You are on page 1of 13

KURSUS-KURSUS FAKULTI

FACULTY COURSES

Kursus-kursus Wajib (Teras) Fakulti


Faculty Core Courses

Kursus-kursus Elektif Fakulti


Faculty Elective Courses

Kursus-kursus Elektif Luar Fakulti


External Faculty Elective Courses

Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur


Tengah
Department of Arabic and Middle Eastern
Languages

Jabatan Bahasa Inggeris


Department of English

Jabatan Bahasa-bahasa Asia dan Eropah


Department of Asian and European Languages

Jabatan Bahasa-bahasa Malaysia dan Linguistik


Terapan
Department of Malaysian Languages and Applied
Linguistics

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 1


HURAIAN KURSUS-KURSUS WAJIB (TERAS) FAKULTI
DESCRIPTION OF FACULTY CORE COURSES

1. TTEA1112 :
Pengantar Linguistik / Introduction to Linguistics
(3 kredit/credits)

Kursus ini memperkenalkan ilmu kebahasaan atau linguistik dengan


tumpuan kepada sistem dan struktur yang wujud dalam bahasa. Hubungkait
antara sistem dan struktur bahasa dihuraikan mengikut tatatingkat linguistik
seperti fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Pelbagai
teori, prinsip, model dan pendekatan dalam penganalisan sistem dan
struktur serta perkembangan bahasa juga dikaji.

This course provides students with an introduction to linguistics and focuses


on the system and structure of language. It introduces students to the basic
concepts in phonetics, phonology, morphology, syntax and semantics and
the application of these concepts in the analysis of linguistic data.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

2. TTEA2111 :
Pengantar Sejarah Linguistik / Introduction to the History of Linguistics
(3 kredit/credits)

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada perkembangan sejarah ilmu


linguistik hingga kini. Pelajar akan mempelajari tradisi linguistik daripada
zaman Yunani, Romawi, Pertengahan dan Renaisans. Ini diikuti dengan
perkembangan linguistik sejarawi di abad ke 19, dan pengenalan ciri-ciri
linguistik moden sehingga tercetusnya teori-teori behaviorisme dan
generativisme.

The course introduces the students to the development of linguistic ideas


and theories. The students will learn the traditional linguistics of Greece,
Rome, the Middle Ages, and the Renaissance. This will be followed by
historical linguistics of the 19th century and the features of modern linguistics
which give rise to the theories of behaviourism and generativism.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 2


3. TTEA2113:
Pengantar Sosiolinguistik / Introduction to Sociolinguistics
(3 kredit/credits)

Tujuan kursus ini adalah untuk memperlihatkan hubungan timbal balik


antara bahasa dengan aspek sosial iaitu masyarakat sebagai pengguna
bahasa. Ia juga akan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan bahasa dalam peringkat kelompok masyarakat bahasa dan
interaksi perseorangan dalam masyarakat multilingual. Ciri-ciri penggunaan
bahasa seperti pemilihan bahasa, pengekalan bahasa, pertukaran kod,
bahasa standard, perancangan bahasa dan variasi bahasa juga akan
dibincangkan.

The aim of this course is to look at the relationship between language and its
social aspects with society as the language users. It will also study the
factors that influence language use among language users in a group and in
individual interactions in a multilingual society. Characteristics of language
use such as language choice, language maintenance, code-switching,
standard language, language planning and language variety will also be
discussed.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 60%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 40%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

4. TTEA3102 :
Pemerolehan Bahasa / Language Acquisition
(3 kredit/credits)

Kursus ini memberi pengenalan dan pendedahan kepada Pemerolehan


Bahasa termasuk pemerolehan bahasa pertama, kedua dan bahasa asing.
Teori-teori pemerolehan bahasa, kesan input/persekitaran linguistik, dwi
bahasa dan kesan B1 dan B2 ke atas bahasa, budaya dan identiti dianalisis.
Ini dikaitkan dengan aplikasi teori kepada pembelajaran dan pengajaran
bahasa.

