You are on page 1of 12

See

discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/313517099

Kemahiran Kebolehpekerjaan: Isu Graduan


Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional

Article · May 2016

CITATIONS READS

0 468

3 authors, including:

Bishanani Omar
University of Malaya
3 PUBLICATIONS 6 CITATIONS

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Kemahiran kebolehkerjaan graduan pengurusan perniagaan di Kolej Vokasional View project

Employability Skills View project

All content following this page was uploaded by Bishanani Omar on 10 February 2017.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Kemahiran Kebolehpekerjaan:
Isu Graduan Pengurusan Perniagaan Kolej Vokasional
Bishanani Omar, Sharifah Norul Akmar Syed Zamri, Norlidah Alias
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Kuala Lumpur

bishanani@siswa.um.edu.my, snorul@um.edu.my, drnorlidah@um.edu.my

Abstract: Artikel ini membincangkan isu-isu kemahiran


kebolehpekerjaan dalam kalangan graduan pengurusan perniagaan
kolej vokasional. Faktor-faktor yang telah dikenal pasti dan perlu
ditangani melibatkan kemahiran kebolehpekerjaan meliputi aspek
kekurangan kemahiran kebolehpekerjaan dalam kalangan graduan,
ketidakkesetaraan antara keperluan majikan dan kemahiran graduan
dan kekurangan pengalaman kerja praktikal dalam kalangan
graduan. Faktor penyumbang lain adalah kemahiran
kebolehpekerjaan di negara-negara membangun, persepsi negatif
majikan terhadap graduan pengurusan perniagaan masa kini dan
program kemahiran yang menyediakan pekerjaan.

Keywords: Employability Skills, Business Management graduates, Vocational Education,


employers, curriculum

1.1 Pengenalan

Kemahiran kebolehpekerjaan terbahagi kepada tiga kategori: Kemahiran Akademik


Asas, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dan Kualiti Peribadi dan ia adalah kemahiran asas yang
perlu untuk mendapat, mengekal dan ‘berbuat baik’ pada pekerjaan (Robinson, 2000).
Kebolehan bukan teknikal merupakan salah satu aspek kemahiran kebolehpekerjaan yang
penting seperti aspek kemahiran teknikal, penyelesaian masalah dan kemahiran
keusahawanan yang dimiliki oleh graduan vokasional (Overtoom, 2000). Kemahiran
kebolehpekerjaan juga didefinisikan sebagai, “pemindahan kumpulan-kumpulan kemahiran
teras yang mewakili fungsi penting dan membolehkan pengetahuan, kemahiran dan sikap
yang diperlukan oleh tempat kerja pada abad ke dua puluh satu. Ia adalah perlu bagi
kejayaan pada semua peringkat pekerjaan dan semua peringkat pendidikan” (Overtoom,
2000 (p.1).

Sejak kebelakangan ini konsep kebolehpekerjaan menjadi fokus bagi pihak kerajaan,
majikan, pencari kerja dan pendidik. Brown dan Hesketh (2004) mentakrifkan
kebolehpekerjaan sebagai peluang relatif mendapat dan mengekalkan pelbagai jenis
pekerjaan. Kebolehpekerjaan bergantung kepada sama ada seseorang itu dapat memenuhi
keperluan pekerjaan tertentu, dan juga bagaimana seseorang berdiri berbanding dengan orang
lain dalam hierarki pencari kerja (Brown et al., 2003). Satu bentuk pelarasan yang aktif perlu
bagi individu berkemahiran ke arah pekerjaan tertentu sehingga mereka dapat mengenal pasti

1
dan mengiktiraf peluang kerjaya yang sedia ada. Ini memerlukan kemahiran untuk mengenal
pasti peluang yang tidak dikenal pasti oleh individu lain (Fugate et al., 2004).

