You are on page 1of 3

Soalan latihan - BMW3023 – Wacana Akademik BM

1. Pengumpulan maklumat melibatkan perkara-perkara berikut kecuali

A. sesuai dengan wadah penulis


B. maklumat berkaitan dengan tajuk
C. kerangka susunan maklumat yang baik
D. tidak penting untuk mendapatkan maklumat

2. Maklumat merupakan data yang dikumpul yang memberi makna dan manfaat kepada

A. pembaca umum
B. penyimpan buku ilmiah
C. masyarakat golongan muda
D. pengguna maklumat itu sendiri

3. Kertas persidangan mempunyai huraian berikut kecuali

A. penulisan merupakan hasil kajian penulis


B. penulisan tidak perlulah difahami oleh pembaca
C. penulisan dibentangkan dalam seminar atau persidangan
D. ditulis oleh seseorang atau beberapa orang ahli akademik mengikut bidang

4. Antara ciri-ciri berikut jenis maklumat yang manakah mempunyai berita-berita terkini dalam
pelbagai topik dan dicetak sama ada harian atau mingguan?
A. Buku
B. Jurnal
C. Majalah
D. Surat khabar

1
5. Berikut adalah kaedah pencarian maklumat yang boleh digunakan kecuali

A. Tajuk
B. Nama
C. Subjek
D. Gambar

6. Antara kaedah pencarian maklumat yang boleh diperolehi melalui OPAC ialah

A. Jurnal
B. Lokasi
C. Akhbar
D. Leftstring

7. Sumber umum maklumat yang menyediakan akses untuk layaran telekomunikasi dan informasi
secara elektronik ialah
A. Facsimile
B. Internet
C. CD-ROM
D. Penggunaan OPAC

8. Kemahiran memproses maklumat bermaksud maklumat yang dikumpul daripada pelbagai sumber
dan cara perlu diproses supaya mudah

I. untuk membuat analisis


II. untuk membuat kesimpulan
III. menghasilkan laporan yang tepat dan padat
IV. menyelesaikan masalah menganalisiskan maklumat

A. I dan II sahaja
B. II dan III sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. I, II, III dan IV sahaja

2
9. Maklumat perlu dianalisiskan terlebih dahulu sebelum pembentangan dibuat supaya

A. maklumat dapat dipersembahkan dengan tepat dan kemas


B. maklumat boleh disesuaikan untuk membuat perancangan seterusnya
C. maklumat dapat dibahagi-bahagikan untuk menetapkan kategori yang ada
D. maklumat dapat disesuaikan dengan perancangan yang dibuat sebelum kajian

10. Ilustri tentang maklumat sering digunakan oleh pengkaji dalam penulisan ialah bagi

A. menguraikan maklumat
B. memperenggankan maklumat
C. menulis dengan jelas semua maklumat
D. menjelaskan maklumat supaya dapat dibaca

- TAMAT -

You might also like