The course is an introduction and description of Language Acquisition


including First, Second and Foreign Language Acquisition. Theories of
language acquisition, the impact of input/linguistic environment, bilingualism
and the effects of L1 and L2 on language, culture and identity are analysed.
This is related to the application of theories to language learning and
teaching.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 60%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 40%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 3


5. TTEA2115 :
Pengantar Pragmatik / Introduction to Pragmatics
(3 kredit/credits)

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada satu bidang linguistik terapan


yang penting terutamanya dalam penggunaan bahasa seharian. Oleh
kerana kemahiran pragmatik yang pelbagai diperlukan semasa
berkomunikasi dengan penutur dari budaya lain, kursus ini penting sebagai
asas kepada komunikasi dan penggunaan bahasa.

This course introduces students to an area of applied linguistics that is


important especially in daily language use. As a range of pragmatic
competence is needed while communicating with an interlocutor of a
different culture, this course is important as the foundation for
communication and language use.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

6. TTEA3112 :
Komunikasi Antara Budaya / Intercultural Communication
(3 kredit/credits)

Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada konsep komunikasi


dan budaya serta model-model berkaitan. Pelajar juga akan didedahkan
kepada kepelbagaian situasi dan peristiwa antara budaya serta peranan
bahasa dan budaya dalam komunikasi antara budaya.

This course aims to introduce students to concepts of communication and


culture as well as their relevant models. Students will also be exposed to a
variety of intercultural situations and events as well as to the role of
language and culture in intercultural communication.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

7. TTEA3113 :
Kaedah Dalam Kajian Bahasa / Methods of Language Research
(3 kredit/credits)

Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar untuk berfikiran kritis terhadap
konsep-konsep utama dalam bidang penyelidikan bahasa, dan
membolehkan mereka membuat keputusan yang bernas dalam rekaan dan
Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 4
implementasi projek penyelidikan yang berkaitan dengan bahasa. Kursus ini
akan mendedahkan pelajar kepada kerangka teori dan paradigma
penyelidikan untuk membantu mereka memahami konsep yang dipilih dalam
kajian bahasa, serta pelbagai pendekatan lain dalam bidang kajian bahasa.

The course aims to give students the opportunity to develop a critical


understanding of key concepts in language research and to make informed
choices in designing and implementing language related research projects.
The course will address theoretical frameworks and research paradigms to
help students understand the concepts selected in language research as
well as various other approaches in language research.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 60%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 40%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

8. TTEA2104 :
Pengantar Semantik / Introduction to Semantics
(3 kredit/credits)

Pelajar akan diperkenalkan kepada unit individu makna di dalam perkataan


dan hubungan di antara makna perkataan dan ayat yang bergantung
kepada aturan kata dan struktur ayat. Teori asas semantik seperti analisis
komponen makna, behaviorisme, pra-andaian, implikatur dan perlakuan
pertuturan akan dibincangkan untuk menerangkan makna.

Students will be introduced to the individual units of meaning in sentences


and the relationship between word and sentence meaning which is
dependant on the arrangement of words and sentence structure. Basic
semantic theories such as componential analysis, behaviourism, pre-
suppositions, implicatures, and speech acts will be discussed to explain
meaning.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 5


HURAIAN KURSUS-KURSUS ELEKTIF FAKULTI
DESCRIPTION OF FACULTY ELECTIVE COURSES

1. TXEA1102 :
Etika Profesionalisme / Professional Ethics
(3 kredit/credits)

Kursus ini menggunakan pendekatan yang seimbang terhadap teori dan


aplikasi. Pelajar-pelajar akan dapat mengenali dan memahami perbezaan
dalam sistem-sistem etika, pada peringkat individu dan di dalam masyarakat
umum. Kursus ini juga menekankan kemahiran asas bagi membentuk
kelakuan/tingkah laku yang beretika terutamanya dalam konteks tempat
kerja. Para pelajar akan belajar membuat keputusan berdasarkan nilai-nilai
moral selaras dengan prinsip-prinsip etika yang dipelajari dalam kursus ini.
Ini akan membolehkan pelajar-pelajar memahami kesan dari keputusan
yang dibuat, dan bertanggung jawab ke atas tindakan mereka serta
mementingkan kebenaran dalam komunikasi mereka. Dengan
menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah hibrid, isu-isu
etika yang kontemporari akan dikaji dari segi sistem nilai peribadi dan
profesional.

This course will take a balanced approach to theory and application.