Sehubungan itu, sekumpulan kemahiran penting perlu diterapkan dalam diri setiap
individu bagi melahirkan tenaga kerja yang produktif (Kazilan et al. 2009). Menurut Hillage
dan Pollard (1998) seperti yang dipetik dalam Hind dan Moss (2011), kebolehpekerjaan
merujuk kepada keupayaan seseorang untuk mendapat dan mengekalkan pekerjaan. Bagi
individu, pekerjaan bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mereka, cara
mereka membentangkan aset kepada majikan dan konteks (contohnya keadaan peribadi dan
persekitaran pasaran buruh) di mana mereka mencari kerja (Hind & Moss, 2011). Dari segi
kognitif, afektif, psikomotor diajar kemahiran kebolehpekerjaan dan kemahiran asas yang
perlu untuk mendapatkan, menyimpan, dan berjaya dalam pekerjaan tetap bersama-sama
dengan permintaan majikan fleksibel dan dinamik (Mohd Puad, 2012). Kajian oleh Zaharim
et al.(2010) terdapat 10 kemahiran yang disenaraikan dalam rangka kerja Malaysian
Engineering Employability Skills(MESS). Berikut ialah kemahiran-kemahiran yang berkaitan
dengan kejuruteraan: (a)kemahiran komunikasi; (b)kerja berpasukan; (c)pembelajaran
sepanjang hayat; (d)professionalisme; (e)penyelesaian masalah dan membuat keputusan;
(f)kompeten dalam aplikasi dan amalan; (g)pengetahuan tentang prinsip sains dan
kejuruteraan; (h)pengetahuan tentang isu-isu semasa; (i)pendekatan sistem kejuruteraan; dan
(j)kompeten dalam prinsip kejuruteraan tertentu.

Artikel ini akan melihat isu-isu dan cabaran berkaitan kemahiran kebolehpekerjaan
secara terperinci serta bagaimana masalah yang wujud merumitkan penerapan kemahiran
kebolehpekerjaan dalam kurikulum graduan jabatan pengurusan perniagaan di kolej
vokasional secara berkesan.

Kemahiran Kebolehpekerjaan oleh majikan

Kemahiran kebolehpekerjaan yang dimiliki oleh graduan pengurusan perniagaan


dianggap penting walaupun terdapat perbezaan kesepakatan mengenainya di antara majikan
dan kajian lepas. Kemahiran bukan teknikal yang kritikal pada graduan pengurusan
perniagaan untuk memasuki pasaran pekerjaan adalah selari antara pihak majikan dan
universiti (Jackson, 2013). Terdapat 18 kemahiran bukan teknikal yang diperlukan terhadap
graduan perniagaan iaitu, “Kemahiran teras perniagaan, Pemikiran kritikal, Penyelesaian
masalah, Pengurusan keputusan, Kemahiran politik, Bekerja dengan orang lain, Komunikasi
Lisan, Etika personal, Keyakinan, Kesedaran diri, Inovasi, Kepimpinan, Kemahiran
komunikasi formal, Prestasi, Kemahiran organisasi, Kesedaran alam sekitar, Tanggungjawab
profesional, Etika Kerja” (Jackson & Chapman, 2012).

Manakala terdapat 12 kemahiran kebolehpekerjaan terkini berdasarkan kajian lepas


terhadap graduan kejuruteraan oleh (Puad, 2015) yang pihak majikan inginkan iaitu:
“1.Penyesuaian/Menguruskan pelbagai keutamaan (Chronicle of Higher Education, 2012),
2.Membuat keputusan (Chronicle of Higher Education, 2012),
3.Akauntabiliti/Kebertanggungjawaban (Shuayto, 2013), 4.Kreativiti (Linkner, 2014),
5.Kepimpinan (Linkner, 2014), 6. Pemikiran kritikal (American Management Association,

2
2012; Casserly, 2012), 7. Kecerdasan Emosi (Segon & Booth, 2012), 8. Kemahiran
interpersonal/bekerja dengan orang lain (Segon & Booth, 2012), 9. Kemahiran Komunikasi
Lisan (Chronicle of Higher Education, 2012), 10. Penyelesaian Masalah(Chronicle of Higher
Education, 2012), 11.Tanggungjawab (Shuayto, 2013), 12.Kerja berpasukan/keupayaan untuk
bekerjasama (National Association of Colleges and Employers, 2015).

Tanggungjawab untuk pembangunan kemahiran bukan teknikal bagi graduan


pengurusan perniagaan meningkatkan prestasi di tempat kerja tidak boleh dipertikaikan.
Kebanyakan majikan percaya kejayaan memperolehi kemahiran ini masih menjadi
tanggungjawab pihak sekolah perniagaan (Hancock et al., 2009) dan meletakkan usaha yang
besar untuk menjelaskan dengan tepat kemahiran yang diperlukan dalam graduan perniagaan.
Menurut Starkey et al. (2009) beberapa pendidik membangunkan kemahiran bukan teknikal
iaitu kreativiti dan persoalan untuk tujuan menyeluruh pembelajaran umum pelajar sekolah
perniagaan.

