You are on page 1of 4

TEMPLATE CONTOH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANJI,


JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2,
16100 KOTA BHARU, KELANTAN

KERTAS KERJA CADANGAN MEMBINA BANGUNAN BARU


PENDIDIKAN KHAS YANG MENGANDUNGI 4 BILIK DARJAH
DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN MENGIKUT PIAWAI DI SMK
PANJI, DAERAH KOTA BHARU, NEGERI KELANTAN.

1
CADANGAN MEMBINA BANGUNAN BARU YANG MENGANDUNGI 4 BILIK
DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN MENGIKUT PIAWAI DI SMK PANJI ,
DAERAH KOTA BHARU, NEGERI KELANTAN.

PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS


KOD BUTIRAN : 01300
SUB PROJEK : SMK. PANJI, KOTA BHARU

1. LATARBELAKANG PROJEK:

SMK.Panji merupakan sebuah sekolah Pinggir Bandar yang sederhana


besar. Bangunan Pendidikan Khas yang lama mempunyai tiga bilik darjah tidak
sesuai dengan jumlah kapasiti pelajar yang semakin bertambah. Jumlah Pelajar
terkini ialah 70 orang pelajar dan dijangka akan terus bertambah. Setiap tahun
sebanyak 10 orang atau lebih pelajar akan mendaftar. Pelajar daftar berdasarkan
sekolah saluran. Sekolah ini juga menjadi Penanda Aras kepada PPD dan JPN,
malah pihak Kementerian Pelajaran khasnya Bahagian Pendidikan Khas.

Kedudukan bangunan pula membahayakan kepada pelajar kerana sering


berlaku limpahan air hujan khasnya pada musim tengkujuh. Tiada sistem
perparitan yang sistematik. Kawasan yang sempit juga tidak sesuai dengan
aktiviti di luar bilik darjah. Bangunan sedia ada terlalu hampir dengan tangki
kumbahan utama. Perluasan bilik darjah tidak dapat dilakukan.

2. OBJEKTIF PROJEK :

1. Menyediakan prasarana pembelajaran yang lebih lengkap, selesa, kondusif


dan selamat untuk semua pelajar, guru serta kakitangan sekolah.
2. Menyediakan ruang kawasan yang lebih sesuai, luas dan efektif untuk
menjalankan aktiviti di luar bilik darjah.

3. SKOP PROJEK:

3.1 Projek bangunan baru dicadangkan merangkumi kemudahan-kemudahan


berikut:

Bil Brif Projek

1 Kelas

2 Ruang pejabat

3 Bilik Air/Tandas.

4 Stor am.

4. JUSTIFIKASI PROJEK:

2
1. Enrolmen murid yang tidak jauh berbeza setiap tahun, memerlukan
persediaan kemudahan untuk memenuhi keperluan pembelajaran tahun-tahun
akan datang.
2. Memberi kemudahan menjalankan program bukan saja untuk dalaman
(sekolah) malah untuk perjumpaan bersama ibu bapa, PPD, JPN dan pelawat.
3. Mengatasi masalah tempat untuk melaksanakan program besar.
4. Kawasan ini sukar mendapat tempat untuk program menghimpun pelajar dan
ibubapa.

5. ANGGARAN KOS:
Anggaran keseluruhan kos bagi projek ini sebanyak RM 250,000.00

6. OUTPUT DAN FAEDAH DIJANGKA DARIPADA PROJEK:

1. Bilik-bilik darjah yang dilengkapi kemudahan memberi suasana pembelajaran


yang lebih selesa dan kondusif .
2. Murid dan seluruh warga Pendidikan Khas SMK Panji dapat menjalankan
aktiviti kokurikulum, perjumpaan atau mesyuarat dengan lebih selesa.
3. Menjadikan prasarana sekolah lebih menarik kerana kemudahan yang ada
serta bangunan baru yang indah serta membanggakan.
4. Ruang persekitaran yang lebih luas, membolehkan aktiviti luar bilik darjah.

7. MAKLUMAT TAMBAHAN:

1. Bangunan Lama diakui tidak mampu menampung kapasiti pelajar, perlu


diganti dengan bangunan baru.
2. Bersama ini disertakan gambar-gambar yang berkaitan:

GAMBAR

2.1 Kepadatan murid bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran

GAMBAR

2.2 Sering berlaku limpahan dari tangki kumbahan

GAMBAR

3
2.3 Sering berlaku limpahan dari longkang

GAMBAR

2.4 Bangunan yang terlalu hampir dengan tangki kumbahan utama

GAMBAR

You might also like