You are on page 1of 9

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN

SEMESTER 1, SESI 2016/2017

AJ21303
TANAH MELAYU DALAM ZAMAN PENJAJAHAN

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABDUL RAHMAN TANG


TUTOR: MISS SAIDAH

SOALAN 9:
BINCANGKAN KONSEP DAN REALISASI FEDERALISME DAN BUKAN FEDERALISME
YANG MERUJUK KEPADA PENUBUHAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
TAHUN 1896 DAN KEWUJUDAN STATUS-QUO NEGERI-NEGERI LAIN DI TANAH
MELAYU PADA AKHIR ABAD KE 19.

MASA: 5.00 PETANG 6.00 PETANG (KHAMIS)

NAMA NO.MATRIK

NURUL AZIEAN BINTI ALEXENDER BA15110530

SITI NORSYAKINA BINTI MARAKAG BA15110730


1.1 PENGENALAN
Pengenalan sistem residen oleh pihak British pada tahun 1874 telah membawa
kepada ketidakseragaman pentadbiran di Tanah Melayu.
Ketidakseragaman ini telah membawa kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu yang mula dikemukakan oleh Frank Swettenham pada tahun 1892.
Pada tahun 1893, Cecil Smith iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat telah menghantar
laporan kepada Pejabat Tanah Jajahan untuk mencadangkan penubuhannya Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu ini.
Walaupun British berhasrat mahu menyatukan kesemua negeri-negeri di Tanah
Melayu dalam satu pentadbiran persekutuan, namun hasrat tersebut tidak
kesampaian apabila hanya empat buah negeri sahaja yang menandatangani
perjanjian pada tahun 1895.

2.1 KONSEP FEDERALISME DAN BUKAN FEDERALISME


Federalisme bermaksud sistem pemerintahan kerajaan yang kuasanya dibahagikan
kepada kerajaan pusat dan beberapa unit kerajaan yang lain. Pemerintahan ini
berbeza dengan kerajaan kesatuan, dimana kuasa pusat memegang kuasa yang
dominan.
Diperkenalkan oleh pihak British sejak sebelum merdeka bagi melicinkan sistem
pentadbiran dan pengurusan ekonomi.
Menurut sistem ini, beberapa unit kerajaan yang kecil bergabung dibawah satu
tampuk pemerintahan pusat tetapi dalam masa yang sama masih tidak melepaskan
hak asas mereka untuk memerintah diperingkat unit kerajaan yang lebih kecil.
Dalam konteks Malaya misalnya, federalisme bermaksud menggabungkan
pemerintahan beberapa buah negeri di Tanah Melayu dibawah satu kerajaan pusat
yang sama iaitu diketuai oleh pihak British. Namun dalam masa yang sama,
pemerintahan peringkat negeri masih diketuai oleh Sultan sebagai pemerintah yang
tertinggi.
Federalisme mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1896 dengan
penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang menyatukan pentadbiran empat
buah negeri dibawah kuasa pusat yang diketuai oleh seorang Residen Jeneral.
Konsep bukan federalisme pula timbul ekoran daripada penubuhan NNMB oleh
pihak British pada 1895. Negeri-negeri lain yang tidak menyertai persekutuan
dipanggil sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau Unfederated Malay
States.
3.1 NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu
Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak
British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946 apabila ia bersama-
sama dengan negeri-negeri selat dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu
digabungkan bagi membentuk Malayan Union.
Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu
ditubuhkan. Pihak British bertanggungjawab dalam hal ehwal negeri dan
keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjawab dalam polisi domestic.
Walau bagaimanapun, pihak Sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwall
agama Islam dan adat resam sahaja.
Pada tahun 1893, Frank Swettenham mencadangkan pembentukan sebuah
persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Perjanjian Persekutuan ditandatangani pada tahun 1895 dan dikuatkuasakan pada 1
Julai 1896. Perjanjian ini telah membawa kepada penubuhan negeri-negeri melayu
bersekutu yang terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang.
4.1 NEGERI-NEGRI TIDAK BERSEKUTU

