You are on page 1of 11

PROGRAM BACAAN NILAM

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan


satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
membina tabiat membaca di kalangan murid dengan
hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cintakan
budaya membaca dan budaya ilmu.

 Merangkumi rancangan membina tabiat membaca


secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti
galakan membaca di sekolah.

 Merupakan program penilaian pembacaan yang


berterusan sepanjang tahun.

 Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun


Satu di Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu dan
Peralihan di Sekolah Menengah pada 1999.

OBJEKTIF

 Menggalakkan pelajar memupukkan budaya suka


membaca berterusan sepanjang hayat mereka.

 Menjadikan murid banyak membaca, bukan sahaja


pembacaan yang berorientasikan peperiksaan.

 Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif


dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca ini.
CIRI-CIRI PERLAKSANAAN NILAM

 Rekod Bacaan

Suatu rekod bacaan setiap pelajar disediakan sebagai


dokumen pembacaan mereka. Pengisian rekod melatih
pelajar contohnya : mengingati pengarang dan judul
buku yang dibaca / tema buku / sinopsis buku.

 Borang Rekod Bacaan.

Pelajar merekodkan bacaan masing-masing di bawah


pengawasan guru, terutamanya semasa waktu
matapelajaran bahasa. Guru berkenaan kemudiannya
menyemak dan mengesahkan rekod bacaan pelajar
berkenaan.

 Pengiktirafan Tokoh Membaca

Data rekod bacaan setiap sekolah dikumpul di Pusat


Sumber Negeri untuk dinilai di peringkat kebangsaan.
Tokoh Membaca dipilih dari kalangan pelajar yang
mempunyai rekod bacaan tertinggi dan diberikan
Anugerah NILAM.

TAHAP PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN NILAM


Pelaksanaan Program NILAM ini dibahagikan kepada
dua tahap:
1. Tahap Jauhari
2. Rakan Pembaca
NILAM TAHAP JAUHARI

Program membaca NILAM Tahap Jauhari ini dijalankan


pada dua peringkat persekolahan :

a. Sekolah Rendah
Murid-murid pada peringkat ini wajib melibatkan diri
dalam aktiviti pembacaan sebaik sahaja mereka tahu
membaca dan mula belajar (Pertengahan Tahun dalam
Tahun Satu). Mereka perlu berusaha untuk mencapai
tahap pembacaan seperti berikut:

Pengiktirafan NILAM Sekolah


Rendah
400

350 360

300
270
250

200
180
150

100 90
50

GANGSA (90-179 buku)

PERAK (180-269 buku)

EMAS (270-359 buku)

NILAM (360 buku ke atas)


.

b. Sekolah Menengah

Pelajar pada peringkat menengah pula wajib melibatkan


diri dalam aktiviti pembacaan berterusan sebaik sahaja
mereka melangkah ke Tingkatan Satu dan perlu
mencapai tahap pembacaan berikut:

Pengiktirafan NILAM Sekolah


Menengah

288
GANGSA (72-143 buku)

NILAM
216 PERAK (144-215 buku)

EMAS
EMAS (216-287 buku)
144
PERAK
NILAM (288 buku ke atas)
72
GANGSA

BIL. BUKU DIBACA


TAHAP RAKAN PEMBACA

CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA :

 Adalah murid-murid yang sudah membaca lebih dari


100 buah buku dan mereka layak dipilih ke tahap ini.

 Murid-murid pada tahap Rakan Pembaca akan


dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk turut serta di
tempat-tempat aktiviti dan membantu membuat
pengesanan kemajuan aktiviti yang dijalankan murid
secara formal atau tidak formal.

 Murid-murid yang dipilih sebagai Rakan Pembaca akan


dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang
dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Mereka akan
memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah
untuk dibawa pulang. Buku-buku yang dipinjam akan
juga dibaca oleh rakan-rakan, keluarga dan jiran.
Kemudian, pembaca tersebut perlu menandatangani
dan membuat sedikit ulasan di dalam buku rekod
Rakan Pembaca.

 Murid juga dilatih untuk menjalankan aktiviti


pembacaan bersama rakan-rakan di sekolah seperti :
aktiviti bercerita, membaca bersama dan bicara
buku. Aktiviti yang mereka jalankan akan diberi skor
pemarkahan mengikut berapa sesi aktiviti dikali
dengan berapa ramai pendengar, pembaca dan
peminjam buku mereka.
 Pelajar pada tahap Rakan Pembaca ini diberikan
pemarkahan usaha mereka mengikut Jadual Sistem
Ganjaran RP:

MARKAH PENGIKTIRAFAN

100-199 Gangsa

200-299 Perak

300-399 Emas

400 ke atas NILAM

CONTOH AKTIVITI KIRAAN PEMARKAHAN


TAHAP RAKAN PEMBACA

 Aktiviti bercerita - 1 sesi x 5 pendengar (min) = 5 markah


 “ - 1 sesi x 100 pendengar = 5 markah

 Membaca bersama - 1 sesi x 3 pendengar = 3 markah


 “ - 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 “ - 1 sesi x 10 pendengar = 5 markah

 Bicara Buku - 1 sesi x 2 pendengar = 2 markah


 “ - 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
 “ - 1 sesi x 10 pendengar = 5 markah

 Meminjamkan buku - 1 buku x 2 peminjam = 2 markah


 “ - 1 buku x 5 peminjam (max) = 5 markah
 “ - 2 buku x 5 peminjam = 10 markah

# Nota : pemarkahan mengutamakan berapa banyak sesi dijalankan, bukan


bilangan pendengar untuk mendapatkan lebih markah. Akan tetapi,
markah tetap diberikan kepada minimum pendengar.