Students will recognize and understand differences in ethical systems, on a
personal level and in society. The course also focuses on developing skills
necessary for ethical behaviour especially in the workplace. Students will
learn to make ethical or moral decisions based on the ethical principles they
learn in this course. It will help students to understand consequences of
decisions, be accountable for actions, and communicate truthfully. Using a
hybrid problembased learning approach, contemporary ethical issues
related to the workplace will be examined from the personal and
professional value systems.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 100%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

2. TXEA1103 :
Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah/
Critical Thinking and Problem Solving Skills
(2 kredit/credits)

Kursus ini bertujuan untuk memperkembangkan dan meningkatkan


kebolehan berfikir di dalam kalangan pelajar, umpamanya kebolehan
menjelaskan dan mentafsir idea, mengesan kekeliruan serta menganalisis
dan menilai hujah-hujah. Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari teknik-
teknik menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berdasarkan
maklumat. Untuk mempertingkatkan lagi kemahiran berkomunikasi,

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 6


kemahiran kepimpinan dan kemahiran berpasukan juga berbagai-bagai
teknik akan diperkenalkan melalui persembehan video dan perbincangan.

This course is aimed at developing and improving the students thinking


abilities such as clarifying and interpreting of ideas, detecting fallacies as
well as analysing and evaluating arguments. In this course, problem solving
and decision making techniques will be taught to help students make
informed decisions. In order to improve the students communication,
leadership skills and group skills as well as various techniques are also
introduced through video presentations and discussions.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

3. TXEA1101 :
Penulisan Kertas Ilmiah / Writing The Research Paper
(3 kredit/credits)

Kursus ini memberi pelajar garis panduan dan langkah-langkah logik dalam
menghasilkan kertas penyelidikan ilmiah - bermula dengan memahami
tugasan kepada membuat rangka kertas, menulis deraf kepada pencetakan
kertas penyelidikan ilmiah itu sendiri. Fokus utama akan diberikan kepada
strategi dan etika menggunakan bahan rujukan bercetak dan rujukan online
dan menyatakan asal bahan tersebut. Pelajar juga akan dilatih
menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal dalam menghasilkan
penyataan tesis dan mengembangkan premis untuk mengukuhkan
penyataan tesis tersebut.

The course outlines the logical steps in writing a research paperbeginning


with understanding the assignment to making an outline and writing the draft
to typing up the final paper. The main focus will be given to strategies and
ethics in using printed materials, online resources and Web based
information and to cite them correctly. Students will also be trained to apply
critical thinking skills in writing the thesis statement and develop arguments
to support it.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 100%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

4. TXEA1311 :
Psikolinguistik / Psycholinguistics
(2 kredit/credits)

Kursus ini memberi pengenalan dan pendedahan kepada keperihalan


proses kognitif iaitu bagaimana bahasa dan lakuan komunikasi diterima dan
Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 7
maknanya difahami begitu juga bagaimana idea disusun dalam fikiran,
dinyatakan dalam perkataan dan disebut melalui percakapan. Ini dikaitkan
dengan proses pemerolehan bahasa pertama pada kanak-kanak, persepsi
terhadap pertuturan, peranan ingatan, konsep-konsep, juga faktor-faktor
biologi dan psikologi yang memberi kesan kepada penggunaan bahasa.

The course is an introduction to the description of the cognitive processes


involved when language and communicative acts are received and its
meaning understood; how an idea is structured in the mind, expressed in
words and realized in speech. The processes are linked to first language
acquisition; speech perception; reading and psychological factors in the use
of language in communication.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 60%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 40%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

5. TXEA1313:
Variasi Bahasa / Varieties of Language
(2 kredit/credits)

Kursus ini memperkenalkan pelajar kepada bentuk-bentuk atau variasi-


variasi bahasa yang wujud di dalam masyarakat, antaranya termasuk dialek
geografi, slanga, euphemisme dan kata-kata tabu. Kursus ini juga akan
memperkenalkan pelajar kepada konteks sosial di mana bahasa digunakan,
hubungan di antara pengguna, tajuk yang diperkatakan dan suasana latar
penggunaan bahasa.