1.3 Isu Kemahiran Kebolehpekerjaan

Perkembangan pesat dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia telah
banyak menyumbang kepada penawaran tenaga buruh kepada industri negara. Namun
demikian di sebalik potensi bidang ini yang banyak diperkatakan, terdapat beberapa isu
dalam pendidikan teknik vokasional yang perlu dilihat secara lebih serius yang perlu
ditangani secara lebih berkesan. Secara amnya, antara aspek-aspek yang telah dikenal pasti
dan perlu diberi perhatian melibatkan kemahiran kebolehpekerjaan adalah meliputi aspek (a)
kekurangan kemahiran kebolehpekerjaan dalam kalangan graduan, (b) keperluan majikan dan
kemahiran graduan tidak setara, (c) kekurangan pengalaman kerja dalam kalangan graduan,
(d) kemahiran kebolehpekerjaan di negara membangun, (e) persepsi negatif majikan pada
graduan masa kini, (f) program kemahiran (kolej vokasional) menyediakan peluang
pekerjaan. Oleh yang demikian, bahagian seterusnya akan membincangkan setiap isu tersebut
secara terperinci.

a) Kekurangan kemahiran kebolehpekerjaan dalam kalangan graduan

Berdasarkan kajian di Nigeria bagi graduan elektrik, kekurangan di dalam kurikulum


yang mana pembelajaran teori sesuatu bidang lebih diberi perhatian berbanding dengan
praktikal (Ismail & Mohammed, 2015). Kajian di Edo State Nigeria (Imeokparia & Kennedy,
2012) menyatakan cara untuk merapatkan jurang antara teori dan praktikal. Dapatan ini
disokong oleh kajian di USA oleh David (2011) yang mengesyorkan dikurangkan jurang
antara keperluan masyarakat (praktikal) dan akademik (teori).

Dapat diperhatikan bahawa kekurangan dalam kurikulum bidang elektrik di Nigeria


yang mana tidak terdapat (1) penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan, (2)
kemahiran pembelajaran sepanjang hayat dan kecekapan. Manakala kemahiran
kebolehpekerjaan juga tidak dimasukkan ke dalam kurikulum pengajaran (Ismail &
Mohammed, 2015). Kajian oleh Rassuli et al. (2012) di USA menyatakan kekurangan dalam
kurikulum graduan perniagaan iaitu (1) pengurusan projek dan pengurusan risiko, (2)
kemahiran kerja berpasukan dan teknologi maklumat. Di samping itu, kajian di Australia
(oleh Jackson & Chapman, 2012) menyatakan kekurangan termasuk ilmu (1) muhasabah diri,
(2) pengurusan konflik dan membuat keputusan untuk membina seorang pengurus pada masa
hadapan.
3
b) Keperluan majikan dan kemahiran graduan tidak setara

Kebimbangan utama graduan adalah pada apa yang merupakan kemahiran


kebolehpekerjaan. Kemahiran yang dimiliki oleh graduan tidak setara dengan apa yang
majikan inginkan. Sesetengah majikan telah cuba untuk menyatakan beberapa kemahiran
kebolehpekerjaan yang mereka inginkan dari pencari kerja. Dalam usaha untuk mewujudkan
keharmonian dalam kemahiran mereka, Secretary’s Commission on Achieving Necessary
Skills (SCANS) menyediakan laporan mengenai cara-cara membantu institusi pendidikan dan
sekolah-sekolah dalam menghasilkan generasi muda yang sanggup untuk bekerja. Laporan itu
menggariskan kedua-dua “kemahiran asas” dan “kecekapan kerja” untuk memasukkan: asas,
pemikiran, kualiti peribadi, sumber, interpersonal, maklumat, kemahiran teknologi sistem
(SCANS, 1991, 2001).

Majikan dalam industri memikirkan kemahiran pekerjaan adalah penting dan perlu
dimiliki oleh pekerja mereka untuk memastikan bahawa pekerja sangat mahir dalam kerjanya.
Kajian oleh Rasul (2009) dan Ramlee (2002) menunjukkan bahawa majikan dalam industri
pembuatan di Malaysia mendapati graduan vokasional mempunyai lebih daripada kemahiran
teknikal yang mencukupi tetapi majikan masih tidak berpuas hati dengan kemahiran
komunikasi, interpersonal dan pemikiran kritikal pekerja. Manakala kajian di Nigeria
menyatakan bahawa graduan pendidikan teknik dan vokasional yang baru memulakan
pekerjaan tidak memiliki kemahiran kebolehpekerjaan yang diperlukan oleh industri yang
menyebabkan graduan tidak bersedia memasuki alam pekerjaan (Omar et al., 2012; Oresanya
et al., 2014; Rasul et al., 2010; Robinson & Garton, 2008).

