You are on page 1of 19

SME 3023 :TRENDS AND ISSUE IN EDUCATION OF

MATHEMATICAL SCIENCE

TUGASAN KUMPULAN (2b) : TRENDS IN INTERNATIONAL


MATHEMATICS AND SCIENCE STUDY (TIMSS)

PERANAN DALAM MENYEDIAKAN PELAJAR SECARA


GLOBAL AGAR BERDAYA SAING DI PERINGKAT
ANTARABANGSA
NUR ASHIKIN BINTI ISMAHUN D20081032212
NUR FARHANA BINTI ABDULLAH ZAWAWI D20081032220
ERDA SAZWANI NADIA BINTI SUHAMI D20081032236
WAN ROHANA BINTI TON MANAN D20081032216
NUR ADILAH BINTI YAHAYA D20081032234

TARIKH HANTAR : 6 OKTOBER 2011

NAMA PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA PUTEH


Pengenalan

“Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan menjadi keutamaan


Kerajaan dan Kementerian Pelajaran. Kita mesti mempertingkatkan standard pendidikan
sedia ada supaya setanding dengan negara-negara maju di persada antarabangsa dengan
memastikan jurang pendidikan dirapatkan. Pendidikan memainkan peranan utama dalam
memperkukuh daya saing negara dan membina 1 Malaysia. Sebagai contoh, bagi
menyumbang ke arah gagasan 1 Malaysia, status sekolah kebangsaan perlu
dipertingkatkan menjadi sekolah pilihan utama rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya
akan memastikan sasaran yang dirancang tercapai, dan saya menyeru pada ibu bapa, guru
dan pentadbir sekolah memberi sokongan dan bantuan serta sanggup bekerja bersama
saya dalam menjadikan impian ini satu kenyataan”.

Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia

Malaysia telah menunjukkan pencapaian kemajuan yang memberangsangkan dalam


sistem pendidikan semenjak 50 tahun lepas. Pada hari ini, kadar literasi golongan dewasa di
Malaysia melebihi 92%. Kita juga telah berjaya mencapai kadar pernyataan peringkat rendah
yang universal, serta kadar pertumbuhan penyertaan peringkat menengah antara yang tertinggi
berbanding dengan negara-negara membangun yang lain.

Walaubagaimanapun, kita tidak harus berpuas hati dengan pencapaian ini, malah kita
masih perlu berusaha bagi meningkatkan pencapaian pendidikan Negara. Hal ini membuktikan
dengan pencapaian pelajar Malaysia dalam keputusan TIMSS yang menunjukkan penurunan
berbanding dengan negara seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Jurang pencapaian
pelajar dalam bidang Matematik dan Sains meluas misalnya lebih kurang 20% pelajar Malaysia
gagal mencapai penanda aras minimum TIMSS bagi matapelajaran matematik dan Sains pada
tahun 2007, berbanding hanya 5 – 7% pada 2003. Keadaan ini perlu diberi perhatian utama
kerana kualiti pendidikan tinggi berkolerasi terus dengan pertumbuhan ekonomi negara dalam
jangka masa panjang. Sekiranya tiada usaha dijalanan untuk melonjakkan standard pendidikan ke
tahap yang lebih tinggi, maka Malaysia menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan pada
masa ini dan kurang berdaya saing pada masa hadapan.
1.0 Peranan Kerajaan

Istilah kerajaan atau pemerintahan merujuk kepada para penggubal undang-undang


pentadbir, dan penimbang tara dalam birokrasi pentadbiran yang menguasai sesebuah negara.
Pendidikan di Malaysia di uruskan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang bertanggungjawab menguruskan di peringkat pra-sekolah,sekolah rendah, sekolah
menengah dan sekolah pendidikan lepasan menengah. Manakala Kementerian Pendidikan Tinggi
(KPT) yang bertanggungjawab dalam menguruskan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

1.1 Memastikan setiap kanak-kanak berjaya

Menurut Froebel, masa kanak-kanak merupakan peringkat yang terpenting dalam


perkembangan manusia dan kemanusiaan. Froebel juga menyatakan bahawa peringkat umur ini
paling penting dalam pendidikan kerana permulaanlah yang menentukan corak kemajuan dan
penamatnya. Jadi, untuk mendapatkan sistem pendidikan yang berjaya adalah dengan
memastikan setiap kanak-kanak berjaya. Pelaksanaannya adalah dengan menetapkan matlamat
yang tinggi bagi semua pelajar, tanpa mengambil kira latar belakang, dan mengenal pasti pelajar.
Contohnya pelajar berlatar belakangkan sosioekonomi rendah, yang memerlukan bantuan yang
lebih untuk mencapai penanda aras yang disasarkan.

Selaras dengan kehendak kerajaan bagi merapatkan jurang pendidikan negara agar pelajar
berdaya saing diperingkat global termaktub di dalam Program Transformasi Kerajaan yang
dibentangan oleh Dato‟ Seri Najib b. Razak di dalam Rancangan Malaysia ke-10. Di dalam
National Keys Result Areas (NKRA) Pendidikan, terdapat dua perkara yang di rancangkan
berkaitan dengan kanak-kanak iaitu Prasekolah dan Literasi dan Numerasi (LINUS). Perkara
pertama iaitu Prasekolah menekankan kanak-kanak sudah mula hadir ke prasekolah seawal umur
4-5 tahun . Sementara LINUS pula menekankan setiap kanak-kanak dapat menguasai kemahiran
literasi dan numerasi menjelang darjah 3. Dua perkara ini merupakan peranan kerajaan yang
sedia ada bagimenjadikan sistem pendidikan negara adalah yang terbaik lantas menyediakan
pelajar berdaya saing di peringat antarabangsa.