This course introduces the students to the various forms of language that
are used in the society which include geographical dialects, slang, and also
euphemism and taboo words. This course also introduces the students to
the social contexts in which language is used, the topics of discussion, the
relationship between the speakers and the background of the speakers
involved.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

6. TXEA1314 :
Bahasa dan Masyarakat / Language and Society
(2 kredit/credits)

Tujuan kursus ini adalah untuk mengkaji bahasa dan masyarakat pada
peringkat kelompok besar dalam interaksi antara perseorangan. Isu-isu
yang dibincangkan termasuk aspek-aspek sosial yang mempengaruhi

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 8


penggunaan bahasa dalam konteks seperti kuasa dan gender. Ciri-ciri
penggunaan bahasa dalam masyarakat multilingual seperti dialek sosial dan
kawasan, diglosia, pertukaran kod dan pengekalan bahasa juga akan
dibincangkan.

The aim of this course is to study language and society at a broader level in
interactions between individuals. The issues discussed include social
aspects that influence the use of language in the contexts of power and
gender. Characteristics of language use in a multilingual society such as
social and geographical dialects, diglossia, code switching, language shift
and language maintenance will also be discussed.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

7. TXEA1317 :
Pemprosesan Pertuturan Bahasa / Speech Language Processing
(3 kredit/credits)

Kursus ini membincangkan unsur-unsur penting dalam pemprosesan


pertuturan yang menghasilkan untaian ujaran dalam komunikasi manusia.
Perbincangan tentang pemprosesan bahasa ini turut melibatkan bahasa dan
makna sebagai komponen penting dalam komunikasi lisan dan bukan lisan.

This courses discusses the important elements in speech language


processing which produces the chain of speech in human
communication. The discussion on language processing involves language
and meaning as essential components in verbal and non verbal
communication.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 60%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 40%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

8. TXEA1318 :
Kecacatan Bahasa / Language Disorders
(3 kredit/credits)

Kursus ini merangkumi aspek kecacatan neurolinguistik dan psikolinguistik


(perkembangan dan pemerolehan); ketidakmampuan pembelajaran
bahasa;kecacatan-kecacatan komunikasi khususnya dalam kalangan
mereka yang kurang upaya dan mengalami defisit intelektual. Kursus ini
juga meliputi analisis linguistik data berkenaan kecacatan bahasa dan juga
data biasa; mengkaji dan memberi pendedahan mengenai strategi-strategi

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 9


pemulihan yang sesuai bagi yang menghadapi masalah pertuturan, atau
kecacatan bahasa dalam penghasilan bahasa secara lisan dan/atau tulisan.

This course will cover aspects of neuro-linguistics and psycholinguistics


(developmental and acquisition), language learning disabilities,
communication disorders in particular among those who are hearing
impaired and have intellectual deficits. The course will also focus on
linguistics analysis of normal and disordered data; and expose students to
language intervention strategies, in relation to speech disorders in the
production of oral and/or written language.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

9. TXEA1319 :
Bahasa dan Gender / Language and Gender
(3 kredit/credits)

Kursus ini memberi pengenalan kepada aspek bahasa dan perbezaan


gender, peranan hubungan hierarki dalam perbualan, gaya komunikasi
dalam suasana awam dan peribadi. Kursus ini meninjau bagaimana ciri-ciri
linguistik, wibawa kuasa dan solidariti mempengaruhi gaya tuturan
panggunanya. Penyelidikan di dalam bidang-bidang yang bersangkutan
juga akan dibincangkan.

This course focuses on the various aspects of language and gender


differences, the role of hierarchical relationships in conversation, and
communicative styles in public and private situations. It examines how
linguistic features, power and solidarity influence the speech styles of the
language user. Research in related fields will also be discussed.