Menurut kajian di Malaysia oleh Shamsuddin et al. (2013) pelajar tahun akhir
UNITEN menyatakan bahawa keperluan majikan adalah faktor kedua yang menyebabkan
pengangguran para graduan. Manakala kajian di USA menyatakan bahawa graduan
perniagaan tidak disediakan kemahiran mendalam (kemahiran kebolehpekerjaan) dan
pengetahuan umum (kemahiran teknikal) dalam kurikulum mereka (Rassuli et al., 2012).
Sebaliknya kajian di USA menyatakan sekolah perniagaan seharusnya memastikan kurikulum
mereka sejajar dengan keperluan majikan (David et al., 2011). Kajian di Australia oleh
Jackson (2013) menyatakan perlunya menyediakan seorang graduan berdasarkan apa yang
pasaran pekerjaan perlukan untuk diambil bekerja.

c) Kekurangan pengalaman kerja dalam kalangan graduan

Graduan yang baru menamatkan pengajian biasanya kekurangan pengalaman di alam


pekerjaan. Graduan ini biasanya sangat mahir dengan kemahiran yang dipelajari tetapi kurang
dipercayai kerana tiada pengalaman kerja. Menurut kajian di Australia oleh Jackson (2015),
graduan kekurangan masa, peluang, sokongan dan sumber untuk membangunkan kemahiran.
Manakala pengalaman yang terhad graduan perniagaan di tempat kerja kerana cara penyeliaan
graduan menyebabkan kurangnya pengalaman (Jackson & Chapman, 2012). Oleh sebab itu,
graduan digalakkan untuk membuat hubungan antara apa yang mereka belajar secara praktikal
dan teori di universiti dan apa kemahiran yang akan diamalkan di tempat kerja.

4
d) Kemahiran kebolehpekerjaan di negara membangun

Kemahiran komunikasi, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran interpersonal


adalah tiga kemahiran kebolehpekerjaan yang paling penting di negara membangun seperti
United Kingdom, USA, Japan, Hong Kong, Australia, Kanada dan Kesatuan Eropah dan
negara sedang membangun seperti Singapura and Malaysia (Zaharim, Yusoff, & Omar, 2009;
Zaharim, Yusoff, Omar, & Basri, 2010). Oleh itu, kajian ini disokong Wilson (2012) yang
berpendapat bahawa penempatan pekerjaan menjadi asas kepada pertumbuhan ekonomi
negara, dan juga menekankan kepentingan mewujudkan ciri-ciri penempatan yang baik
(Wilton, 2012).

e) Perbezaan dalam akademik dan persepsi majikan

Graduan yang kurang pengetahuan menyebabkan majikan menolak mereka. Kajian


terhadap graduan tahun akhir UNITEN di Malaysia menunjukkan bahawa pengetahuan
pelajar menyumbang pengaruh yang paling tinggi pada pengangguran (Shamsuddin et al.,
2013). Semakan kurikulum yang selaras dengan keperluan industri dan majikan oleh ahli
akademik adalah perlu kerana ramai graduan adalah tidak berkualiti (Jackson & Chapman,
2012). Menurut beberapa kajian di Australia, majikan mendapati graduan perniagaan kurang
dalam pelbagai kemahiran bukan teknikal (BCA, 2006; BIHECC, 2007; Playfoot & Hall,
2009). Oleh sebab itu, kesannya graduan perniagaan kurang kemahiran bukan teknikal yang
diperlukan untuk prestasi yang cemerlang di tempat kerja akan menjejaskan produktiviti,
motivasi dan inovasi dalam organisasi dan seluruh ekonomi negara.

f) Tempat program kemahiran menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik.

Asas yang kukuh dalam kemahiran kebolehpekerjaan yang diperlukan biasanya perlu
relevan dengan teknologi pada tempat kerja untuk penguasaan tugas-tugas yang khusus
penting untuk meningkatkan produktiviti graduan (Jackson, 2015). Manakala industri perlu
bersedia untuk berkongsi tanggungjawab dalam memupuk kemahiran bukan teknikal, jika
tiada di universiti itu dalam program-program latihan di tempat kerja. Di samping itu,
diperlukan strategi untuk membangunkan kemahiran bukan teknikal graduan yang akan
menambah nilai (Jackson & Chapman, 2012).

Sebaliknya graduan perlu bersedia dengan sikap positif terhadap semua peluang yang
banyak untuk pelajar dalam dunia perniagaan. Supaya graduan boleh serta merta bersedia
dengan pekerjaan kemudian, tanggungjawab institusi adalah untuk merancang, melaksana,
dan menawarkan program maklumat supaya graduan boleh mendapatkan tahap pencapaian
yang memuaskan (Ohiwerei, Education, & State, 2010).

