengan membawa ajaran salah dan sesat supaya mereka menjadi pemimpin kepada
sesuatu golongan atau pertubuhan.

Kecemerlangan masyarakat Madinah yang diperkenalkan Rasulullah SAW dan sahabat diakui
Allah seperti disebut dalam firman yang bermaksud: Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik
yang dilahirkan untuk manusia (kerana kamu menyuruh berbuat) makruf dan mencegah dari
yang mungkar dan beriman kepada Allah. (Surah Ali-Imran, ayat 110)

Dalam surah al-Baqarah, ada menjelaskan umat cemerlang adalah umat pertengahan seperti
firman Allah yang bermaksud: Dan demikian pula kami menjadikan kamu (umat Islam) umat
pertengahan supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan supaya Rasul
(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah, ayat 143)

Ulama tafsir menjelaskan, umat pertengahan ialah umat yang adil, tidak berat sebelah baik di
dunia mahupun di akhirat, tetapi seimbang antara kedua-duanya.
Firman Allah dalam al-Quran juga menggesa umat Islam supaya jangan melampau dalam
melakukan untuk akhirat dengan mengabaikan urusan dunia. Selain itu, Islam juga
mengharuskan umatnya menggunakan kemewahan dunia dengan niat baik dalam batas yang
dibenarkan.

Mengambil iktibar daripada ayat diturunkan, maka dapat ditegaskan bahawa wasatiyah adalah
pendekatan bersifat komprehensif dan bersepadu yang mampu menyelesaikan tuntutan,
permasalahan ummah serta memelihara perpaduan masyarakat.

Wasatiyah seharusnya menjadi amalan dalam segenap bidang kehidupan dengan memfokuskan
kepada mempertingkatkan kualiti hidup ummah, sama ada dari segi pembangunan ilmu
pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi, kewangan, perpaduan, kenegaraan dan
pertahanan.

Oleh itu, pendekatan wasatiyah perlu dikembangkan dalam sesebuah negara bagi membina
masyarakat maju dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Umat Islam digesa amal sikap wasatiyyah


dalam urusan seharian
PUTRAJAYA 15 Nov. - Umat Islam digesa mengamalkan konsep wasatiyyah atau bersederhana
dalam urusan seharian termasuk hal-hal berkaitan ibadat seperti yang diamalkan oleh Nabi
Muhammad SAW.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, menerusi amalan
serta sikap wasatiyyah umat Islam diajar supaya tidak terlalu melampau dan tidak pula terlalu
mengambil mudah setiap urusan.

Katanya, ajaran Islam yang bercirikan al-wasatiyyah atau tawazun iaitu seimbang meminta
umatnya mengimbangi urusan dunia dan akhirat tanpa melupakan salah satu daripadanya.

"Kesederhanaan atau wasatiyyah yang diamalkan dalam Islam adalah bermatlamat mencari
kebenaran iaitu dalam menuju ke arah itu, pastinya memerlukan roh kesederhanaan dan
keseimbangan yang jitu bagi memartabatkan Islam sebagai agama di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah
Peringkat Kebangsaan 1434 Hijrah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini
hari ini.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun
Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.
Menurut Jamil Khir, pendekatan yang digunakan oleh Nabi Muhammad dalam membentuk
kehidupan bermasyarakat di Madinah merupakan contoh terbaik konsep wasatiyyah.

Katanya, hasil sikap kesederhanaan itu telah membuka hati ramai penduduk seluruh
Semenanjung Arab memeluk Islam dan membentuk sebuah ummah.

"Sejarah membuktikan baginda amat menitik beratkan perhubungan dan persefahaman antara
kaum bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Madinah seperti
termaktub dalam Piagam Madinah.

"Piagam ini menyerlahkan semangat toleransi beragama apabila orang Islam dan bukan Islam
saling faham memahami, saling bekerjasama dan hidup secara harmoni," katanya.

Menurut Jamil Khir, dalam konteks di Malaysia hari ini, konsep tersebut telah direalisasikan
menerusi gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang telah berjaya
membina sebuah negara bangsa Malaysia bersatu padu dan mengekalkan keharmonian antara
kaum.