GANJARAN
Apabila aktiviti galakan membaca diberi pengiktirafan dan
dipiawaikan melalui NILAM, masyarakat akan dimaklumi tentang
klasifikasi pengiktirafan ini. Penganugerahan ini akan menjadi
satu aset dan pemangkin budaya suka membaca.

Antara ganjaran yang diperolehi murid adalah:

 Skor markah rekod bacaan murid akan dimasukkan ke dalam


Buku Rekod Kemajuan Murid pada setiap akhir tahun.

 Markah Rekod bacaan ini dikira dari jangkamasa 6 tahun


persekolahan peringkat Rendah dan 5 tahun persekolahan
peringkat Menengah.

 Markah Rekod Bacaan ini akan dimasukkan ke dalam Sijil


Berhenti apabila pelajar menamatkan persekolahannya.

 Pihak sekolah juga wajar memberikan surat sokongan kepada


pelajar yang layak menerimanya.

 Pelajar yang telah mencapai rekod bacaan tertinggi di peringkat


kebangsaan akan diberi Anugerah Nilam.
CONTOH-CONTOH AKTIVITI MEMBACA
 Projek Pukal -

o Setiap kelas dibekalkan 50-100 naskah buku dan pelajar


dibenarkan meminjam buku setiap hari sebanyak mana
mampu.

 Projek Iqra’ -

o Semua pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 wajib


mempunyai sebuah buku ‘Rekod Bahan Bacaan’ dan
mencatat nama buku, nama pengarang, penerbit dan
juga sinopsis bahan yang dibaca.

 Program Banyak Membaca –

o Ia adalah khusus untuk Tingkatan 1 dan 2 . Pelajar


digalakkan membaca seberapa banyak buku dan
dicatatkan ke dalam borang khas yang dianalisis setiap
tahun.Insentif dalam bentuk hadiah diberi kepada pelajar
yang paling banyak membaca.

 Khemah Membaca -

o Kem ini diadakan pada tiap-tiap tahun . Pelajar akan


didedahkan dengan teknik membaca, kemahiran
pengendalian maklumat, ADD dan kerja projek.

 Kuiz Bistari -

o Khusus untuk pelajar Menengah Atas. Pada setiap bulan,


soalan dikemukakan dan kelas akan menghantar
penyertaan yang membincangkan isu-isu berkaitan
Ekonomi, Dadah, AIDS, Sejarah dan Bahasa Inggeris.
Pemenang akan dipilih dan diberikan hadiah insentif.
CADANGAN MASA PERLAKSANAAN NILAM

 Satu masa membaca di perpustakaan dimuatkan dalam jadual


kelas matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 Ada juga waktu yang diperuntukkan untuk aktiviti PSS yang


melibatkan pengajaran kemahiran membaca, contohnya aktiviti-
aktiviti untuk Minggu Pusat Sumber . Pada Minggu Pusat
Sumber , pelbagai aktiviti boleh dijalankan; seperti Bercerita,
Pertandingan Menulis Ulasan Buku, / Berbicara tentang buku
yang dibaca (misalnya dalam satu ‘workshop’) / Forum tentang
sesuatu buku

 Pelajar meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit


semasa waktu perhimpunan mingguan untuk aktiviti membaca
seperti membuat ulasan buku atau membaca bersama.

FAKTOR-FAKTOR PELAKSANAAN YANG PERLU DIBERI


PENEKANAN :

 Penyediaan koleksi bahan-bahan bacaan pusat sumber. Penyelaras pusat


sumber perlu memastikan koleksi bahan di pusat sumber mereka sentiasa
selaras dengan perkembangan semasa agar ia dapat menarik minat
pelajar untuk sering mengunjungi Pusat Sumber.

 Sokongan pihak pentadbir sekolah. Aktiviti-aktiviti pembacaan tidak akan


dapat berjalan dengan lancar sekiranya pihak pentadbir kurang memberi
sokongan dalam menjalankan sebarang aktiviti pusat sumber. Ini
termasuklah menyediakan masa dan hari yang sesuai serta bantuan
kewangan untuk menjalankan program ini.

 Penglibatan ibubapa dan guru-guru. Aktiviti membaca akan menjadi lebih


aktif dan berkesan sekiranya ibubapa memberi sokongan membaca
semenjak dari kecil kepada pelajar. Selain itu, guru memainkan peranan
penting dalam menekankan bacaan murid di sekolah contohnya
memuatkan aktiviti-aktiviti bacaan seumpama ‘Teka-Silangkata’ dan
latihan menulis ulasan buku dalam pengajaran mereka.

 Perlaksanaan program secara sistematik disokong dengan dokumen dan


rekod yang sahih memudahkan penilaian dan pengiktirafan Anugerah
NILAM.
PELAKSANAAN
PROGRAM BACAAN
NILAM

Disediakan oleh

NAZURA BT MOHAMAD
nazurapsp_btp@pnp.moe.edu.my

nazurabtp@hotmail.com

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MAKAYSIA
LAMPIRAN NILAM
 BORANG-BORANG NILAM
 BERITA ANUGERAH NILAM 2003
 PANDUAN PELAKSANAAN NILAM
 ARTIKEL BERKAITAN ISU PEMBACAAN

You might also like