Merupakan sekumpulan lima buah negeri-negeri melayu. Negeri-negeri


tersebut terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.
Dibawah perjanjian Bengkok 1909. Siam telah memindahkan hak-hak mereka
terhadap Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada pihak British.
Pihak British kemudiannya memaksa negeri-negeri Melayu berkenaan
menandatangani perjanjian untuk menerima seorang Penasihat British seperti
semua negeri-negeri melayu bersekutu yang menerima seorang Residen
British dalam persetian 1895.
5.1 FEDERALISME DALAM NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
Menurut perjanjian yang ditandatangani pada 1 Julai 1895, hanya empat negeri yang
bersetuju untuk disatukan dibawah satu pentadbiran persekutuan iaitu Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
Menurut perjanjian tersebut, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan
digabungkan sebagai persekutuan yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu atau Federated Malay States. FMS menjadi negeri naungan British, dimana
hal ehwal pentadbirannya dikuasai oleh pihak British.
Intipati:
i) Kuasa Sultan terhad ke atas negeri tersebut dan Sultan tidak boleh mengadakan
hubungan dengan kuasa lain tanpa kebenaran British.
ii) Persekutuan diketuai oleh Residen Jeneral dan Gabenor Negeri-Negeri Selat
dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan.
iii) Residen menjalankan pentadbiran mengikut arahan kerajaan pusat.
iv) Jabatan persekutuan ditubuhkan dan Kuala Lumpur menjadi ibu negeri.
v) Pasukan tentera akan ditubuhkan bagi menjaga keamanan persekutuan dan NNS
jika diperlukan.
vi) Kerjasama antara keempat-empat negeri berkenaan melibatkan aspek politik,
ekonomi dan sosial.
vii) Majlis Mesyuarat Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang tetapi digubal
oleh pegawai persekutuan yang dikenali sebagai Penasihat Undang-undang.
viii) Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan.
ix) Majlis Mesyuarat Persekutuan juga ditubuhkan sebagai badan pentadbiran NNMB.

6.1 KONSEP DAN REALISASI FEDERALISME DAN BUKAN FEDERALISME DALAM


PENUBUHAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU
6.1.1 Realisasi Federalisme
Penubuhan NNMB adalah untuk mewujudkan keseragaman dan kecekapan
pentadbiran British di Tanah Melayu.
Pelaksanaan sistem residen telah menyebabkan timbulnya ketidakseragaman dalam
pentadbiran British di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana residen tidak diberi
garis panduan dalam melaksanakan tugas mereka di Negeri-negeri Melayu.
Kemajuan yang tidak seimbang di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
menyebabkan kerjasama antara negeri sukar untuk dijalankan. Oleh itu telah
wujudnya unit politik yang berasingan diantara negeri-negeri tersebut.
Berikutan daripada itu, Frank Swettenham mencadangkan penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu bagi meletakkan pentadbiran negeri-negeri tersebut dalam satu
unit politik yang mengikut arahan pusat.
Hal ini bermakna residen bertindak sebagai penasihat di kerajaan negeri tetapi
diketuai oleh kerajaan pusat.
Sistem pentadbiran, cukai, undang-undang tanah dan keadilan dapat disatukan dan
diselaraskan. Kemajuan diantara negeri-negeri berkenaan juga dapat diselaraskan.
British turut dapat menjimatkan kos pentadbiran.
Pada akhir abad ke-19 juga, sudah menjadi dasar British untuk menggabungkan
negeri-negeri kecil dibawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai persekutuan.
Sebelum NNMB, British juga telah menubuhkan persekutuan di Amerika Utara, India,
Afrika, Australia dan New Zealand.

6.1.2 Realisasi Bukan Federalisme


A) Mengehadkan kuasa residen
Pelantikan sistem Residen sebelum penubuhan NNMB telah menyebabkan
kepincangan dalam pentadbiran British di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana
residen yang dilantik tidak mempunyai garis panduan dalam menjalankan
pentadbiran mereka di Tanah Melayu.
Walaupun residen dilantik hanya sebagai penasihat, namun kuasa residen muncul
sebagai kuasa yang paling dominan dalam pentadbiran. Sultan dan Majlis Negeri
tidak lagi dapat menyekat kuasa residen. Dalam konteks ini residen dilihat
mempunyai kuasa yang mutlak.
Oleh itu penubuhan NNMB merupakan jalan keluar yang diambil oleh pihak British
bagi menyekat kuasa residen kerana residen akan tertakluk kepada arahan daripada
kerajaan pusat dan pentadbiran negeri.