1.2 Menetapkan akauntabiliti untuk pencapaian pelajar pada sekolah


Penetapan matlamat sebagai garis panduan sebelum sebarang langkah dibuat adalah
penting bagi menangani masalah. Dengan menetapkan matlamat yang tinggi oleh kerajaan dalam
pembelajaran di sekolah menjadi faktor penyumbang pada pencapaian pelajar itu sendiri. Lantas,
sekiranya matlamat tidak tercapai, penambahbaikan yang bersesuaian adalah harus.

Sebagai contoh, salah satu matlamat di dalam Sukatan Pelajaran Matematik (2003)
adalah untuk menghasilkan individu yang yang mampu berfikir secara Matematik dan dapat
mengaplikasikan ilmu Matematik itu di dalam kehidupan seharian. Jadi matlamat yang
digariskan oleh kerajaan dan pelaksanaan di sekolah haruslah selari dengan kehendak TIMSS
agar prestasi negara di dalam TIMSS dapat di perbaiki.

Uses curriculum as the major organization concept in considering how educational


opportunities are provided to students and the factor that influences how students use this
opportunity.
Model TIMSS

Acquire mathematical knowledge and develop skills effectively and use them responsibly
Objectives in Curriculum Specification.

Sistem pendidikan terbaik merupakan sistem yang menetapkan matlamat yang tinggi
kepada setiap sekolah dari segi perubahan pencapaian pelajar, memantau pencapaian matlamat
yang ditetapkan dan memberikan bantuan bersesuaian sekiranya matlamat itu tidak dicapai.

1.2.1 Membuat pelaburan ke atas pemimpin terbaik di setiap sekolah

Guru besar dan pengetua juga memastikan memastikan suasana pembelajaran yang
kondusif dengan mengurangkan tekanan dan gangguan luaran, serta mewujudkan persekitaran
yang teratur di dalam dan diluar bilik darjah. Sistem terbaik memastikan pengetua sebagai
pemacu perubahan kepada pendidikan melalui pemilihan dan proses latihan yang rapi serta
memberi fokus kepada kepimpinan instruksional.
Membuat pelaburan ke atas peimpin terbaik di setiap sekolah termaktub di dalam NKRA.
Guru besar dan pengetua (PGB) di beri ganjaran yang sewajarnya apabila GBP cemerlang,
membantu PBG dari sekolah biasa untuk melepasi sasaran dengan membantu PGB lemah. PGB
yang melepasi sasaran pula akan mendapat ganjaran di dalam bentuk kewangan atau bukan
kewangan seperti program sandaran dengan institusi terkemuka tempatan, laluan kenaikan
pangkat yang lebih pantas ataupun sijil penghargaan.

Membuat pelaburan yang besar ke atas pemimpin sekolah yang berperanan sebagai
pemacu perubahan dengan kriteria pemilihan, latihan yang mantap dan pengurusan prestasi
berdasarkan pencapaian pelajar. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai
kesan positif dan signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang
penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.2.2 Menarik dan melahirkan guru terbaik

Sistem pendidikan cemerlang mampu menarik serta memilih calon terbaik untuk
memasuki profesion keguruan, serta secara berterusan dapat meningkatkan pembangunan guru
berasaskan persekitaran sekolah serta mewujudkan budaya kecemerlangan berasaskan
pencapaian. Antara contoh termasuk berupaya menarik dan memilih hanya calon yang terbaik.

Dalam sistem pendidikan terbaik seperti di Hong Kong dan Singapura, hanya satu pertiga
calon teratas daripada setiap kohort diterima sebagai calon bagi profesion keguruan.
Membangunkan guru dalam persekitaran sekolah pula menyebabkan Jepun menggalakkan
program latihan intensif kepada guru permulaan, bagi meningkatkan kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Guru pelatih pula akan bekerja sepenuh masa di sekolah pada tahun pertama dan
selama dua hari dalam seminggu mereka akan dibimbing dan dilatih secara perseorangan oleh
guru berpengalaman. Kesimpulanya, guru cemerlang, pelajar terbilang, sekolah gemilang.
3.0 Peranan Guru

Selain itu, guru juga turut memainkan peranan yang penting dalam menyediakan pelajar
secara global agar berdaya saing di peringkat antarabangsa. Seterusnya, ini akan melahirkan
pelajar yang cemerlang lantas dapat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS. Antara
peranan-peranan guru ialah memupuk kreativiti pelajar, memahami gaya pembelajaran pelajar
dan meningkatkan kualiti pengajaran di dalam kelas.

