You are on page 1of 20

J4012 / UNIT 4/1

PENDERIA

UNIT 4

SISTEM KERJA PNEUMATIK


( PENDERIA )

OBJEKTIF
Objektif Am : Mempelajari dan memahami sistem kerja
pneumatik

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-

Menerangkan fungsi penderia.


Menyatakan kaedah menggerakkan penderia.
Merekabentuk dan menerangkan litar asas bagi
satu silinder pneumatik dan elektro-pneumatik
J4012 / UNIT 4/2

PENDERIA

INPUT

4.0 PENGENALAN

T ahukah anda!. Jikalau manusia mempunyai lima deria untuk mengesan objek
dan persekitaran, begitu juga dengan sistem pneumatik. Deria sistem pneumatik
terbahagi kepada dua iaitu yang bersentuhan dan tidak bersentuhan.

4.1 PENDERIA

Tahukah anda untuk menjadikan sistem pneumatik menjadi lebih baik dalam kawalan
mesin, jurutera rekabentuk dan selenggara mestilah mempunyai pengetahuan yang
mendalam dalam pemilihan peralatan penderia yang sesuai. Kedudukan penderia
dibina dalam keadaan dua bentuk penderia iaitu bersentuh (Contact) dan tidak
bersentuh (Non-Contact).

Penderia berfungsi untuk mengesan objek yang bergerak dan memberi isyarat kepada
pengawal penggerak. Dengan adanya bantuan penderia, sistem pneumatik menjadi
lebih cekap dan berkesan. Kaedah menggerak penderia boleh dibahagikan kepada
tiga jenis yang utama iaitu :-

Mekanikal
Pneumatik
Elektrikal

4.1.1 Kaedah Menggerak Mekanikal

Penderia mekanikal jenis bersentuhan paling banyak digunakan dalam


menggera pergerakan dan kedudukan penggerak. Ianya dilakukan dengan
operasi injap mekanikal seperti injap beroda, plug, injap satu hala dan injap
pantulan tekanan. Contoh kaedah penderia mekanikal ditunjukkan oleh Rajah
4.1 (a) di bawah:-
J4012 / UNIT 4/3

PENDERIA

Sumber: S
SMC Pneumatic
u
Rajah 4.1 (a) : Kaedah menggerak mekanikal
m

Penderia jenis mekanikal ini biasanya dipasang sebagai suis penghad pada
hujung gerakan silinder. Injap jenis ini dipasang apabila terjadinya isyarat yang
berlawanan di mana suis penghad biasa (guling) tidak sesuai digunakan.
Apabila injap jenis ini ditekan, penggulingnya akan tertekan seketika sebelum ia
terpelantik semula untuk mengelakkan isyarat berlawanan.

Terdapat tiga jenis penderia mekanikal yang utama, sepertimana yang


ditunjukkan dalam Rajah 4.1 (b) di bawah:-

Nama Penderia Simbol


Penderia Mekanikal Jenis Pantulan
Tekanan
Penderia Mekanikal Jenis Bebola

Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik

Rajah 4.1 (b) : Nama dan simbol Penderia Mekanikal

4.1.2 Kaedah Menggerak Pneumatik

Penderia pneumatik jenis pantulan tekanan merupakan satu-satunya penderia


kedudukan yang mempunyai kejituan sentuhan sehingga 0.2 mm. Ia biasa
J4012 / UNIT 4/4

PENDERIA

digunakan untuk penggerak yang mempunyai lejang yang pendek iaitu kurang
dari 5 mm.

Terdapat tiga jenis penderia pneumatik yang biasa digunakan dalam pembinaan
litar kawalan, sepertimana ditunjukkan dalam Rajah 4.3 di bawah:-

Nama Penderia Simbol

Penderia Pneumatik ( Panduan Udara )

Penderia Pneumatik ( Panduan Vakum )

Penderia Pneumatik ( Panduan Kembali


Dalaman / Balikan )

Rajah 4.2 : Nama dan simbol Penderia Pneumatik

4.1.3 Kaedah Menggerak Elektrikal

Penderia elektrikal yang biasa digunakan dalam pembinaan litar pneumatik


terdiri daripada penderia objek dan penderia magnetic sepertimana ditunjukkan
dalam rajah 4.3 di bawah.

