You are on page 1of 6

Bahagian Penyelidikan

Pengenalan

Bahagian Penyelidikan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
untuk tujuan menjamin kualiti dan kecekapan perkhidmatan perancangan bandar dan desa di
semua peringkat kerajaan melalui hasil penemuan dan rumusan kajian-kajian penyelidikan yang
lengkap, inovatif, progresif, mampan dan saintifik.

Peranan Bahagian Penyelidikan adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan


perancangan bandar dan desa secara berterusan melalui pengendalian garis panduan perancangan
dan kajian-kajian penyelidikan yang dapat dirujuk untuk tujuan perancangan dan pembangunan
bandar mahupun desa.

Objektif

Menyediakan kajian penyelidikan/ garis panduan perancangan selaras dengan dasar pembangunan
negara, prinsip perancangan dan amalan terbaik di dalam dan luar negara;

 Menyediakan kajian penyelidikan/ garis panduan perancangan merangkumi :

a) Penilaian dasar dan penyelidikan antarabangsa;

b) Perancangan alam sekitar dan pengurusan risiko;

c) Penilaian dasar dan penyelidikan antarabangsa;

d) Morfologi, reka bentuk dan warisan bandar;

e) Metodologi dan teknik perancangan; dan

f) Pembangunan mampan.
 Memastikan kajian penyelidikan perancangan menggunakan pendekatan terkini, saintifik,
kreatif, inovatif dan praktikal;
 Mengkaji semula garis panduan perancangan bagi menyesuaikan dengan perubahan dasar
dan keperluan semasa;
 Memberi input kepakaran kepada bahagian-bahagian lain dalam jabatan dan agensi atau
pihak lain yang berkepentingan;
 Mewujudkan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan institusi pengajian tinggi,
penyelidikan dan badan ikhtisas dalam dan luar negara;
 Mengadakan sesi teach-in, expert talk, forum, rundingan meja bulat, seminar, bengkel dan
sebagainya yang berkaitan dengan penyelidikan perancangan; dan
 Menerbitkan monograf, jurnal dan buletin penyelidikan perancangan.

Fungsi Bahagian

Fungsi utama Bahagian adalah menjalankan kajian penyelidikan perancangan dan menyediakan
garis panduan perancangan yang berkualiti dengan menggunakan pendekatan terkini, saintifik,
kreatif dan inovatif dan praktikal sebagai input dalam penyediaan rancangan pembangunan,
kawalan pembangunan dan aktiviti perancangan yang lain.

Struktur Organisasi

Bahagian Penyelidikan terletak dibawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah


(Pembangunan) dan diketuai oleh seorang Pengarah. Bahagian ini terdiri daripada enam unit
pengkhususan penyelidikan perancangan. Setiap Unit diketuai oleh Ketua Unit.
Unit-unit pengkhususan adalah:

1. Unit Penyelidikan Guna Tanah, Industri, Perniagaan, Perumahan, Kemudahan Sosial,


Infrastruktur dan Utiliti Tanah

Menjalankan penyelidikan terhadap dasar-dasar dan aspek perundangan berkaitan dengan perancangan guna
tanah merangkumi aspek perumahan, perniagaan, industri, kemudahan masyarakat, pengangkutan, infrastruktur,
utiliti dan sebagainya;

 Menjalankan penyelidikan guna tanah berdasarkan penemuan isu perancangan, merangkumi aspek
perletakan komponen (sitting dan zoning), tren dan konsep pembangunan semasa seperti pembangunan
padat berdayahuni, Small Office Home Offices (SOHO), Transit Oriented Development (TOD) dan
sebagainya;
 Menyediakan Garis Panduan & Manual berdasarkan penemuan penyelidikan yang telah dilaksanakan;
 Memantau dan menyemak semula Garis Panduan dan Manual sesuai dengan keperluan dan
senario terkini;
 Mengurus dan menyelia pengumpulan maklumat status pewartaan tanah lapang awam di Semenanjung
Malaysia dan Wilayah Persekutuan; dan
 Memberi input kepakaran kepada Pusat Maklumat Gunatanah Negara, Bahagian
Perancangan Pemajuan dan bahagian-bahagian lain dalam Jabatan serta kepada
Kementerian dan agensi luar yang berkepentingan.
2. Unit Penilaian Dasar dan Penyelidikan Antarabangsa