Jackson (2015) menyatakan sama ada pembangunan kemahiran dibantu oleh aktiviti di
dalam kelas atau aktiviti di tempat penempatan praktikal. Dalam kajian tersebut dinyatakan
bahawa aktiviti di dalam kelas membantu menerap kemahiran yang diperlukan untuk alam
pekerjaan. Manakala aktiviti di tempat penempatan praktikal membangunkan dan mengenal
pasti kemahiran yang diperlukan untuk kejayaan profesional melalui pemerhatian dan
penilaian semasa latihan amali. Secara kesimpulannya, pada permulaan pelajar didedahkan
dengan perbincangan teori dan selepas itu melakukan amali di dalam kelas serta mengikuti
latihan di persekitaran kerja dan kemudian pengetahuan itu dibawa balik ke dalam kelas.

5
1.4 Kemahiran kebolehpekerjaan yang diperlukan dalam bidang perniagaan

Kajian yang dijalankan terhadap graduan perniagaan di United Kingdom menyatakan


bahawa kemahiran yang perlu dimasukkan dalam kurikulum dan tempat praktikal ialah
pengurusan masa, menulis untuk perniagaan, perancangan kerjaya, budaya syarikat dan
kemahiran komunikasi lisan (Gammie et al., 2002). Manakala menurut Imeokparia dan
Kennedy (2012), kemahiran kebolehpekerjaan adalah tinggi dalam kalangan graduan
perniagaan. Di samping itu, beberapa kajian (Imeokparia & Kennedy, 2012; Kazilan et al.,
2009) pengurusan kewangan dan pengajian perniagaan perlu dimasukkan dalam program
vokasional untuk mendedahkan pelajar kepada perniagaan dan dunia industri. Pelajar
vokasional digalakkan untuk terlibat dalam aspek pengurusan kewangan yang menjadi ciri
penting dalam pengurusan selepas tamat pengajian dengan kemahiran dimiliki.

Menurut beberapa kajian (Imeokparia & Kennedy, 2012; Kazilan et al., 2009) untuk
graduan Pengajian Perniagaan pengkhususan jurusan Kesetiausahaan (Teknologi Pejabat dan
Pengurusan) yang akan cenderung untuk memaparkan kemahiran tertentu yang berbeza dari
graduan major dalam Pendidikan Perakaunan. Sebaliknya dapatan kajian terhadap juruaudit
luar di Turki menunjukkan bahawa mereka perlu mempunyai etika, kerja berpasukan dan
kejujuran untuk kemahiran insaniah (Uyar & Gungormus, 2011). Kajian ini disokong oleh
beberapa kajian (Imeokparia & Kennedy, 2012; Kazilan et al., 2009) bahawa terdapat
perbezaan signifikan antara aspek kemahiran kebolehpekerjaan yang dimiliki oleh graduan
pengajian perniagaan.Oleh sebab itu, tempat pengajian perlu menyediakan graduan yang
kekal berdaya saing dalam pasaran (Gerdes, 2005; Jackson & Chapman, 2012).

Kemahiran-kemahiran yang telah disebutkan adalah tidak syak lagi yang tidak ternilai
kepada graduan Pengajian Perniagaan. (Imeokparia & Kennedy, 2012) mendefinisikan
Pengajian Perniagaan ialah perkembangan ilmu pengetahuan yang sesuai, kemahiran, sikap
dan pemahaman yang diperlukan untuk dimuatkan ke dalam pekerjaan dipilih. Terdapat
kemahiran tertentu yang khusus kepada graduan Pendidikan Perniagaan. Sebagai contoh,
kemahiran kesetiausahaan dan perakaunan yang kekal relevan, walaupun pertumbuhan
dinamik dalam sistem pendidikan dan dunia pekerjaan telah mewujudkan inovasi dalam
bidang ini. Sejauh mana tenaga pengajar perniagaan mempunyai kemahiran ini mengaitkan
pengajaran dengan alam pekerjaan.

1.5 Implikasi dan Kesimpulan

Mason et al. (2006) melihat perbandingan pada persepsi majikan mengenai kemahiran
kebolehpekerjaan graduan miliki boleh merapatkan jurang yang berterusan antara permintaan
industri dan penyediaan graduan berkemahiran oleh institusi pendidikan dan bagaimana
jurang ini boleh ditangani. Oleh sebab itu, penyelesaian terletak pada penglibatan oleh
industri dalam pembangunan kemahiran kebolehpekerjaan dalam pendidikan. Situasi ini akan
memberi peluang pembelajaran yang lebih dipercayai terhadap pelajar dan membantu untuk
mengenal pasti dengan lebih tepat kemahiran yang industri jangkakan daripada graduan baru-
baru ini (Mason et al., 2009).
Di samping itu, matlamat pengajian perniagaan adalah untuk menyediakan graduan
dengan kemahiran dan sifat-sifat yang bakal majikan inginkan; kajian terhadap kemahiran