B) Masalah kewangan Pahang


British mengambil alih pentadbiran di negeri Pahang pada tahun 1886 kerana
menyangka bahawa Pahang mempunyai prospek ekonomi yang cemerlang.
Namun demikian, Pahang sebenarnya mempunyai hasil bumi yang kurang serta
jumlah penduduk yang sedikit. Hal ini telah menyebabkan pembangunan di negeri
Pahang sukar untuk dilakukan.
Bagi menjalankan pembangunan di negeri berkenaan, British terpaksa mendapatkan
bantuan kewangan daripada Negeri-Negeri Selat pada tahun 1890-an. Menjelang
1981, hutang Pahang kepada NNS mencecah $600 ribu dan meningkat lagi kepada
$800 ribu pada tahun 1892.
Maka dengan penubuhan NNMB, hasil negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor
dapat digunakan untuk membantu negeri-negeri yang miskin seperti Pahang.
C) Isu Keselamatan
Menjelang akhir abad ke 19, telah berlakunya kebangkitan di negeri-negeri Tanah
Melayu. Misalnya seperti Perang Perak (1875-an) dan Kebangkiran Pahang (1891-
1895).
British mula merasakan bahawa kuasanya terancam dengan kebangkitan penduduk
tempatan tersebut dan pihak British juga bimbang kekacauan tersebut akan berlaku
lagi sekaligus menganggu-gugat kegiatan pihak mereka di Tanah Melayu.
Ini mendorong kepada penubuhan NNMB kerana penggabungan empat buah negeri
tersebut dalam satu persekutuan akan meningkatkan keupayaan dari segi
ketenteraan.
Keselamatan di negeri-negeri berkenaan akan dapat dikekalkan sekaligus turut
menjaga keselamatan di NNS.

7.1 STATUS QUO NEGERI-NEGERI LAIN DI TANAH MELAYU


A) Konsep Status Quo
Status quo merujuk kepada sesuatu keadaan yang sedia ada tanpa dibuat sesuatu
perubahan. Ini merujuk kepada keadaan dimana sesuatu perkara itu dikekalkan
sebagaimana keadaan sebelumnya ataupun keadaan yang sedia ada.
Oleh itu, mengekalkan status quo biasanya dikaitkan dengan pengekalan sesuatu
keadaan supaya tetap pada keadaan yang sebelumnya mahupun sesuatu keadaan
yang sedia ada.
Golongan yang mahu mengekalkan status quo biasanya dikaitkan dengan golongan
yang tidak mahu menerima perubahan dan golongan yang mahu mengekalkan
sesuatu keadaan seperti yang sedia ada.

B) Status Quo bagi Negeri-Negeri lain di Tanah Melayu


Negeri-negeri lain selain Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dikategorikan sebagai
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan,
Terengganu dan Johor.
Dari segi pemerintahan, negeri-negeri tersebut kekal berada dibawah naungan pihak
Siam. Pada akhir abad ke-19, British telah menandatangani perjanjian dengan Siam
bagi menjamin hubungan baiknya dengan Siam. Perjanjian tersebut juga
ditandatangani bagi memastikan Siam tidak menyerahkan Negeri-Negeri Melayu
Utara kepada pihak lain tanpa kebenaran pihak British.
Hal ini bermakna pemerintahan di NNMTB diteruskan dibawah naungan pihak Siam
dan Sultan di negeri masing-masing.
Kewujudan status quo di negeri-negeri berkenaan juga dikaitkan dengan kegiatan
ekonomi tradisional yang dikekalkan di negeri-negeri Melayu berkenaan pada akhir
abad ke-19.
Orang-orang Melayu pada ketika itu masih mengekalkan kegiatan pertanian dan
menangkap ikan sebagai aktiviti ekonomi mereka. Mereka juga tinggal di kawasan
pedalaman.
Di Kedah, Perlis, Utara Perak dan Kelantan, penduduknya melibatkan diri dalam
aktiviti penanaman padi dan aktiviti ekonomi berskala kecil seperti penternakan
haiwan, penanaman buah dan sayuran. Mereka turut terlibat dalam kegiatan
memburu, perlombongan dan mengumpul hasil hutan seperti damar, rotan dan
buluh.
Status quo ini juga dikaitkan dengan amalan penguasaan ekonomi tradisional
masyarakat Melayu. Konsep penguasaan ekonomi masyarakat tradisional sangat
berbeza dengan konsep pemilikan tanah moden.
Turut dilihat melalui pengekalan institusi perhambaan yang dikekalkan oleh
pemerintah Melayu di negeri-negeri berkenaan.

