You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI

SMK SEREMBAN 3
BIL 1/2015

Tarikh : 6 Januari 2015


Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Seremban 3

Kehadiran :

Hadir : 1. Nur Shalena Binti Mohd Amin


2. Noru Akmal Binti Ahmad
3. Magesvari A/P Ramasamy
4. Mohamed Ismail Bin Haron

1.0 Kata Alu-Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir dalam
Mesyuarat Panitia Geografi kali pertama bagi sesi persekolahan 2015.

2.0 Pengesahan dan pencadang Minit Mesyuarat Panitia Geografi oleh Pn Magesvari a/p
Ramasay dan disokong sebulat suara.

3.0 Perkara Berbangkit : Tiada

4.0 Laporan 2014

4.1 Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan penglibatan Panitia
Geografi dalam menjayakan Bulan Patriotik dan Kemanusiaan pada tahun lepas.
Beliau mengharapkan pada tahun ini akan ada lebih banyak aktiviti yang lebih
menarik minat murid untuk menyertainya.

Tindakan : Semua Guru

4.2 Pengerusi berterima kasih di atas penglibatan Panitia Geografi dalam Program
Selepas PT3 dengan mengadakan Explorace Geografi dan pembacaan kompas oleh
murid Tingkatan 3. Diharapkan program ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi.

Tindakan : Semua Guru


5.0 Post Mortem PT3

5.1 Pengerusi mengucapkan tahniah di atas kejayaan mata pelajaran geografi mendapat
GPMP terbaik kedua di antara subjek PT3 yang lain. GPMP Geografi- PT3 ialah 3.33.
Beliau mengharapkan GPMP akan menurun ke 2.99 dan dapat meningkatkan kualiti
murid mendapat A lebih ramai lagi.

Tindakan : Guru Tingkatan 3

5.2 Pn Nur Shalena memaklumkan kepada pengerusi agar mempelbagaikan guru yang
mengajar Tingkatan 3. Ini memudahkan tujuan penyemakan kerja lapangan yang
dibuat oleh murid nanti dan meringankan bebanan guru dalam menyemak kerja
lapangan murid dalam tempoh yang ditetapkan.

Tindakan : KB Kemanusiaan dan PK1

6.0 Perancangan 2015

6.1 Pengerusi memaklumkan supaya guru-guru mempertingkatkan fail PBS masing-


masing agar selaras dan kemaskini.

Tindakan : Semua Guru

6.2 Penegrusi menegaskan guru-guru harus bersedia untuk melaksanakan pdp dengan
berkesan. Guru harus melaksanakn set iduksi yang kreatif dan inovatifsupaya murid
tertarik dengan pembelajaran yang akan dilakansanakan oleh guru.

Tindakan : Semua Guru

7.0 Sukatan, Huraian Sukatan, Rancangan Pelajaran Tahunan, Rancangan Pelajaran Harian

7.1 Pengerusi meminta guru-guru melengkapkan Sukatan, Huraian Sukatan dan


Rancangan Pelajaran Tahunan sebelum 23 Januari 2015 untuk tujuan penyemakan.
Manakala Rancangan Pelajaran Harian pula perlu dibuat setiap hari sebelum PdP
bermula.

Tindakan : Semua Guru


7.2 Pengerusi juga memaklumkan agar Ringkasan Rancangan Pelajaran Tahunan juga
dibuat seperti tahun lepas diteruskan dan ditampal dalam Buku Rekod Mengajar.

Tindakan : Semua Guru

8.0 Buku Tulis, Buku Latihan, Buku Kerja

8.1 Pengerusi memaklumkan buku tulis dan buku latihan perlu diwujudkan dan
digunakan oleh murid dan guru dalam PdP tujuan untuk penyemakan buku latihan
murid. Manakala buku kerja murid perlu dihabiskan latihannya sebelum sesi
persekolahan berakhir 2015.

Tindakan : Semua Guru

9.0 Kewangan

9.1 Pengerusi telah memaklumkan bahawa kewangan pada tahun lepas sudah habis
digunakan dan baki hanya tinggal sebanyak RM . Pengerusi juga memaklumkan
duit PCG Geografi yang masuk pada tahun ini anggaran sebanyak RM2000 dapat
digunakan dengan sebaiknya untuk kegunaan murid dan pembelajaran.

Tindakan : Ketua Panitia

10.0 Hal-Hal Lain

10.1 Pengerusi berharap pada tahun ini Panitia Geografi akan lebih mantap dari tahun
lepas dengan menaikan GPMP bagi Geografi PT3 dan mengadakan pelbagai aktiviti
yang lebih menarik dalam Bulan Patriotik dan Kemanusiaan yang akan diadakan pada
bulan Ogos 2015 nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada 10.15 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

Pn Nur Shalena binti Mohd Amin En Mohamed Ismail bin Haron


Ketua Panitia Geografi Ketua Bidang Kemanusiaan

You might also like