You are on page 1of 6

TEKS PENGERUSI MAJLIS SHAH UNGGUL DAN JAMUAN AKHIR SHAH PEKAN

2014

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang


Berusaha, Pn. Asiah Binti Hamzah Pegawai Pendidikan
Daerah Pekan diiringi oleh Tuan Pengetua serta dif dif
kehormat.
(Diiringi bacaan selawat syifa)

Asalamualaikum waramatullah hiwabarakatuh dan salam


sejahtera.

Yang Berusaha Puan Asiah Binti Hamzah, Ketua


Pegawai Pendidikan Daerah Pekan

Yang Berusaha En. Abdullah Bin Musa,


Pengetua Sekolah Sains Sultan haji Ahmad Shah Pekan

Guru-guru Penolong Kanan SHAH Pekan,

Ketua-ketua bidang, ahli-ahli PiBG, tetamu-tetamu serta


warga SHAH yang dikasihi sekalian

Bersyukur kita kehadrat ilahi kerana dengan limpah


kurnianya dapat sekali lagi kita berada dalam Majlis
Shah Unggul dan Jamuan Akhir tahun SHAH Pekan
2014. Untuk makluman semua, tujuan utama majlis ini
diadakan bagi memberi insentif dan pengiktirafan kepada
pelajar-pelajar yang menyumbangkan mata kepada
rumah sukan masing-masing dan juga kepada sekolah
dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan
disiplin serta 3K. Tema majlis SHAH Unggul pada kali ini
ialah Pelajar Berkualiti, Rumah Beridentiti, Sekolah
Berprestasi Tinggi. Majlis juga ingin mengalu-alukan
kehadiran tetamu kehormat Yang Berusaha Pn. Asiah
Binti Hamzah serta para tetamu jemputan semua ke
majlis kita pada malam ini.
1
Sayang kumbang mencari makan
Terbang seiring ditepi kali
Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu ilahi

Bagi memberkati majlis, dipersilakan Saudara


Muhammad Emir Bin Ramli untuk memimpin bacaan
doa.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis diteruskankan lagi dengan menjemput Tuan


Pengetua, En. Abdullah Bin Musa untuk menyampaikan
ucapan aluan-aluan

Terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan tadi.

Kini tibalah masanya untuk kita mendengar ucap utama


daripada tetamu kehormat. Untuk itu majlis dengan
penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Pn.
Asiah Binti Hamzah menyampaikan ucapan.

Dipersilakan

Terima kasih yang tidak terhingga atas ucapan yang


telah disampaikan.

2
Hadirin sekalian, sekarang tibalah kita ke acara yang
dinanti-nantikan.

Untuk itu majlis dengan suka sukacitanya menjemput


Tuan Pengetua, En. Abdullah Bin Musa untuk mengiringi
Yang Berusaha Pn. Asiah Binti Hamzah, Pegawai
Pendidikan Daerah Pekan untuk menyampaikan hadiah.

Anugerah Unggul dari setiap rumah ini akan diberikan


kepada pelajar yang telah mencapai kejayaan dalam
bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum daripada
rumah masing-masing. Pemenang akan menerima sijil
dan plak.

Manakala pelajar unggul keseluruhan yang terpilih dalam


bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum akan
menerima plak, sijil dan juga piala pusingan.

(Senarai Nama Penerima HadiahSHAH Unggul


Rujuk Lampiran)

Berikut penyampaian hadiah dan anugerah khas yang


telah dianugerahkan kepada Sekolah Sains Sultan Haji
Ahmad Shah, Pekan. Diminta YM Tuan Zakaria bin Tuan
Muda untuk menerima hadiah.
Anugerah yang telah berjaya diperoleh ialah :

Senarai Anugerah Khas Rujuk Lampiran)

Majlis penyampaian hadiah dan anugerah diteruskan lagi


3
dengan mengumumkan anugerah Rumah Unggul
Akademik, Rumah Unggul Kokurikulum, Rumah Unggul
Keceriaan dan Rumah Unggul Sahsiah.Pemenang akan
menerima sijil, piala pusingan dan hamper.

Senarai Nama Penerima Hadiah SHAH Unggul


Rujuk Lampiran)

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh warga


SHAH untuk mengetahui rumah manakah yang akan
dinobatlkan sebagai Rumah Unggul Keseluruhan SHAH
Unggul 2014.
Untuk itu majlis dengan ini akan mengumumkan markah
keseluruhan bagi setiap rumah .

4. Rumah
3. Rumah
2. Rumah
1. Rumah

Dengan ini Rumah .. berjaya merangkul


piala , cek yang bernilai RM 1,000 dan sijil.

Tahniah kepada semua warga


rumah.

Anugerah Ketua Guru Rumah dan Penolong Ketua Guru


Rumah Unggul akan diberikan sebagai tanda
menghargai jasa Ketua Guru Rumah dan Penolong Guru
Rumah yang telah bekerja keras dan bekerjasama dalam
memastikan kejayaan ahli rumah .Dengan ini diumumkan
anugerah ini telah berjaya dimenangi olehKGR dan
PKGR Rumah
..
Rujuk senarai penerima hadiah.

4
Pemenang akan menerima sebuah hamper.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Seterusnya majlis menjemput Tuan Pengetua SHAH,


Pekan untuk menyampaikan cenderamata kenangan
kepada Pn. Asiah Binti Hamzah. Dipersilakan

Demikianlah berakhirnya satu lagi episod


kejayaan..episod mempertahankan tradisi..episod
legasi yang bakal ditingalkan .

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak


yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan program ini Pihak kami juga
memohon jutaan kemaafan atas kekurangan dan
kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini
berlangsung.

4. Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput


tetamu untuk menjamu selera .

( BACAAN DOA MAKAN ) FAIZ


Terbang sekawan siburung merbuk
Batang selasih di tanjung Jara
Padamu tuan kami persembah
Santapan kasih juadah mesra.
Selamat Menjamu selera.

Sekian semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan .

5
6

You might also like