You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA

“MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SK SEKENDI


2017”

HARI : KHAMIS
TARIKH : 21/9/2017
TEMPAT : RUANG LEGAR ANJUNG ILMU
MASA : 7.30 PAGI – 9.30 TENGAHARI
BIL ACARA SKRIP TINDAKAN
1. Hadirin ambil Dijemput semua hadirin untuk bersedia En. Azrul
tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar
lagi.

Murid-murid, anda diminta untuk duduk di


tempat masing-masing.

(HADIRIN AMBIL TEMPAT)

3. Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim Pn. Asyikin

Yang Berusaha Tn. Haji Abdul Hamid b Mat


Arif,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sekendi

Yang Berusaha Pn. Ramlah Bt. Hj. Mohd Noor


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Sekendi

Yang Berusaha Pn. Fatmah Wati Bt. Abd


Moes
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Sekendi

Yang Berusaha En. Ayub Bin Mahmudin


Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Sekendi

Yang Dihormati,Guru-guru

-Disediakan oleh En. Mohd Azrul Azuan b Mohd Asri | 21-SEPT-2017 Page 1
Murid-murid

Dan hadirin sekalian.

Assalamualaikumwarahmatullahi
wabarakatuh dan salam sejahtera

Syukur Alhamdulillah, kerana dengan limpah


dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada
hari yang berbahagia ini bagi
menyempurnakan majlis penutup bagi
sambutan bulan kemerdekaan yang telah
pun kita jalankan sepanjang bulan Ogos
hinggalah ke hari ini 21 September 2017.

Berbagai aktiviti telah kita jalankan di


sepenjang sambutan bulan kemerdekaan
peringkat sekolah ini. Antaranya ialah
pertandingan mewarna, nyanyian lagu
patriotik setiap pagi, pertandingan
menghias kelas, pertandingan topi merdeka
dan juga pertandingan pakaian beragam
yang akan kita jalankan pada pagi ini.
4. Bacaan Doa Hadirin yang dihormati sekalian, En. Azrul

Bagi menambah keberkatan majlis kita


pada hari ini,marilah kita sama-sama
menadah tangan mengaminkan bacaan
doa yang akan dipimpin oleh, al fadhil Ustaz
Norazam bin Said Adui.

Majlis mempersilakan.

(BACAAN DOA)

5. Ucapan GB Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Asyikin


ustaz Azam di atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati

Seterusnya, majlis diteruskan dengan


ucapan oleh yang berusaha, tuan Guru
Besar Sk Sekendi, Tuan Haji Abdul Hamid B
Mat Arif. Majlis dengan segala hormatnya

-Disediakan oleh En. Mohd Azrul Azuan b Mohd Asri | 21-SEPT-2017 Page 2
mempersilakan.

(UCAPAN TUAN GB)

7. Bacaan Majlis merakamkan terima kasih kepada Pn. Asyikin


Perutusan Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan

Majlis kita akan diteruskan dengan bacaan


perutusan sempena bulan kemerdekaan
yang akan disampaikan oleh
...............................................................................

(BACAAN PERUTUSAN)

8. SAJAK Majlis merakamkan terima kasih kepada En. Azrul


........................................................................
atas bacaan perutusan itu tadi.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, majlis kita akan diteruskan pula


dengan persembahan mendeklamasikan
sajak oleh murid tahun 6, iaitu adik
...............................................................................

(MENDEKLAMASIKAN SAJAK)

9. PAKAIAN Majlis merakamkan terima kasih kepada Pn. Asyikin


BERAGAM adik ............................................... di atas
bacaan sebuah sajak yang cukup
bermakna itu tadi.

Hadirin sekalian

Seterusnya, majlis kita akan diteruskan pula


dengan acara pertandingan pakaian
beragam yang akan dipertandingkan oleh
murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6.
Sama-samalah kita menyaksikan pakaian-
pakaian yang telah dipersiapkan khas oleh
ibu dan ayah murid-murid cilik ini.

(PAKAIAN BERAGAM)

-Disediakan oleh En. Mohd Azrul Azuan b Mohd Asri | 21-SEPT-2017 Page 3
10. HADIAH Begitulah dia persembahan pakaian En. Azrul
beragam sebentar tadi. Sungguh kreatif
sekali corak dan ciptaan ibu dan ayah
mereka. Seterusnya, majlis kita akan
diteruskan pula dengan upacara
penyampaian hadiah bagi mereka yang
telah memenangi pertandingan-
pertandingan yang telah dijalankan dalam
bulan kemerdekaan ini. Majlis dengan
segala hormatnya menjemput, Tuan Guru
Besar, diiringi oleh Guru Penolong Kanan 1
bagi menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

11. LAGU Tahniah diucapkan kepada para-para Pn. Asyikin


pemenang.

Bagi menutup majlis kita pada pagi ini,


sama-samalah kita menyanyikan bersama-
sama beberapa lagu patriotik yang akan
dimainkan sebentar lagi.

Diminta murid-murid untuk menyanyikan


lagu dengan penuh bersemangat, tetapi
bukannya menjerit-jerit.

(NYANYIAN LAGU PATRIOTIK)

12. Bersurai Demikianlah tadi, berakhirlah sudah majlis En. Azrul


penutup sambutan bulan kemerdekaan
peringkat sekolah kita pada tahun ini.
Diharapkan kita masih lagi dapat bersama-
sama, diberi kesihatan tubuh badan, dan
dilimpahkan kurnia oleh Allah, untuk sama-
sama menyambut sambutan di masa akan
datang, InsyaAllah.

(BEREDAR KE KELAS)

-Disediakan oleh En. Mohd Azrul Azuan b Mohd Asri | 21-SEPT-2017 Page 4

You might also like