Dalam pada itu, beliau berkata, Islam juga mengajar umatnya kaedah sekiranya berlaku
perselisihan tidak kira dalam kalangan masyarakat atau pun negara.

Katanya, dalam surah an-Nisa ayat ke 59, Allah telah menggariskan satu panduan kepada umat
Islam untuk menyelesaikan sesuatu perselisihan yang berlaku.

Ayat itu bermaksud: Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada
Ulil-Amri daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara maka
kembalilah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok kesudahannya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121116/dn_11/Umat-Islam-


digesa-amal-sikap-wasatiyyah-dalam-urusan-seharian#ixzz2K558gR5N
Utusan Melayu (M) Bhd

Wasatiyyah Dalam Islam

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook


Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada ajaran yang diterapkan oleh
Islam kepada Umat Islam seluruhnya yang merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak
terlalu melampau dan tidak pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan.
Oleh itu Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar Umat Islam pun
turut bersederhana dalam kehidupan seharian mereka. Ini bersesuaian dengan maksud firman
Allah s.w.t di dalam surah Al-Baqarah 185 yang berbunyi :

Allah menghendaki untuk kamu kemudahan dan tidak menginginkan kesukaran

Begitu juga dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w dari Anas bin Malik r.a berkata bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda :

Permudahkanlah, janganlah memberat-beratkan, tenangkanlah janganlah meliarkan ..

Arahan di atas hendaklah difahami secara ilmiah bukan secara membabi-buta, yang dimaksudkan
ialah melaksanakan segala perintah Allah s.w.t dan Rasul-Nya secara bersungguh-sungguh,
ikhlas, berhati-hati dan penuh tanggungjawab dan tidak boleh dilaksanakan secara melampaui
batas, cuai, mengambil mudah, meringan-ringankan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan
Rasul-Nya. Melakukan sesuatu ibadah atau perintah Allah dan Rasul-Nya secara melampaui
batas akan melahirkan satu ibadah yang boleh memberatkan orang lain sehingga menjadi ia satu
bidaah manakalah meringan-ringankan pula akan mendorong atau menjerumuskannya kepada
meninggalkan terus ibadah tersebut.

Cuba kita perhatikan kehidupan Rasulullah s.a.w di dalam melakukan ibadah, baginda akan
mengerjakannya secara bersungguh-sungguh serta menyama-ratakan dengan aktiviti hariannya.
Ini bermakna ibadah dan kehidupan seharian adalah seimbang atau tidak berat sebelah. Ini dapat
dilihat di dalam maksud sebuah hadis dari Aisyah r.a beliau telah berkata :

Apabila Rasulullah diberi pilihan, baginda akan memilih yang paling mudah daripada keduanya
selagi ia tidak berdosa. Jika ia berdos maka dialah manusia yang paling jauh daripadanya.
Bukhari dan Muslim
Demikianlah ajaran dan kehidupan Rasulullah s.a.w yang secara tidak langsung telah
memberikan kita satu pengajaran dan teladan untuk dicontohi bersama dan menjadikannya
sebagai teras kehidupan kita seharian agar kehidupan dunia dan akhirat adalah seimbang.

Konsep Wasatiyyah

Ummah wasatiyyah akan menjadi saksi ke atas ummah manusia keseluruhannya bagi
menentukan keadilan dan kesaksamaan sejagat. Ummah tersebut berupaya meletakktan sistem
nilai pada tempat yang sepatutnya, juga mampu memberi pandangan serta memperbetulkan
keadaan dengan benar : ini benar dan yang ini salah.

Ummah wasatiyyah adalah ummah yang saling lengkap-melengkapi makna kesederhana dalam
pelbagai sudut kehidupan. Contohnya :

Wasatiyyah dari sudut Pegangan Tidak melampaui dalam urusan kerohanian dan tidak pula
melampaui pula dari sudut kebendaan. Sebaliknya mengikut pertengahan antara tuntutan
kerohanian dan tuntutan kebendaan.

Wasatiyyah dari sudut Pandangan Sentiasa berusaha untuk mencari pandangan yang terbaik.
Bagi mereka, hikmah adalah perkara yang tersembunyi bagi orang-orang beriman, mereka
berhak memperolehinya jika dijumpai.