3.1 Memupuk kreativiti pelajar

Menurut Sternberg ( 2004 ), minda manusia terbahagi kepada tiga iaitu kepintaran,
kreativiti dan kebijaksanaan. Ini menunjukkan kreativiti juga termasuk dalam minda manusia,
justeru itu, kreativiti ni haruslah dipupuk dengan sebaik-baiknya. Tambahan lagi, menurut
(Storm & Storm 2002), kepentingan kreativiti dalam membangunkan masyarakat dan negara
telah lama disedari. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli
psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk
di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan
persaingan sedang dan akan terus berlaku. Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang
sedang pesat membangun dan berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun
2020, keperluan kepada kreativiti rakyatnya adalah lebih mendesak. Perkembangan ekonomi
yang berlaku akibat daripada perubahan dasar kerajaan yang kini lebih mementingkan sektor
industri telah mengubah dan akan terus mengubah taraf dan corak kehidupan masyarakat
keseluruhannya.

Selain itu, menurut ( Lee 2002 ), untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa tenaga
kerja kita bukan sahaja perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bahkan mereka
juga perlu memiliki daya kreatif yang tinggi agar mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah
yang semakin kompleks dalam pekerjaan mereka. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun
Mahathir Mohamad juga berpendapat bahawa generasi pewaris yang hidup dalam abad ke-21
perlu berfikiran kreatif dan kritis di samping bersifat kaya maklumat serta maju dalam bidang
sains dan teknologi. Oleh itu, salah satu aspek untuk guru agar dapat memupuk kreativiti pelajar
ialah dengan menggunakan gaya pengajaran berpusatkan pelajar. Guru perlulah mewujudkan
interaksi dua hala yang aktif dengan memperbanyakkan teknik penyoalan. Dengan ini, pelajar
akan sentiasa mengasah minda mereka untuk berfikir secara kreatif untuk menjawab soalan yang
diajukan oleh guru. Guru tidak seharusnya mendominasi dan mengawal aktiviti pengajaran dan
pembelajaran tetapi pelajar juga harus memainkan peranan yang aktif disamping memberikan
maklum balas. Seterusnya, guru juga perlu bijak menghubungkait pengajaran dengan
persekitaran. Contohnya, dalam tajuk matrik dalam subjek Matematik dapat diaplikasikan untuk
membuat kod komputer. Kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam sesuatu matapelajaran
terutamanya Matematik dan Sains perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria
ini amat penting untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan
kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan
metodologi pengajaran yang bersifat `spoon feed‟, induktif dan khutbah yang hanya
mementingkan supaya pelajar menerima sahaja apa yang disogok oleh guru tidak lagi sesuai
dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era
perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden pada masa kini.

3.1.1 Halangan-halangan memupuk kreativiti pelajar

Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai halangan yang dihadapi dalam usaha guru untuk
memupuk kreativiti dalam bilik darjah. Antaranya ialah sistem pendidikan secara umumnya
berorientasikan peperiksaan dan guru lebih cenderung melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan guru. Menurut Yong ( 1989 ), walaupun pelbagai usaha telah
dijalankan untuk memajukan proses pengajaran guru, sekolah masih cenderung meghasilkan
pelajar berorientasikan peperiksaan. Walaupun dalam KBSR dan KBSM telah dinyatakan
bahawa fungsi peperiksaan dan penilaian bukan sahaja untuk menentukan taraf pencapaian
pelajar tetapi juga untuk membantu memperbaiki lagi proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas tetapi hakikat sebenarnya ialah penekanan pembelajaran di sekolah masih lagi
tertumpu kepada fakta-fakta untuk dihafal dan seterusnya digunakan dalam peperiksaan, lantaran
itu aspek pemikiran sama ada kreatif atau kritis dipinggirkan.

Selain dari itu, penekanan kepada peperiksaan terutamanya peperiksaan piawai bagi
keseluruhan pelajar di akhir tahun KBSR dan KBSM juga telah menyebabkan guru lebih
cenderung untuk melaksanakan proses pengajaran yang berpusatkan guru kerana kaedah
pengajaran yang berpusatkan guru terbukti lebih berkesan untuk menghasilkan pelajar yang akan
mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. Oleh hal yang demikian, guru yang berjaya
menghasilkan bilangan pelajar yang ramai mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan biasanya akan dilihat sebagai guru yang berkesan. Kesannya, para pelajar akan
menjadi kurang inovatif dan kreatif di dalam kelas. Perkara ini berlaku kerana proses pengajaran
dan pembelajaran yang sehala dan dikawal oleh guru ini menjadikan para pelajar pasif menerima
sahaja maklumat yang diberikan
oleh guru.

Di samping itu, kajian di beberapa negara Asia menunjukkan bahawa para guru
cenderung untuk tidak menyukai ciri-ciri personaliti pelajar yang berkaitan dengan kreativiti.
Menurut MacKinnon (1963), antara ciri-ciri personaliti individu kreatif termasuklah berazam,
bebas, suka mengambil risiko, impulsif dan individualistik. Oleh itu, guru kebiasaannya tidak
menyukai bilik darjah yang pelajarnya terdiri daripada individu yang kreatif. Ini adalah kerana
guru berpendapat bilik darjah tersebut sukar dikawal dan diurus. Perkara ini sekaligus boleh
melumpuhkan daya kreativiti pelajar kerana aspek personaliti merupakan salah satu aspek
kreativiti yang penting. Oleh hal yang demikian, halangan-halangan ini perlulah diatasi agar guru
dapat memupuk kreativiti pelajar.

