You are on page 1of 14

1

SULIT

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman
Tahun 4
Oktober
2017
1 jam

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017


TAHUN 4

Nama : Kelas :

BAHASA MELAYU
Kertas 1 - Pemahaman

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu
A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan
jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

PAT 2017 [Sila lihat sebelah


2

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi soalan-soalan berikut.

1. Aiman masih _______________ walaupun hari sudah lewat malam.

A. terbangun C. tersedar
B. berjaga D. terlena

2. Keluarga Encik Man menginap di ______________ semasa bercuti di Melaka.

A. rumah sakit C. rumah terbuka


B. rumah tangga D. rumah tumpangan

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3. Pak Cik Mansor memikul _________________ kayu api di atas bahunya.

A. seberkas C. sebatang
B. sepuntung D. sepapan

4. Aribah, tambahkan dua _________________ garam lagi ke dalam gulai itu,


kata ibu kepada kakak.

A. ketul C. cubit
B. butir D. cebis

5. Cahaya lampu yang __________________ itu menyilaukan mata saya.

A. kacau-bilau C. hingar-bingar
B. gelap-gelita D. terang-benderang

PAT 2017 [Sila lihat sebelah


3

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Nasi yang telah ________________ itu diberi oleh ibu kepada ayam-ayam
peliharaannya.

A. basi C. busuk
B. hamis D. hancing

7. Annie berasa _________________ apaibila pertama kali menyampaikan


ucapan.

A. asing C. kekok
B. gusar D. gelisah

8. Peniaga itu sudah ________________ hendak terus berniaga sesudah


dianiaya oleh rakan sendiri.

A. terang hati C. tawar hati


B. lebam hati D. lembut hati

9. Nurul _________________ untuk membuka perniagaannya sendiri apabila


tamat belajar nanti.

A. terfikir-fikir C. teragak-agak
B. bercita-cita D. berangan-angan

10. Hadiah yang baru dibungkusnya itu akan diberikan _______________ ibu
sempena hari lahirnya.

A. ke C. kepada
B. pada D. daripada

11. Cikgu Sunan menasihati beberapa orang murid yang ________________


melanggar peraturan sekolah.

A. akan C. sudah
B. telah D. sedang

PAT 2017 [Sila lihat


sebelah
4

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12. Cikgu Sulaiman meminta murid-murid menggunakan _______________ untuk


menyiapkan projek buku skrap.

A. nota kaki C. mesin taip


B. buku nota D. komputer riba

13. Kotak-kotak yang diangkat oleh pekerja itu akan dimasukkan ke


____________
lori untuk dibawa ke pasar raya.

A. atas C. dalam
B. bawah D. tengah

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

14. Datuk menasihati Azrul supaya belajar bersungguh-sungguh agar berjaya


suatu hari nanti.

A. Datuk telah dinasihati oleh Azrul supaya belajar bersungguh-


sungguh agar berjaya suatu hari nanti.
B. Azrul menasihati datuk supaya belajar bersungguh-sungguh agar
berjaya suatu hari nanti.
C. Azrul telah dinasihati oleh datuk supaya belajar bersungguh-
sungguh agar berjaya suatu hari nanti.
D. Azrul dan datuk telah dinasihati olehnya supaya belajar
bersungguh-sungguh agar berjaya suatu hari nanti.

PAT 2017 [Sila lihat sebelah


5

15. Selepas tamat pengajian di universiti, saya mahu meneruskan perusahaan


bapa di kampung.

A. Bapa mahu saya meneruskan perusahaannya di kampung selepas


tamat pengajian di universiti.
B. Saya dan bapa mahu meneruskan perusahaannya di kampung
selepas kami tamat pengajian di universiti.
C. Saya mahu meneruskan perusahaan bapa di kampung selepas
tamat pengajian di universiti.
D. Saya mahu bapa meneruskan perusahaannya di kampung selepas
saya tamat pengajian di universiti.

Pilih ayat yang betul.

16. A. Tutup makanan dengan tudung saji agar tidak dihinggapkan lalat.
B. Johari menemukan dompet itu ke tepi jalan raya semasa ke sekolah.
C. Ayie dibenci oleh kawannya kerana sikapnya yang suka menipu.
D. Suri menyayangi semua guru di sekolah kerana dia baik hati.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PAT 2017 [Sila lihat


sebelah
6

17. Di manakah haiwan-haiwan tersebut berkumpul?

A. Di bawah kerusi
B. Di dapur
C. Di atas meja
D. Di dalam bilik tidur

18. Mengapakah semua haiwan tersebut berkumpul?

A. Mereka suka tempat yang kotor


B. Mereka mahu membasuh pinggan mangkuk
C. Mereka mahu mencari makanan
D. Mereka mahu menunggu tuan rumah

19. Apakah maksud kata-kata nyamuk, kamu semua tengok?

A. Nyamuk menyuruh rakan-rakannya melihat tuan rumah


B. Nyamuk hendak lari
C. Nyamuk mahu menunjukkan kekuatannya
D. Nyamuk menyuruh rakan-rakannya melihat sahaja

20. Apakah pengajaran yang dapat kamu peroleh berdasarkan petikan?

A. Kita hendaklah menjaga kebersihan rumah


B. Jangan menghormati pendapat orang lain
C. Kita hendaklah bersikap sombong dengan kawan-kawan
D. Bersikap meninggi diri akan disukai semua orang