Wasatiyyah dari sudut Hubungan Tidak mencairkan jati diri dan tidak pula menyusahkan
jamaah. ( Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal Al-Quran, jld 1, ms 130-131)

Berdasarkan kepada dua pandangan ulama silam dan moden ini menjelaskan kepada kita bahawa
makna wasatiyyah ialah bersederhanaan dalam semua pekara yang melandasi kehidupan.

Cuma dibimbangi salah faham terhadap wasatiyyah seperti mengatakan : bersederhana dalam
beragama itu memnungkinkan seseorang itu mendedahkan auratnya atau mendirikan solat fardhu
ikut kesesuaian masa. Jika sibuk diabaikan solat, dan jika berkelapangan baharulah mendirikan
solat.

Begitu juga bersederhana dalam bekerja dengan melakukannya secara ala kadar. Sedangkan
Islam telah menyarankan kepada kita apabila bekerja hendaklah melakukannya secara itqan
iaitu terbaik.

Dibimbangi juga terjemahan wasatiyyah itu hanya bermaksud sederhana, sedangkan maksud
wasatiyyah itu juga membawa makna yang terbaik dan yang teradil.

Juga dikhuatiri wasatiyyah yang hendak UMNO pamerkan tidak memenuhi makna yang
sebenarnya. Sekadar pandangan dan teori semata-mata. Sedangkan yang terhidang di depan mata
dan di dada akhbar, perebutan jawatan, perebutan tender, perebutan nama dan pangkat serta
sebagainya. Ini langsung tidak membayangkan wasatiyyah yang dikehendaki Islam.
Situasi ini samalah dengan mengajar anak-anak mengenai rukun solat. Bermula daripada berdiri
betul sehinggalah memberi salam dan tertib. Namun, si guru tadi apabila menghuraikan cara
berdiri betul dalam solat, maka ditunjukkan kepada anak-anak berdiri sengget pula. Ketika ruku
pula ditunjukkan cara ruku yang salah. Bagaimana anak-anak akan dapat memahami makna
sebenar rukun solat tersebut.

Sedangkan nabi saw telah bersabda : Solatlah kamu sebagaiman kamu melihat aku bersolat.
Bermakna, kebenaran bersolat itu hendaklah dicapai menerusi apa yang telah disaranklan oleh
nabi saw. Ini termasuklah rukun yang tersurat dan tersirat.

Sebaliknya, jika hanya diminta bersolat, huraian rukun pun tidak lengkap, maka janganlah
marahkan rakyat jika rakyat tidak menyokong dek kerana ajaran yang diajar tidak sempurna,
contoh yang dipamerkan tidak lengkap, begitulah juga falsafah di sebalik amalan tersebut jauh
tersasar.

Oleh itu, tiada hairan sekiranya apa yang dirancangkan tidak mencapai objektif sebenar. Hanya
indah pada nama sahaja. Lantaran penjelasan wasatiyyah tadi tidak dikepilkan bersama pelan
pelaksanaannya. Hanya sekadar berteori semata-mata.
Apabila istilah wasatiyyah disandarkan kepada umat Islam, maka
ia membawa maksud: Umat Islam yang mencapai sifat2 mahmudah yang
terbit daripada kedudukan syariaat Allah dalam kesederhanaan,
kebaikan, keinsafan, dan ketinggian yang menjadikannya sebagai
penghulu segala umat, ketua segala bangsa dan menjadi saksi ke
atas mereka pada hari Kiamat.

Justeru, wasatiyyah bukan bermaksud seseorang itu berada pada


tingkatan sederhana dalam ibadah, amalan atau akhlaknya, atau
sederhana dalam ilmu atau pekerjaan sehingga tidak menjadi
seorang yang terkehadapan atau cemerlang dalam kehidupannya.
Bahkan makna wasatiyyah adalah yang benar, yang terbaik, paling
utama, paling sempurna dan paling adil sesuai dengan ungkapan
sebaik-baik perkara ialah pertengahannya bererti yang paling
adil.

Surah al-Baqarah ayat 143 maksudnya:

"Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang


lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat
wasathan."