3.2 Kualiti pengajaran di dalam kelas

Pengalaman daripada sistem sekolah berprestasi tinggi global menunjukkan bahawa


prestasi pelajar akan hanya boleh ditingkatkan dengan meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah guru. Kajian menunjukkan
semakin banyak latihan yang diberikan kepada pelajar tidak menjamin peningkatan dalam
pencapaian akademik. Kualiti pengajaran di dalam kelas adalah kunci untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar. Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput dengan apa yang
dipelajari, gaya pembelajaran di dalam sesuatu matapelajaran seharusnya sentiasa
mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru. Sebagai contoh, guru perlu
menghubungkait antara Matematik dan kehidupan. Menghubungkait Matematik dan kehidupan
adalah cara untuk mengurangkan kerisauan terhadap subjek Matematik. Oleh itu, apabila
kerisauan menurun, pelajar akan menjadi semakin berjaya di dalam Matematik dan di dunia yang
penuh dengan teknologi yang memerlukan pengetahuan Matematik dan Sains secara meluas.
Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan
guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini
seperti penggunaan komputer, software atau internet.

3.3 Memahami gaya pembelajaran pelajar

Tambahan lagi, guru juga perlu memahami gaya pembelajaran pelajar itu sendiri.
Menurut Raiff ( 1992 ), memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar dengan cara terbaik
akan membantu guru mengurangkan kekecewaan dan kekecewaan pelajar. Gaya penbelajaran
setiap pelajar adalah berbeza, terdapat pelajar yang cepat menerima pengajaran yang diajar,
namun guru harus ingat terdapat juga pelajar yang lemah untuk memahami pengajaran secara
cepat. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Tuan Haji Ahmad Mohd. Said dalam Berita Harian
3hb September 1998, menyatakan guru bukanlah semata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan
terkini malah lebih daripada itu, memahami dan menyelami kehendak pelajar juga termasuk
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan ini segala tugas guru boleh dilaksanakan
dengan lebih mudah dan berkesan. Oleh itu, guru perlu menganggap perbezaan yang ada pada
pelajar merupakan satu keistimewaan. Guru tidak boleh memperlekehkan pelajar yang lemah dan
memuji pelajar yang cemerlang. Guru seharusnya tidak berat sebelah dalam sesi pengajaran
dengan memberi perhatian kepada semua pelajar tidak kira lemah atau cemerlang. Dengan ini,
setiap pelajar akan berasa diri mereka dihargai oleh guru. Gaya pembelajaran juga dianggap
sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran seseorang pelajar
memberikan maklumat tentang kognisi konteks dan kandungan pembelajaran. Kesannya,
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekali gus dapat meningkatkan
pencapaian pelajar di dalam akademik.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, ini dapat disimpulkan bahawa guru amat


memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar sekaligus
dapat membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam TIMSS.
4.0 Peranan ibu bapa

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkkanya. Di sinilah
terletaknya tanggungjawab ibu bapa yang diibaratkan sebagai pena yang akan membentuk diri
anak-anak (Atan Long, 1978). Pasti ramai di kalangan kita masih lagi ingat kanak -kanak
istimewa Adi Putra. Seorang pelajar sekolah rendah yang memaparkan kebolehan luar biasa
apabila menyelesaikan masalah matematik peringkat universiti dengan mudah. Malah beliau
turut mampu mengajar subjek yang dianggap susah oleh kebanyakan pelajar peringkat menengah
kepada rakan rakannya yang jauh lebih tua daripadanya. Sudah pastinya setiap ibu bapa
menginginkan seorang anak luar biasa seperti Adi. Namun kenyataannya adik Adi merupakan
pelajar yang sangat bertuah kerana dikurniakan dengan kebolehan luar biasa yang jarang dimiliki
orang lain. Ibu bapa dan penjaga menunjukkan rasa sifat kepunyaan dan bangga terhadap sekolah
melalui sokongan, penglibatan dan penyertaan sebagai rakan kongsi dalam aktiviti sekolah.
Menurut Yahya (2005) menyatakan pencapaian pelajar lebih bermakna apabila kaun keluarga
mereka juga turut berperanan dan melibatkan diri dalam mencapai kejayaan anak-anak mereka.

