You are on page 1of 8

TUGASAN : JMS 211

NAMA PELAJAR : XXXXXX


NO MATRIKS : XXXXXX
NO KP : XXXXX
NAMA PENSYARAH : DR LOW CHOO CHIN
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
UNIVERSISTI SAINS MALAYSIA PULAU PINANG
TAJUK TUGASAN :

Soalan No 8.

Galurkan tahap-tahap perkembangan penjajahan British di Tanah

Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.


British merupakan salah satu kuasa besar dunia. British telah menjajah seluruh Tanah Commented [l1]: Konteks dan susunan isi yang mantap

Melayu sehingga Jepun mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua.

British telah menjajah Tanah Melayu secara berperingkat seperti menubuhkan Negeri Selat,

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. British telah

meluaskan kuasanya di Tanah Melayu sejak tahun 1786 apabila Raja Abdullah iaitu Sultan Kedah

pada waktu itu menyerahkan Pulau Pinang kepada British kerana untuk mendapatkan perlindungan

daripada British jika Kedah di serang oleh Siam. Pulau Pinang merupakan jajahan Kedah pada

waktu itu. Francis Light telah dilantik oleh British sebagai Gabenor British yang pertama di Pulau

Pinang1. Sebab-sebab British menduduki Pulau Pinang kerana Kompeni India Timur Inggeris Commented [l2]: Nota kaki. Nombor diletak selepas titik

ingin mencari satu tempat yang sesuai di Asia Tenggara untuk membina pelabuhan sebagai

pengkalan laut untuk kapal-kapal perang Kompeni India Timur Inggeris. Pelabuhan ini digunakan

untuk melawan tentera Perancis di Teluk Benggala dan lanun di Selat Melaka. Selain itu juga,

pelabuhan ini juga digunakan untuk persinggahan kapal dagangan British yang berniaga di India

dan China. Namun begitu, pelabuhan Pulau Pinang tidak memenuhi kehendak dan keperluan

British dan mereka telah mencari satu pelabuhan baru yang sesuai. Pelabuhan baru tersebut ialah

Singapura2. Kesan daripada peristiwa ini, Pulau Pinang merupakan negeri pertama di jajah oleh

British. Seterusnya tumpuan British kepada Singapura.

British telah menghantar Sir Stamford Raffles untuk menjajah Singapura pada waktu itu

merupakan sebahagian Empayar Melayu Johor dan Empayar ini berada dibawah pengaruh

Belanda3. Pada waktu kedatangan Stamford Raffles, kerajaan Johor sedang berlaku perang

1
) Muhamad Haji Salleh, 2008, Sejarah Awal Pulau Pinang, Pulau Pinang : Mph Distributors Sdn Bhd, hlm 47.

2
) Ibrahim Ismail, 1992. Menuju Kelahiran Malaysia, Kuala Lumpur : Edusystem Sdn Bhd, hlm 6.

3
) Ibid hlm 7.
saudara di antara Tengku Abdul Rahman dan Tengku Hussain. Perang saudara berlaku kerana

untuk merebut takhta kerajaan Johor. Stamford Raffles telah mengambil kesempatan dalam perang

saudara ini dengan menyokong Tengku Hussain dan melantik baginda menjadi Sultan Johor .

Sebagai balasan, Tengku Hussain telah telah memberikan Singapura kepada pihak British.

Peristiwa ini menyebabkan Belanda tidak berpuashati kerana British telah menduduki tanah

jajahan Belanda. Pada tahun 1824 pihak Belanda telah mengadakan satu perjanjian dengan British.

Perjanjian ini di kenali sebagai perjanjian London ( Inggeris – Belanda)4. Kandungan perjanjian

tersebut ialah Belanda menyerahkan Melaka kepada British dan mengakui hak British terhadap

Singapura manakala British menyerahkan Bengkahulu kepada Belanda. Sebab-sebab British

menjajah Singapura kerana untuk mendirikan satu pengkalan laut dan pusat perdagangan yang

sesuai kerana Singapura merupakan pintu masuk ke Selat Melaka dan laluan utama para pedagang

dari timur dan barat. Kesan daripada perjanjian ini, permusuhan British dan Belanda selesai,

Emapayar Johor telah dibahagi dua iaitu Johor dan Singapura di bawah kekuasaan British

manakala Kepulauan Riau-Lingga dibawah kekuasan Belanda. Dengan ini, Tanah Melayu dan

Singapura sepenuhnya berada di bawah kekuasaan British5.

Setelah British menjajah di Tanah Melayu, British telah menubuhkan Negeri-negeri Selat.

