You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT

32600 BOTA, PERAK.

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS KALI KETIGA 2017

Tarikh : 11 Julai 2017( Selasa )


Masa : 1.05 p.m.
Tempat : Bilik Gerakan Sk Padang Changkat

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong ( GPK 1 )


2. Pn. Syafiah binti Salleh ( Ketua Panitia )
3. En. Ahmad Saizali bin Ibrahim ( Setiausaha )
4. Pn. Azlina binti Ramly ( AJK )

Tidak Hadir : Tiada

Agenda :

1. Ucapan alu-aluan pengerusi (Ketua Panitia Sains)


2. Ucapan wakil Guru Besar ( Guru Penolong Kanan 1)
3. Pengesahan minit mesyuarat
4. Perkara berbangkit
5. Post-mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017
6. Hal-hal lain
7. Penutup.

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi

1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pada


mesyuarat panitia bagi kali kedua Tahun 2017.

1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kelancaran pengendalian


Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berlangsung pada bulan Jun.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Wakil Guru Besar

2.1 Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong selaku Guru Penolong Kanan 1, mengucapkan
salam dan mengalu-alukan kedatangan ahli panita sains.
2.2 Mengingatkan guru panitia Sains supaya melengkapkan buku rekod mengajar
sehingga akhir bulan Julai ini.

Tindakan : Tindakan guru.


3. Pengesahan Minit Mesyuarat.

3.1 En.Ahmad Saizali bin Ibrahim mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu
disahkan dan disokong oleh Pn. Azlina binti Ramly.

Tindakan : Makluman

4. Perkara Berbangkit

4.1 Pengemaskinian headcount selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun


dijalankan.

4.2 Guru dianjurkan supaya meneruskan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke -21


dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Tindakan : Guru Sains

5. Post-mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun.

5.1 Analisa keputusan Ujian bulanan 1 adalah seperti berikut:

ANALISA UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2017.

TAHUN BIL
MURID A % B % C % D % LULUS % E %
TAHUN 1 8 5 62.5 3 37.5 0 0.0 0 0.0 8 100.0 0 0.0
TAHUN 2 12 6 50.0 4 33.3 1 8.3 1 8.3 12 100.0 0 0.0
TAHUN 3 8 2 25.0 3 37.5 3 37.5 0 0.0 8 100.0 0 0.0
TAHUN 4 17 0 0.0 1 5.9 3 17.7 6 35.3 10 58.8 7 41.2
TAHUN 5 13 2 15.4 2 15.4 4 30.7 1 7.7 9 69.2 4 30.8
TAHUN 6 9 0 0.0 1 11.1 4 44.4 0 0.0 5 55.6 4 44.4

5.2 Secara keseluruhannya kesemua kelas tahap 1 menunjukkan prestasi yang baik
iaitu 100% lulus matapelajaran Sains.

5.3 Kesemua kelas tahap 2 juga menunjukkan prestasi yang agak memuaskan iaitu
sekurang-kurangnya 55% lulus matapelajaran Sains.

5.4 Guru-guru perlu mengenalpasti pelajar-pelajar yang tidak menguasai dan


mencari punca kelemahan pelajar.

5.5 Guru-guru dianjurkan supaya memberikan bimbingan tambahan bagi murid-


murid yang tidak menguasai ini.

Tindakan: Guru Subjek


6.0 Hal – hal lain.

6.1 Guru dianjurkan supaya menggunakan BBM semasa mengajar.

6.2 Guru juga digalakkan supaya menggunakan Makmal Sains bagi meransang
minat murid untuk belajar.

6.3 Guru yang menggunakan makmal Sains diingatkan supaya memastikan segala
peralatan dan kerusi yang telah digunakan disimpan serta disusun dengan
teratur sebelum meninggalkan makmal

Tindakan : Guru Sains

7.0 .Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ………………………………..
( Pn. Syafiah binti Salleh ) ( Tn. Hj. Nor Rashid bin Untong )
Ketua Panitia Sains, Guru Penolong Kanan 1,
SK Padang Changkat, Bota SK Padang Changkat, Bota
Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan.

You might also like