4.1 Kemampuan dan kesanggupan ibu bapa menyediakan kemudahan pembelajaran


anak-anak

Peranan ibu bapa dan pendidik dalam mewujudkan persekitaran positif dan kondusif
tidak boleh dipandang remeh. Ibu bapa mempunyai peranan yang sangat besar dan harus
berterusan menjadi sumber dorongan dan sokongan kepada anak-anak. Manakala guru
merupakan sumber utama ilmu dan wajar dihormati. Kini, penggunaan internet telah banyak
digunakan dalam urusan pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT),
khususnya melalui gagasan dan pelaksanaan Koridor Raya Multimedia akan lebih memudahkan
anak-anak menimba ilmu secara tidak formal. Ia bagaikan penyebaran ilmu dan maklumat
melalui teknologi ini dijadikan dunia sebagai „global village‟ manakala pelajar sebagai „universal
learner‟. Oleh itu, ibu bapa yang berkemampuan dan sentiasa peka dengan perkembangan
semasa digalakkan menyediakan komputer untuk kemudahan anak mereka untuk mendapatkan
informasi terkini melaui internet kerana melalui media elektronik dan komunikasi ini mereka
boleh mendapat berbagai-bagai pengetahuan, menambahkan ilmu pengetahuan dan tidak
ketinggalan mendapatkan sesuatu ilmu yang pada ketika ini hanya dapat menerusi internet
dengan mudah dan pantas.
Sebagai contoh, negeri Terengganu telah menyediakan setiap orang pelajar darjah 5
mendapat satu „notebook‟. „Notebook‟ ini digantikan sebagai alat bantu mengajar dalam
meningkatkan prestasi pelajar. Buku teks telah digantikan dengan notebook ini. pelajar-pelajar
tidak lagi perlu membawa buku teks ke sekolah hanya dengan membawa notebook sahaja.
Terdapat juga sesetengah pelajar menyalahgunakan alat bantu mengajar yang diberi dengan
terlibat dengan gejala yang tidak sihat yang terdapat melalui internet. Sebagai ibu bapa,
pemerhatian yang sewajarnya perlu dilakukan dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan gejala
ini terjadi.

Tidak ketinggalan juga dengan penglibatan ibu bapa terhadap teknologi. Ibu bapa perlu
peka dengan perkembangan dan sambil itu mempelajari ilmu teknologi supaya dapat
membimbing dan mengawasi anak mereka daripada gejala tidak sihat dan negatif di internet.
Pengawasan yang dilakukan seperti memantau , menepati masa dan memerhati ketika anak
menggunakan internet. Ibu bapa digalakkan menggunakan kemudahan internet dalam „social
network‟ seperti twitter, facebook bagi pertukaran idea dan mendapat maklumat sesama
komuniti.

Bagi menyediakan anak-anak bersaing secara global, ia memerlukan pemerhatian yang


sewajarnya daripada ibu bapa. Ibu bapa mencari alternatif selain daripada sumber sekolah bagi
membantu keperluan pendidikan anak-anak mereka. Antara contoh alternatif yang lain adalah
seperti tusyen. Tidak hairanlah pusat tuisyen sekarang tumbuh seperti cendawan bagi memenuhi
keperluan ibu bapa. Bagi ibu bapa yang berkemampuan, mereka digalakkan menghantar anak-
anak ke pusat tusyen bagi memantapkan ilmu yang anak-anak mereka ada. Tidak hanya di
sekolah, pusat tusyen juga menyediakan kemudahan yang sama taraf dengan sekolah. Terdapat
banyak pusat tusyen yang tumbuh di luar sana. Ibu bapa hanya perlu memilih sahaja bagi tujuan
meningkatkan prestasi anak-anak mereka.

4.2 Kesanggupan dan kemampuan ibu bapa memberi contoh teladan kepada anak-
anak ( sebagai role model )

Sikap dan tabiat akan mempengaruhi prestasi pencapaian anak-anak. Justeru, hal ini akan
mengakibatkan penurunan dalam prestasi Malaysia dalam TIMSS. Sikap negatif jika tidak
dikawal menjadi tabiat yang sukar dibaiki. Sikap negatif terbentuk secara perlahan-lahan dan
perlu diawasi. Sifat seperti malu bertanya dan merasa rendah diri perlu dihindari. Ibu bapa
berperanan menjadi role model kepada pelajar. Pembelajaran berlaku seawalnya adalah di
rumah. Sebagai ibu bapa, kita perlu mendidik anak-anak daripada kecil lagi. Jangan sesekali
menunjukkan sikap negatif terhadap anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak akan mudah terikut
dengan perangai bu bapa. Kita perlu mengajar mereka dengan cara berhemah. Jika mereka
membuat suatu kesilapan kita jangan terus-terusan memarahi mereka dengan menggunakan kata-
kata yang kesat. Kita perlu memberi hukuman yang sepatutnya supaya mereka tidak akan
membuat kesalahan itu lagi. . Ibu bapa berperanan menjadi role model kepada anak -anak.
Sebagai ibu bapa, kita perlu menyediakan pelajar daripada peringkat kecil lagi. Didikan awal
daripada ibu bapa akan menjamin prestasi yang tinggi daripada pelajar.

Ibu bapa bertanggungjawab meluntur anak-anak mereka sejak mereka masih rebung
supaya senang dibentuk sesuai dengan kecemerlangan yang diidam-idamkan. Kalau kita gagal
meluntur buluh dari rebungnya, maka kita akan berhadapan dengan risiko yang semakin rumit
untuk melenturnya. Dalam hal ini Pepatah Melayu ada mengingatkan kita "melentur buluh biar
dari rebungnya" maknanya, mendidik anak itu biar dari masa kecilnya, kerana anak-anak yang
dilahirkan itu bagaikan kain putih, maka terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorak-
warnakannya mengikut kemahuan mereka.

Ibu bapa adalah kaunselor dan mentor kepada anak-anak. Inilah yang diimpikan oleh
setiap anak-anak. Sering kali mereka mempunyai masalah yang di bawa dari sekolah, maka ibu
bapalah sewajarnya menjadi tempat mengadu. Ada masalah tekanan dengan bebanan akademik,
maka ibu bapalah selaku meringankannya. Jika mereka mempunyai masalah perasaan,
pengurusan hidup dan sebagainya, maka ibu bapa adalah orang pertama yang akan
didampinginya. Oleh itu, ibu bapa merupakan pendengar yang setia dan seorang yang prihatin
terhadap permasalahan anak-anak. Bukannya menjadi penghukum dan terburu-buru di dalam
sesuatu tindakan.

