You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA PUTRA

SG. MERAB,43000 KAJANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT ASET ALIH KERAJAAN


BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 16.1.2017
Masa : 12. 30 – 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :
1. En. Mohamad Azami b. Ismail (GB SKDP)
2. Pn. Anita bt. Saridin (GPK Kurikulum)
3. Pn. Zulastri bt. Ahmad Zahidi (GPK HEM)
4. En. Mohd Izzuddin b. Yoop (GPK Kokurikulum)
5. Pn. Nor Aida bt. Rawi (GPK Petang)
6. Pn. Azreen bt. Md Ariffen
7. Pn. Farizah bt. Mahaya
8. Pn. Hartini bt Ishak
9. Cik Haslina bt. Sulong
10. Pn. Hamidah bt. Johari
11. Pn. Khairani bt. Kassim
12. Pn. Maziati bt Mohd Noor
13. Pn. Maznah bt. Muda
14. Pn. Norafida bt. Mohamad
15. Pn. Norzilah bt. Kabri
16. Pn. Nor Mizam bt. Md. Yasin
17. Pn. Nur Hanani bt. Ramlan
18. Pn. Shahariah bt. Hassan
19. Pn. Salawati bt. Kumiri
20. Cik Azrienna bt. Zainuddin
21. Pn. Ros Shidah bt. Othman
22. Pn. Rubiah bt. Subari
23. Pn. Siti Yatinah bt. Mondakir
24. Pn. Nik Asiah Shahirah bt. Nik Abd Majid
25. Pn. Siti Nurul Zarina bt. Omar
26. Pn. Suriati bt. Shafie
27. Pn. Suzana bt. Sapril
28. Pn. Sumilah bt. Razali
29. Pn. Khuzaimah bt. Abdul Rahman
30. En. Mohd. Rostam b. Sulaiman
31. En. Mohd. Khairyazlin b. Harun

Urus Setia Mesyuarat :


1. Pn. Sharmilia bt. Hashim - Pegawai Aset

1
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa dan


membentangkan carta organisasi jawatankuasa aset/ alih harta sekolah serta
menerangkan bidang kuasa dan tugas kepada semua ahli.

1.2 Pn. Sharmilia dilantik sebagai Pegawai Aset yang baru berkuatkuasa Januari 2017.
Semoga dapat melaksanakan kerja dengan tekun dan perlu berurusan dengan
Bahagian Pengurusan Aset, PPD Sepang untuk dapatkan maklumat berkaitan aset.

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT

2.1 Pn. Sumilah bt. Razali mencadangkan minit mesyuarat kali ke-4 2016
disahkan. Pn. Hartini binti Ishak menyokong.

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada perkara berbangkit

4. PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pn. Sharmilia perlu membuat pendaftaran sebagai Pegawai Aset dan perlu
berurusan dengan Bahagian Pengurusan Aset, PPD Sepang.

4.2 Pegawai Aset telah menerima borang KEW.PA-7 daripada guru kelas dan guru
bilik khas untuk mencatat aset-aset yang berada dalam kelas dan bilik khas.
Borang KEW.PA-7 perlu dikemaskini mengikut jumlah aset yang dinyatakan.
Tindakan : Pegawai Aset

4.3 Semua ahli jawatankuasa aset yang dilantik akan menerima surat pelantikan dan
diberi kuasa untuk melaksanakan tugasan berkaitan sepanjang tahun 2017.
Tindakan : Pegawai Aset

4.4 Permohonan pelupusan sejumlah 21 buah komputer tahun 2007 dan 7 buah lcd
projektor telah dihantar ke PPD Sepang. Pegawai Pelupusan Aset perlu membuat
tindakan susulan dan berhubung dengan pegawai pemeriksa Aset dari pihak PPD.
Tindakan : Pegawai Pelupusan Aset

2
5. HAL-HAL LAIN

5.1 Sehingga kini pihak sekolah masih belum menerima surat kelulusan penerimaan
hadiah dari Jabatan Pendidikan Selangor. Permohonan kelulusan telah pun dibuat
pada Ogos tahun 2016 yang merangkumi:
- 1 unit komputer meja
- 2 unit pendingin hawa Essential 2.5 HP
- 1 unit pendingin hawa Acson 2.0 HP
- 1 unit pendingin hawa York 3.0 HP.

Tindakan : Makluman

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memainkan peranan untuk
memastikan aset sekolah berada di dalam keadaan terkini untuk meningkatkan
pengurusan aset di peringkat sekolah

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Urus Setia
Pegawai Aset
SK Desa Putra
Tarikh : 16.1.2017

You might also like