 Menilai dasar-dasar di dalam perancangan pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Lima
Tahun sebagai input dalam penyediaan rancangan pemajuan;
 Menilai dasar-dasar di dalam perancangan pembangunan luar negara sebagai input dalam penyediaan
penyelidikan perancangan bandar di Malaysia;Menjalinkan jaringan dua hala dan pelbagai hala dalam
bidang perancangan bandar dan desa di dalam dan luar negara;
 Menjalinkan jaringan dua hala dan pelbagai hala dalam bidang perancangan bandar dan desa di dalam
dan luar negarake arah menjadi National Focal Point dalam penyelidikan perancangan bandar,
petempatan manusia dan perbandaran;
 Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi, pusat penyelidikan dan badan-badan
profesional di dalam dan di luar negara bagi mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam aspek-
aspek perancangan bandar dan desa di peringkat antarabangsa;
 Menjalin hubungan erat dengan Bahagian Korporat Jabatan bagi perkara-perkara berkaitan hubungan
antarabangsa; dan
 Bertanggungjawab dalam penerbitan & dokumentasi produkproduk penyelidikan bahagian.

3. Unit Alam Sekitar dan Pengurusan Risiko

Mengkaji dasar-dasar alam sekitar dan pengurusan risiko yang berkaitan dengan perancangan guna tanah;

 Mengkaji aspek perundangan yang berkaitan alam sekitar dan pengurusan risiko;
 Menyediakan, memantau dan menyemak semula garis panduan perancangan dan manual berkaitan alam
sekitar dan pengurusan risiko;
 Menjalankan kajian teknik memelihara kepentingan alam sekitar dan pengurusan risiko dalam
perancangan guna tanah; dan
 Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pelbagai jabatan, agensi dan institusi penyelidikan yang
berkaitan alam sekitar dan pengurusan risiko.
4. Unit Morfologi, Reka Bentuk dan Warisan Bandar

 Menjalankan kajian penyelidikan dan garis panduan perancangan berkaitan morfologi, reka bentuk dan
warisan bandar selaras dengan dasar pembangunan negara, prinsip perancangan dan amalan terbaik di
dalam dan luar negara;
 Menyediakan satu (1) kajian penyelidikan/garis panduan perancangan berkaitan morfologi, reka bentuk
dan warisan bandar dalam masa 12 bulan;
 Memastikan kajian penyelidikan perancangan berkaitan morfologi bandar, reka bentuk bandar dan
pemeliharaan warisan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, kreatif, inovatif dan praktikal;
 Memberi input dalam penggubalan dasar dan penyediaan kajian di peringkat tempatan dan negara yang
berkaitan morfologi bandar, reka bentuk bandar dan pemeliharaan warisan terutamanya semasa proses
penyediaan rancangan pemajuan/pembangunan.
 Menyemak semula dasar dan garis panduan perancangan berkaitan morfologi bandar, reka bentuk
bandar dan pemeliharaan warisan agar selari dengan perubahan dasar dan keperluan semasa.

5. Unit Metodologi Perancangan

 Mengenalpasti dan mendokumentasi metodologi, pendekatan dan teknik perancangan semasa dan baru
untuk diaplikasikan dalam aktiviti perancangan bandar dan desa di pelbagai peringkat;
 Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan di dalam dan di luar negara
bagi mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam penggunaan kaedah/teknik perancangan yang
bersesuaian dalam pelbagai analisis reruang dan sains pemutusan;
 Menyumbang kepakaran dalam bidang metodologi dan teknik perancangan kepada bahagian-bahagian
lain dalam Jabatan dan kepada agensi lain yang memerlukan.
6. Unit Kemampanan dan Bandar Selamat

 Telah dipinjamkan ke Unit NKRA Bandar Selamat

Piagam Pelanggan

Dengan itu, Bahagian ini berjanji untuk :

Melaksanakan penyediaan setiap kajian penyelidikan perancangan utama / garis panduan


perancangan / semakan semula garis panduan dalam tempoh 6 - 12 bulan;

 Menyelaras pemantauan pelaksanaan garis panduan/piawaian perancangan sekali setahun;


 Mengendalikan sesi sebaran maklumat dan pendidikan mengenai hasil penyelidikan/garis
panduan/piawaian perancangan empat (4) sesi setahun; dan
 Menyediakan laporan status kemampanan bandar (MURNInet) sekali setahun.

You might also like