4.3 Peranan ibu bapa dalam PIBG

Pelaksanaan PIBG di setiap sekolah adalah untuk memberi sumbangan kepada pelajar
dan merapatkan kerjasama antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah. Kerjasama daripada ibu bapa
dalam PIBG adalah penting iaitu dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar-pelajar.
Munurut Wentzel (1998), institusi persekolahan dan keluarga tidak boleh dipisahkan dan tidak
boleh diwujudkan secara bersendirian. Ibu bapa perlu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk
memastikan kejayaan akademik kerana tanpa kerjasama sebegini boleh menjejaskan kejayaan
dan perkembangan individu anak.

“A school system without parents at its foundation is like a bucket with a hole in it”
Jackson, J (1997). Dalam pernyataan yang dinyatakan oleh beliau dengan adanya penubuhan
PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) adalah merupakan satu langkah yang bijak kerana
persatuan ini dapat menjalinkan hubungan dan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa bagi
mengatasi masalah-masalah yang dilakukan oleh pelajar dan dapat membentuk pelajar kepada
modal insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara. Mohd. Ali Hassan (1999)
mentakrifkan „PIBG dapat membantu sekolah memenuhi kehendak dan keperluan kegiatan
pelajar-pelajar, tempat ibu bapa dan guru bertukar-tukar fikiran, memperbaiki taraf pendidikan,
menambah kewangan sekolah dan sebagainya‟. Isu-isu yang akan dibincangkan antaranya seperti
masalah disiplin, pencapaian akademik dan sebagainya. Sebagai contoh isu kerja rumah yang
dihadapi oleh pelajar dalam perjumpaan PIBG, guru akan menyatakan masalah tersebut kepada
ibu bapa. Dengan adanya PIBG, ibu bapa tahu permasalahan utama terhadap anak mereka.
Dengan penglibatan ibu bapa dalam kerja rumah ini, ia dapat meningkatkan peningkatan
pencapaian akademik anak-anak mereka. Justeru itu, dapat meningkatkan prestasi dalam TIMSS.

Selain itu, peranan ibubapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sangat
penting. Hal ini kerana kerjasama ibu bapa dengan guru telah membawa banyak faedah kepada
kedua-dua belah pihak. Ibu bapa dapat membantu guru dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh pelajar. Justeru itu, peranan ibu bapa dalam PIBG dapat mewujudkan satu
demokratik yang dapat mengawal pendidikan pada peringkat asas (Lawrence, 1970).

Dekati guru dan bertanyalah jika menemui kebuntuan kerana setiap guru yang
berpengalaman tahu punca kesukaran anda. Biasakan bertemu guru dan jalin pertalian mesra
dengannya. Jika guru sudah tidak dapat membantu maka carilah sumber lain.
5.0. Peranan Pelajar

Dalam menghasilkan pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, selain


kerajaan, sekolah, guru dan ibu bapa, pelajar itu sendiri bertanggungjawab dalam menyediakan
dirinya secara global. Persiapan pelajar ini bagi memudahkan peranan-peranan dari pihak
sebelum ini dilaksanakan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, pelajar
boleh didefinisikan sebagai individu yang menuntut ilmu sama ada di sekolah mahupun di mana-
mana institusi pengajian. Namun, pada masa kini, pelajar tidak terhad kepada sekolah mahupun
institusi pengajian sahaja, pelajar kini boleh mendapatkan ilmu dari mana-mana sahaja. Saya
akan membincangkan peranan yang boleh diambil oleh pelajar itu sendiri sebagai persiapan
untuk berdaya saing diperingkat antarabangsa.

5.1 : Kenapa pelajar Malaysia kurang berdaya saing dalam TIMMS?

5.1.1: Pelajar kurang komited terhadap Matematik dan Sains

Pelajar pada masa kini adalah berpengetahuan luas dalam bidang teknologi dan lebih
terdedah dengan banyak perkara menyebabkan mereka kurang komited dalm pelajaran. Menurut
kajian yang dijalankan ,(Azizi, Jamaluddin, Boon, 2010) sikap komitmen pelajar terhadap
matapelajaran Matematik mempunyai hubungkait dengan pencapaian Matematik mereka. Hasil
tinjauan dari kajian tersebut mendapatikomitmen dan wawasan yang tinggi member ransangan
dalam pencapaian akademik yang baik., walaupun tidak dinafikan bahawa terdapat juga pelajar
yang memperoleh skor Matematik yang rendah.

5.1.2 Sikap negatif pelajar terhadap Matematik dan Sains

Menurut Katz (1966), sikap adalah sesuatu yang mempengaruhi seseorang individu
dalam memberi nilai terhadap simbol objek atau apa yang disukai atau tidak manakala ( Robbins,
2003) menyatakan bahawa sikap terbentuk dari pengalaman dan persepsi seseorang terhadap
sesuatu perkara atau fenomena. Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk
difahami. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dizahirkan secara terang dalam realiti kehidupan.
Melalui sikap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri.
Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran
dan pencapaian pelajar-pelajar di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu
diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap pelajar.