6
graduan harus memberi manfaat kepada sekolah perniagaan/pengarah program untuk semakan
kurikulum dan perubahan lain dalam pendidikan pengurusan perniagaan. Oleh sebab itu,
tumpuan yang besar amat perlu kepada kemahiran insaniah. Tambahan pula, perlunya kepada
strategi dan menilai matlamat serta membuat perubahan yang menggalakkan persaingan
dengan perubahan pesat organisasi perniagaan. Pendidik perlu mengajar apa yang perlu diajar
mengikut keperluan bakal majikan. Program pendidikan perniagaan juga perlu mencari
kaedah memantapkan kemahiran insaniah di samping menyediakan pelajar berkemahiran asas
secara berterusan (Shuayto, 2013).
Sedia maklum bahawa perniagaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Seiring
dengan perubahan perniagaan, apa yang diperlukan daripada pekerja akan sentiasa berubah.
Oleh sebab itu, dunia perniagaan memerlukan orang yang akan memasuki tempat kerja
bersedia untuk membuat sumbangan yang kukuh tetapi juga akan berkesan serta berguna pada
masa akan datang. Pemimpin negara perlulah seseorang yang boleh menjangka dan membawa
perubahan seiring dengan pembangunan. Graduan perniagaan perlu fleksibel, pandai
menyesuaikan diri dan memiliki gabungan pendidikan yang luas dan kemahiran khusus
(Shuayto, 2013).

Pertambahan bilangan lulusan teknikal yang tidak mendapat pekerjaan akan


mengundang masalah. Faktor pengangguran ini bukan hanya disebabkan masalah kekurangan
pekerjaan tetapi juga disebabkan wujudnya ketidaksepadanan antara kemahiran yang
diperlukan oleh pasaran buruh dan kemahiran yang dimiliki. Faktor lulusan yang tiada
kemahiran seperti yang dikehendaki oleh majikan menyebabkan majikan mencari pekerja
yang lebih kompeten dari luar negara. Lulusan banyak bergantung kepada kelayakan
akademik untuk mendapat pekerjaan dan mereka kurang kompetensi dalam kemahiran bukan
teknikal yang diperlukan majikan. Pelbagai kajian berkaitan kemahiran kebolehpekerjaan
telah dijalankan di dalam dan luar negara, dan rata-rata menyatakan lulusan teknikal kini
menghadapi masalah dalam kemahiran kebolehpekerjaan mereka (Rasul et al., 2009).

Mudah-mudahan persepsi tinggi keupayaan dalam kemahiran kebolehpekerjaan bukan


disebabkan semata-mata oleh ciri-ciri generasi biasa tetapi adalah hasil daripada pendidik
merangka pendekatan pedagogi dan kandungan kurikulum yang tidak cukup mencabar pelajar
dalam pembangunan kemahiran. David et al. (2011) berhujah bahawa institusi perniagaan
terlalu akademik menyatakan “beberapa institusi boleh terus mengajar kakitangan yang sama
ada menawarkan pengalaman luas amalan perniagaan atau pedagogi mencerminkan pengamal
pembelajaran yang sahih dan sah” (2011, hlm. 3). Mungkin kekurangan ini berkaitan dengan
industri boleh dipersalahkan kerana hasil kemahiran yang disasarkan yang tidak memenuhi
jangkaan industri. Pelajar yang terlibat dengan pekerjaan (Tomlinson, 2008) mungkin tidak
memahami dengan tepat apa yang diharapkan oleh majikan. Di samping itu, ahli akademik
mungkin tidak sedar standard yang diperlukan kerana tidak terlibat dengan agenda kemahiran
kebolehpekerjaan dan rekabentuk kurikulum yang diperlukan oleh pelajar di dalam kursus
(Gunn et al. 2010). Lowden et al (2011) membincangkan masalah yang dihadapi dalam
menerapkan pembangunan kemahiran kerana situasi semasa tidak jelas menggalakkan budaya
institusi biasa dengan penyediaan kemahiran kebolehpekerjaan.
Secara umumnya, kemahiran kebolehpekerjaan yang diperlukan oleh pelajar untuk
mempersiapkan diri bagi memenuhi keperluan pelbagai pekerjaan yang berbeza selepas tamat
pengajian. Pelajar lepasan pengurusan perniagaan mempunyai nilai yang tinggi jika memiliki
kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Kemahiran tersebut adalah kemahiran
kebolehpekerjaan yang terdapat pelbagai tafsiran mengenai kemahiran ini berdasarkan bidang
yang diceburi.