PAT 2017 [Sila lihat


sebelah
7

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

digayakan dipakaikan membayangkan melakukan

mengadakan dipertahankan melambangkan dikekalkan

Budaya tradisional pelbagai kaum di Malaysia termasuklah pakaian, makanan,

adat resam dan seni. Warisan ini amat penting untuk (a) ________________________

kerana (b) _________________________ sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya

pakaian tradisional masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang unik dan

berwarna-warni kian (c) __________________________ oleh semua kaum. Budaya

warisan Malaysia juga menunjukkan budi dan pekerti rakyat Malaysia. Contohnya

semasa (d) ____________________________ rumah terbuka, setiap kaum boleh

berbual mesra serta menghormati adat masing-masing. Penghantaran kuih-muih

dan saling mengunjungi rumah terbuka menunjukkan kemesraan sesama kaum.

Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar.

[4
markah]

PAT 2017 [Sila lihat sebelah


8

Soalan 22

(a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang

diberi. Ayat tanya:

_________________________________________________________________________

________________________________________________________________________
Jawapan: Cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat
patriotik adalah dengan memberikan penekanan tentang semangat
patriotik di sekolah.
[2 markah]
(b) Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

[2 markah]

(c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

___________________________________________________________________________
[2 markah]

PAT 2017 [Sila lihat


sebelah
9

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Binatang apakah yang suka tinggal di dalam tin?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Di manakah tempat lalat berkumpul mencari makanan?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh penduduk kampung untuk


menjaga kebersihan tempat tinggal mereka?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Pada pendapat kamu, mengapakah kawasan tersebut menjadi tempat


tinggal nyamuk, lalat dan jentik-jentik?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2 markah]

PAT 2017 [Sila lihat


sebelah
10

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Siapakah nama Pengurus Wah Gah Enterprise?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[1
markah]

(b) Apakah kelemahan penggunaan kaedah kerahan tenaga untuk


mengangkut hasil tanaman dari ladang?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2
markah]

(c) Berapakah harga trak serba guna yang dihasilkan oleh Wah Gah
Enterprise?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2
markah]

(d) Pada pendapat kamu, mengapakah trak serba guna ini dicipta?

___________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
[2
markah]
PAT 2017 [Sila lihat sebelah
11

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

(a) Kepentingan telefon pintar adalah sebagai alat perhubungan dan

_________________________________.

[1 markah]

(b) Berikan satu fungsi yang terdapat dalam telefon pintar.

___________________________________________________________________________
[1 markah]

(c) Siapakah yang gemar menggunakan telefon pintar?

__________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Apakah dua kebaikan menggunakan telefon pintar?

__________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________
[2 markah]

- Kertas soalan tamat -

PAT 2017 [Sila lihat


sebelah
12

SKEMA JAWAPAN

Bahagian A

1. B
2. D
3. A
4. C
5. D
6. A
7. C
8. C
9. B
10.C
11.B
12.D
13.C
14.C
15.C
16.C
17.B
18.C
19.C
20.A

Bahagian B

Soalan 21

a) dikekalkan
b) melambangkan
c) digayakan
d) mengadakan

Soalan 22

a) Apakah cara yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotik


di sekolah?
b) Bagaimanakah kamu mengurus kewangan?
c) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit

PAT 2017 [Sila lihat


sebelah
13

Soalan 23

a) Binatang yang suka tinggal di dalam tin ialah jentik-jentik.


b) Lalat berkumpul mencari makanan di dalam longgokan sampah.
c) Langkah-langkah yang diambil adalah dengan membakar sampah dan
menanam tin-tin kosong yang menjadi tempat tinggal lalat dan jentik-
jentik.
d) Pada pendapat saya, kawasan ini menjadi tempat tinggal nyamuk, lalat
dan jentik-jentik kerana ia kotor dan penuh dengan sampah.

Soalan 24

a) Nama pengurus tersebut ialah Wagiman Dulahabedi.


b) Kelemahan penggunaan kaedah kerahan tenaga ialah ia memerlukan
masa yang lama untuk mengangkut hasil tanaman.
c) Harga trak serba guna itu adalah antara RM7 000 hingga RM13 000.
d) Pada pendapat saya, trak serba guna ini dicipta adalah untuk mengangkut
hasil tanaman dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat.

Soalan 25

a) komunikasi
b) Satu fungsi yang terdapat dalam telefon pintar adalah panggilan video.
c) Telefon pintar amat digemari oleh generasi muda.
d) Dua kebaikan menggunakan telefon pintar adalah dapat membuat
panggilan video dan menggunakan sistem GPS.

PAT 2017 [Sila lihat


sebelah

You might also like