Antara faktor yang mempengaruhi sikap pelajar adalah suasana pembelajaran yang dilalui
oleh pelajar itu sendiri. Jika suasana pembelajaran itu seronok dan menarik minat mereka, maka
pelajar akan membentuk sikap yang positif terhadap matematik. Tetapi sebaliknya, sekiranya
suasana pembelajaran adalah membosankan dan tidak menarik minat pelajar, maka sikap negatif
secaa tidak langsung akan terbentuk dalam diri mereka.

Faktor yang lain termasuklah rasa kebimbangan yang tinggi terhadap Matematik. Pelajar
sudah terlebih dahulu menerapkan bahawa Matematik adalah subjek yang sukar kerana bimbang
tidak dapat menyelesaikan masalah Matematik. Rasa kebombangan inilah yang akan
mempengaruhi sikap pelajar terhadap Matematik.

5.1.3 Kekangan Bahasa

Pada 1 September 2001 seorang pembentang kertas kerja telah mencadangkan supaya
mata pelajaran Sains dan Matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris dari peringkat sekolah
rendah dan perkara ini telah diketengahkan dalam Kongres Pendidikan Melayu. Kerajaan telah
menyokong dasar ini dan mengarahkan sekolah-sekolah menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dan dikenali dengan pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Walaubagaimanapun Kongres Pendidikan Melayu Kedua telah meminta kerajaan


mengkaji semula penggunaan Bahasa Inggeris untuk dua mata pelajaran itu. Ini berikutan kajian
akademik yang mendapati 80 peratus atau setengah juta pelajar Melayu akan keciciran dalam
kedua-dua pelajaran amnya dan Matematik khususnya. Pengerusi Jawatankusa Kongres
Pendidikan Melayu Kedua ini, Tengku Razaleigh juga mengatakan penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai kaedah pengajaran Matematik dan Sains telah menimbulkan banyak masalah kepada
guru dan pelajar sejak ia dilaksanakan.
5.2 Peranan Pelajar dalam Meningkatkan Pencapaian dalam Pelajaran Khususnya
Matematik

5.2.1 Kekalkan Imej Kejayaan

Seperti yang kita tahu, minda hanya dapat menumpukan fokus terhadap satu perkara
sahaja pada satu masa. Jadi kita hendaklah mengekalkan imej kejayaan dalam minda kita agar
kita dapat memotivasikan diri untuk mencapai kejayaan. Imej kejayaan disini bermaksud
membayangkan kejayaan yang bakal dikecapi sekiranya kita berusaha bersungguh. Sebagai
contoh, bayangkan imej kejayaan ketika sudah memasuki alam pekerjaan.

5.2.2 Dekati Sahabat Berfikiran Positif

Mengekalkan imej yang positif atau imej kejayaan adalah sesuatu yang sukar kerana
terlalu banyak perkara negatif di sekeliling pelajar yang akan mempengaruhi fikiran pelajar.
Secara umumnya, minda pelajar lebih mudah diisi dengan unsur-unsur negatif Ini kerana, pelajar
perlu berusaha secara sedar untuk meletakkan unsur positif dalam minda. Jika anda tidak ada
usaha untuk itu, secara otomatik, unsur negatif akan memenuhi minda anda. Ada pepatah yang
mengatakan bahawa, minda adalah umpama sebuah taman. Jika taman itu tidak ditanam dengan
pokok-pokok bunga, lalang dengan sendirinya akan tumbuh. Begitu juga dengan minda anda.
Jika anda tidak berusaha memenuhkan minda anda dengan perkara-perkara yang baik dan positif,
ia akan dengan sendirinya dipenuhi dengan perkara-perkara negatif dan tidak baik.

5.2.3 Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif

Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan
dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya,
anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang
bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.

Menjauhkan diri disini tidak bermaksud memutuskan persahabatan dengan sahabat-


sahabat ini. Ia bermaksud pelajar perlu kurangkan masa bergaul dengan mereka dan jauhkan dari
mengikuti aktiviti-aktiviti mereka yang membuang masa. Ada satu pepatah Inggeris yang
mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus
mencakar bersama ayam di tanah”. Kawan-kawan yang berfikiran negatif juga selalunya mudah
berputus-asa. Mereka tidak mahu berusaha untuk berjaya kerana ia amat sukar dilakukan. Jadi,
mereka mula berputus-asa. Apa yang tidak bagus ialah, mereka juga mungkin akan
mempengaruhi anda untuk berputus-asa. Firman Allah dalam surah Yusuf, ayat 87, “....dan
janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiadalah yang berputus-asa dari
rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”

5.2.4 Mulakan Dengan Api Yang Kecil

Pelajar yang berdaya saing di peringkat antarabangsa adalah pelajar yang bersemangat
dalam pelajaran secara konsisten. Mulakan dengan api yang kecil ini bermaksud memahami
sebahagian kecil dari sesuatu subtopik secara mendalam sebelum memahami suatu topik ya ng
lebih besar. Sekiranya pelajar dapat memahami sesuatu topik dengan mendalam, pelajar akan
lebih bersemangat untuk belajar. Ini seterusnya akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam
Matematik dan Sains yang akan menaikkan lagi kedudukan Malaysia pada TIMMS.