Nama Penderia

Penderia Objek (Object Sensor)

Penderia Magnetik (Magnetic


Sensor)

Rajah 4.3 : Penderia Elektrikal

Penderia objek mengesan kehadiran objek seperti produk tertentu yang


bergerak. Penderia objek mestilah dipasang dalam jarak yang tertentu untuk
memastikan ianya berfungsi. Satu kelebihan penderia objek ialah ianya tidak
J4012 / UNIT 4/5

PENDERIA

menggangu pergerakan produk kerana tiada sentuhan secara langsung


diperlukan.

Penderia magnetik pula kebiasaannya dipasang pada pengerak. Pergerakan


pengerak ke hadapan dan ke belakang boleh menyebabkan penderia magnetik
digera dan kawalan litar boleh dilakukan. Kelebihan penderia magnetik adalah
sama juga seperti penderia objek. Kelemahannya ialah ia hanya boleh
digunakan pada bahagian yang diperbuat daripada besi.
J4012 / UNIT 4/6

PENDERIA

AKTIVITI 4a

Soalan 4a-1

Lukiskan simbol bagi penderia mekanikal pada ruang yang disediakan di bawah.

Nama Penderia Simbol


Penderia Mekanikal Jenis Pantulan Tekanan

Penderia Mekanikal Jenis Bebola

Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik

Soalan 4a-2

Sila isi jawapan anda di tempat kosong yang disediakan.

a. Kedudukan penderia di bina dalam keadaan dua bentuk iaitu . dan



b. Penderia berfungsi untuk mengesan
c. Penderia .. jenis pantulan merupakan penderia yang paling jitu.
d. Penderia magnetik biasanya dipasang pada ..
e. Penderia .. jenis bersentuhan paling banyak digunakan.

Soalan 4a-3

Nyatakan TIGA kaedah menggerak penderia.


J4012 / UNIT 4/7

PENDERIA

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 4a

Jawapan 4a-1

Nama Penderia Simbol


Penderia Mekanikal Jenis Pantulan Tekanan

Penderia Mekanikal Jenis Bebola

Penderia Mekanikal Jenis Injap Belantik

Jawapan 4a-2

a. Bersentuhan , tidak bersentuhan


b. Objek
c. Pneumatik
d. Penggera
e. Mekanikal

Jawapan 4a- 3

TIGA (3) kaedah menggerak penderia ialah :-


i. Mekanikal
ii. Pneumatik
iii. Elektrikal
J4012 / UNIT 4/8

PENDERIA

INPUT
INPUT

4.2 PENGAWALAN PERGERAKAN SATU SILINDER

Terdapat pelbagai jenis pergerakan yang menggunakan satu silinder bergantung


kepada penggunaannya, jenis silinder dan injap-injap kawalan. Litar pengawalan
pergerakan satu silinder terbahagi kepada dua iaitu :-

Litar Pneumatik kaedah yang menggunakan udara sepenuhnya.


Litar Elektro-Pneumatik gabungan antara elektrik dan pneumatik

4.2.1 Litar Pneumatik

Litar pneumatik terbahagi kepada dua iatu :-


Kaedah langsung
Kaedah tidak langsung

4.2.1.1 Kaedah Langsung

Kita semua pasti sedia maklum bahawa Kaedah Langsung bermaksud


apabila satu penderia diaktifkan maka sesebuah litar itu telah lengkap
untuk bertindak dan ianya digambarkan seperti di bawah;

Prosedur Kerja Rajah 4.4


Menggerakkan rod silinder satu tindakan
keluar dan masuk dengan menekan dan
melepaskan suis tekan.

P 1R
Rajah 4.4 : Litar
J4012 / UNIT 4/9

PENDERIA

Prosedur Kerja Rajah 4.5


Menggerakkan rod silinder satu tindakan
keluar dan masuk dengan melepaskan suis
tekanan.

Rajah 4.5 : Litar 2

Prosedur Kerja Rajah 4.6


Menggerakkan rod silinder satu
tindakan keluar dan masuk dengan
menekan salah satu daripada dua suis
tekan.