7
Dalam pendidikan vokasional, Malaysia perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk
memastikan graduan pengurusan perniagaan di kolej vokasional memiliki kemahiran
kebolehpekerjaan yang dikehendaki oleh banyak organisasi. Bagi graduan pengurusan
perniagaan yang akan diambil kerja, kemahiran kebolehpekerjaan perlu dimasukkan ke dalam
kurikulum kolej vokasional di Malaysia. Ini akan memastikan bahawa graduan yang berjaya
dilahirkan setiap tahun adalah lebih baik dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk
pekerjaan di mana-mana di dunia.

RUJUKAN

American Management Association. (2012). AMA 2012 critical skills survey. Diakses dari
http://www.amanet.org/uploaded/2012-critical-skills-survey.pdf

BCA (2006). Changing paradigms: Rethinking innovation policies, practices and programs.
Report by the Business Council of Australia. Melbourne, Australia: Bereiter.

BIHECC. (2007). Graduate Employability Skills, Report by Business Industry and Higher
Education Collaboration Council. Melbourne, Australia: Penulis.

Billet, S. (2011a). Curriculum and pedagogical bases for effectively integrating practice-
based experiences. Strawberry Hills, NSW: Australian Learning and Teaching Council
(ALTC).

Billet, S. (2011b). Guidelines for practice: Integrating practice-based experiences.


Strawberry Hills, NSW: ALTC.

Brown, P., Hesketh, A., & Williams, S. (2003). Employability in a Knowledge-driven


Economy. Journal of Education and Work, 16(2), 107–126.
http://doi.org/10.1080/1363908032000070648
Chronicle of Higher Education. (2012). The Role of Higher Education in Career
Development : Employer Perceptions. The Chronicle of Higher Education. Retrieved
from http://chronicle.com/items/biz/pdf/Employers Survey.pdf
David, F. R., David, M. E., & David, F. R. (2011). What are business schools doing for
business today? Business Horizons, 54(1), 51–62.
http://doi.org/10.1016/j.bushor.2010.09.001
Denise Jackson. (2013). Business graduate performance in oral communication skills and
strategies for improvement. International Journal of Management Education, 12(1), 22–
34. http://doi.org/10.1016/j.ijme.2013.08.001
Fugate, M., Kinicki, A. J., & Ashforth, B. E. (2004). Employability: A psycho-social
construct, its dimensions, and applications. Journal of Vocational Behavior, 65(1), 14–
38. http://doi.org/10.1016/j.jvb.2003.10.005
Gammie, B., Gammie, E., & Cargill, E. (2002). Personal skills development in the accounting
curriculum. Accounting Education, 11(1), 63–78.
http://doi.org/10.1080/0963928021015327
Gunn, V., Bell, S., & Kafmann, K. (2010). Thinking Strategically about Employability and
Graduate Attributes: Universities and Enhancing Learning for Beyond Universities.
Retrieved from http://eprints.gla.ac.uk/72327/

8
Imeokparia, P. O., & Kennedy, E. (2012). Employability of Business Education Graduates.
International Research Journals, 3(August), 645–651.
Ismail, S., & Mohammed, D. S. (2015). Employability Skills in TVET Curriculum in Nigeria
Federal Universities of Technology. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 204,
73–80. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.08.111
Jackson, D. (2013). Business graduate employability – where are we going wrong? Higher
Education Research & Development, 32(5), 776–790.
http://doi.org/10.1080/07294360.2012.709832
Jackson, D. (2015). Employability skill development in work-integrated learning : Barriers
and best practice. Studies in Higher Education, 40(2), 350–367.
http://doi.org/10.1080/03075079.2013.842221
Jackson, D., & Chapman, E. (2012). Non-technical skill gaps in Australian business
graduates. Education + Training, 54(2/3), 95–113.
http://doi.org/10.1108/00400911211210224
Kazilan, F., Ramlah, H., & Ab. Rahim, B. (2009). Employability Skills Among the Students
of Technical and Vocational training Centers in Malysia. European Journal of Social
Sciences, 9(1).
Lowden, K., Hall, S., Elliot, D., & Lewin, J. (2011). Employers’ perceptions of the
employability skills of new graduates. The SCRE Centre Research In Education.
Mason, G., Williams, G., & Cranmer, S. (2009). Employability Skills Initiatives in Higher
Education : What Effects Do They Have On Graduate Labour Market Outcomes ?
Education Economics, 17(1), 1–30. http://doi.org/10.1080/09645290802028315
Mohd Puad, M. H. (2012). The effects of the Industrial Skills Enhancement Program (INSEP)
on the acquisition of knowledge of employability skills among engineering graduates. In
Paper presented at the Hawaii International Conference on Education 2012, Honolulu,
Hawaii. Retrieved from http://www.hiceducation.org/EDU2012.pdf
Ohiwerei, F. O., Education, T., & State, E. (2010). Comparative Programmes of Business
Education In Nigerian Universities (A Case Study of Ambrose Alli University, Ekpoma
and Delta State University, Abraka). Current Research Journal of Social Sciences, 2(2),
58–64.
Omar, N. H., Manaf, A. A., Mohd, R. H., Kassim, A. C., & Aziz, K. A. (2012). Graduates’
employability skills based on current job demand through electronic advertisement.
Asian Social Science, 8(9), 103–110.
Oresanya, T. O., Omodewu, O. S., Kolade, T. T., & Fashedemi, A. O. (2014). Vocational
Education and Employability : The Nigerian Situation, 5(2009), 2013–2015.
Overtoom. (2000). Employability Skills : An Update . Clearing on Adult, Career, and
Vocational Education, (220), 1–8. Retrieved from
http://files.eric.ed.gov/fulltext/ED445236
Puad, M. H. M. (2015). THE ROLE OF EMPLOYABILITY SKILLS TRAINING PROGRAMS
IN THE WORKFORCE OF MALAYSIA. Purdue University West Lafayette, Indiana.

