You are on page 1of 7

Teks Juruacara pertandingan syarahan dan cari kata dalam bahasa melayu

SJKT&SJKC daerah kluang 2016Majlis Penutup

Klu Teks Catatan


Dari Nilai pergi ke Seremban,
Kata Aluan Terus pula ke Kampung Geddes,
Harap semua berikan perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.

Daun layu di tengah gurun,


Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera dan salam


muafakat johor..

Yang Berbahagia ………………………………………….

Yang Berusaha ………………………………………


Pengerusi pertandingan syarahan dan cari kata dalam
bahasa melayu SJKT&SJKC daerah kluang 2016,

Yang dihormati tuan guru besar sekolah –sekolah


SJKT&SJKC daerah kluang, Guru-guru Penolong Kanan,
guru-guru pengiring ,peserta-peserta dan murid-murid
yang di hormati sekalian.

Selamat datang ke pertandingan syarahan dan cari kata


dalam bahasa melayu SJKT&SJKC daerah kluang 2016.
Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur kepada
tuhan kerana dengan limpah kurnianya kita dapat sama-
sama berhimpun di sini bagi memeriah majlis ini. Semoga
dengan adanya aktiviti seperti ini akan meningkatkan dan
memertabatkan lagi bahasa Melayu, dikalangan murid-
murid kita.

Ucapan
Dara rupawan tersenyum manis,
Petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan

#Majlis menjemput_____________
______________________________untuk
menyampaikan ucapan, deangan segala hormatnya di
persilakan.

Terima kasih diatas uacapan itu tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis kita terus beranjak maju. Gandingan misi dan visi meredah
hari, ke destinasi memartabat ilmu dijunjung, bahasa disanjung.
Untuk itu, marilah kita sama-sama menyingkap apa yang ada dalam
pendakian dan penghargaan dalam majlis ini, melalui ucapan
perasmian penutupan pertandingan syarahan dan cari kata dalam
bahasa melayu SJKT &SJKC daerah kluang 2016 oleh Yang
Berbahagia ____________________________. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada_________________ diatas


ucapan itu tadi dan kesudian beliau menutup rasmi majlis pada
hari ini.

Budak-budak bermain galah,


Penyampaian Bermain galah di tepian gelanggang;
Sijil
Penghargaan
Ada yang menang ada yang kalah,
Itulah dia adat pertandingan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih majlis


diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata
dan sijil. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan
penuh hormat dan takzimnya mempersilakan (tunggu jap)
__________________________ selaku ______________
Ikut Senarai nama yang
diberikan
bagi menjemput dan mengiringi
_________________________ untuk menyampaikan
cenderamata kepada barisan panel hakim.

Dijemput……………………….., dari
sjkc……………………..merangkap ketua hakim untuk
menerima sijil dan cenderamata.

Seterusnya dipersilakan ………………………….,


…………………………., …………………. dan
dipersilakan ………………………………..

Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah dan


sijil kepada peserta-peserta Pertandingan syarahan dan
cari kata dalam bahasa melayu SJKT&SJKC daerah
kluang.

Makluaman guru pengiring diminta menghantar seorang


wakil dari setiap sekolah untuk menerima sijil
penhargaan.

Dengan ini dipersilakan


SJKC………………………………………………….
SJKC………………………………………………….
Penyampaian Warga dewan yang dimuliakan,
hadiah
Sejajar meranti di tanah rendah,
Mencelah berangan tegak merendang
Keputusan dinanti di tangan sudah,
Adat pertandingan ada pemenang .

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita


mengetahui peserta manakah yang menjuarai
pertandingan syarahan dan cari kata dalam bahasa
melayu SJKT&SJKC daerah kluang 2016 ini.

Bagi pertandingan Syarahan

#Tempat ke-10 dijemput………………………………….

dari sekolah………………………………………………

#Naib johan dipersilakan ……………………………........

dari sekolah………………………………………………

#Dan johan pertandingan syarahan dalam bahasa melayu


SJKT&SJKC daerah kluang 2016 dijuarai

oleh…………………………………………..dari

sekolah………………………………………………..
Penyampaian
hadiah Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi
pertandingan cari kata dalam bahasa melayu SJKT
&SJKC daerah kluang 2016 .untuk makluman
hadirin dan hadirat bagi pertandingan ini setiap
sekolah telah menghantar 3 orang wakil peserta.
walau bagaimanapun markah ketiga-tiga peserta
akan dicampurkan untuk menentukan
pemenangnya. Sekolah yang mendapat markah
tertinggi akan bertanding ke peringkat negeri.

#Tempat ketiga dijemput………………………………….

dari sekolah………………………………………………

#Naib johan dipersilakan ……………………………........

dari sekolah………………………………………………

#Dan johan pertandingan bercerita Tahap 2 disandang

oleh…………………………………………..dari

sekolah………………………………………………..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih Yang

Berbahagia…………………………………………kerana
sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah
kepada pemenang.

Tahniah kepada sekolah yang berjaya,dan syabas kepada


peserta. Manakala kepada yang tidak bernasib baik,
kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah kegagalan
sebagai pembakar semangat untuk mencuba pada masa
akan datang..
Nyanyian Majlis akan menyanyikan lagu negaraku hadiri di jemput
lagu berdiri..
negaraku
Hadirin di jemput duduk.

Penutup Dengan Nyanyian lagu negaraku itu tadi kita telah pun
berada di penghujung majlis. Saya bagi pihak majlis,
memohon ampun dan maaf seandainya terdapat
kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini
berlangsung.
Bunga dedap di atas para,
anak dusun pasang pelita;
kalau tersilap tutur bicara,
jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,


melihat rusa tepi perigi;
salam perpisahan untuk semua,
dilain masa bersua lagi.

Sekian, terima kasih

You might also like