8.1 ANALISIS
Tindakan British menyatukan negeri-negeri Melayu dibawah satu pemerintahan yang
sama iaitu Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah bertujuan bagi menyeragamkan
kemajuan di negeri-negeri tersebut.
Sistem Residen yang telah diperkenalkan oleh British telah menyebabkan
pembangunan di negeri-negeri Melayu tidak seimbang kerana pembangunannya
masing-masing bergantung kepada residen di negeri-negeri tersebut.
Oleh hal yang demikian, British telah menggabungkan pemerintahan negeri-negeri
berkenaan dalam bentuk kesatuan bagi memudahkan lagi pihak British memonopoli
dan menguasai hasil-hasil ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu.
Sistem federalisme dilihat sebagai sistem yang paling sesuai bagi menyatukan
pemerintahan di negeri-negeri berkenaan memandangkan setiap negeri mempunyai
Sultan.
Penubuhan NNMB ini juga telah menyebabkan hasrat British untuk menyeimbangkan
pembangunan ekonomi dan sosial di keempat-empat negeri berkenaan dapat
direalisasikan. Begitu juga dengan matlamat bukan federalisme pihak British yang
turut dapat direalisasikan menerusi penubuhan NNMB ini.
Pembahagian pentadbiran kepada pentadbiran pusat dan negeri merupakan contoh
realisasi federalisme yang diperkenalkan oleh pihak British di Tanah Melayu.
Federalisme ini juga dapat dilihat melalui pembahagian pentadbiran diantara Majlis
Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Raja-raja.
Selain itu, pembahagian tugas diantara Pesuruhjaya Tinggi British, Residen Jeneral
dan Residen turut menunjukkan realisasi federalisme dalam NNMB.
Namun demikian, hasrat British untuk menggabungkan negeri-negeri di Tanah
Melayu itu tidak tercapai apabila hanya empat buah negeri sahaja yang
menandatangani perjanjian dengan pihak British.
Kedah, Kelantan, Perak dan Perlis masing-masing kekal dengan sistem pemerintahan
mereka yang tersendiri sehingga tahun 1909.
Negeri-negeri tersebut kekal berada dibawah naungan Siam mereka sehinggalah
termeterainya Perjanjian Bangkok pada 1909 yang menyebabkan pemerintahan
Negeri-Negeri Melayu Utara diambil alih oleh pihak British. Johor merupakan yang
terakhir menerima penasihat British iaitu pada tahun 1914.

9.1 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, penyatuan Selangor, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan
dibawah satu pentadbiran yang sama adalah dilakukan oleh pihak British bagi menjamin
kepentingan mereka di Tanah Melayu. Konsep federalisme yang dibawa oleh pihak British ini
telah membolehkan pembangunan dikeempat-empat negeri berkenaan dapat
diseimbangkan dan lebih mudah bagi pihak British untuk menguasai ekonomi dan hasil bumi
yang terdapat di Tanah Melayu. Hasrat British untuk menyatukan kesemua negeri di Tanah
Melayu dibawah persekutuan tidak terlaksana kerana keengganan Negeri-Negeri Melayu
Utara dan Johor untuk menandatangani perjanjian pada tahun 1895 tersebut. Meskipun
begitu, British pada akhirnya berjaya menguasai kesemua negeri di Tanah Melayu apabila
Perjanjian Bangkok termeterai pada tahun 1909 yang menyebabkan penasihat British
ditempatkan di Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.
RUJUKAN

A. C. Milner. 1970. The Federation Decision: 1895. Journal of the Malaysian Branch of the
Royal Asiatic Society. 43(1): 104-115.

A. Rahman Tang Abdullah. (t.t). Economic Change and Transition of Malay Society in
Malaya in late Nineteenth and Early Twentieth Centuries. Jurnal Sejarah. 71-95.

Dragon Bataveljic. 2012. Federalism: The Concept, Development and Future. International
Journal of Humanities and Social Science. 2(24): 21-31.

Ernest Chew. 1974. Swettenham and British Residential Rule in West Malaya. Journal of
Southeast Asian Studies, The Centenary of British Intervention in Malaya. 5(2): 166-
178.

Jagjit Singh. 1980. Administration in the Federated Malay States, 1896-1920. London:
Oxford Universitiy Press.

Kamus Dewan. 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

K. G. Tregonning. 1964. A History of Modern Malaya. London: Eastern Universities Press Ltd.

Raymond Kennedy. 1946. Status Quo for Malaya. Far Eastern Survey, Institute of Public
Relation. 15(9): 134-137.

William R. Roff (terj. Ahmad Boestamam). 2003. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

You might also like