You are on page 1of 9

.

:PENGENALAN
Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara
ini.Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu,Cina
dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan
muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain.
.
.
.

Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu


bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat
tertentu.
Pelbagai muzik tradisional yang terdapat di Semenanjung Malaysia bahkan Sabah
dan Sarawak.
.
.
.

Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi
yang istimewa. Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang
menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama
tertentu.
Muzik tradisional Malaysia tidak akan lapuk dek zaman kerana masih lagi ada
penggemar-penggemar muzik tradisional yang memperjuangkan irama ini.

Disini, kami kupaskan beberapa muzik dan juga alat muzik terkenal di Malaysia.

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA


ALAT MUZIK KAUM MELAYU

Kompang
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat
Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari
bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan
kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut
digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah
Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau
melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Gampus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai 12 tali tangsi. Badannya
membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya
ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama seperti bermain gitar. Alat muzik ini
digunakan dalam permainan Ghazal atau tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian
serta tarian Andai-Andai oleh orang Brunei di Sabah.

Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-
lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat
popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana
adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-
pelanduk. Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang
dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang
dikenali sebagai Rebana ubi.

Rebab
Merupakan alat muzik yang tertua di dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia dikenali juga
dengan nama �anak umbang� di kalangan bomoh-bomoh Melayu. Pada awalnya digunakan di
dalam masyarakat Melayu sebagai alat perubatan tradisi yang disebut �main peteri�. Gesekan
rebab oleh pawang menjadi sebagai penawar kepada pesakit. Perubatan cara ini disokong oleh
kekuatan jampi oleh pawang. Bentuk rebab dapat dibahagikan secara kasarnya kepada 3 bahagian
iaitu pangkal, leher dan kepala. Ukuran tingginya antara 7.55sm hingga 8.5sm. terdapat nama-nama
khususnya yang diberikan pada bahagian-bahagiannya. Digunakan juga sebagai alat untuk
permainan muzik tradisi di samping menjadi alat penting di dalam permainan Mak Yong hinggakan
dalam permainan tersebut terdapat satu babak dipermulaannya yang dikenali sebagai �menghadap
rebab�.

Merupakan alat muzik yang tertua di dalam


sejarah permainan muzik tradisi Melayu.

Sape
Sape mempunyai empat utas tali. Pada masa dahulu, tali-tali sape diperbuat daripada rotan yang
diraut halus. Kini, dawai-dawai halus pula digunakan sebagai tali sape kerana lebih mudah diperolehi
dan bunyinya lebih mantap. Diperbuat daripada kayu. Badan sape berbentuk bujur dan panjang.
Bahagian muka sape rata sahaja manakala bahagian belakang sape pula ditebuk sebagai kotak
bunyi. Sape dimainkan dengan cara meribanya seperti gambus. Tali sape dipetik menggunakan jari.
Kemudian jari tangan yang satu lagi menekan tali-tali pada batangnya. Melodi hanya dimainkan oleh
satu tali sahaja. Tali yang tiga hanya menghasilkan dengung. Sape dimainkan untuk hiburan,
mengiringi upacara berubat dan mengiringi persembahan tarian tradisional seperti ngajat.

Sape mempunyai empat utas tali

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA

Erh Hu
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan
sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu
didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari
tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.

Pipa

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat
dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda
titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung
bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian
kepalanya berukir. Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga
sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Seruling
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”,
disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang
pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan
bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina
ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

.:SERULING CINA
Buluh dan Seruling

PENGENALAN

Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia
dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan
badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran
tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini
berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke
Malaysia pada zaman sebelum merdeka.

.
.
.

SEJARAH

Seruling diperkenalkan sejak 7 ribu tahun iaitu bersamaan dengan kira-kira 4500
tahun Cina yang lalu. Pada zaman purba ia diperbuat daripada menggunakan tulang dan
selepas itu ia diubahsuaikan kepada buluh sehingga ke hari ini.
Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abad pertama sebelum Masihi, seruling ini
dinamakan sebagai "Hengchui", dan mendapat kedudukan yang amat penting dalam alat-
alat muzik tiupan.

 Abad ke-7 ~ Teknik permainannya mula berkembang maju dan boleh meniup
muzik yang berkualiti tinggi.
 Abad ke-10 ~ Seruling menjadi instrument penting dalam okestra opera di
kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.
Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain itu, ia dapat memainkan irama yang
panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang riang gembira dan irama
yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung.

Cara-cara memegang Seruling

PERBEZAAN
Jenis permainan seruling dibahagikan kepada 2, iaitu di selatan dan utara negara China


Langgam permainan seruling di selatan negara Cina adalah lebin terang dan indah.
Seruling utama yang biasa dimaninkan adalah "Qudi". Badan serulingnya agak panjang
dan kasar dan bunyi yang dihasilkan adalah lebih tebal dan lembut.Terutama yang
dipopularkan di kawasan selatan Sungai Yangtze.

 Langgam pemainan seruling di utara negara Cina adalah lebih tegap. Seruling
utama yang digunakan adalah "Bangdi". Badan seruling agak pendek dan halus dan
akan menghasilkan bunyi yang lantang dan jelas.

....

Jenis Seruling

ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM INDIA


.:TABLA
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat kaum
India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang
gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka
masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit
kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
.
.
.

Tabla ialah sejenis alat perkuasi dalam ensembel muzik tradisional india yang dimainkan
secara solo atau mengiringi upacara keagamaan, persembahan,barathanatyan,
perkahwinan dan sebagainya.

Cara bermain adalah dimainkan dengan diletakkan berdiri di atas lantai di hadapan
pemain. Alat ini dipalu dengan jari-jari dan tapak tangan. Bermain Tabla secara
konsisten dapat membantu melapangkan minda, memberi ketenangan pada jiwa serta
menguatkan otot tangan.
Selain itu,badan juga akan berasa cergas setelah selesai latihan bermain Tabla.

Dholak
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia
dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi yang
dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang
diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam penghasilan rentak
untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.
Tabla
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang sangat terkenal dalam masyarakat
kaum India.Alat ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai
sepasang gendang iaitu Sidda (gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada
satu muka masing-masing.Badannya dibuat daripada kayu jati, rosewood dan
jackwood.Kulit kambing ditampal pada permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi
irama yang indah.

Veena
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali untuk dengung. Badan dibuat dari kayu,
dadanya bulat dan belakangnya cembung. Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah
fret logam dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di atas daripada fret-
fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala dan labu berukir dipasang pada hujung
penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk
melicinkan hujung hujung jari pemain.

ANCAMAN-ANCAMAN KEPADA ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA


1. Pengaruh alat muzik moden yang menguasai pasaran dunia pada hari ini.

2. Sikap ibu bapa yang tidak mahu mendidik dan mendedahkan anak-anak untuk bermain alat-alat
muzik tradisional Malaysia.
3. Permintaan atau selera masyarakat yang lebih kepada aliran muzik moden.

4. Tiada peluang mempromosikan seni muzik tradisional di negara kita sendiri.

You might also like