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan/ Marking and Assessment Method


Penilaian berterusan/ Continuous assessment: 40%
Peperiksaan akhir/ Final examination: 60%

Bahasa Pengantar/Medium of Instruction


Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Malay and English)

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 10


KURSUS-KURSUS ELEKTIF LUAR FAKULTI
FACULTY EXTERNAL ELECTIVE COURSES

Jabatan Bahasa Arab dan Bahasa-bahasa Timur Tengah


Department of Arabic and Middle Eastern Languages

KOD KURSUS/
TAJUK KURSUS/COURSE TITLE KREDIT/
COURSE CODE
CREDIT

TAEA1331 Bahasa Arab Peringkat I / Arabic Level I 3

TAEA2331 Bahasa Arab Peringkat II/ Arabic Level II 3

3
TAEP1331 Bahasa Parsi Peringkat I/ Persian Level I

3
TAEP2331 Bahasa Parsi Peringkat II/ Persian Level II

Jabatan Bahasa Inggeris


Department of English Language

KOD KURSUS/ KREDIT/


TAJUK KURSUS/COURSE TITLE
COURSE CODE CREDIT

TCEE1320 Communication for Employment 3

Jabatan Bahasa-bahasa Asia dan Eropah


Department of Asian and European Languages

KOD KURSUS/ KREDIT/


TAJUK KURSUS/COURSE TITLE
COURSE CODE CREDIT
TBEB1331 Bahasa Belanda Peringkat I/Dutch Level I 3
TBEB2331 Bahasa Belanda Peringkat II/Dutch Level II 3
TBED1331 Bahasa Burma Peringkat I/ Burmese Level I 3
TBED2331 Bahasa Burma Peringkat II/Burmese Level II 3
TBEF1331 Bahasa Filipino Peringkat I/Filipino Level I 3
TBEF2331 Bahasa Filipino Peringkat II/Filipino Level II 3
TBEG1331 Bahasa Jerman Peringkat I/German Level I 3

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 11


TBEG2331 Bahasa Jerman Peringkat II/German Level II 3
TBEH1331 Bahasa Sepanyol Peringkat I/Spanish Level I 3
TBEH2331 Bahasa Sepanyol Peringkat II/Spanish Level II 3
TBEJ1331 Bahasa Jepun Peringkat I/Japanese Level I 3
TBEJ2331 Bahasa Jepun Peringkat II/Japanese Level II 3
TBEK1331 Bahasa Korea Peringkat I/Korean Level I 3
TBEK2331 Bahasa Korea Peringkat II/Korean Level II 3
TBEL1331 Bahasa Itali Peringkat I/Italian Level I 3
TBEL2331 Bahasa Itali Peringkat II/Italian Level II 3
TBEP1331 Bahasa Perancis Peringkat I/French Level I 3
TBEP2331 Bahasa Perancis Peringkat II/French Level II 3
TBEQ1331 Bahasa Portugis Peringkat I/Portuguese Level I 3
TBEQ2331 Bahasa Portugis Peringkat II/Portuguese Level II 3
TBER1307 Seni dan Budaya Rusia/Russian Art and Culture 2
TBER1331 Bahasa Rusia Peringkat I/Russian Level I 3
TBER2331 Bahasa Rusia Peringkat II/Russian Level II 3
TBES1331 Bahasa Thai Peringkat I/Thai Level I 3
TBES2331 Bahasa Thai Peringkat II/Thai Level II 3
TBEV1331 Bahasa Vietnam Peringkat I/Vietnamese Level I 3
TBEV2331 Bahasa Vietnam Peringkat II/Vietnamese Level II 3

Jabatan Bahasa-bahasa Malaysia dan Linguistik Terapan


Department of Malaysian Languages and Applied Linguistics

KOD KURSUS/ KREDIT/


TAJUK KURSUS/COURSE TITLE
COURSE CODE CREDIT

TDEC1411 Bahasa Cina I /


3
Chinese Language I

Bahasa Cina II /
TDEC1412 3
Chinese Language II

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 12


Bahasa Cina III /
TDEC1413 3
Chinese Language III

Bahasa Cina IV /
TDEC1414 3
Chinese Language IV

Bahasa Cina V /
TDEC1415 3
Chinese Language V

Bahasa Cina VI /
TDEC1416 3
Chinese Language VI

TBEI1411 Bahasa Iban I /


3
Iban Language I

Bahasa Iban II /
TBEI1412 3
Iban Language II

Bahasa Iban III /


TBEI1413 3
Iban Language III

Bahasa Iban IV /
TBEI1414 3
Iban Language IV

Bahasa Iban V /
TBEI1415 3
Iban Language V

Bahasa Iban VI /
TBEI1416 3
Iban Language VI

Buku Panduan Fakulti Bahasa dan Linguistik 13

You might also like