Negeri-negeri Selat terdiri daripada Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pulau Pinang telah

menjadi ibu negeri dan Robert Fullerton menjadi Gabenor pertama. Negeri-negeri Selat menjadi

maju kerana dasar British yang membenarkan kemasukan orang asing tanpa sekatan. Pulau Pinang

juga menjadi pelabuhan bertaraf Pelabuhan Bebas dengan ini menarik ramai pedagang asing

4
) Nazaruddin, Ismail dan Nurazmi, 1992. Kenegaraan Malaysia I, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd,
hlm 7.

5
) Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 23.
berniaga di situ. Selain itu juga, perhubungan perdagangan dengan negara-negara Eropah juga

bertambah kerana Negeri Selat merupakan pengeluar utama bijih timah. Negara Eropah sangat

memerlukan bijih timah kerana berlaku revolusi perindustrian di sana6. Setelah penubuhan Negeri-

negeri Selat, British mengamalkan dasar tidak campur tangan di pentadbiranTanah Melayu, British

hanya mementingkan keuntungan di Negeri-negeri Selat sahaja, namun begitu pihak Siam telah

menyerang Kedah pada tahun 1821. Siam berasa terancam kerana pihak British telah menduduki

Pulau Pinang. Sultan Kedah telah meminta bantuan British untuk melawan Siam. Demi menjaga

kepentingan ekonomi Negeri-negeri Selat, British telah mengadakan perjanjian dengan Siam.

Peristiwa ini telah menyebabkan termenterainya Perjanjian Burney 1826. Antara isi kandungan

perjanjian ini ialah Siam mengiktiraf Pulau Pinang sebagai hak British dan sebagai balasan British

mengakui kekuasaan Siam di kedah. Selain itu juga, British bersetuju Kelantan dan Terengganu

terus menghantar Bunga Emas kepada Siam dan tidak akan menolong Sultan Kedah Menyerang

Siam7. Selepas perjanjian ini, Siam cuba untuk menguasai negeri Perak namun begitu pihak British

telah menggesa Sultan Perak menandatangani perjanjian persahabatan dengan British. Perjanjian

ini dinamakan Perjanjian Low 1826.

Setelah termenterainya Perjanjian Low, British telah menukar dasar daripada tidak campur

tangan ke dalam pentadbiran Negeri Melayu kepada sebaliknya. British berbuat demikian kerana

perniagaan Kompeni India Timur Inggeris mula merosot dan terpaksa mencari perniagaan lain.

Saudagar-saudagar di Tanah Melayu mahukan jaminan keselamatan mereka. Selain itu juga,

keadaan huru-hara di Tanah Melayu kerana berlaku perang saudara dan pergaduhan kongsi gelap

6
) Dr Ismail Said, 2010. Sejarah Perkembangan Negara, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd, hlm 34.

7
) Mohd Rizal Yaakop dan Shamrahayu A. Aziz, 2014. Kontrak Sosial Perlembagaan Persekutuan 1957 : Pengikat
Jati Diri Bangsa Malaysia Merdeka, Kuala Lumpur : Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad, hlm 14.
menyebabkan pengeluaran bijih timah semakin merosot. Disamping itu juga, Revolusi

Perindustrian yang berlaku di Britain menyebabkan mereka memerlukan tanah jajahan baru untuk

mendapatkan bahan mentah. Hal ini menyebabkan British mengahantar Sir Andrew Clarke untuk

menjajah di pentadbiran Negeri-negeri Melayu. British telah melakukan campurtangan di Perak

dimana pada waktu itu berlaku perang saudara di Perak. Raja Muda Abdullah telah meminta

bantuan daripada Sir Andrew Clarke yang menjadi Gabenor Negeri Selat pada waktu itu. Sir

Andrew Clarke telah mengadakan Perjanjian Pangkor 1874. Kandungan perjanjian tersebut ialah

Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak dan terpaksa menerima seorang Residen British untuk

menasihat Baginda kecuali hal agama dan adat istiadat di samping itu juga pemimpin kongsi-

kongsi gelap Cina bersetuju menamatkan pergaduhan. Seterusnya British meneruskan dasar

campurtanganya di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang8.

Setelah menjajah kempat-empat negeri tersebut, British telah menubuhkan Negeri-Negeri

Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan Negeri-Negeri Melayu bersekutu adalah untuk membentuk

pentadbiran yang lebih baik. British mahukan satu kuasa pusat untuk mengawal Residen-Residen

British di keempat-empat negeri tersebut. Selain itu juga, dapat memajukan perniagaan di negeri

tersebut. Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen Jeneral dimana beliau berkuasa ke atas

Residen Negeri dan beliau pula tertakluk kepada arahan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Kesan

daripada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula, kuasa Sultan dan kerajaan negeri

semakin berkurang, di samping itu juga pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menjadi

teratur dengan ini telah menarik ramai pemodal luar untuk berniaga di Tanah Melayu9. Setelah

menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, British terus meluaskan

8
) Nazaruddin, Ismail dan Nurazmi, 1992. Kenegaraan Malaysia I, hlm 34.

