You are on page 1of 2

PERATURAN SPBT

PENJAGAAN

1. Murid hendaklah memastikan buku teks yang diterima dalam keadaan baik dan sempurna
sepanjang masa

2. Murid hendaklah memastikan buku teks sentiasa dibalut dengan menggunakan plastic
lutsinar.

3. Nama dan tahun ditulis dalam ruangan yang disediakan dengan menggunakan ballpen
berdakwat biru.

4.Memastikan buku teks tidak diconteng atau ditulis kecuali buku latihan dan aktiviti

5. Membaik pulih buku teks yang koyak dan rosak

6. Pada hari hujan, muris dikehendaki memasukkan buku teks ke dalam beg plastic sebelum
dimasukkan ke dalambeg sekolah

PENGGUNAAN

1. Menggunakan buku teks secara sepenuhnya dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran
di bilik darjah

2. Buku teks digunakan sebagai rujukan dalam menyiapkan kerja rumah.

3. Murid tidak boleh melipat pada mana-mana helaian buku teks, sebaliknya digalakkan
menggunakan penanda buku.

4.Buku teks dijadikan teman ( instrument/alat) belajar sepanjang masa.

PEMULANGAN

1. Murid mesti mematuhi jadual pemulangan buku teks yang telah dikeluarkan oleh pihak
sekolah.

2. Murid diminta memastikan semua buku teks yang hendak dipulangkan mencukupi
mengikut judul dalam keadaan baik dan sempurna.

3. Murid hendaklah menandatangani Borang SPBT/G semasa pemulangan buku teks.

PENGGANTIAN
1. Jika berlaku kehilangan buku teks, maka murid diwajibkan menggantikan dengan buku
teks berdasarkan judul dan jumlah bilangan buku yang hilang.

2. Ibu bapa/penjaga murid boleh menghubungi Guru Penyelaras SPBT atau Guru Kelas bagi
membincangkan cara pengantian buku teks yang hilang.

PERTUKARAN

1. Murid yang bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah membawa bersama buku teks
dan buku aktiviti tang telah dibekalkan semasa disekolah lama ke sekolah baru.

2. Murid yang bertukar ke luar negeri hendaklah membawa bersama buku teks yang
diterima di sekolah lama ke sekolah baru. Jika terdapat keadaan di mana buku-buku teks dan
buku aktiviti yang diterima di sekolah asal tetapi tidak digunakan di sekolah baru, maka
murid hendaklah memulangkan buku teks tersebut ke sekolah asal yang akan diuruskan oleh
pihak sekolah baru.

3. Murid yang mendapat buku teks secara rayuaan (Bukan Warganegara) dikehendaki
memulangkan semua buku teks yang diterima disekolah asal dan boleh membuat rayuan di
sekolah yang baru.

PENYIMPANAN

1. Semua buku teks hendklah dibawa pulang ke rumah pada setiap masa dan murid tidak
dibenarkan meninggalkan buku teks di merata tempat di sekolah kecuali dengan arahan
guru.

2. Murid hendaklah meletakkan buku teks di dalam beg sekolah dengan cara yang betul iaitu
kedudukan menegak.

3. Semasa di rumah semua buku teks hendaklah disimpan di tempat yang sesuai, selamat
dan mudah dikendalikan.

You might also like