Rajah 4.6: Litar 3

4.2.1.2 Kaedah Tidak Langsung


Tidak seperti litar yang menggunakan kaedah langsung, Litar Kaedah
tidak langsung memerlukan bantuan injah kawalan arah sebagai
perantaraan sebelum pengera boleh digerakan. Litar kaeadah tidak
langsung ditunjukkan oleh litar-litar di bawah;

Prosedur Kerja Rajah 4.7


Menggerakkan rod silinder dua tindakan
keluar dan masuk dengan menekan salah
satu dari dua suis tekan

Rajah 4.7 : Litar 4


J4012 / UNIT 4/10

PENDERIA

Prosedur Kerja Rajah 4.8, 4.9, 4.10.


Ketiga-tiga litar penumatik ini
menggerakkan rod silinder satu
tindakan dengan hanya menekan dua
suis tekan serentak

Rajah 4.8 : Litar 5

Rajah 4.9 : Litar 6 Rajah 4.10 : Litar 7

4.2.2 Litar elektro-Pneumatik

Sepertimana litar asas pneumatik satu selinder, litar asas elektro-pneumatik juga
boleh dibahagikan kepada dua seperti di bawah;

Kaedah Langsung
Kaedah tidak Langsung

4.2.2.1 Kaedah Langsung.


J4012 / UNIT 4/11

PENDERIA

Operasi litar elektro-pneumatik kaedah langsung adalah sepertimana


yang ditunjukkan oleh rajah 4.11 dan rajah 4.12 di bawah yang boleh
digunakan untuk membuka atau menutup pintu.
PB 1 Y1

PB 3

Y2
PB 2

PB 4

Rajah 4.11 Litar Fizikal Kaedah Langsung

Y1
PB 1

PB 3

Y2
PB 2

PB 4

Rajah 4.12 : Ladder Diagram Kaedah Langsung

Litar yang ditunjukkan oleh rajah 4.11 dan 4.12 digunakan untuk
menutup dan membuka pintu seperti rajah 4.13 di bawah;
J4012 / UNIT 4/12

PENDERIA

Rajah 4.13 : Pintu

Apabila salah satu daripada suis tekan PB 1 atau PB 2 ditekan maka


arus akan mengaktifkan injap selenoid (Y1) dan menyebabkan pintu
terbuka. Jika suis PB 3 atau PB 4 pula ditekan maka pintu akan
tertutup kembali.

4.2.2.2. Kaedah Tidak Langsung

Selain daripada kaedah langsung, kaedah tidak langsung juga boleh


digunakan untuk membuka pintu seperti rajah 4.13. Litar Fizikal dan
ladder R1 oleh rajah 4.14 dan
PBdiagram
1 kaedah tidak langsung ditunjukkan
rajah 4.15 di bawah;

PB 3
Berdasarkan rajah 4.14 dan 4.15 di bawah, apabila salah satu suis
tekan PB 1 dan PB 3 ditekan, arus akan mengalir dan mengaktifkan
relay 1 (R1), seterusnya selenoid 1 (Y1) akan Y1diaktifkan dan pintu
akanR1terbuka. Apabila suis tekan PB 2 dan PB 4 ditekan pula, arus
akan mengalir dan mengaktifkan relay 2 (R2), seterusnya selenoid 2
(Y2) PB
akan2 diaktifkan dan pintu akan tertutup.

PB 4

R2
J4012 / UNIT 4/13

PENDERIA

R2

Y1

Rajah 4.14 : Litar Fizikal Kaedah Tidak Langsung

PB 1 R1

PB 3

Y1
R1

PB 2 R2

PB 4
Y2
R2

Rajah 4.15 : Ladder Diagram Kaedah Tidak Langsung

AKTIVITI 4b
J4012 / UNIT 4/14

PENDERIA

Soalan 4b-1
Lengkapkan litar di bawah supaya apabila suis tekan a digerakkan selinder b akan
bergerak ke hadapan.

Soalan 4b-2
Lengkapkan litar di bawah supaya apabila kedua-dua suis tekan (PB) digerakkan selinder
b akan bergerak ke hadapan.

Soalan 4b-3

Sila isikan jawapan anda di tempat kosong yang disediakan di bawah:-


J4012 / UNIT 4/15

PENDERIA

a. Litar pneumatik menggunakan .sepenuhnya.


b. Litar Elektro-pneumatik merupakan gabungan antara.
dan.
c. Litar kaedah tidak langsung memerlukan bantuan
sebagai perantaraan sebelum penggera boleh digera.
d. Dalam litar kaedah langsung apabila suis ditekan penggera akan .
e. Apabila suis pada litar kaedah tidak langsung ditekan maka
akan mengalir dan .aktif menyebabkan selenoid digera.