9
) Dr Ismail Said, 2010. Sejarah Perkembangan Negara, hlm 40.
penjajahanya kepada Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Negeri- Negeri Melayu Tidak

Bersekutu ini tertubuh kerana berlaku Perjanjian Bangkok 1909. Perjanjian ini berlaku antara

Biritsh dan Siam kerana Negeri Melayu Tidak Bersekutu ini berada dibawah naungan Siam.

Kandungan isi perjanjian ini adalah Negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan

kepada British dan sebagai balasan British tidak akan campurtangan dalam pemerintahan Siam10.

Pemerintahan Negeri –Negeri Melayu Tidak Bersekutu berbeza dengan Negeri-Negeri Selat dan

Negeri-Negeri Melayu Bersekutu kerana Residen British tidak berkuasa penuh dalam pentadbiran

negeri, selain itu juga Kuasa Majlis Mesyuarat Negeri di Negeri-Negeri Tidak Bersekutu lebih

luas berbanding Negeri-Negeri Bersekutu11.

Negeri terakhir yang dijajah oleh British ialah negeri Johor. Negeri Johor merupakan negeri

yang paling rapat dalam kerjasama dengan British. Hal ini kerana sultan Johor iaitu sultan Abu

Bakar bijak dalam mengawal hubungan Johor dengan British. Baginda juga mendapat pendidikan

barat dan tidak mudah dipergunakan oleh British. Selain daripada itu, Baginda juga memodenkan

johor dengan menggalakkan kedatangan orang Cina ke Johor dalam sektor pertanian seperti

penanaman lada hitam dan gambir. Baginda juga dikenali sebagai “Bapa Johor Moden”12.

Disamping itu juga, Baginda telah membentuk perlembagaan pertama di Johor. Oleh kerana

kebijaksaan Baginda dalam pentadbiran menyukarkan pihak British untuk melantik Residen

British di Johor. Akhirnya pada tahun 1914 Johor menerima seorang penasihat British dibawah

pemerintahan Sultan Ibrahim selepas kemangkatan Sultan Abu Bakar13.

10
) Zaini Nasohah, 2004. Pentadbiran Undang-undang Malaysia Sebelum Dan Menjelang Merdeka, Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, hlm 29.

11
) Dr Ismail Said, 2010. Sejarah Perkembangan Negara, hlm 48.

12
) Buyong Adil, 1980. Sejarah Johor, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm 253.

13
) Ibid 288.
Sebagai Kesimpulan, penjajahan British telah meninggalkan kesan dari segi sosial,

ekonomi dan politik di Tanah Melayu. Kesan dari segi sosial ialah wujudnya penentangan

daripada penduduk tempatan seperti berlaku di Perak di mana pembesar Perak telah membunuh

Residen British yang pertama di Perak. Dari segi ekonomi pula, ramai pendatang asing dari Cina

dan India datang ke bekerja di sektor perusahaan bijih timah dan getah di Tanah Melayu

menyebabkan ekonomi berkembang pesat manakala kesan politik pula, Raja-raja melayu telah

kehilangan kuasa pemerintahan dan hanya berkuasa sebagai ketua agama dan adat istiadat

sahaja. Selain itu juga munculnya semangat kebangsaan seperti penentangan terhadap british

seperti orang melayu mula bersatu dan mewujudkan pelbagai persatuan seperti Persatuan Melayu

Selangor dan macam-macam lagi. Setelah berlaku Perang Dunia kedua, Jepun telah menguasai

Tanah Melayu menyebabkan pihak British terpaksa meninggalkan Tanah Melayu. Pemerintahan

Jepun di Tanah Melayu hanya bertahan selama lebih kurang empat tahun sahaja apabila pihak

Tentera Paksi yang dianggotai Jepun kalah kepada Tentera Berikat dalam Perang Dunia kedua

tersebut. Setelah Perang Dunia Kedua tamat, British telah kembali memerintah di Tanah Melayu

di Pemerintahan Tentera (BMA).


Bibliografi. Commented [l3]: Baik!

Buyong Adil, 1980. Sejarah Johor, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka

Ibrahim Ismail, 1992. Menuju Kelahiran Malaysia, Kuala Lumpur : Edusystem Sdn Bhd

Ismail Said, 2010. Sejarah Perkembangan Negara, Selangor : Penerbitan Multimedia

Sdn Bhd.

Nazaruddin, Ismail dan Nurazmi, 1992. Kenegaraan Malaysia I, Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Publications &

Distributors Sdn Bhd.

Muhamad Haji Salleh, 2008, Sejarah Awal Pulau Pinang, Pulau Pinang : Mph

Distributors Sdn Bhd.

Zaini Nasohah, 2004. Pentadbiran Undang-undang Malaysia Sebelum Dan Menjelang

Merdeka, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

You might also like