5.2.5 Kurangkan Tekanan Perasaan

Russel dan Hattie (1991) juga mendapati dalam kajian mereka bahawa tekanan rakan
sebaya, tekanan ibu bapa , kepentingan sekolah dan ketakutan pada kegagalan merupakan empat
faktor yang signifikan untuk menyumbang kepada tekanan akademik. . Di samping itu pelajar
juga menghadapi tekanan terhadap gred akademik, masa yang tidak mencukupi untuk
menyempurnakan keperluan kendiri , dan kebimbangan berkaitan dengan kehidupan masa
hadapan (Glenn & Roltman ,1988). Tekanan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan
ketika belajar. Walaubagaimanapun pelajar seharusnya bijak mengawal tekanan agar mereka
dapat berdiri setanding dengan pelajar-pelajar dari negara-negara lain.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak


bertanggungjawab dalam menyediakan pelajar secara global agar berdaya saing di peringkat
antarabangsa. Kita tidak boleh meletakkan tanggungjawab di atas satu pihak sahaja bagi
mengatasi masalah ini. Sekiranya semua pihak berganding bahu, pencapaian Malaysia dalam
TIMSS akan meningkat sekaligus meletakkan negara kita setanding dengan negara -negara maju
yang lain seperti Singapura,Hong Kong, Jepun dan Korea.
RUJUKAN

Adnan Kamis. (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum
Balas. Bangi. Penerbit UKM.

Azizi ,Jamaluddin ,Boon (2010). Sumbangan Sikap Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Mata
Pelajaran Matematik: Sejauhmanakah Hubungan Ini Relevan?. Universiti Teknologi
Malaysia.
Bab 8: Mempertingkatkan pencapaian pelajar. Diperoleh daripada
www.slideshare.net/.../contoh-jurnalp... - United States

Contoh jurnal-psikologi-penyelidikan-pendidikan (2010). Diperoleh pada Julai 25, 2011 daripada


Glen, G. & L. Roltma. (1988). Perceptions Of Stress In Undergraduate College Students .
Journal of College and University Student Housing 18(2): 14-20.
Golby.M, Greenwald.J, and West.R. (2009). Curriculum Design. London. Croom Helm.

Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tingkatan 4.(2003) Didapati pada 22 September 2011
dari http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/mate/kbsm/CS%20Maths%20F4.pdf di laman
sesawang Bahagian Pendidikan Guru.

jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP.pdf
Katz, R. (1960) The Functional Approach to the study of Attitude. Pub. Op. Qart.

klnportal.kln.gov.my/…/Pelan%20Hala%20Tuju%.pdf

Matematik dalam Kajian TIMMS - kaitannya dengan My Rummy (2010). Diperoleh pada Julai
25, 2011 daripada
www.my-rummy.com/Matematik%20dan%20Kaji
Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar (2010). Diperoleh pada Julai 25, 2011 daripada
klnportal.kln.gov.my/.../Pelan%20Hala%20Tuju%

Menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran. Diperoleh daripada


www.mohe.gov.my/transformasi/image/Bab4.pdf
Menggapai CINTA ALLAH: Kepentingan Budaya Ilmu dalam ... (2010). Diperoleh pada Julai
25, 2011 daripada
drmindailmu.blogspot.com/.../kepentingan-budaya
Mohamad Mohsin Mohamad Said ( 1989 ). Halangan-halangan kepada usaha memupuk
kreativiti. Diperoleh daripada
eprints.uthm.edu.my/131/1/mohamad_mohsin.pdf
Mohamad Mohsin Mohamad Said ( 1989 ). Peranan guru dalam memupuk kreativiti pelajar.
Diperoleh daripada
journalarticle.ukm.my/1197/1/1.pdf

Musa Bin Daia. (1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran: Education Study and teaching . Kuala
Lumpur. Badan Bookstore Sdn. Bhd.
Norliza Zakaria. (2006). Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Kelemahan Pelaksanaan
Penggunaan Bahasa Inggeris Dalam Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar
Menengah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.
Osman Affan (2007). 7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan. Diperoleh daripada
http://www.osmanaffan.com/motivasidiri.htm pada 26 September 2011.
Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan. (2009). Bab 8 : Mempertingkatkan
Pencapaian Pelajar. Diperoleh daripada
http://klnportal.kln.gov.my/klnvideo/2010/transformasi/video/documents/Pelan%20Hala
%20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab08.pdf pada 25 September
2011.

Pembangunan modal insan penjana wawasan 2020. Diperoleh daripada


Jpmportal.prison.gov.my/…/.htm
Program Transformasi Kerajaan (2011). Diperoleh pada Julai 25, 2011 daripada

Robbins, P. Stephen (2003). Organization Behaviour : Concept, Controversies, Aplications.


Seventh Edition. Prentice Hall Inc.

Russel, J. & J. Hatne. (1991). Academic Stress Amongst Adolescents : An Examination By


Ethnicity, Grade And Sex. Ditenma.
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU). (2010). Bidang Keberhasihan Utama
Negara (NKRA) Pendidikan. Didapati pada 20 September 2011, dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/460-nkra-
pendidikan/8692-bidang-keberhasilan-utama-negara-nkra-pendidikan.html di laman
sesawang Bahagian Pendidikan Guru.

You might also like