9
Rassuli, A., Bingi, P., Karim, A., & Chang, O. (2012). A survey of critical knowledge and
skills of business school graduates : Employer perspectives. Journal of International
Management Studies, 7(2), 1–6.
Rasul, M. S., Ismail, M. Y., Ismail, N., Rajuddin, M. R., Amnah, R., Rauf, A., … Ahmad, H.
(2010). Development of Employability Skills Assessment. Jurnal Mekanikal, (30), 48–
61.
Rasul, M. S., Ismail, M. Y., Ismail, N., Rajuddin, R., & Rauf, R. A. (2009). Aspek Kemahiran
“Employability” yang Dikehendaki Majikan Industri Pembuatan Masa Kini. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 34(2), 67–79.
Robinson. (2000). What are employability skills. The Workplace, 1(3), 1–3. Retrieved from
http://www.fremont.k12.ca.us/cms/lib04/CA01000848/Centricity/Domain/189/employab
ility-skills.pdf
Robinson, S., & Garton, B. (2008). An Assessment of the Employability Skills Needed By
Graduates in the College of Agriculture, Food and Natural Resources at the University of
Missouri. Journal of Agricultural Education, 49(4), 96–105.
http://doi.org/10.5032/jae.2008.04096
Segon, M., & Booth, C. (2012). Are MBAs Meeting Business ’ s Needs ? World Journal of
Management, 4(2), 1–13.
Shamsuddin, A., Mohmad Isa, K. H., Aziz, M. N., Mohamed Mahfol, N. Z. N., & Alagari, T.
(2013). Graduate unemployment: The awareness and perception of graduates towards
government’s initiatives. International Journal of Business, Economics and Law, 3(1),
15–24.
Shuayto, N. (2013). Management Skills Desired By Business School Deans and Employers:
an Empirical Investigation. Business Education & Accreditation, 5(2), 93–106. Retrieved
from http://www.theibfr.com/ARCHIVE/BEA-V5N2-2013.pdf#page=95
Starkey, K., Hatchuel, A., & Tempest, S. (2009). Management research and the new logics of
discovery and engagement. Journal of Management Studies, 46(3), 547–558.
http://doi.org/10.1111/j.1467-6486.2009.00833.x
Uyar, A., & Gungormus, A. H. (2011). Professional Knowledge and Skills Required for
Accounting Majors Who Intend to Become Auditors: Perceptions of External Auditors.
Business and Economics Research Journal, 2(3), 33.
http://doi.org/http://www.berjournal.com
Zaharim, A., Yusoff, Y. M., Omar, M. Z., & Basri, H. (2010). Employability Skills
Framework for Engineering Graduate in Malaysia. 8th WSEAS International Conference
on Education and Educational Technology, 264–272.
http://doi.org/10.1109/EDUCON.2010.5492478
Zaharim, A., Yusoff, Y., & Omar, M. (2009). Engineering Employability Skills Required By
Employers In Asia. Proceedings of the 6th WSEAS International Conference on
ENGINEERING EDUCATION Engineering, 6(9), 195–201. Retrieved from
http://www.wseas.us/e-library/conferences/2009/rodos/EDU/EDU30.pdf

10
11

View publication stats

You might also like