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 4b


J4012 / UNIT 4/16

PENDERIA

Jawapan 4b-1

Jawapan 4b-2

Jawapan 4b-3

a. Udara
b. Elektrik, Pneumatik
c. Injap
d. Digera
e. Arus, Relay

PENILAIAN KENDIRI
J4012 / UNIT 4/17

PENDERIA

UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT


SELANJUTNYA!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
HALAMAN BERIKUTNYA

Soalan 1
Berpandukan rajah yang sesuai, terangkan secara terperinci bagaimana Kaedah
Menggerak Mekanikal dilakukan.

Soalan 2
Nyatakan dan terangkan dua jenis penderia yang mengunakan Kaedah Menggerak
Elektrikal.

Soalan 3
Lukiskan litar pneumatik kaedah langsung dan tidak langsung serta terang prosedur kerja
kedua-dua litar tersebut.

Soalan 4
Lukiskan litar Elektro-pneumatik kaedah langsung dan tidak langsung serta terang
prosedur kerja kedua-dua litar tersebut.

MAKLUM BALAS KEPADA


PENILAIANKENDIRI
J4012 / UNIT 4/18

PENDERIA

Jawapan 1

Kaedah Menggerak Mekanikal


Penderia jenis mekanikal ini biasanya dipasang sebagai suis penghad pada hujung
gerakan silinder. Injap jenis ini dipasang apabila terjadinya isyarat yang berlawanan dan
suis penghad biasa (guling) tidak sesuai digunakan. Apabila injap jenis ini ditekan,
penggulingnya akan tertekan seketika sebelum ia terpelantik semula untuk mengelakkan
isyarat berlawanan.

Jawapan 2

Penderia elektrikal yang biasa digunakan dalam pembinaan litar pneumatik terdiri
daripada penderia objek dan penderia magnetik Penderia objek mengesan kehadiran
objek seperti produk tertentu yang bergerak. Penderia objek mestilah dipasang dalam
jarak yang tertentu untuk memastikan ianya berfungsi. Satu kelebihan penderia objek
ialah ianya tidak menggangu pergerakan produk kerana tiada sentuhan secara langsung
diperlukan. Penderia magnetik pula kebiasaannya dipasang pada pengerak. Pergerakan
pengerak ke hadapan dan ke belakang boleh menyebabkan penderia magnetik digera dan
kawalan litar boleh dilakukan. Kelebihan penderia magnetik adalah sama juga seperti
penderia objek. Kelemahannya ialah ia hanya boleh digunakan pada bahagian yang
diperbuat daripada besi.

Jawapan 3

Litar pneumatik kaedah langsung


J4012 / UNIT 4/19

PENDERIA

Menggerakkan rod silinder satu tindakan keluar dan


masuk dengan melepaskan suis tekanan.

Litar pneumatik kaedah tak langsung


Litar penumatik ini
menggerakkan rod silinder satu
tindakan dengan hanya menekan
dua suis tekan serentak

Jawapan 4
Litar Elektro-pneumatik kaedah langsung
PB 1
Y1 Apabila salah satu daripada suis tekan PB
1 atau PB 2 ditekan maka arus akan
PB 3 mengaktifkan injap selenoid (Y1) dan
menyebabkan pintu terbuka. Jika suis PB 3
PB 2 atau PB 4 pula ditekan maka pintu akan
Y2 tertutup kembali.
PB 1 R
PB 4 1
PB 3
Apabila salah satu suis tekan PB 1 dan
PB 3 ditekan, arus akan mengalir dan
Y1 mengaktifkan relay 1 (R1), seterusnya
R1
selenoid 1 (Y1) akan diaktifkan dan
Litar Elektro-pneumatik kaedah tak langsung
PB 2 pintu akan terbuka. Apabila suis tekan
PB 2 dan PB 4 ditekan pula, arus akan
mengalir dan mengaktifkan relay 2 (R2),
PB 4 seterusnya selenoid 2 (Y2) akan
diaktifkan dan pintu akan tertutup.
R2
J4012 / UNIT 4/20

PENDERIA

SEKIRANYA JAWAPAN ANDA SAMA SEPERTI


DI ATAS.
ANDA LAYAK UNTUK MENERUSKAN UNIT
YANG SELANJUTNYA.

You might also like