Iaitu 'udulun khiyaran, bererti adil dan terpilih atau terbaik.

*****
Saya petik dari blog Ust Zaharuddin perihal pendekatan yang
diambil adalah seperti berikut:
Pendekatan atau pemikiran wasatiy yang ingin disebarluaskan ini
hampir semuanya diambil dari kefahaman ulama salafussoleh dan
kontemporari iaitu:

1. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA penyeru kepada mazhab


yang terlalu sempit ( sehingga seolah yang selainnya adalah
sesat dan salah) DENGAN mereka yang menyeru agar tiada
perlu bermazhab untuk berpegang terus kepada teks Al-Quran
dan Al-Hadis dengan tafsiran sendiri tanpa panduan mazhab.
2. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA pengikut tasawwuf yang
tidak mengambil kira walau wujud
penyelewengan DENGAN mereka yang memusuhi tasawwuf walaupun
sebahagiannya masih menuruti ajaran Islam sepenuhnya.
3. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA golongan yang hanya
menghukum menggunakan aqal hatta bercanggah nas
qatie DENGAN kumpulan yang menolak hampir sepenuhnya
fungsi aqal (literalis) dalam memahami nas yang anjal
bentuk pelaksanaannya.
4. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang
menafikan dalalah ilham secara mutlaq DENGAN mereka yang
berlebih-lebihan dalam mengunapakainya sehingga
menjadikannya sumber utama hukum Islam.
5. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu
berkeras hatta dalam perkara cabang dan
ranting DENGAN mereka yang mengajak kepada tasahul (
mengambil mudah) hingga dalam hal berkaitan usul dan
kuliyyat.
6. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu
memuliakan khazanah penulisan silam (turath) sehingga
seolah menafikan kekurangan kemanusian seseorang manusia (
walaupun seorang ulama terhebat) DENGAN mereka yang
berusaha menghilangkan terus relevansi khazanah silam,
walaupun ternyata jelas kehebatan dan kejituan huraiannya.
7. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang terlalu
obses dengan teori idealis sehingga kelihatan tidak
mengambil kira praktikaliti dan suasana
semasa DENGAN mereka yang terlalu mementingkan suasana
semasa sehingga tidak mahu melihat langsung kepada yang
ideal.
8. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru
kepada falsafah liberal yang seolah menyucikan hak individu
sehingga meninggikannya atas hak komuniti DENGAN mereka
yang menyeru kepada falsafah sosialisme yang terlalu
menyucikan komuniti sehingga menzalimi hak individu.
9. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru
kepada kemestian menuruti apa sahaja yang dilakukan oleh
Nabi walau dalam hal cabang dan medium urusan
muamalat DENGAN mereka yang menyeru pembangunan dan
pengubahan walau dalam hal asas dan prinsip Islam.
10. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang menyeru
kepada tajdid dan ijtihad sehingga dalam urusan Usul Agama
dan hal Qatiyyat DENGAN mereka yang menyeru sepenuhnya
kepada taqlid dan memusuhi ijtihad, walaupun dalam isu-isu
semasa yang tidak pernah disentuh oleh ulama silam (kerana
belum wujud).
11. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang
mengabaikan nusus yang thabit dengan dakwan menjaga maqasid
shariah DENGAN mereka yang mengabaikan pertimbangan Maqasid
al-Shariah dengan dakwaan ingin menjaga nusus secara
seratus peratus.
12. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-
lampau dalam menyesat dan mengkafirkan DENGAN mereka yang
terlalu bermudahan hingga kepada hal kemurtadan yang jelas
terang dan mencabuli kehormatan Islam serta berkerja untuk
musuh Islam.
13. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang melampau-
lampau dalam menghukum haram atas perkara, sehingga hampir
tiada yang boleh dianggap halal di atas dunia
ini DENGAN mereka yang melampau dalam mengharuskan
perkara, sehingga seolah tiada yang haram.
14. Pertengahan atau sederhana DI ANTARA mereka yang tenggelam
dalam suasana lampau tidak menyedari perkembangan
terkini DENGAN mereka yang melupakan sejarah seolah mahu
memadamkan terus pengajaran lampau.

You might also like